Sahabat Ilmu

Sabtu, 25 Ogos 2012

Gambar Majlis Perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan Husna (3 Foto)

Dalam majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal ni, sekali tengok, selain dari perkahwinan seorang ustaz yang popular, tiada apa yang istimewa pada majlis perkahwinan ini. TETAPI, bila dilihat cara perkahwinan ini dijalankan, penulis terasa ingin memuji. Selain dari aurat yang terjaga, korang perasan tak, pengantin perempuan mengenakan pakaian pengantin bertudung labuh dan berjubah. Ustaz Don Daniyal pun sempoi je berjubah. Corak dan rekaan baju pengantin tu pun tampak cantik. Tiba-tiba nak tanya, kat mana eh nak tempah pakaian pengantin macam tu? Ramai orang kutuk sana sini tentang cara perkahwinan Melayu di Malaysia dijalankan tetapi tidak pula mendatangkan alternatif. Dan majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan isterinya Husna ni telah memberikan jawapan kepada kita semua. Berikut merupakan gambar-gambar dalam majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan Husna.


 
SUMBER: MELAYUKINI.NET

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulilah,..semoga ini akan beri inspirasi kepada kaum hawa dan saya sendiri untuk mengikut cara pakaian pengantin bila tiba masanya nanti..insya Allah..amin..