Sahabat Ilmu

Ahad, 7 Jun 2015

Gadis Pilihan

♡Tadabbur Kalamullah♡

كَذَٰلِكَ وَزَوَّجْنَاهُمْ بِحُورٍ عِينٍ

"Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya"

[Surah Ad-Dukhan 54]

#Bidadari syurga di gelar Hurul Ain

#Makhluk yg tersangat indah yg diciptakan Allah sbg hadiah utk hamba2Nya yg soleh, beriman dan bertaqwa

#Mereka tinggal tetap di dlm syurga menunggu kehadiran calon suaminya yg beriman ketika di dunia

#Bidadari terdiri drp para gadis yg cantik jelita. Tdk ada persamaan dgn segala kecantikan yg ada di dunia

#"Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan" (Surah ar-Rahman 58)

#"Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)" (Surah al-Waqiah 36)

#"Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya" (Surah as-Saffat 48)

#Sabda Rasulullah saw ttg sifat2 ahli syurga:

عن حارِثَةَ بْنِ وَهْبٍ الْخُزَاعِيِّ قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ الْجَنَّةِ كُلُّ ضَعِيفٍ مَتَضَعِّفٍ، لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللهِ لأَبَرَّهُ. أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ النَّارِ كُلُّ عُتُلٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ. [أخرجه البخاري ومسلم]

Terjemahan:Daripada Harithah bin Wahb al-Khuza’iradhiallahu 'anhu katanya: Aku dengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa salambersabda: "Mahukah aku khabarkan kepada kamu semua tentang (sifat-sifat) ahli syurga? Iaitu setiap orang yang lemah, lagi dipandang lemah (rendah diri dan tiada menyimpan harta dunia), yang jika dia bersumpah atas nama Allah (berdoa kepada-Nya), nescaya Allah akan mengabulkan permintaannya. Mahukah pula aku khabarkan kepada kamu semua tentang (sifat-sifat) ahli neraka? Iaitu setiap orang yang bersifat keras, kasar, sombong lagi takbur” (HR al-Bukhari dan Muslim)

♡Ingatlah bahawa tiada bidadari buat org kafir, fajir (sering melakukan dosa), munafiq, orang yg sombong, penderhaka dan pelaku maksiat♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Tiada ulasan: