Sahabat Ilmu

Isnin, 20 September 2010

HUKUM PEREMPUAN / WANITA HAID ZIARAH KUBUR

Soalan :
Salam,apakah hukum wanita yang dalam haid menziarahi kubur?.

Jawapan :
Berkenaan wanita menziarahi kubur, terdapat hadis Rasulullah s.a.w, daripada Abdullah Ibnu Abi Malikah bahawa Saidatina A'isyah pada suatu hari telah datang dari tanah perkuburan, maka saya pun bertanya kepadanya:"Ya Ummul Mukminin, dari manakah kamu datang?" Beliau menjawab:"Dari kubur saudaraku, Abdul Rahman". Saya bertanya lagi kepadanya :" Bukankah Rasulullah melarang ziarah kubur?" Beliau menjawab :"Memang, asalnya beliau melarang ziarah kubur tetapi kemudian menyuruh menziarahinya." (Riwayat al-Hakim dan Ibnu Hibban dari A'syah secara ringkas dan juga dari al-Atsrum).

Para ulama telah berselisih pendapat mengenai ziarah kubur bagi wanita tetapi jumhur berpendapat boleh asalkan tidak menimbulkan fitnah. Al-Qadhi berpendapat bahawa boleh wanita menziarahi kubur dengan tidak mempertontonkan perhiasan dan tidak menangis keras-keras dan sebagainya dan ia dibolehkan kerana mengingati mati itu perlu baik bagi lelaki maupun wanita..

Berdasarkan kepada pertanyaan saudara, wanita dalam keadaan uzur (haid) adalah tidak digalakkan menziarahi kubur kerana dibimbangi boleh melakukan perkara yang dilarang seperti membaca ayat suci Al-Quran dan seumpamanya.

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

maaf tuan blogger saya copy photo diatas ya...ni minta kebenaran ni

IBNU MUSLIM berkata...

ok bereh

Tanpa Nama berkata...

sy mohon kebenaran copy kta2 di ats..trtarik dan ingin brkongsi dgn rkn2 lain...

Tanpa Nama berkata...

assalam

saya mohon kebenaran copy pic dan kata2 hikmah diatas, saya tertarikh hati...tima kasih byk2...

IBNU MUSLIM berkata...

Dipersilakan...