Sahabat Ilmu

Ahad, 7 Jun 2015

♡Mengenali Imam Ibnu ‘Abdil Barr♡



♡Nama lengkap beliau adalah Abu Umar Yusuf bin Abdullah bin Muhammad bin Abdil Bar bin Ashim An-Namari Al-Qurtubi.

♡Beliau berasal dari Negara Sepanyol dan dari Kabilah Namir bin Qasith yang merupakan salah satu kabilah dari negeri Arab.

♡Seorang ulama besar yang hidup pada abad ke-4 Hijriah.

♡Seorang ulama yang dijuluki sebagai Hafiz Al-Maghrib

♡Diantara para ulama yang menjadi guru-guru beliau adalah:

-Abdul Waris bin Sufyan.
-Abdullah bin Muhammad bin Abdul Mukmin, beliau adalah seorang pakar hadis yang besar pada zamannya.
-Abdullah bin Muhammad bin Abdurrahman bin Asad Al-Juhani.
-Muhammad bin Abdul Malik Ar-Rosofi.
-Al-Hafiz Abu Ustman Said bin Nashr bin Khalaf Al-Andalusi.
-Abul Fadhl Ahmad bin Qosim bin Abdurrahman Al-Bazzar.

♡Ulama-ulama diatas termasuk guru-guru beliau yang beliau banyak meriwayatkan hadis dari mereka. Adapun guru-guru beliau yang lain adalah Ahmad bin Abdil Malik bin Hasyim, Ahmad bin Muhammad Al-Muqri’, Ismail bin Abdurrahman, Abul Qurasyi Al-‘Amiri, Abdul Aziz bin Ahmad An-Nahwi, Abul Asbagh Al-Akhfasy, Abul Walid Al-Qurtubi Al-Qodhi, Muhammad bin Khalifah Al-Imam dan masih banyak lagi guru-guru beliau yang lain

♡Abul Walid Al-Baji berkata: “Tidak ada di negeri Sepanyol yang menyamai Abu Umar Ibnu Abdil Bar dalam ilmu hadis.” (As-Shilah hal. 973)

♡Imam Adz-Dzahabi berkata: “Beliau adalah seorang imam yang baik agamanya, seorang yang terpercaya dan profesional, pandai lagi luas ilmunya, dan sangat berpegang teguh dengan sunnah. Dahulu beliau bermazhab Zahiri, kemudian beliau menjadi seorang yang bermazhab Maliki, meskipun banyak pendapat beliau yang cenderung kepada mazhab Syafi’i. Dan hal tersebut tidak boleh diingkari, kerana beliau termasuk orang yang telah mencapai darjat imam mujtahid. Barang siapa yang membaca karya-karya tulis beliau, maka akantampaklah baginya keutamaan beliau. Mulai dari luasnya ilmu beliau, kekuatan pemahaman beliau, hingga kecerdasan otak beliau.” (Siyar a’lamin nubala juz.18 hal.157)

♡Beliau wafat di kota Syatibah pada malam Jumaat, tepatnya pada bulan Rabiulakhir tahun 463 H di usia beliau yang ke-95, dan dimakamkan di kota yang sama.

♡Akhir kata semoga Allah Ta’ala merahmati beliau dengan rahmat-Nya yang luas dan memasukkan beliau ke dalam syurgaNya.. Aamiiin.

Tiada ulasan: