Sahabat Ilmu

Jumaat, 12 Jun 2015

BAHANA LIDAH DAN BANYAK BERCAKAP

♡Tadabbur Kalamullah♡

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا [70] يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا [71]

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan"

[SurahAl-Ahzab 70-71]

#al-Zamakhsyari bkata dlm al-Kassyaf:

"Makna ayat ini ialah- Awasilah Allah dlm menjaga lidahmu dan meluruskan kata-katamu. Jika engkau melakukannya, maka Allah akan memberikan sesuatu yg menjadi keinginan semua orang. Iaitu menerima amal ibadahmu dan mengampuni dosamu"

#Pastikan ucapan kita mengandungi kebenaran dan kejujuran. Sabda Nabi saw:

"Sesungguhnya kejujuran membawa kpd kebaikan dan kebaikan membawa ke syurga" (HR al-Bukhari)

#Pilihlah utk diam jika kata2 yg ingin diucapkan itu tidak elok dan menyakitkan org lain. Sabda Nabi saw:

"Brgsiapa yg beriman kpd Allah dan hari Akhirat, bcakaplah yg baik atau diam" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Awasi kata2 agar hanya yg baik shj terucap. Jgn sampai pkataan yg keji atau penghinaan dilontarkan, bimbang kerananya iman blh terbatal da besar kesannya. Sabda Nabi saw:

"Terkadang seseorang mengucapkan satu perkataan yg dirasakan sgt remeh. Tetapi krn perkataan itu, dia akan terjerumus ke dlm neraka jahannam" (HR al-Bukhari)

♡Kerana lidah, badan binasa, silap2 dihumban ke dlm neraka. Berwaspadalah dlm pcakapan dan senda gurau♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Tiada ulasan: