Sahabat Ilmu

Sabtu, 20 Mac 2010

HUKUM TRADE IN EMAS LAMA KEPADA BARU

Soalan: Mengenai hukum trade in emas lama kepada emas yang baru bagi mengelakkan riba
Jawapan:Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dan selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Menurut perbahasan hukum bahawa trade in emas lama kepada emas yang baru atau barang kemas yang lama kepada barang kemas yang baru mestilah mempunyai dua syarat:

1) Mesti sama berat timbangannya (Mutamathilan).

2) Diserahkan dan diterima dalam satu masa (Taqabud fil hal/majlis) kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang kepada matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa penyerahan.

Untuk mengelakkan riba, mestilah kita menyerahkan emas lama dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu.

Begitu juga sekiranya seseorang itu ingin melakukan trade in dengan emas baru yang lebih mahal harganya, dia harus menjual barang kemasnya dahulu, di ambil duit hasil dari jualan emas tadi dan kemudian membeli barang kemas yang baru. Transaksi sedemikian merupakan jalan yang selamat dari unsur-unsur riba.

Wallahu'alam. Semoga penjelasan ini membantu dalam menambahkan pengetahuan anda dalam hal agama.

1 ulasan:

harga emas berkata...

maksudnye trade in emas dengan berat timbangan yang sama?? ermm..

rasanya susah kot, sbb harga emas lama dan emas baru sentiasa berubah..so cara paling selamat.. jual dan beli baru kan..owh..

kami beli emas lama rosak patah 916 dan tebus surat pajak
layari: http://www.hafizjewel.com