
"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"
"Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
"Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah menguasai pemerintahan langit dan bumi? Ia menyeksakan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya), dan mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."SURAH AL MAAIDAH:38:39:40

Tidak sedarkah mereka bahawa kita ini milik Allah,Allah yang mencipta kita.Jika kita gunakan perumpamaan mudah.Seorang jurutera pakar,telah mencipta sebuah kapal selam perang. Jurutera pakar ini lebih tau tentang ciptaannya,kelemahan ciptaannya dan kekuatan ciptaannya berbanding kita yang tidak memiliki ilmu kejuruteraan kapal selam perang.Bayangkanlah pula ilmu Allah,umpama lautan luas, kita hanya mampu perolehi apa yang tinggal di sebatang pen apabila decelup didalam lautan luas itu.
Sama-samalah kita fikirkan,jika kita telah melengkapkan lima rukun islam kita, adakah kita masih mahu menafikan dan mempertikaikan hukum Allah ini.
http://idhamlim.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan