Sahabat Ilmu

Ahad, 7 Jun 2015

HARTA DAN SYURGA

♡Tadabbur Kalamullah♡

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانْتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)"

[Surah Al-Jumuah 10]

#Ayat ini secara tak langsung mengingatkan bahawa dlm kesibukan kita beribadah, usaha mencari rezeki usah dilupakan. Allah swt menyebut harta sbg 'limpah kurnia Allah'

#Ayat ini sekaligus membantah sangkaan bahawa ibadah dan harta tdk blh bersatu. Sebenarnya harta dan agama saling melengkapi. Kedua2nya sgt penting dlm hidup seorang muslim

#Memiliki harta tanpa agama akan menjerumuskan ke neraka. Krn org tersebut akan hanyut dlm aktiviti yg membinasakan diri dan imannya

#Sebaliknya, agama tanpa harta akan menutup byk peluang ibadah. Tanpa harta, seseorang tdk akan dpt pahala wakaf yg terus mengalir. Tanpa harta, seseorang tdk dpt melaksanakan haji dan umrah. Menuntut ilmu jg memerlukan kos yg tdk sedikit.

#Amru b. al-As bercerita:

"Suatu hari Rasulullah saw memanggilku kpdnya. Apabila aku dtg, Baginda memerintahkanku utk bpakaian dan bsenjata. Lalu aku pun menurut perintah tsebut. Aku dtg kpd Baginda yg sdg bwudhuk. Baginda memandangku lalu menundukkan kepalanya. Baginda bsabda: Aku ingin mengutusmu dlm satu pasukan. Allah akan memberimu harta rampasan dan keselamatan. Engkau akan mdptkan harta yg bpatutan. Amru bkata: Wahai Rasulullah, aku masuk Islam bkn krn inginkan harta. Aku masuk Islam krn cintakan Islam dan ingin bsama Rasulullah. Rasulullah bsabda: "Wahai Amru, SUNGGUH INDAH HARTA YG BAIK APABILA BERADA DI TANGAN ORG YG BAIK" (Riwayat Ahmad)

#Kisah harta di tangan org baik:

-Ibnu Mubarak seorang ulama' Tabiin yg alim, zuhud dan kaya raya. Beliau jg seorang usahawan yg bjaya lagi dermawan apabila dirakamkan dlm sejarah bahawa setiap tahun beliau membelanjakan 100 ribu dirham kpd fakir miskin serta membiayai para ulama pd waktu itu spt Sufyan at-Thauri, Sufyan bin Uyainah, Fudhail b Iyadh, Ibnu Sammak dan Ibn Ulayyah

#Ilmu agama mesti menjadi panduan dlm pengurusan harta, dgn begitu harta tersebut akan membawa kita ke syurga

♡Ingatlah!! Yg halal akan dihisab, yg haram akan diazab♡

~JOM BELI SYURGA DGN HARTA~

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Tiada ulasan: