Sahabat Ilmu

Ahad, 7 Jun 2015

BELAJAR DARI UNTA

♡Tadabbur Kalamullah♡

أَفَلَا يَنْظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ

"Maka apakah mereka tidak memerhatikan unta bagaimana ia diciptakan"

[Surah Al-Ghashiyah 17]

#Dlm Tafsir al-Qurtubi mensyarahkan kenapa Allah memerintahkan kita melihat kejadian unta??

Ini krn ia binatang yg punyai keajaiban selain ketahanannya yg luar biasa. Pdnya terhimpun 4 perkara iaitu:

1. Hulubah (susunya)
2. Rukubah (ia menjadi tunggangan)
3. Ukulah (ia menjadi barang yg dimakan)
4. Humulah (ia menjadi binatang yg membawa barang2)

#Menurut Imam at-Tabari:

Susu unta mempunyai kepanasan serta ubat yg baik utk penyakit BUASIR. Bg orang yg susah tidur, secawan susu unta ditambah dgn sesudu madu akan menjadikan sistem badan seimbang dan akan menjadikan tidur lebih lena.

#Dr.Ahmadani dlm kajiannya mendapati susu unta jg dpt menurunkan kadar gula bagi penghidap kencing manis krn susu unta tdpt hormon insulin manakala daging unta merupakan satu2nya daging haiwan yg bebas drp kolestrol (rujuk kitab Mukjizat al-Tadawi Bil Alban wa Abwal al-Ibil)

#Binatang yg digelar oleh org Arab sbg 'Safinah al-Sakhra' (bahtera padang pasir) mmg terkenal dgn kekuatannya menahan panas dan blh berjalan tanpa minum sehingga berbelas hari

#Walaupun unta tiada di Malaysia, namun kita blh ambil pengajaran drpnya krn kejadian unta adalah utk berkhidmat kpd manusia. Hidup kita ini bkn hanya utk diri sendiri sebaliknya hidup kita adalah utk org lain jg

# Seekor unta blh memberikan byk kebaikan kpd manusia. Maka seorang manusia sudah sepatutnya blh berbuat lebih hebat drp itu, dgn kebaikan dan khidmat yg pelbagai dan berganda

♡Hidup utk berkhidmat, itulah pelajaran atau iktibar drp kejadian unta♡

🐊Ust naim

Tiada ulasan: