Sahabat Ilmu

Jumaat, 12 Jun 2015

BAHANA LIDAH DAN BANYAK BERCAKAP

♡Tadabbur Kalamullah♡

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا [70] يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا [71]

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan"

[SurahAl-Ahzab 70-71]

#al-Zamakhsyari bkata dlm al-Kassyaf:

"Makna ayat ini ialah- Awasilah Allah dlm menjaga lidahmu dan meluruskan kata-katamu. Jika engkau melakukannya, maka Allah akan memberikan sesuatu yg menjadi keinginan semua orang. Iaitu menerima amal ibadahmu dan mengampuni dosamu"

#Pastikan ucapan kita mengandungi kebenaran dan kejujuran. Sabda Nabi saw:

"Sesungguhnya kejujuran membawa kpd kebaikan dan kebaikan membawa ke syurga" (HR al-Bukhari)

#Pilihlah utk diam jika kata2 yg ingin diucapkan itu tidak elok dan menyakitkan org lain. Sabda Nabi saw:

"Brgsiapa yg beriman kpd Allah dan hari Akhirat, bcakaplah yg baik atau diam" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Awasi kata2 agar hanya yg baik shj terucap. Jgn sampai pkataan yg keji atau penghinaan dilontarkan, bimbang kerananya iman blh terbatal da besar kesannya. Sabda Nabi saw:

"Terkadang seseorang mengucapkan satu perkataan yg dirasakan sgt remeh. Tetapi krn perkataan itu, dia akan terjerumus ke dlm neraka jahannam" (HR al-Bukhari)

♡Kerana lidah, badan binasa, silap2 dihumban ke dlm neraka. Berwaspadalah dlm pcakapan dan senda gurau♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

BAHANA LIDAH DAN BANYAK BERCAKAP

♡Tadabbur Kalamullah♡

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا [70] يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا [71]

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan"

[SurahAl-Ahzab 70-71]

#al-Zamakhsyari bkata dlm al-Kassyaf:

"Makna ayat ini ialah- Awasilah Allah dlm menjaga lidahmu dan meluruskan kata-katamu. Jika engkau melakukannya, maka Allah akan memberikan sesuatu yg menjadi keinginan semua orang. Iaitu menerima amal ibadahmu dan mengampuni dosamu"

#Pastikan ucapan kita mengandungi kebenaran dan kejujuran. Sabda Nabi saw:

"Sesungguhnya kejujuran membawa kpd kebaikan dan kebaikan membawa ke syurga" (HR al-Bukhari)

#Pilihlah utk diam jika kata2 yg ingin diucapkan itu tidak elok dan menyakitkan org lain. Sabda Nabi saw:

"Brgsiapa yg beriman kpd Allah dan hari Akhirat, bcakaplah yg baik atau diam" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Awasi kata2 agar hanya yg baik shj terucap. Jgn sampai pkataan yg keji atau penghinaan dilontarkan, bimbang kerananya iman blh terbatal da besar kesannya. Sabda Nabi saw:

"Terkadang seseorang mengucapkan satu perkataan yg dirasakan sgt remeh. Tetapi krn perkataan itu, dia akan terjerumus ke dlm neraka jahannam" (HR al-Bukhari)

♡Kerana lidah, badan binasa, silap2 dihumban ke dlm neraka. Berwaspadalah dlm pcakapan dan senda gurau♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Isnin, 8 Jun 2015

JANJI KEMENANGAN ISLAM

♡Tadabbur Kalamullah♡

وَلَقَدْ كُذِّبَتْ رُسُلٌ مِنْ قَبْلِكَ فَصَبَرُوا عَلَىٰ مَا كُذِّبُوا وَأُوذُوا حَتَّىٰ أَتَاهُمْ نَصْرُنَا ۚ وَلَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ ۚ وَلَقَدْ جَاءَكَ مِنْ نَبَإِ الْمُرْسَلِينَ

"Dan demi sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan orang-orang yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah Kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya); dan demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari khabar berita Rasul-rasul itu"

[Surah Al-An'aam 34]

#Dalam Tafsir Ibnu Kathir dijelaskan bahawa ayat tersebut merupakan satu hiburan dan ta’ziyah bagi nabi saw lantaran didustakan oleh kaumnya.

#Ayat ini juga merupakan perintah kpd Baginda saw agar bersabar seperti sabarnya para ulul ‘azmi dan merupakan janji dari Allah iaitu akan diberi pertolongan dan kemenangan seusai didustakan dan disakiti, sebagaimana firman Allah swt di dlm surah al-Mujadalah ayat ke-21:

كَتَبَ اللَّهُ لَأَغْلِبَنَّ أَنَا وَرُسُلِي ۚ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ

Allah telah menetapkan: "Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (pasti menang terhadap golongan yang menentang)". Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Berkuasa"

#Perjuangan menegakkan Islam pasti akan dirintangi dgn pelbagai ujian dan cabaran. Bersabarlah, nescaya Islam dan perjuangan Islam pasti akan menang akhirnya.

♡Janji kemenangan oleh Allah itu pasti dan berjuanglah tanpa rasa putus asa♡

🐊Ust naim
-https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim
-http://ustaznaim.blogspot.com

Ahad, 7 Jun 2015

DI SEBALIK SURAH AL IKHLAS

♡Tadabbur Kalamullah♡

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
"Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa"

اللَّهُ الصَّمَدُ
 "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat" [Surah Al-Ikhlas 1-2]

#Esa itu bermaksud satu-satunya. Maka tempat bergantung dan berhajat segala makhluk hanya satu iaitu Allah

#Drp sebesar-besar makhluk spt Arasy sehinggalah yg paling kecil spt molekul, zarah dan atom sekalipun semuanya memerlukan Allah yg Esa

#as-Samad bermaksud Allah Yg Maha Diperlukan. Allah ialah tempat manusia memohon, bergantung hidup, meminta dan segala2nya hanya kpd Allah

#Dlm tafsir Mafatih al-Ghayb, Ibnu Abbas berkata bahawa para sahabat bertanya:"Apakah makna as-Samad?"

Lalu dijawab baginda: "Dia ialah tuhan yg bertumpu (bergantung harap) kpdNya segala hajat"

#Imam al-Alusi menukilkan 2 pdpt mengenai as-Samad:

1. Drp Abu Hurairah: "Dia tdk memerlukan sesiapa dan apa2 pun sebaliknya Dialh tempat berhajat segala sesuatu"

2. Drp Ibn Jubair:"Dia Yg Maha Sempurna dlm segala sifat dan perbuatannya"

#Seseorang yg beriman akan benar2 menyedari bahawa segala sesuatu yg wujud didunia ini tdk ada satu pun yg terjadi melainkan dlm pemerhatian dan keiizinanNya jua

#Terdapat kisah yg menunjukkan Allah Maha Diperlukan utk dihayati:

"Ketika firaun dan bala tenteranya mengejar nabi Musa dan pengikutnya sehingga sampai ditengah laut, Nabi Musa memukul tongkatnya kembali hingga air laut bersatu. Firaun menjadi panik. Ketika Firaun tenggelam, inilah kata2 terakhirnya: Hai Musa! Aku percaya kpd Tuhanmu. Saat ini aku memerlukan pertolonganNya. Kerana itu selamatkanlah aku!. Tetapi ucapan Firaun ini sdh tdk ada gunanya lg. Ia tetap sombong dan angkuh dgn kekafirannya. Akhirnya matilah firuan dlm keadaan kafir.

#Jadi, apa lg yg mampu menyebabkan keresahan dan kegusaran hati org yg beriman jika kita benar2 bergantung kpd Allah yg Maha Esa dan bersifat as-Samad??

♡Harapanku hanya kpd Allah♡

🐊Ust naim

♡Mengenali Imam Ibnu ‘Abdil Barr♡



♡Nama lengkap beliau adalah Abu Umar Yusuf bin Abdullah bin Muhammad bin Abdil Bar bin Ashim An-Namari Al-Qurtubi.

♡Beliau berasal dari Negara Sepanyol dan dari Kabilah Namir bin Qasith yang merupakan salah satu kabilah dari negeri Arab.

♡Seorang ulama besar yang hidup pada abad ke-4 Hijriah.

♡Seorang ulama yang dijuluki sebagai Hafiz Al-Maghrib

♡Diantara para ulama yang menjadi guru-guru beliau adalah:

-Abdul Waris bin Sufyan.
-Abdullah bin Muhammad bin Abdul Mukmin, beliau adalah seorang pakar hadis yang besar pada zamannya.
-Abdullah bin Muhammad bin Abdurrahman bin Asad Al-Juhani.
-Muhammad bin Abdul Malik Ar-Rosofi.
-Al-Hafiz Abu Ustman Said bin Nashr bin Khalaf Al-Andalusi.
-Abul Fadhl Ahmad bin Qosim bin Abdurrahman Al-Bazzar.

♡Ulama-ulama diatas termasuk guru-guru beliau yang beliau banyak meriwayatkan hadis dari mereka. Adapun guru-guru beliau yang lain adalah Ahmad bin Abdil Malik bin Hasyim, Ahmad bin Muhammad Al-Muqri’, Ismail bin Abdurrahman, Abul Qurasyi Al-‘Amiri, Abdul Aziz bin Ahmad An-Nahwi, Abul Asbagh Al-Akhfasy, Abul Walid Al-Qurtubi Al-Qodhi, Muhammad bin Khalifah Al-Imam dan masih banyak lagi guru-guru beliau yang lain

♡Abul Walid Al-Baji berkata: “Tidak ada di negeri Sepanyol yang menyamai Abu Umar Ibnu Abdil Bar dalam ilmu hadis.” (As-Shilah hal. 973)

♡Imam Adz-Dzahabi berkata: “Beliau adalah seorang imam yang baik agamanya, seorang yang terpercaya dan profesional, pandai lagi luas ilmunya, dan sangat berpegang teguh dengan sunnah. Dahulu beliau bermazhab Zahiri, kemudian beliau menjadi seorang yang bermazhab Maliki, meskipun banyak pendapat beliau yang cenderung kepada mazhab Syafi’i. Dan hal tersebut tidak boleh diingkari, kerana beliau termasuk orang yang telah mencapai darjat imam mujtahid. Barang siapa yang membaca karya-karya tulis beliau, maka akantampaklah baginya keutamaan beliau. Mulai dari luasnya ilmu beliau, kekuatan pemahaman beliau, hingga kecerdasan otak beliau.” (Siyar a’lamin nubala juz.18 hal.157)

♡Beliau wafat di kota Syatibah pada malam Jumaat, tepatnya pada bulan Rabiulakhir tahun 463 H di usia beliau yang ke-95, dan dimakamkan di kota yang sama.

♡Akhir kata semoga Allah Ta’ala merahmati beliau dengan rahmat-Nya yang luas dan memasukkan beliau ke dalam syurgaNya.. Aamiiin.

RASUL KETURUNAN BANI ISRAEL

♡Sirah Nabi♡

Mengenali para rasul daripada keturunan bani Israel:

1. Nabi Yaakub (Israel)
2. Nabi Yusuf
3. Nabi Musa
4. Nabi Harun
5. Nabi Daud
6. Nabi Sulaiman
7. Nabi Zakaria
8. Nabi Yahya
9. Nabi Isa

#Bani Israel ialah golongan yg dinisbahkan (nasab keturunan berdasarkan sejarah) kpd nabi Yaakub. Mereka ialah zuriat Nabi Yaakub yg dilantik oleh Allah sbg Nabi

🐊Ust naim

TUGAS RASUL DAN TUGAS UMAT

♡Tadabbur Kalamullah♡

قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ ۖ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْهِ مَا حُمِّلَ وَعَلَيْكُمْ مَا حُمِّلْتُمْ ۖ وَإِنْ تُطِيعُوهُ تَهْتَدُوا ۚ وَمَا عَلَى الرَّسُولِ إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ

"Katakanlah lagi (kepada mereka): " Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu. Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata" [Surah An-Nur 54]

#Imam al-Bukhari meriwayatkan drp Ibnu Syihab az-Zuhri, bhwasanya dia berkata: "Drp Allahlah datangnya risalah, Rasulullah hanya menyampaikan sdgkan kewajipan kita adalah menerimanya"

#Di dlm khutbah Haji Wada' Rasulullah saw bersabda:

"Dan aku tlh meninggalkan sesuatu bg kamu, jika kamu berpegang teguh kpdnya nescaya tdk pernah sesat, ia adalah Kitabullah. Dan kamu akan ditanya ttg aku, maka apakah yg akan kamu jawab?"Mereka semua berkata, kami bersaksi sesungguhnya engkau tlh menyampaikan (risalah), melaksanakannya dan menyampaikan nasihat. Selanjutnya baginda saw bkata dgn jari telunjuk diangkat ke langit lalu membalikkan ke hdpn manusia, Ya Allah! Saksikanlah, Ya Allah! Saksikanlah, sebanyak tiga kali" (HR Muslim)

#Berkata Syaith 'Abdul Muhsin b. Hammad al-'Abbad (Kitab Min Akhlaaqir Karim):

"Drp Allahlah risalah, sdgkan Rasulullah hanya menyampaikannya. Kini kedua2nya tlh wujud dgn sempurna. Adapun umat, kewajipan mereka adalah menerimanya. Org yg berbahagia adalah org yg boleh melaksanakan syariat yg di bawa oleh Nabi Muhammad saw baik secara ucapan, perbuatan jg keyakinan. Sdgkan org yg sengsara dan tertipu adalah org yg menyelisihi syariat yg baginda saw bawa"

#Setiap berita yg baginda bw wajib dipercayai baik berupa berita ghaib, berita masa lalu ataupun berita masa yg akan dtg serta melaksanakan segala perintah dan larangannya

♡Perintah Allah di dahulukan, Arahan Rasul diutamakan dan hukum al-Quran difahami serta dilaksanakan♡

🐊Ust naim

CONTOH TERBAIK

♡Tadabbur Kalamullah♡

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”(Surah al-Ahzab: 21)

#Imam Ibn Kathir berkata: “Ayat yang mulia ini adalah asas yang agung berkaitan mencontohi Rasulullah SAW dalam pelbagai aspek samada ucapan, perbuatan mahupun perilakunya. Allah memerintahkan ummat manusia menteladani Nabi SAW pada hari Ahzab dalam sifat kesabaran, thabat, keberanian, perjuangan, begitu juga sabar menanti pertolongan dari Rabbnya.

#Al-Maghari berkata: “Rasulullah SAW memiliki contoh dan teladan yang tinggi yang berada di hadapan kamu untuk kamu ikuti. Oleh itu, hendaklah kamu mencontohi setiap amal perbuatan Rasulullah SAW, dengan mengikut petunjuk yang diberikannya, jika kamu mahukan pahala daripada Allah SWT serta takutkan azabnya.”

#Dalam mana kita mengasihi dan mencintai Rasulullah SAW, perkara yang lebih utama adalah mengikut bagaimana para Sahabat dan salafussoleh menzahirkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW.

#Menzahirkan rasa cinta dengan cara mengikut sunnah Nabi adalah tuntutan utama berbanding dengan hanya menyatakan sahaja kecintaan.

#Antara bentuk zahirkan cinta seperti:

-Selawat ke atas Nabi SAW
-Mempertahankan Baginda SAW
-Mempelajari sunnah Baginda SAW
-Mencontohi akhlak dan perilaku Nabi SAW
-Memuliakan hadith Rasulullah SAW
-Mencintai keluarga Rasulullah SAW
-Menyebarkan sunnahnya
-Berhukum dengan sunnahnya
-Mengikuti dan menyambung perjuangan Rasulullah saw
-Menjadikan Rasulullah SAW sebagai panduan dan contoh suri teladan dalam kehidupan.

♡Aku mendambakan syafaat dan pertolonganmu ya Rasulullah♡

🐊Ust naim

CARA BERDAKWAH

♡Tadabbur Kalamullah♡

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk" [Surah An-Nahl 125]

#Ayat ini menjelaskan bhw perlu ada cara yg berbeza utk sasaran dakwah yg berbeza.

#Tiga teras dakwah:

1. Kebijaksanaan:

-Yakni dgn mengemukakan hujah atau dalil yg jelas sehingga yg benar mengusir yg samar
-Sesuai utk yg ingin mengetahui kebenaran spt para umara' , pemikir dan cendiakawan

2. Pengajaran yg baik:

-Iaitu peringatan sihat yg mampu menyentuh akal dan hati.
-Menggunakan kaedah Targhib (memberi dorongan dan pujian) dan Tarhib (memberi peringatan, celaan dan ancaman)
-Sesuai utk masyarakat umum

3. Berdebat dgn cara terbaik:

-Segala-galanya mesti dilaksanakan penuh lunak bkn dgn keras dan kasar
-Tegas tetapi jgn keras
-Perlu dgn cara profesional, jgn emosional
-Mencari kebenaran bkn mencari kemenangan
-Sesuai bg golongan yg suka berdebat dan membantah yg sdh tak lut lg diseru dgn hikmah dan mau'izah hasanah

#Pelbagai kaedah dakwah diperkenalkan krn terdapat pelbagai sasaran spt golongan bijak, golongan awam dan golongan degil

#Kita melakukan kebaikan bkn kerana kita sudah baik tetapi itulah jln atau usaha utk kita menjadi org yg baik

#Meniru satu kebaikan, walaupun belum sempurna sudah dinilai sbg satu kebaikan

♡Mendekati sasaran dakwah dgn didikan drp Allah..itulah yg terbaeek♡

~SELAMAT HARI GURU~

🐊Ust naim

BUDAYA ILMU

☆Guru hebat krn menyebarkan ilmu sepenuh masa.

☆Pelajar jg hebat krn menuntut ilmu sepenuh masa.

☆Kerana itulah kedua2 insan hebat ini dinaungi sayap para malaikat rahmat pd setiap sesi majlis ilmu

☆Malah malaikat rahmat turut mendoakan mereka

☆Bukankah itu menunjukkan kemuliaan org yg menyebarkan ilmu dan menuntut ilmu dgn kemuliaan dan kehebatan yg berganda??

#Tamadun lahir drp budaya ilmu yg subur
#Selamat hari guru dan terima kasih para pelajar semua

🐊Ust naim

Takut Neraka

♡Tadabbur Kalamullah♡

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ ۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا

"Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, Jauhkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah kebinasaan yang kekal"

[Surah Al-Furqan 65]

#Imam Ibnu Jauzi berkata: "Perkataan غَرَامًا mempunyai 5 pdpt:

1. Seksa selamanya (Riwayat drp Abu Said al-Khudri)

2. Seksa yg menyakitkan (Riwayat ad-Dhahhak drp Ibnu Abbas)

3. Seksa yg melelahkan (Disebut oleh Ibn as-Saib)

4. Seksa yg membinasakan (Disebut oleh Abu Ubaidah)

5. Seksa yg amat pedih (Disebut oleh az-Zujaj)

#Begitulah suasana kegerunan yg dirasai oleh golongan 'Ibadurrahman (golongan yg beriman dan berserah diri kpd Allah) yg sentiasa bdoa dgn khusyuk agar dijauhi azab neraka

#Imam Hasan al-Basri pernah menangis, maka ditanya kpd beliau: Apa yg menyebabkan kamu menangis wahai Abu said?? Beliau mjwb: "Sy takut Allah akan melemparkan sy esok ke dlm api neraka dan Allah tdk memerhatikannya"

#Diceritakan bhwa Syaddad bin Auf apabila dia naik ke tempat tidurnya, dia merasakan seakan-akan dirinya spt kacang yg digoreng di atas kuali yg panas dan dia berkata: "Ya Allah, sesungguhnya mengingatkan neraka Jahannam membuatkan saya tdk blh tidur". Maka dia pun berdiri kemudian solat sehingga masuk waktu subuh

#Kedahsyatan dan azabnya seksa neraka yg sungguh menggerunkan lg memilukan telah diperlihatkan kpd Rasulullah saw pd mlm Israk Mikraj dan dlm peristiwa2 yg lain.

#Pengetahuan ttg neraka itu sentiasa membuatkan Baginda menangis teresak2 dan berusaha menyelamatkan umatnya sedaya mungkin drp memasuki neraka

♡Menangislah kita didunia ini sbgmana menangisnya para 'Ibadurrahman dan menangisnya Rasulullah saw serta bykkn berdoa agar terselamat drp sentuhan neraka♡

SELAMAT MENGHAYATI PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

🐊Ust naim

PEMBAZIRAN

♡Tadabbur Kalamullah♡

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya"

[Surah Al-Israk 27]

#Imam Ibnu Kathir menyatakan: "Pembaziran adalah perbuatan mensia-siakan nikmat Allah kpd perkara maksiat serta melanggar perintah Allah swt"

#Menurut Farid Wahdi pembaziran dimaksudkan sbg melampaui batas atau perbelanjaan yg dilakukan secara lalai atau dlm keadaan jahil

#Sifat suka membazir sebenarnya tergolong dlm kalangan orang2 yg tidak tahu bersyukur dgn nikmat Allah (kufur nikmat)

#Menurut Imam Ibn Qayyim al-Jauziyah, tdpt 9 bentuk pembaziran yg dilakukan oleh manusia:

1. Pembaziran ilmu pengetahuan (tdk digunakan utk jln kebaikan serta disampaikan dlm keadaan riak@ujub yg ianya menghapuskan pahala)

2. Pembazian amalan (tdk dilakukan dgn hati yg ikhlas dan menjadi sia2 krn matlamat amalan bkn krn Allah)

3. Pembaziran kekayaan (belanja pd perkara tdk bermanfaat dan tak diredhai Allah)

4. Pembaziran hati (hati kosong drp kasih syg Allah. Tak diisi dgn makanan rohani)

5. Pembaziran tubuh badan (tdk guna utk beribadah kpd Allah)

6. Pembaziran cinta (curah pd selain Allah@ melebihi cinta kpdNya)

7. Pembaziran masa (tak urus dgn sebaiknya serta terbuang dgn perkara tak berfaedah)

8. Pembaziran akal (tdk memikirkan kebesaran Allah dan tak memikirkan utk memajukan agama, diri, keluarga, masyarakat dan negara)

9. Pembaziran zikir (jika zikir yg langsung tdk memberi apa2 kesan kpd hati bahkan semakin keras krn tdk khusyuk dan tiada penghayatan)

♡Semoga kita tdk mengikat ukhuwwah dgn syaitan yg kesudahannya akan mengheret kita bsama2 tercampak ke dlm neraka♡

🐊Ust naim

KEMULIAAN ORANG YANG MEMULIAKAN AL QURAN

♡Tadabbur Kalamullah♡

الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ

"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna"

[Surah Az-Zumar 18]

#Apakah yg dimaksudkan 'memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya'??

"Itulah al-Quran". Memilih dan menurut al-Quran yg penuh dgn kebijaksanaan. Firman Allah swt:

اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا ...

"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran..."
(Surah az-Zumar 23)

#al-Quran satu-satunya modul yg dpt melahirkan manusia yg paling bijaksana, jg paling mulia tetapi kebanyakan manusia mengambilnya sambil lewa shj

#Sabda Rasulullah saw:
"Sesungguhnya bagi Allah itu ahli-Nya drp kalangan manusia. Lalu sahabat bertanya: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Rasulullah mjwb: Ahli Allah itu ialah org yg mendampingi al-Quran dan mereka adalah org2 pilihan-Nya" (HR an-Nasa'i)

#Kemuliaan bg sesiapa yg memilih dan menurut serta mendampingi al-Quran:

1. Tidak nyanyuk sampai tua
2. Wajah bercahaya dan mesra utk didekati
3. Hidup nampak sederhana ttpi sebenarnya dia kaya dgn sumber rezeki yg tdk terduga
4. Sentiasa disayangi dan dihormati hingga ke akhir hayat
5. Allah sediakan para malaikat utk sentiasa mengawasi keselamatannya

♡Jadikan al-Quran sbg teman yg akrab bukannya sekadar kenalan♡

🐊Ust naim

NERAKA JAHANNAM DAN PENGHUNINYA

♡Tadabbur Kalamullah♡

إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا

"Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman" [Surat Al-Furqan 66]

#Neraka Jahannam adalah seburuk2 tempat kembali. Tiada kesudahan yg paling buruk buat seseorang melainkan akhirnya terpaksa merengkok hina dlm Jahannam

#Drp Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

"Jika salah seorang di antara kamu selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan pada Allah dari empat perkara: (1) seksa neraka jahannam, (2) seksa kubur, (3) fitnah ketika hidup dan mati, (4) fitnah Al Masih Ad Dajjal.” (HR. Muslim)

#Azab Jahannam sgt menggerunkan sehinggakan api di dunia ini pun gerunkan azab Jahannam yg dahsyat itu. Kata Imam Mujahid:

"Sesungguhnya apimu ini (api dunia) pun berlindung kpd Allah drp Neraka Jahannam"

#Siapakah antara penghuni Neraka Jahannam??

1. Orang kafir (Surah az-Zumar ayat 71)

2. Org yg derhaka dan keras kepala dan membangkang thdp kebenaran (Surah Maryam ayat 86)

3. Org yg suka menghalang kebajikan (Surah al-Alaq ayat 9-10)

4. Melanggar batas2 hukum Allah (Imam Qatadah berkata: Iaitu melampaui batas dlm bicara, jalan dan segala urusannya)

5. Org yg syirik (Surah al-Bayyinah ayat 6 dan an-Nisa' 48)

#Berusahalah utk menjauhi azab Jahannam nescaya kita menjadi insan yg paling untung dan berbahagia. Firman Allah:

 ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ

"Barangsiapa dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sungguh dia telah beruntung"
[Surah Ali Imran 185]

♡Sama2lah kita bdoa agar dijauhkan drp api Neraka Jahannam dan dpt memasuki syurga tanpa hisab..Aamiiin♡

🐊Ust naim

MEMELIHARA AGAMA

♡Tadabbur Kalamullah♡

لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ ۖ وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ......

"Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-Rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal...."

[Surah Al-Hadid 25]

# Syeikh al-Shanqiti menafsirkan ayat ini sbgmana berikut:

"Dlm ayat ini ada isyarat yg menunjukkan perlu mengangkat pedang (kuasa undang2) slps dinyatakan hujah. Sekiranya kitab2 tidak dpt memberi kesan, maka perlu mengambil tindakan melalui ketenteraan. Dan kadangkala Allah menghalang (kemaksiatan) dgn kekuasaan pemerintahan sesuatu yg tidak dpt dihalang melalui al-Quran" (Adwa' al-Bayan, jil.1 hlm. 484)

#Hifz al-Din atau memelihara agama merupakan maqasid asasi yg terkedepan dr segi kedudukannya berbanding maqasid yg lain

#Oleh itu, syariah menganggap setiap serangan thdp agama adalah satu jenayah dan pelakunya akan dikenakan hukuman samada hudud atau takzir mengikut tahap jenayah yg dilakukannya

#Menjaga agama bukan hanya dgn memberi pendidikan yg sempurna drp pemerintah kpd rakyat. Bahkan pemeliharaan agama jg perlu diperketat melalui penguatkuasaan undang2 Allah swt

#Para ulama mengatakan bhw termasuk dlm urusan darurah al-din (perkara penting dlm agama), org Islam perlu melantik pemimpin mereka supaya dpt bersatu di bawah pemerintahannya dan dilaksanakan undang2 Allah atas muka bumi

#Kesimpulannya scra umum, ulama bersepakat bhwa agama Islam dan penganutnya wajib dipelihara dan dilindungi. Ibn Taimiyah mengulas isu ini, katanya:

"Manakala org murtad, maka yg mengharuskan hukuman bunuh ialah krn berlaku kufur slps iman, ia merupakan satu jenis kufur khusus. Hal ini krn jika tdk dibunuh, nescaya org yg masuk dlm agama akan mudah keluar drpnya. Jadi, membunuhnya bertujuan memelihara penganut agama Islam dan memelihara agama" (Majmu' al-Fatawa, jil.4, hlm.252)

♡Mudah-mudahan Allah memberi taufiq kpd seluruh umat Islam utk meninggikan undang2 Allah♡

🐊Ust naim

INTIPATI DAKWAH PARA RASUL

♡Tadabbur Kalamullah♡

فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ

"Maka, bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku"

[Surah Asy-Syu'ara' ayat 108, 110, 126, 131, 144, 150, 163 dan 179]

#Berkata Imam Ibnu Kathir dlm menafsirkan lapan ayat yg berulang ini ialah: "Beribadahlah kpd Tuhan kamu dan taatlah kpd rasul kamu"

#Imam Ibnu Kathir menambah bhw seruan ini bmaksud: "Terimalah apa2 yg manfaatnya dpt kembali kpd kamu di dunia dan akhirat dgn beribadah kpd Tuhan kamu yg telah menciptakan dan memberikan rezeki kpd kamu agar kamu beribadah mengesakanNya dan bertasbih kpdNya pd waktu pagi dan petang" (Ibnu Kathir, Tafsir al-Quran al-Azim)

#Lapan ayat yg berulang ini menceritakan mengenai intipati dakwah para rasul

#Dakwah mempunyai perkara keutamaan. Jika dilihat kpd dakwah para rasul, mereka mengajak kpd 2 perkara iaitu:

1.Beriman kpd Allah
2. Mengikuti para rasul

#Perkara pertama yg perlu disampaikan ialah konsep ketuhanan bukannya menceritakan ttg gaya hidup Muslim atau senarai perkara yg tak boleh dilakukan stlh menjadi Muslim.

#Cthnya ialah model dakwah nabi Ibrahim: "Nabi Ibrahim memulakan dakwah kpd ayahnya dgn berbincang ttg konsep ketuhanan" (rujuk surah Maryam 42-45)

#Kemudian barulah dikembangkan dgn metod, kaedah, gaya dan pendekatan yg seterusnya

♡Dakwah adalah obor iman♡

🐊Ust naim

PENYAKIT NYANYUK

Dalil Penyakit Nyanyuk

Salam Alhamdulillah. Seorang anak bertanya kepada umi berkenaan penyakit nyanyuk. Harap para masyeikh di sini dapat jelaskan dengan terperinci berkaitan penyakit tersebut bersandarkan Al Quran dan Hadith. Jzkk terlebih dulu.Walahuta'ala a'lam bissawab.. Wassalam
-----

Bismillah Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,Firman Allah SWT (16:70)

وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ ثُمَّ يَتَوَفَّاكُمْ وَمِنْكُمْ مَنْ يُرَدُّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْ لَا يَعْلَمَ بَعْدَ عِلْمٍ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ قَدِيرٌ

"Dan Allah menciptakan kamu, kemudian mewafatkan kamu; dan di antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling lemah (pikun), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa."

Dan firman Allah SWT (22:5):

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِنَ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِنْ مُضْغَةٍ مُخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِنُبَيِّنَ لَكُمْ وَنُقِرُّ فِي الْأَرْحَامِ مَا نَشَاءُ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ وَمِنْكُمْ مَنْ يُتَوَفَّى وَمِنْكُمْ مَنْ يُرَدُّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِنْ بَعْدِ عِلْمٍ شَيْئًا وَتَرَى الْأَرْضَ هَامِدَةً فَإِذَا أَنْزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنْبَتَتْ مِنْ كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ"

"Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur- angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.

Ayat-ayat ini menunjukkan penyakit nyanyuk berlaku kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Dengan itu kita diminta memohon dilindungkan dari penyakit ini, bahkan Nabi SAW sendiri memohon berlindung darinya.

Seperti yang diriwayatkan dari Anas r.a., katanya Nabi SAW sering berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْبُخْلِ وَالْكَسَلِ وَأَرْذَلِ الْعُمُرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ

"Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari kebakhilan, kemalasan, umur yang tersia-sia (nyanyuk), dan dari siksa kubur serta bencana hidup dan mati. [H.R Bukhari & Muslim]

Tujuan kita berdoa ini, adalah untuk menghindari dari penyakit nyanyuk yang boleh menyebabkan kita kurang daya pemikiran, penglihatan dan kefahaman. Juga lemah dalam melakukan banyak ibadat dan meringan-ringankan sebahagian yang lain.

Terdapat ulama yang menggalakkan juga membanyakkan bacaan Al-Quran untuk menghindari dari penyakit ini.

Kita memohon dari Allah SWT agar kita semua dilindungkan dari penyakit ini. Amiin.

Rujukan:
1- Sahih Bukhari & Muslim.
2- Syarah Muslim oleh Imam Nawawi: 9/73
3- Tafsir al-Jalalain: Surah an-Nahl: 70

Wallahu a'lam

http://soaljawabquranhadis.blogspot.com/2009/01/dalil-penyakit-nyanyuk.html?m=1

GANJARAN BELAJAR HADIS

Nabi Shallalahu ‘alaihi wasallam mendo’akan orang yang mempelajari hadis Nabi agar diberikan cahaya di wajahnya, baginda bersabda:

نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مَقَالَتِي فَوَعَاهَا وَحَفِظَهَا وَبَلَّغَهَا فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ ثَلَاثٌ لَا يُغِلُّ عَلَيْهِنَّ قَلْبُ مُسْلِمٍ إِخْلَاصُ الْعَمَلِ لِلَّهِ وَمُنَاصَحَةُ أَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَلُزُومُ جَمَاعَتِهِمْ فَإِنَّ الدَّعْوَةَ تُحِيطُ مِنْ وَرَائِهِمْ        

"Semoga Allah memberikan nudhrah (cahaya di wajah) kepada orang yang mendengarkan sabdaku lalu ia memahaminya, menghafalnya dan menyampaikannya, berapa banyak orang yang membawa fiqih kepada orang yang lebih faqih darinya, ada tiga perkara yang tidak akan dengki hati muslim dengannya: Mengikhlaskan amal kerana Allah, menasihati pemimpin kaum muslimin dan berpegang kepada jama’ah mereka kerana do’a mereka meliputi dari belakang mereka”.

[Hadis Sahih. Dikeluarkan oleh At Tirmidzi no 2658, namun dalam sanadnya terdapat dua rawi mudallis iaitu Abdul Malik bin ‘Umair dan Abdurrahman bin Abdullah bin Mas’ud dan keduanya meriwayatkan dengan ‘an’anah, akan tetapi hadis ini mempunyai syawahid diantaranya hadits Zaid bin Tsabit yang dikeluarkan oleh Tirmidzi juga no 2656 dengan sanad yang sahih, dan hadis Jubair bin Muth’im yang dikeluarkan oleh Al Hakim dalam Mustadraknya 1/162 no 294, Al Hakim berkata setelahnya,” Hadis ini sahih sesuai dengan syarat Syaikhain”. Juga dari hadis Anas bin Malik, Abu Darda, Mu’adz bin Jabal dan An Nu’man bin Basyir sebagaimana yang dikatakan oleh ibnu Qayyim dalam miftah daarissa’adah 1/93]

AYAT MUHKAMAT DAN MUTASYABIHAT

♡Tadabbur Kalamullah♡

هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ ۖ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ ۗ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ ۗ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ

"Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran"

[Surah Ali Imran 7]

#Dlm al-Quran tdpt 2 jenis ayat yg diwahyukan iaitu ayat muhkamat dan ayat mutasyabihat

#Ayat Muhkamat:
Menurut pdpt Jabir bin Abdillah ialah ayat al-Quran yg diketahui takwilnya, difahami makna dan tafsirnya

#Ayat mutasyabihat ialah merujuk kpd perkara yg tak jelas maksudnya, wujud kesamaran dlm memahami maksudnya, kabur serta tak disebut secara jelas. Cthnya: tafsiran huruf muqaththa'ah pada awal-awal surah (aliif lam mim, haa mim dll), tarikh kiamat, tarikh keluarnya Yakjuj Makjuj, tarikh kelahiran dajjal, tarikh kemunculan nabi Isa dan sbgnya

#Sikap kita sbg seorang muslim bg kejelasan aqidah maka fokus dan tumpuan wajiblah diarahkan kpd ayat2 yg muhkamat cthnya spt surah al-Fatihah, surah al-Ikhlas dll yg jelas menghuraikan sifat2 Allah, kebesaran Allah dgn terang lg jelas

#Sikap suka membicarakan ayat muhkamat ialah sikap yg baik dan mulia

#Sikap mengutamakan ayat mutasyabihat atau ayat yg tak jelas maksudnya merupakan sikap yg tak baik yg blh membawa kecelaruan akidah, memecahkan kesatuan umat Islam krn masing2 cuba menegakkan kefahaman sendiri sehingga melabelkan org yg tak sehaluan sbg sesat, kafir, bkn ahli sunnah dan sbgnya

#Ayat ini jg menjelaskan perangai golongan yg mengutamakan ayat mutasyabihat sbg golongan yg berpenyakit dlm hatinya serta condong kpd kesesatan.

#Sewajarnya diutamakan ayat2 muhkamat yg byk di dalam al-Quran yg jelas dpt memantapkan aqidah dan keyakinan

#Kdg2 sesuatu ayat al-Quran menjadi medan pertikaian ulama dlm menentukan maksudnya. Tdk salah utk memilih mana2 pdpt dgn menilai hujah dan dalil setiap pdpt. Yg salahnya bila wujud usaha menolak golongan yg tdk sependapat.

#Pertikaian dan perbezaan ulama muktabar dlm isu2 aqidah masih dlm lingkungan suasana mahabbah dan kasih sayang bknnya utk memusuhi dan label melabel serta gelaran2 yg buruk.

♡Aqidah mantap dgn perkara yg pasti bkn dgn perkara yg samar. Namun kita tetap beriman dgn keseluruhan ayat2 Allah swt sbgmana yg diturunkan♡

🐊Ust naim

UMAT TERBAIK

♡Tadabbur Kalamullah♡

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا ۗ ....

"Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang ('wasata') pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu....."

[Surah Al-Baqarah 143]

#Imam Ibnu Kathir melalui Tafsir al-Quran al-Azim menjelaskan:

"Perkataan "wasata" bermaksud yg terbaik, cemerlang dan gemilang"

#Inilah minda Rasulullah saw dan para sahabat Baginda ketika menjalani kehidupan seharian, berdakwah dan menyebarluaskan agama Islam. Mereka sentiasa melakukan yg terbaik dan usaha utk mencapai kecemerlangan

#Model Wasatiyyah- "Para Sahabat dan Badar":

Sejarah tlh menyaksikan bilangan dan kelengkapan peperangan tentera Muslim dlm peperangan Badar adalah sedikit berbanding tentera musuh. Namun, adakah bilangan yg sdikit itu menghalang para sahabat drp meneruskan misi mereka??

Tidak sekali-kali krn mereka yakin usaha terbaik yg dilakukan akan membuahkan hasil. Minda yg sentiasa inginkan kecemerlangan dan kegemilangan serta bersedia menghadapi badai yg menunggu di hadapan. Kualiti diri inilah yg ditanam oleh Rasulullah ke dlm minda para sahabat

♡Lahirkan dlm diri kita ciri2 wasatiyyah (berusaha melakukan yg terbaik dan cemerlang) di samping bertawakkal kpd Allah swt nescaya kita akan mjadi umat pilihan yg terbaik♡

🐊Ust naim

KEHEBATAN ZIKIR

♡Tadabbur Kalamullah♡

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا [41] وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا [42]

"Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya" (41) "Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang"(42)

[Surah Al-Ahzab 41-42]

#Said bin Jubair, seorang pakar tafsir dalam kalangan tabiin di Makkah berkata: "Zikir ialah dengan mentaati segala perintah Allah SWT. Sesiapa yang tidak taat kepada Allah SWT, maka ia tidak dikira meskipun ia memperbanyak tasbih, tahlil dan bacaan al-Quran"

# Al-Hafiz Ibn Abi al-Dunia meriwayatkan daripada Hakim al-Ahmasi: "Aku mendengar bahawa Syurga dibina dengan zikir. Apabila zikir itu terhenti, maka berhenti jugalah malaikat yang bekerja membangunkannya. Apabila mereka ditanya, "Mengapa kamu berhenti bekerja?" Mereka menjawab, "Kami sedang menunggu bahan-bahannya"

#Salah seorang tokoh tabiin yang memiliki kisah yang sangat indah dengan zikir ialah Abdullah bin Ghalib di Kufah.

Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab al-Zuhd bahawa Abdullah tidak pernah berhenti menyebut nama Allah SWT dalam setiap keadaan. Walaupun sedang dalam perbincangan dengan seseorang, beliau tetap tidak menghentikan zikirnya.

Sa'id bin Zaid berkata: "Ketika Abdullah bin Ghalib terbunuh, kami meletakkannya di dalam kubur lalu menanamnya. Tiba-tiba keluar dari tanah kuburnya wangian daripada pelbagai minyak wangi"

Malik bin Dinar berkata: "Aku pergi mengambil sebahagian daripada tanah itu lalu meletakkannya di dalam kantung. Aku terus-menerus mencium bau wangi tersebut meskipun selepas beberapa hari"

#Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jailani:

"Orang itu dikatakan dekat dgn Allah swt selama dia meluangkan waktunya utk berzikir setiap hari"

#Marilah kita memperbanyak ibadah sunnah dan zikir. Setiap kali mengucapkan tasbih, pada hakikatnya, kita sedang menanam sepohon pokok dan membina sebuah mahligai indah di Syurga. Semakin banyak zikir yang kita ucapkan, semakin hijau dan rendang taman-taman tersebut serta semakin siap istana yg dibina

♡Berzikir dan bertasbih menenangkan jiwa dan raga♡

🐊Ust naim

DI SEBALIK SURAH AT TIN

♡Tadabbur Kalamullah♡

وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ # وَطُورِ سِينِينَ # وَهَٰذَا الْبَلَدِ الْأَمِينِ

"Demi Tin dan Zaitun [1] Demi Bukit Sinai [2] Demi kota yang aman[3]

[Surah At-Tin 1-3]

#Ulama' Tafsir berbeza pdpt dlm menyatakan maksud ayat2 ini.

#Kaab al-Ahbar menyatakan bahawa:

☆Ayat pertama menyatakan dua buah negara iaitu Damsyik di Syria (bumi Tin) dan Baitul Maqdis di Palestin (bumi zaitun).

☆Ayat kedua menyatakan ttg Bukit Sinai di Mesir

☆Manakala ayat ketiga menyatakan ttg kota Mekah al-Mukarramah

[Tafsir al-Kabir]

#Sabda Nabi saw mengenai kemuliaan bumi Syam:

طُوبَى لِلشَّامِ . فَقُلْنَا : لِأَيٍّ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : لِأَنَّ مَلَائِكَةَ الرَّحْمَنِ بَاسِطَةٌ أَجْنِحَتَهَا عَلَيْهَا

“Beruntunglah negeri Syam (merangkumi Palestin, Syria dan Lubnan). Sahabat bertanya: Mengapa? Jawab Nabi saw: "Malaikat rahmat membentangkan sayapnya di atas negeri Syam” (HR Ahmad)

#Firman Allah swt mengenai keberkatan bumi Mekah:

"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka"... (al-Baqarah 126)

#Sabda Nabi saw mengenai bumi Mesir:

إنكم ستفتحون أرضاً يذكر فيها القيراط فاستوصوا بأهلها خيراً، فإن لهم ذمة ورحماً

"Sesungguhnya kamu akan membuka satu bumi yang disebut padanya al-Qirat, maka wasiatlah ahlinya dengan kebaikan maka sesungguhnya bagi mereka kehormatan dan rahmat" (Muslim)

Riwayat lain yg dinukil oleh Abul Abbas Ahmad bin Imran al-Qurthubi dalam kitabnya yang menjelaskan Sahih Muslim; al-Mufhim lim asykala min talkhis kitab muslim (Beirut: Dar Ibn Katsir, hadits no 2448, 6/499), disebutkan:

“Sesungguhnya kamu akan menakluk Mesir. Iaitu wilayah yang disebut di sana al-Qirath. Jika kamu telah menaklukinya maka berilah wasiat yang baik kepada penduduknya....”

Wilayah yang dibahas dalam hadis ini adalah Mesir.

♡Ya Allah berkati dan berilah kemenangan kpd saudara2 kami pejuang2 agamaMu di bumi Syam, Mesir, Yaman, Rakhine/Rohingya, Iraq, Afghanistan, Indonesia, Fatoni, Malaysia dan seluruh bumi umat Islam♡

🐊Ust naim

BELAJAR DARI UNTA

♡Tadabbur Kalamullah♡

أَفَلَا يَنْظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ

"Maka apakah mereka tidak memerhatikan unta bagaimana ia diciptakan"

[Surah Al-Ghashiyah 17]

#Dlm Tafsir al-Qurtubi mensyarahkan kenapa Allah memerintahkan kita melihat kejadian unta??

Ini krn ia binatang yg punyai keajaiban selain ketahanannya yg luar biasa. Pdnya terhimpun 4 perkara iaitu:

1. Hulubah (susunya)
2. Rukubah (ia menjadi tunggangan)
3. Ukulah (ia menjadi barang yg dimakan)
4. Humulah (ia menjadi binatang yg membawa barang2)

#Menurut Imam at-Tabari:

Susu unta mempunyai kepanasan serta ubat yg baik utk penyakit BUASIR. Bg orang yg susah tidur, secawan susu unta ditambah dgn sesudu madu akan menjadikan sistem badan seimbang dan akan menjadikan tidur lebih lena.

#Dr.Ahmadani dlm kajiannya mendapati susu unta jg dpt menurunkan kadar gula bagi penghidap kencing manis krn susu unta tdpt hormon insulin manakala daging unta merupakan satu2nya daging haiwan yg bebas drp kolestrol (rujuk kitab Mukjizat al-Tadawi Bil Alban wa Abwal al-Ibil)

#Binatang yg digelar oleh org Arab sbg 'Safinah al-Sakhra' (bahtera padang pasir) mmg terkenal dgn kekuatannya menahan panas dan blh berjalan tanpa minum sehingga berbelas hari

#Walaupun unta tiada di Malaysia, namun kita blh ambil pengajaran drpnya krn kejadian unta adalah utk berkhidmat kpd manusia. Hidup kita ini bkn hanya utk diri sendiri sebaliknya hidup kita adalah utk org lain jg

# Seekor unta blh memberikan byk kebaikan kpd manusia. Maka seorang manusia sudah sepatutnya blh berbuat lebih hebat drp itu, dgn kebaikan dan khidmat yg pelbagai dan berganda

♡Hidup utk berkhidmat, itulah pelajaran atau iktibar drp kejadian unta♡

🐊Ust naim

HIDAYAH MILIKNYA

♡Tadabbur Kalamullah♡

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)" [Surah Al-Qasas 56]

# Ibnu Kathir mengatakan mengenai tafsir ayat ini:

“Allah mengetahui siapa saja dari hambanya yang layak mendapatkan hidayah, dan siapa saja yang tidak layak mendapatkannya”

#Turunnya ayat ini berkenaan dengan cintanya Rasulullah saw kepada bapa saudaranya Abu Talib. Segala cara dan upaya yang dilakukan baginda untuk mengajak pakciknya kepada kebenaran, namun pakciknya kekal tidak beriman sehingga ajal menjemputnya. Seorang Rasul yang kita tahu kedudukannya di sisi Allah pun tidak mampu untuk memberi hidayah kepada pakciknya, apalagi kita yang keimanannya sangat jauh dibandingkan Baginda.

#Ini menunjukkan tugas kita ialah berdakwah dan bukan memberi hidayah krn hidayah milik mutlak Ilahi

#Dr.Wahbah az-Zuhaili dlm Tafsir Munir membahagikan hidayah kpd beberapa peringkat:

1. Hidayah Ilhami (naluri)
2. Hidayah hawasi (pancaindera)
3. Hidayah aqli (akal)
4. Hidayah deeni (agama)
5. Hidayah taufiqi (taufik)

-Naluri, pancaindera dan akal adalah petunjuk Allah kpd manusia sbg modal bg manusia mdpt hidayah agama dan taufik

#Petunjuk dan hidayah drp Allah adalah hak Allah utk diberikan kpd sesiapa yg dikehendakiNya. Oleh itu, kita jg perlu berusaha utk mdptkan dan menjaganya. Antara usaha yg blh kita lakukan utk mdpt dan memelihara hidayah:

1. Berdoa:
"Wahai Tuhan kami yg membolak balikkan hati kami, arahkanlah hati kami ke arah ketaatan kpdMu" (HR Muslim) dan doa yg tdpt dlm surah Ali Imran ayat 8

2. Melengkapkan diri dengan ILMU:
Ilmu yg bmanfaat blh mjadi sebab kita mdpt dan kekal dlm hidayah

3. Jauhi Dosa
Dosa blh jd penyebab utk kita dijauhi hidayah malah blh melucutkan hidayah yg tlh dikurniakan

#Mdpt hidayah drp Allah hingga mampu mendirikan solat adalah satu anugerah, krn betapa ramai org yg hanya diberi hidayah Islam ttpi tidak mdpt hidayah utk mdirikan solat. Ada yg diberi hidayah solat namun tdk pula mdpt hidayah utk menunaikan solat di awal waktu dan secara berjemaah.

#Ibadah mjadi ringan apabila ada hidayah dan taufiq drp Allah

♡Hidayah... ia blh datang dan boleh pergi..Jagalah sebaik mungkin♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

HARTA DAN SYURGA

♡Tadabbur Kalamullah♡

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانْتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)"

[Surah Al-Jumuah 10]

#Ayat ini secara tak langsung mengingatkan bahawa dlm kesibukan kita beribadah, usaha mencari rezeki usah dilupakan. Allah swt menyebut harta sbg 'limpah kurnia Allah'

#Ayat ini sekaligus membantah sangkaan bahawa ibadah dan harta tdk blh bersatu. Sebenarnya harta dan agama saling melengkapi. Kedua2nya sgt penting dlm hidup seorang muslim

#Memiliki harta tanpa agama akan menjerumuskan ke neraka. Krn org tersebut akan hanyut dlm aktiviti yg membinasakan diri dan imannya

#Sebaliknya, agama tanpa harta akan menutup byk peluang ibadah. Tanpa harta, seseorang tdk akan dpt pahala wakaf yg terus mengalir. Tanpa harta, seseorang tdk dpt melaksanakan haji dan umrah. Menuntut ilmu jg memerlukan kos yg tdk sedikit.

#Amru b. al-As bercerita:

"Suatu hari Rasulullah saw memanggilku kpdnya. Apabila aku dtg, Baginda memerintahkanku utk bpakaian dan bsenjata. Lalu aku pun menurut perintah tsebut. Aku dtg kpd Baginda yg sdg bwudhuk. Baginda memandangku lalu menundukkan kepalanya. Baginda bsabda: Aku ingin mengutusmu dlm satu pasukan. Allah akan memberimu harta rampasan dan keselamatan. Engkau akan mdptkan harta yg bpatutan. Amru bkata: Wahai Rasulullah, aku masuk Islam bkn krn inginkan harta. Aku masuk Islam krn cintakan Islam dan ingin bsama Rasulullah. Rasulullah bsabda: "Wahai Amru, SUNGGUH INDAH HARTA YG BAIK APABILA BERADA DI TANGAN ORG YG BAIK" (Riwayat Ahmad)

#Kisah harta di tangan org baik:

-Ibnu Mubarak seorang ulama' Tabiin yg alim, zuhud dan kaya raya. Beliau jg seorang usahawan yg bjaya lagi dermawan apabila dirakamkan dlm sejarah bahawa setiap tahun beliau membelanjakan 100 ribu dirham kpd fakir miskin serta membiayai para ulama pd waktu itu spt Sufyan at-Thauri, Sufyan bin Uyainah, Fudhail b Iyadh, Ibnu Sammak dan Ibn Ulayyah

#Ilmu agama mesti menjadi panduan dlm pengurusan harta, dgn begitu harta tersebut akan membawa kita ke syurga

♡Ingatlah!! Yg halal akan dihisab, yg haram akan diazab♡

~JOM BELI SYURGA DGN HARTA~

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

KESAN MAKAN DAN GUNA YANG HARAM

♡Tadabbur Kalamullah♡

قُلْ لَا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

[Surah Al-Ana'am 145]

#Syed Qutb dlm Tafsir Fi Zilal al-Quran menyatakan:

"Sama ada ilmu manusia dpt mengetahui hikmah pengharaman sesuatu perkara atau tidak, namun yg pasti, Allah Maha Mengetahui dan amat mengatasi keupayaan kita utk mengetahui sesuatu perkara. Allah tdk mengharamkan sesuatu kecuali pasti perkara itu mempunyai bahaya dan kemudaratannya"

#Bagi org beriman, isu halal atau haram ialah soal ketaatan kpd hukum Allah. Setiap yg haram adalah keji dan buruk

#Perkara yg haram samada haram pd zat sesuatu benda, pd perbuatan atau pd akhlak, kesemuanya adalah haram, semua ini mencakupi segenap persoalan hidup manusia

#Imam al-Ghazali menegaskan:

"Perkara pertama yg menghilangkan khusyuk bg org yg solat adalah krn memakan makanan atau berpakaian drp sumber yg haram"

#Apabila solat tdk berkualiti dan bermasalah, apakah yg dpt kita harapkan bg memperkukuh diri dgn kebaikan sekiranya solat yg merupakan tiang agama tlh rosak

#Bkata Abdullah Sahl al-Tusturi:

"Sesiapa yg makan makanan haram maka akan bermaksiatlah anggota tubuhnya sama ada atas kehendaknya atau tidak, sama ada dia tahu atau tidak. Sesiapa makan makanan yg halal maka seluruh anggota tubuhnya akan tunduk taat dan mudah melaksanakan kebajikan"

# Bkata Imam as-Syafie:

"Pilihlah makanan yg halal krn ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun"

#Ibnu Khaldun dlm al-Muqaddimah menjelaskan bahawa:

"Makanan yg baik dan segar tanpa bahan tambah, perisa, pelazat dan sbgnya dpt memberi kesan kpd akhlak seseorang. Begitulah sebaliknya memakan benda yg haram pd zat (makan babi@yg bercampur unsur babi)@ memakan benda yg halal zatnya (daging2 halal) tetapi didapati dgn cara haram spt curi, tipu@ rasuah akan membentuk kekejian akhlak dan budi pekerti buruk. Ini pasti melahirkan kecelaruan dlm diri, krisis dlm keluarga dan sengketa dlm masyarakat keseluruhannya"

#Impak paling maksimum bg pelaku dan pemakan haram di hari akhirat ialah neraka Jahannam. Itulah sehebat2 balasan yg menunggu. Sabda nabi saw:

"Mana2 hamba, dagingnya itu tumbuh drp perkara2 yg haram dan amalan riba, api nerakalah yg patut (utk membakar dan menghilangkan) daging itu" (Riwayat Ibnu Marduwaih)

♡Pastikan aura halal mdpt kemenangan dlm menundukkan yg haram♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

DAHSYATNYA SUASANA MAHSYAR

♡Tadabbur Kalamullah♡

يَوْمَ تُبَدَّلُ الْأَرْضُ غَيْرَ الْأَرْضِ وَالسَّمَاوَاتُ ۖ وَبَرَزُوا لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ

"(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa"

[Surah Ibrahim 48]

#Dijelaskan dlm Tafsir Ibnu Abbas:

"Iaitu hari perubahan bumi dengan bumi yang lain dengan keadaan yang berbeza. Pergantiannya iaitu ditambah dan dikurangi misalnya diratakan gunung dan lembahnya"

#Drp Sahl bin Sa'id as-Sa'idiy r.a drp Nabi saw:

"Tuhan akan himpunkan semua manusia pd hari kiamat di atas satu bumi yg putih kemerah-merahan spt sebiji roti gandum putih yg baharu dibakar. Bumi yg suci bersih tidak ada pdnya gunung ganang@ bukit bukau dan tidak pula ada padanya sebarang tanda@ kesan yg menunjukkan bahawa bumi itu pernah diduduki@ dimiliki orang" [al-Bukhari&Muslim]

#Imam at-Tabrani meriwayatkan bhw manusia akan berdiri di Padang Mahsyar selama 50 ribu tahun dlm keadaan tdk diberi makan dan minum. Tekak dan leher pecah akibat kehausan yg maha luar biasa. Perut terasa terbakar krn kelaparan yg sudah tidak tertanggung

#Tempoh 50ribu tahun tsebut adalah mengikut jangka masa hari ini. Dlm surah as-Sajdah ayat 5 dikatakan bhw sehari di akhirat spt kadar 1000 tahun didunia

#Namun, mufassirin menyebut lbh drp 50000 tahun sbgmana dinyatakan dlm surah al-Maarij ayat 4 (Lihat Tafsir Ibn Kathir)

#Tdpt byk penderitaan yg akan dilalui manusia di mahsyar:

1. Manusia berada dlm keadaan takut dan cemas (an-Naazi'at ayat 8-9)

2. Berdiri terjemur di bawah panas matahari yg panasnya hanya Allah yg mengetahui (rujuk HR Muslim&Tirmizi)

3. Berdiri dlm banjir peluh yg mencurah-curah (rujuk HR Bukhari dan Muslim)

4. Berdiri dlm keadaan telanjang tanpa seurat benang di tubuh (rujuk HR Bukhari dan Muslim)

#Apa yg patut kita lakukan utk meringankan kesusahan di mahsyar?

Bkata Abdullah bin Abbas r.a: "Sesiapa yg ingin diringankan oleh Allah swt ketika berdiri di Mahsyar, maka tampillah di hadapan Allah pd malam hari dlm keadaan sujud dan berdiri krn takutkan dahsyatnya akhirat" (Ibn Jarir, Tafsir ath-Thabari)

♡Beristiqamahlah dgn apa shj amalan soleh yg memungkinkan kita diberi kemudahan ketika berhimpun di Pdg Mahsyar kelak♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

API NERAKA

♡Tadabbur Kalamullah♡

أَفَرَأَيْتُمُ النَّارَ الَّتِي تُورُونَ # أَأَنْتُمْ أَنْشَأْتُمْ شَجَرَتَهَا أَمْ نَحْنُ الْمُنْشِئُونَ # نَحْنُ جَعَلْنَاهَا تَذْكِرَةً وَمَتَاعًا لِلْمُقْوِينَ

Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)? (71) Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya? (72) Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai "peringatan" (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir (73)

[Surah Al-Waqiah 71-73]

#Qatadah dan Mujahid mentafsirkan kalimah 'peringatan' ini dgn berkata:

"Maknanya, api dunia ini sbg peringatan bagi api akhirat yg paling besar"

#Imam al-Zamakhsyari dlm Tafsir al-Kasyaf mengatakan:

"Allah menggantungkan sebab2 kehidupan dgn api, jg membuat seluruh manusia memerlukannya agar mereka selalu melihat api ini lalu mengingati ancaman Allah swt"

#Demikianlah firman Allah yg memberi perkhabaran mengenai api neraka agar manusia meninggalkan amalan dan sikap yg mengundang kemurkaanNya serta mjadi penyebab dihumban ke dlm api neraka

♡Jauhi dosa kerana api neraka 70 kali ganda kepanasan api dunia♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

TAUBAT

♡Tadabbur Kalamullah♡

إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَبَيَّنُوا فَأُولَٰئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ ۚ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

"Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani"

[Surah Al-Baqarah 160]

#Dlm memahami hal ini, Abu al-Laits as-Samarqandi menjelaskan bhw dosa manusia terbahagi kpd 2 jenis iaitu:

1. Dosa antara manusia terhadap Allah.

-Dosa dgn Allah akan terampun dgn bertaubat ttpi dgn 3 syarat:
a.Menyesal dlm hati
b.Berniat tdk mengulangi kesalahan
c.Membaca istighfar dgn lidah

2. Dosa sesama manusia

-Dosa dgn manusia hendaklah memohon maaf dgn orang terbabit. Selagi manusia itu tdk memaafkan atau menghalalkan maka dosa itu masih belum terampun

#Kata hukamak:

"Bangunkan semula apa yg telah kamu robohkan. Cucilah semula apa yg telah kamu palitkan najis. Perbaikilah apa yg telah kamu rosakkan. Jernihkan semula apa yg telah kamu keruhkan. Pulangkan semula apa2 yg sudah kamu terambil dgn cara tidak sah dan kembalikanlah kpd Tuhanmu apa yg telah engkau larikan drpNya tanpa izinNya"

♡Sesungguhnya rahmat Allah kpd manusia sgt luas. Allah memberikan jln kembali kpd ketaatan, ampunan dan rahmatNya..Rebutlah peluang keemasan ini♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Terlalu Sedikit Yang Bersyukur

♡Tadabbur Kalamullah♡

 ....وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ

...."Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur"

[Surah Saba' 13]

#Menurut Makhlad bin al-Hussain bahawa syukur adalah meninggalkan maksiat

#Abu Hazm berpdpt bahawa setiap nikmat yg tidak sedikitpun mendekatkan diri seorang hamba kpd Allah sbg penciptanya maka ia adalah bencana

#Tdpt satu atsar yg diriwwayatkan oleh Hasan al-Basri:

Nabi Musa berdialog dgn Allah swt, kata Musa: Wahai Tuhanku, bagaimana seharusnya Adam menunaikan syukur kpdMu atas apa yg Engkau kurniakan kpdnya. Engkau jadikannya dgn TanganMu. Engkau tiupkan kpdnya RuhMu. Engkau tempatkan dia di dlm SyurgaMu. Engkau arahkan malaikatMu sujud kpdnya, maka mereka semuanya sujud kpdnya. Lantas Allah berfirman: "Wahai Musa, Adam mengetahui bhw semua nikmatnya itu drpKu, lantas dia sentiasa memujiKu dgn mengucapkan Alhamdulillah. Maka itu adalah kesyukuran atas apa yg Aku anugerahkan kpdnya"

#Menurut Ibnu Mas'ud r.a: "Iman itu ada 2 bahagian. Sebahagiannya sabar dan sebahagiannya lg ialah syukur"

♡Lawan bg syukur ialah kufur. Jdlah insan yg senantiasa bsyukur dan jgn sesekali kufur atas sgala pemberian dan nikmatNya♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Jangan Hairan Bila Ulamak Terguna Hadis Palsu

Tak Pelik Ulama ‘Terguna’ Hadis Palsu

Ada perkara yang kita rasa biasa, sebenarnya ‘luar biasa’ pada orang lain.Ada setengah orang berasa hairan apabila disebutkan ada hadis palsu dalam kitab seseorang ulama. Sebabnya ia berasa tak mungkin ulama menggunakan hadis palsu di dalam kitab-kitab mereka. Sudah pasti mereka maklum tentang larangan Nabi SAW dan ancaman balasan berat ke atas orang yang mereka-reka hadis palsu. Maka mana mungkin ulama akan menggunakan hadis-hadis palsu! Dengan perspektif ini, mereka merasakan mustahil terdapat hadis palsu di dalam kitab-kitab alim ulama. Kemungkinan rasa hairan ini disebabkan kurang pendedahan atau kurang memperdalami pengajian ilmu hadis.

Secara umum, memang kita disuruh supaya menghormati para alim ulama dan beradab sopan dengan mereka. Kita tahu kedudukan para ulama dalam Islam adalah tinggi. Bagaimanapun, mereka juga adalah manusia yang tidak terlepas dari kekurangan dan membuat kesilapan. Maka jika terdapat kekurangan dan kesilapan daripada mereka, ia adalah lumrah semula jadi manusia. Peranan kita ialah memahami sebabnya bukan menolak dan menidakkannya hingga mengangkat mereka ke tahap maksum atau merendah dan memperlekehkannya hingga menjatuhkan maruah mereka.

Kita seringkali melihat satu atau dua kesalahan seseorang sebagai ‘dosa’ yang menutup segala perbuatan baik dan soleh yang dilakukan sepanjang hidupnya. Demikian juga perspektif kita apabila melihat satu dua kesalahan atau kesilapan seseorang ulama. Padahal peratusnya barangkali terlalu kecil, mungkin 1% atau 2% berbanding 99% atau 98% kebaikan yang dilakukan...

Justeru, kewujudan hadis palsu di dalam kitab-kitab sesetengah ulama bukanlah sesuatu yang pelik dan menghairankan. Kita yakin, ia bukan perkara yang disengajakan oleh mereka. Ini kerana bukan semua ulama menghafaz dan menguasai keseluruhan riwayat hadis yang wujud yang jumlahnya ratusan ribu. Kemungkinan mereka menganggap hadis tersebut ada sumbernya yang boleh dirujuk cuma mereka tidak sempat merujuknya atau tidak sempat mengkaji dan menganalisisnya. Walaupun kita dapati setelah dikaji kemudian hadis tersebut tiada bersumber atau terdapat pendusta atau pemalsu hadis pada silsilah sanadnya. Sangka baik mereka itu tadi tidak menjadikan mereka sebagai penyebar hadis palsu secara sengaja.

Demikian juga ulama hadis yang meriwayatkan hadis-hadis palsu, mereka hanya sempat merekodkannya sahaja dan tidak sempat untuk mengkaji dan menilai status hadis-hadis tersebut. Mereka dianggap telah terlepas daripada beban tanggungjawab apabila mereka telah merekodkannya secara bersanad. Maka menjadi tugasan ulama yang datang kemudian untuk mengkaji dan menilainya.

Maka, kita perlu memahami sebabnya kenapa? Zaman para ulama dahulu amat jauh berbeza dengan zaman kita kini. Zaman dahulu amat sukar untuk memperolehi semua kitab yang dikarang, tidak sepertimana zaman ini. Kini kitab-kitab dicetak dan diedarkan secara meluas. Ia mudah diperolehi, bahkan dengan kewujudan internet kitab-kitab semakin mudah diperolehi sama ada secara berbayar atau percuma, sama ada dalam bentuk scan, elektronik mahu pun digital.

Maka, disebabkan sumber-sumber rujukan yang terbatas alim ulama dahulu mempunyai keuzuran yang boleh dimaafkan. Namun, kita kini tidak mempunyai sebarang keuzuran yang dapat dimaafkan jika kita terus menyebarkan hadis-hadis palsu. Ini kerana kini kita mempunyai semua keperluan yang ada untuk memastikan kesahihan atau kepalsuan sesuatu hadis. Tidak mengapa jika kepalsuan hadis itu tidak nyata kepada kita sesudah dikaji. Tetapi jika hadis itu telah nyata kepalsuannya seperti hadis yang hanya diriwayatkan oleh pendusta atau pemalsu hadis, atau hadis yang menyalahi semua nas-nas yang sabit dan tidak dapat ditakwil, maka haramlah hukumnya jika kita menyebarkannya.

Janganlah hairan jika terdapat hadis palsu di dalam kitab-kitab sesetengah ulama. Jika di kalangan ulama yang berkecimpung dengan hadis juga tidak terlepas dari memasukkan hadis palsu di dalam kitab-kitab mereka, apatah lagi ulama yang tidak berkecimpung di dalam bidang hadis. Saya ulangi, mereka mempunyai keuzuran dan ia tidak menafikan kedudukan mereka sebagai ulama yang wajar dihormati. Siapa kita untuk dibandingkan dengan mereka? Jika ia seorang alim yang ahli ibadat, tingkat kedudukan mereka jauh lebih tinggi di sisi Allah SWT berbanding diri kita. Tetapi kita tidak ada keuzuran seperti mereka untuk terus menyebarkan hadis-hadis palsu yang boleh dikesan kepalsuannya sekarang ini tanpa sebarang kesukaran.

Imam Ibn Majah adalah tokoh besar hadis. Namun, para ulama hadis bersepakat bahawa terdapat sejumlah hadis palsu di dalam kitab Sunannya. Begitu juga al-Hakim an-Naisaburi pengarang al-Mustadrak, ulama hadis juga bersepakat bahawa terdapat sejumlah hadis palsu di dalam kitabnya itu. Al-Khatib al-Baghdadi pengarang kitab Tarikh Baghdad juga tokoh hadis yang hebat, banyak menyusun kitab-kitab hadis secara bersanad. Namun, beliau turut meriwayatkan banyak hadis-hadis yang terdapat perawi pendusta atau pemalsu hadis pada silsilah sanadnya tanpa sebarang ulasan. Begitu juga dengan al-Hafiz Abu Nu‘aim al-Asbahani pengarang kitab Hilyah al-Awliya’, terdapat hadis-hadis yang dapat dihukum palsu di dalam kitab-kitab beliau. Tokoh-tokoh hadis besar yang lain seperti Imam at-Tabarani pengarang kitab-kitab al-Mu‘jam, Imam Ibn ‘Asakir ad-Dimasyqi pengarang kitab Tarikh Dimasyq, al-Hafiz Abu as-Syeikh al-Asbahani, al-Hafiz Ibn Syahin, Imam Ibn Abi ad-Dunya, al-Hafiz Ibn an-Najjar, al-Hafiz ad-Daylami, Imam al-Bayhaqi dan lain-lain kesemuanya turut meriwayatkan banyak hadis-hadis yang terdapat perawi pendusta atau pemalsu hadis pada sanad riwayat mereka.

Imam as-Suyuti, tokoh besar yang terkenal menguasai pelbagai bidang ilmu. Meskipun banyak menghasilkan karya-karya hadis, beliau didapati longgar dalam merekodkan hadis-hadis Nabi SAW. Misalnya dalam kitabnya al-Jami‘ as-Saghir, beliau syaratkan untuk tidak memuatkan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh pendusta dan pemalsu hadis. Namun, didapati banyak hadis-hadis yang dapat dikatakan palsu kerana diriwayatkan oleh perawi pendusta dan pemalsu hadis, sepertimana yang dijelaskan oleh al-Hafiz Ahmad al-Ghumari di dalam kitab al-Mughir.

Lebih menghairankan, Imam Ibn al-Jawzi yang terkenal dengan ketegasannya dalam mengkritik hadis seperti di dalam kitabnya al-Mawdu‘at yang mengumpulkan hadis-hadis yang dikatakan palsu, tetapi memuatkan sejumlah hadis palsu di dalam sebahagian karyanya yang lain seperti di dalam kitab Zam al-Hawa.

Imam Ibn Hazm az-Zahiri yang tegas dalam penilaian hadis-hadis juga pernah direkodkan menggunakan hadis palsu. Demikian juga Syeikh Ibn Taymiyyah dan muridnya, Syeikh Ibn Qayyim al-Juziyyah.

Saya juga teringat imam besar kita, Imam as-Syafi‘i pernah meriwayatkan hadis-hadis daripada gurunya, Ibrahim bin Abi Yahya yang dituduh sebagai pendusta oleh ramai tokoh hadis.

Kitab-kitab tafsir juga tidak terlepas dari memuatkan sejumlah hadis-hadis palsu, meskipun ketokohan dan kehebatan pengarangnya dalam bidang tafsir al-Quran. Antaranya seperti Imam at-Tha‘alibi, Imam an-Nasafi, Imam al-Qurtubi, Imam ar-Razi, Imam al-Khazin, Imam al-Baghawi, Syeikh Isma‘il Haqqi pengarang Ruh al-Bayan, Imam as-Sawi dan lain-lain.

Kelonggaran dalam merekodkan hadis-hadis Nabi SAW lebih meluas di dalam kitab-kitab suluk dan akhlak. Banyak didapati hadis-hadis yang tidak bersumber, hadis-hadis palsu, riwayat Israiliyyat dan munkar di dalamnya. Antaranya seperti karya-karya Abu al-Laith as-Samarqandi, as-Safuri, Imam al-Qusyairi, Syeikh ‘Abdul Qadir al-Jailani, Imam at-Tusi pengarang al-Luma‘, al-Hafiz as-Sulami pengarang Tabaqat as-Sufiyyah, Imam Abu Talib al-Makki pengarang Qut al-Qulub, Imam al-Ghazali pengarang Ihya’ ‘Ulumiddin, al-Mayyanisyi al-Makki, Syeikh al-Khubawi pengarang Durrah an-Nasihin dan lain-lain. Demikian juga halnya berlaku dalam karya-karya sirah nabawiyyah dan mawlid.

Keuzuran mereka dalam memuatkan hadis-hadis palsu sebenarnya boleh kita terima tanpa menghilangkan rasa hormat dan merendahkan kedudukan tinggi mereka sebagai ulama Islam. Kita yakin, jika mereka tahu ianya benar-benar hadis palsu, nescaya merekalah orang pertama yang paling jauh darinya. Kecintaan mereka yang tinggi terhadap Baginda Nabi SAW sudah cukup untuk memberikan kepada kita keyakinan tersebut. Kerana cinta kepada Nabi SAW itulah kita perlu membersihkan hadis-hadis Baginda SAW daripada sebarang pendustaan dan pemalsuan. Hak Nabi SAW sewajarnya lebih diutama dan didahulukan berbanding hak para alim ulama.

Maka, janganlah terlalu pelik dan terkejut jika ada yang kata terdapat hadis palsu dalam karya sekian sekian ulama. Jelas secara zahir, mereka sebenarnya tidak pun melihat kepalsuan hadis tersebut ketika menyalinkannya. Dan perlu kita ketahui bahawa setiap ilmu itu ada pakar-pakar rujuknya. Justeru, rujukkanlah setiap ilmu kepada ahlinya..

Semoga Allah SWT memberikan hidayah dan inayah-Nya buat kita semua. Wassalam.

Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta'ala

KALAM SENTAP

Kata Imam Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari:

كفى بك جهلاً أن يعاملك مولاك بالوفاء، وأنت تعامله بالجفاء

Terjemahan: “Memadai kamu dikira sebagai jahil bila Tuhanmu melayanmu dengan sempurna, namun kamu melayanNya dengan sambil lewa”

Gadis Pilihan

♡Tadabbur Kalamullah♡

كَذَٰلِكَ وَزَوَّجْنَاهُمْ بِحُورٍ عِينٍ

"Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya"

[Surah Ad-Dukhan 54]

#Bidadari syurga di gelar Hurul Ain

#Makhluk yg tersangat indah yg diciptakan Allah sbg hadiah utk hamba2Nya yg soleh, beriman dan bertaqwa

#Mereka tinggal tetap di dlm syurga menunggu kehadiran calon suaminya yg beriman ketika di dunia

#Bidadari terdiri drp para gadis yg cantik jelita. Tdk ada persamaan dgn segala kecantikan yg ada di dunia

#"Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan" (Surah ar-Rahman 58)

#"Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)" (Surah al-Waqiah 36)

#"Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya" (Surah as-Saffat 48)

#Sabda Rasulullah saw ttg sifat2 ahli syurga:

عن حارِثَةَ بْنِ وَهْبٍ الْخُزَاعِيِّ قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ الْجَنَّةِ كُلُّ ضَعِيفٍ مَتَضَعِّفٍ، لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللهِ لأَبَرَّهُ. أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ النَّارِ كُلُّ عُتُلٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ. [أخرجه البخاري ومسلم]

Terjemahan:Daripada Harithah bin Wahb al-Khuza’iradhiallahu 'anhu katanya: Aku dengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa salambersabda: "Mahukah aku khabarkan kepada kamu semua tentang (sifat-sifat) ahli syurga? Iaitu setiap orang yang lemah, lagi dipandang lemah (rendah diri dan tiada menyimpan harta dunia), yang jika dia bersumpah atas nama Allah (berdoa kepada-Nya), nescaya Allah akan mengabulkan permintaannya. Mahukah pula aku khabarkan kepada kamu semua tentang (sifat-sifat) ahli neraka? Iaitu setiap orang yang bersifat keras, kasar, sombong lagi takbur” (HR al-Bukhari dan Muslim)

♡Ingatlah bahawa tiada bidadari buat org kafir, fajir (sering melakukan dosa), munafiq, orang yg sombong, penderhaka dan pelaku maksiat♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Ganjaran Mendengar Kalamullah

♡Tadabbur Kalamullah♡

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

"Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat"

[Surah Al-Araf 204]

#Imam at-Tabari dlm tafsirnya menjelaskan, ayat ini menyuruh kita agar bukan hanya mendengar ayat2 suci al-Quran, malah kita perlu memahami dan mengambil pengajaran drpd ayat2 suci yg didengari itu.

#Kita blh mdapat pahala bkn shj dengan membaca al-Quran, malah dgn mendengarnya jg kita blh mdpt ganjaran

#Ganjaran ini akan diperolehi dgn lumayan lbh2 lagi jika kita mendengarnya dlm solat

#Selain itu, ganjaran akan bertambah lumayan jika mendengar dan memahami tuntutannya serta tadabbur dgn sepenuh jiwa

#Mari kita renungi perkataan Imam Ibnu Jarir ath-Thabari:::

"Aku betul-betul merasa aneh terhadap orang yang membaca al-Quran, akan tetapi dia tidak mengetahui tafsirnya, bagaimana dia dpt menikmati bacaan al-Qur’an?"

#Dari ‘Abdullah bin Syaddad bin Had mengatakan: “Aku pernah mendengar Umar membaca surah Yusuf dalam solat Subuh dan aku mendengar isakan tangisnya. Aku berada di akhir saf. Tangisannya saat beliau sedang membaca surah Yusuf 12:86: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku"

♡Indahnya kalam Allah bila difahami dan dihayati serta diamalkan dlm kehidupan♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Rehat dan Rawat Dgn Quran

Abdul Daem al-Kaheel, seorang jurutera dan penyelidik dr Syria bkata:

"Jika anda sakit atau menghadapi apa jua bebanan kehidupan, dengarkanlah bacaan al-Quran dan hayati ia, insyaallah al-Quran itu syifa' dan rahmah utk anda"

#Rehat dan rawat dgn mukjizat dan syafaat al-Quran

🐊Ust naim

♡Ngaji Hadis♡ Kelebihan Dengar al-Quran

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu’anhu, beliau berkata:

قَالَ لِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «اقْرَأْ عَلَيَّ الْقُرْآنَ» قَالَ: فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ ‍ أَقْرَأُ عَلَيْكَ؟ وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ؟ قَالَ: «إِنِّي أَشْتَهِي أَنْ أَسْمَعَهُ مِنْ غَيْرِي» ، فَقَرَأْتُ النِّسَاءَ حَتَّى إِذَا بَلَغْتُ: {فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلَاءِ شَهِيدًا} [سورة: النساء، آية رقم: 41] رَفَعْتُ رَأْسِي، أَوْ غَمَزَنِي رَجُلٌ إِلَى جَنْبِي، فَرَفَعْتُ رَأْسِي فَرَأَيْتُ دُمُوعَهُ تَسِيلُ

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadaku, “Bacakanlah kepadaku al-Qur’an.” Ibnu Mas’ud berkata: Aku katakan, “Wahai Rasulullah! Apakah saya akan membacakannya kepadamu sementara ia diturunkan kepadamu?”. Beliau menjawab, “Aku senang mendengarnya dari orang selain diriku.” Maka aku pun membacakan surat an-Nisaa’, ketika sampai pada ayat [yang artinya], “Bagaimanakah jika [pada hari kiamat nanti] Kami datangkan dari setiap umat seorang saksi, dan Kami datangkan engkau sebagai saksi atas mereka.” (QS. an-Nisaa’: 41). Aku angkat kepalaku, atau ada seseorang dari samping yang memegangku sehingga aku pun mengangkat kepalaku, ternyata aku melihat air mata beliau mengalir (HR. Bukhari [4582] dan Muslim [800])

👉Hadits yang agung ini memberikan pelajaran kepada kita untuk memiliki rasa senang dan menikmati bacaan al-Qur’an yang dibacakan oleh orang lain.

👉Oleh sebab itu Imam Bukhari juga mencantumkan hadits ini di bawah judul bab ‘Orang yang senang mendengarkan al-Qur’an dari selain dirinya’ (lihat Fath al-Bari [9/107]).

👉an-Nawawi rahimahullah berkata:

“Ada beberapa pelajaran dari hadits Ibnu Mas’ud ini, di antaranya; anjuran untuk mendengarkan bacaan [al-Qur’an] serta memperhatikannya dengan seksama, menangis ketika mendengarkannya, merenungi kandungannya. Selain itu, hadits ini juga menunjukkan dianjurkannya meminta orang lain untuk membacanya untuk didengarkan, dalam keadaan seperti ini akan lebih memungkinkan baginya dalam mendalami dan merenungkan isinya daripada apabila dia membacanya sendiri. Hadits ini juga menunjukkan sifat rendah hati seorang ulama dan pemilik kemuliaan meskipun bersama dengan para pengikutnya.” (al-Minhaj [4/117])

Gegarkan Hati

♡Tadabbur Kalamullah♡

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah"

[Surah Al-Anfal 2]

#Sejarah awal Islam menyaksikan org spt Sayidina Umar al-Khattab yg keras hatinya dan kuat menentang Islam, boleh bergetar hatinya dan cair egonya ketika mendengar bacaan al-Quran buat pertama kalinya lalu terus memeluk Islam

#Kenapa hati kita tidak bergetar membaca ayat2 Quran yg menyebut nama Allah dan janji2Nya??

#Kenapa dgn membaca al-Quran, tdk timbul rasa hina diri di depan Tuhan dan kita tdk dpt menghayati kebesaran dan keagungan Allah melalui kalamNya?

#Salah satu drpd sebabnya krn ayat2 yg dibaca itu tidak difahami maksudnya dan kita pun tidak mahu berusaha utk memahaminya, selain kerana hati yg kotor dan terhijab. Maka tidaklah dpt membezakan antara ayat2 rahmat dan ayat2 azab

#Sejarah menyaksikan bagaimana generasi sahabat yang mendapat sentuhan keimanan dari Rasulullah SAW benar-benar tersentuh dengan al Quran. Kata Hassan Al Banna bagi mereka al Quran umpama arus elektrik, semakin sensitif jiwa mereka semakin terasa sentuhan al Quran.

#Diceritakan bahawa Sayidina Umar r.a ketika menjadi Khalifah pernah pada suatu malam keluar mengintai keadaan umatnya. Ketika sampai disebuah rumah dia lalu terdengar bacaan al Quran surah at Thur. Ketika sampai ayat yang ke 7 dan 8: “Sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi. Tidak seorangpun yang dapat menolaknya”, ketika itu dia berkata, ini memang janji yang benar lalu dia terus rebah dan pengsan. Sayidina Aslam yang bersamanya lalu menggendongnya pulang. Sayidina Umar RA selepas itu sakit selama sebulan..

♡Subhanallah, dahsyatnya keimanan mereka sehingga berjaya memperolehi impak maksimum gegaran hati bila disebut nama dan kalam Allah.. kita bagaimana???♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Zikir Power

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ: عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِه

[ِSubhanallah wa bi-hamdih, ‘adada kholqih wa ridhoo nafsih. wa zinata ‘arsyih, wa midaada kalimaatih]

Ertinya:

“Maha Suci Allah, aku memujiNya sebanyak makhluk-Nya, sejauh kerelaan-Nya, seberat timbangan ‘Arsy-Nya dan sebanyak tinta tulisan kalimat-Nya.”

(Dibaca 3 x di waktu pagi saja)

Faedah: Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan pada Sayidatina Juwairiyah bahawa zikir di atas telah mengalahkan zikir yang dibaca oleh Sayidatina Juwairiyah bermula dari selepas Subuh sampai waktu Dhuha.

{HR. Muslim no. 2726}

#Mulakan pagi dgn zikirullah

🐊Ust naim

Sabtu, 6 Jun 2015

Hadis Israk

:

عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أُتِيتُ بِدَابَّةٍ فَوْقَ الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ خَطْوُهَا عِنْدَ مُنْتَهَى طَرْفِهَا فَرَكِبْتُ وَمَعِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام فَسِرْتُ، فَقَالَ: انْزِلْ فَصَلِّ، فَفَعَلْتُ، فَقَالَ: أَتَدْرِي أَيْنَ صَلَّيْتَ؟ صَلَّيْتَ بِطَيْبَةَ وَإِلَيْهَا الْمُهَاجَرُ، ثُمَّ قَالَ: انْزِلْ فَصَلِّ، فَصَلَّيْتُ، فَقَالَ: أَتَدْرِي أَيْنَ صَلَّيْتَ؟ صَلَّيْتَ بِطُورِ سَيْنَاءَ حَيْثُ كَلَّمَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام، ثُمَّ قَالَ: انْزِلْ فَصَلِّ، فَنَزَلْتُ فَصَلَّيْتُ، فَقَالَ: أَتَدْرِي أَيْنَ صَلَّيْتَ؟ صَلَّيْتَ بِبَيْتِ لَحْمٍ حَيْثُ وُلِدَ عِيسَى عَلَيْهِ السَّلَام، ثُمَّ دَخَلْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ، فَجُمِعَ لِي الْأَنْبِيَاءُ عَلَيْهِمْ السَّلَام، فَقَدَّمَنِي جِبْرِيلُ حَتَّى أَمَمْتُهُمْ، ثُمَّ صُعِدَ بِي إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا... إلخ. [رواه الإمام النسائي في سننه (446) بسند صحيح، والإمام الطبراني في مسند الشاميين (341)، والإمام الطبري في تهذيب الآثار (2776)]

Terjemahan:

Sabda Rasulullah SAW: ”Aku diberikan seekor binatang yang tingginya lebih dari keldai dan kurang dari baghal. Langkahnya adalah sejauh mata memandang. Lalu aku menunggangnya dan bersamaku Jibril AS. Lantas aku pun bergerak. Setelah itu, Jibril berkata: Turun, dan bersolatlah. Maka aku pun melaksanakannya. Lalu dia berkata: Adakah kamu tahu di mana kamu bersolat? Kamu telah bersolat di Taybah, dan kepadanya nanti tempat berhijrah.

Kemudian setelah itu, Jibril berkata lagi: Turun, dan bersolatlah. Maka aku pun bersolat. Lalu dia berkata: Adakah kamu tahu di mana kamu bersolat? Kamu telah bersolat di Tur Saina’, di mana Allah ’azza wajalla telah berbicara dengan Nabi Musa AS.

Kemudian setelah itu, Jibril berkata lagi: Turun, dan bersolatlah. Maka aku pun bersolat. Lalu dia berkata: Adakah kamu tahu di mana kamu bersolat? Kamu telah bersolat di Bait Lahm, di mana tempat Nabi ’Isa AS dilahirkan.

Kemudian aku memasuki Baitul Maqdis. Lalu dihimpunkan untukku para anbiya’ (nabi-nabi) AS. Lantas Jibril pun mengedepankanku sehingga aku mengimamkan mereka bersolat. Kemudian aku diangkatkan ke langit dunia...”.

Apa yang mahu difokuskan ialah titik perjalanan Nabi SAW dari Makkah ke Baitul Maqdis, di mana baginda SAW telah singgah di tiga perhentian.Antaranya ialah di bukit Tur Saina’ serta bersolat di situ. Perjalanan yang menunggang binatang supersonik ini bukanlah satu perjalanan yang berbentuk rohani atau ghaib. Ini kerana Isra’ adalah perjalanan merentas alam nyata, dan Mi’raj barulah perjalanan merentas alam ghaib. Maka semua yang dilalui dan dilihat oleh Nabi SAW adalah realiti dan benar belaka, bukannya metafora ataupun majazi.

Barangkali tempat ini jarang disebut oleh orang-orang yang menceritakan tentang peristiwa Isra’ dan Mi’raj kerana ianya tidak direkod oleh riwayat al-Bukhari dan Muslim, atau lain-lain. Ia hanya disebut dalam riwayat al-Nasa’i, al-Tabari dan al-Tabarani dengan taraf yang sahih