Sahabat Ilmu

Ahad, 7 Jun 2015

INTIPATI DAKWAH PARA RASUL

♡Tadabbur Kalamullah♡

فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ

"Maka, bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku"

[Surah Asy-Syu'ara' ayat 108, 110, 126, 131, 144, 150, 163 dan 179]

#Berkata Imam Ibnu Kathir dlm menafsirkan lapan ayat yg berulang ini ialah: "Beribadahlah kpd Tuhan kamu dan taatlah kpd rasul kamu"

#Imam Ibnu Kathir menambah bhw seruan ini bmaksud: "Terimalah apa2 yg manfaatnya dpt kembali kpd kamu di dunia dan akhirat dgn beribadah kpd Tuhan kamu yg telah menciptakan dan memberikan rezeki kpd kamu agar kamu beribadah mengesakanNya dan bertasbih kpdNya pd waktu pagi dan petang" (Ibnu Kathir, Tafsir al-Quran al-Azim)

#Lapan ayat yg berulang ini menceritakan mengenai intipati dakwah para rasul

#Dakwah mempunyai perkara keutamaan. Jika dilihat kpd dakwah para rasul, mereka mengajak kpd 2 perkara iaitu:

1.Beriman kpd Allah
2. Mengikuti para rasul

#Perkara pertama yg perlu disampaikan ialah konsep ketuhanan bukannya menceritakan ttg gaya hidup Muslim atau senarai perkara yg tak boleh dilakukan stlh menjadi Muslim.

#Cthnya ialah model dakwah nabi Ibrahim: "Nabi Ibrahim memulakan dakwah kpd ayahnya dgn berbincang ttg konsep ketuhanan" (rujuk surah Maryam 42-45)

#Kemudian barulah dikembangkan dgn metod, kaedah, gaya dan pendekatan yg seterusnya

♡Dakwah adalah obor iman♡

🐊Ust naim

Tiada ulasan: