Sahabat yang satu ini sangat rapat hubungannya dengan Rasulullah dan termasuk di kalangan sahabat yang terawal masuk Islam. Dia adalah sepupu Rasulullah, kerana ibunya yang bernama Umaimah binti Abdul Muthalib merupakan adik beradik ayah Rasulullah. Dia juga ipar Rasulullah, kerana Zainab binti Jahasy menjadi isteri Rasulullah dan ummahatul mukminin.
Dia adalah orang pertama yang dipercayai memegang panji-panji Islam dan orang pertama pula yang diberi gelar Amirul Mukminin. Dia adalah Abdullah bin Jahasy Al-Asady. Abdullah bin Jahasy memeluk Islam sebelum Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bermarkas di rumah Arqam. Dia termasuk Assbiquunal-awwalun.
Apabila Nabi mengizinkan para sahabat berhijrah ke Madinah untuk menyelamatkan Islam dari gangguan-gangguan Quraisy, Abdullah adalah muhajir (orang yang berhijrah) kedua. Tiada yang mendahuluinya kecuali Abu Salamah. Hijrah kepada Allah dan terpisah dari keluarga dan tanah air, maka fi sabilillah bukanlah hal yang baru bagi Abdullah bin Jahasy kerana sebelum ini dia juga pernah berhijrah bersama keluarganya ke negeri Habsyah (Ethiopia). Tetapi kali ini hijrahnya disertai oleh banyak pihak. Dia disertai oleh keluarganya, seluruh kerabat ayahnya, lelaki-perempuan, tua-muda. Rumahnya memang rumah Islam dan kabilahnya pun kabilah Islam.
Semasa keluar dari Makkah, kelompok Muhajirin ini menatap sejenak pada kampung halaman mereka dari kejauhan. Terlihat kosong, sunyi, membiaskan duka. Tak ada kehangatan seperti sebelumnya, tak ada orang yang lalu lalang dengan penuh ghairah hidup seperti sebelumnya…
Tak lama setelah itu Abdullah bin Jahasy mendengar khabar bahawa para pemimpin Quraisy mengepung daerah perkampungan untuk mendapatkan maklumat tentang siapa orang-orang Islam yang berjaya keluar dari Makkah dan siapa yang masih tinggal. Di antara orang-orang Quraisy tersebut adalah Abu Jahal dan Utbah bin Rabi'ah.
Utbah menengok-nengok rumah-rumah Bani Jahasy. Angin berhembus kencang menebarkan debu dan pasir, pintu-pintu berhempasan silih berganti dipukul angin. Utbah menggerutu, “Rumah-rumah Bani Jahasy teleh kosong dan sedang menangisi pemiliknya.”
Abu Jahal mencelah, “Siapakah mereka itu hinggakan rumah pun menangisi mereka?”
Kemudian Abu Jahal merosakkan rumah Abdullah bin Jahasy. Rumahnya memang sangat indah dan mewah. Abu Jahal menguasainya beserta segala macam perabotnya. Dia bertingkah laku bagai pemiliknya saja.
Mendengar tingkah laku Abu Jahal mengenai rumahnya, Abdullah bin Jahasy mengadu kepada Rasulullah. Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam berkata, “Tidakkah engkau rela diberi rumah di surga oleh Allah sebagai gantinya?”
“Saya rela, ya Rasulullah,” jawabnya.
“Akan diberikan kepadamu,” Rasulullah menegaskan.
Hati Abdullah kembali segar dan berbunga-bunga.
Namun rumah di surga sangat mahal harganya. Belum lagi lenyap kepedihan luka akibat penderitaan dalam hijrahnya yang pertama dan kedua, belum lagi tenang ia beristirahat di pangkuan saudara-saudara Ansar, Allah sudah memberinya ujian yang sangat berat. Semenjak dia memeluk Islam, ujian-ujian berat silih berganti.
Mari kita lihat kisahnya….
Rasulullah mengutus lapan orang sahabat untuk melakukan tugas ketenteraan yang pertama dalam Islam. Di antara para sahabat ini terdapat Abdullah bin Jahasy dan Saad bin Abi Waqas. Kata Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, “Aku menugaskan orang-orang yang paling penyabar dan paling kuat menahan lapar dan dahaga.”
Kepemimpinan kumpulan ini diserahkan kepada Abdullah bin Jahasy. Dengan demikian, dialah Amirul Mukminin yang pertama. Rasulullah memberitahu tujuan kumpulan kecil ini kepada Abdullah bin Jahasy dan memberikannya sepucuk surat. Abdullah bin Jahasy tidak dibenarkan membukanya sebelum dua hari perjalanan.
Maka selang dua hari baru Abdullah membuka surat tersebut, yang antara lain berbunyi sebagai berikut:
”…Setelah membaca surat ini teruskan perjalanan sampai ke Nakhlah di antara Tha'if dan Makkah. Lakukan pengintipan terhadap orang-orang Quraisy dan laporkan hasil nya kepadaku….”
Setelah membaca surat tersebut, Abdullah bin Jahasy berkata dengan pasti, “Aku akan patuh kepada perintah nabi Allah yang mulia.”
Dia berpaling kepada sahabat-sahabatnya, “Saudara-saudara, aku diperintah oleh Rasulullah ke Nakhlah untuk melakukan pengintipan terhadap orang-orang Quraisy, lalu melaporkannya kepada beliau. Rasulullah melarangku memaksa kalian mengikutiku. Bagi yang tidak mahu, dia boleh pulang, dan itu pun tidak tercela.”
Semua anggota kumpulannya berkata, “Kami telah mendengar perintah Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam maka akan mematuhinya. Kami akan menyertai anda ke tempat yang diperintahkan.”
Mereka terus berjalan sampai ke Nakhlah dan langsung melakukan penyelidikan sesuai perintah Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Mereka mengelilingi desa-desa untuk mengintip kaum Quraisy.
Akhirnya di kejauhan kelihatan kafilah dagang Quraisy yang dijaga oleh empat orang, iaitu Amru bin Al-Hadrami, Al-Hakam bin Kaisan, Utsman bin Abdullah, dan saudaranya, Mughirah. Kafilah ini membawa barang-barang dagangan Quraisy. Ada kulit binatang, kismis, dan benda-benda lain yang dibawa oleh pedagang-pedagang mereka.
Para sahabat pun berunding. Itu adalah hari terakhir bulan Haram atau bulan suci (yaitu bulan yang terhalang untuk mengadakan peperangan menurut adab Arab. Bulan-bulan Haram ini adalah Dzulqa'idah, Dzulhijjah, Muharram, dan Rajab). Kata mereka, “Kalau kita menyerang mereka, bererti kita melakukan pembunuhan dalam bulan Haram. Ini menunjukkan bahwa kita tidak menghormati bulan Haram. Seluruh bangsa Arab tentu akan mencela dan memusuhi kita. Tapi kalau kita biarkan mereka sampai bulan Haram ini berlalu, pastilah mereka sudah sampai ke tanah Haram (Makkah). Menyerang mereka tetap dilarang, sebab mereka sudah berada di dalam wilayah tanah Haram. Mereka akan aman dari kita.”
Akhirnya perundingan ini menghasilkan kesepakatan, iaitu menyerang kafilah Quraisy tersebut. Mereka kemudian menewaskan seorang, menawan dua orang, sedangkan yang seorang lagi berhasil melepaskan diri.
Abdullah bin Jahasy dan kumpulannya menggiringi kedua tawanan tersebut beserta kesemua unta-untanya menuju Madinah.
Setelah sampai, mereka menghadap Rasulullah dengan segera. Namun di luar dugaan, Rasulullah tidak berkenan mendengar laporan mereka. Kata baginda, “Demi Allah aku tidak memerintahkan kalian untuk berperang, melainkan untuk mendapatkan berita tentang orang-orang Quraisy. Hanya mengintip gerak-geri mereka, tidak lain.”
Rasulullah menahan duhulu kedua tawanan Quraisy itu sementara menunggu keputusan yang pasti. Harta rampasan, unta-unta serta muatannya tidak disentuh sedikitpun.
Abdullah bin Jahasy merasa yakin bahwa mereka akan celaka kerana melanggar perintah Rasulullah. Hatinya kian luluh kerana rakan-rakannya dari kaum muslimin juga mengecam tindakan kumpulan yang dipimpinnya karena melanggar adat kebiasaan bangsa Arab, iaitu menghormati empat bulan Haram. Setiap kali berjumpa dengan anggota-anggota kumpulan Abdullah bin Jahasy, kaum muslimin berkata. “Mereka adalah orang-orang yang melanggar perintah Rasulullah!”
Bertambah-tambah pula kesedihan kumpulan kecil ini tatkala mendengar bahawa orang-orang Quraisy memanfaatkan peristiwa tersebut untuk menyebarkan provokasi menghina dan mencela Rasulullah. Kepada semua orang bahkan suku-suku di daerah pegunungan, mereka mengatakan bahawa Muhammad telah melanggar bulan Haram dengan bercerita tentang kejadian dimana sekumpulan orang Islam telah melakukan rampasan, penawanan, dan pembunuhan.
Bukan main lagi penyesalan Abdullah bin Jahasy dan teman-temannya. Kekeliruan yang mereka lakukan telah menyukarkan kedudukan Rasulullah dan menconteng kemuliaan baginda.
Di tengah-tengah suasana duka yang mendalam itu, tibalah berita gembira yang tak terduga-duga. Allah ternyata meredhai perbuatan mereka dan menurunkan firman-Nya tentang hal itu.
Maka meluap-luaplah kegembiraan mereka. Orang-orang mulia berdatangan, memeluk mereka erat-erat, dan mengucapkan selamat dengan membaca ayat suci yang khusus di turunkan untuk mereka.
Telah turun kalamullah Yang Maha Tinggi kepada Rasulullah sebagai berikut:
“Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Alah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh….” (Al-Baqarah: 217).”
Sesudah ayat-ayat mulia ini turun, legalah hati Rasulullah. Baginda menerima unta-unta hasil rampasan tadi dan membenarkan keluarga kedua tawanan itu membayar wang tebusan. Rasulullah juga redha dengan tindakan Abdullah bin Jahasy dan kumpulannya. Perang kecil yang mereka lancarkan telah mencatatkan nota penting dalam sejarah kehidupan kaum muslimin. Dengan peristiwa ini, untuk pertama kalinya dalam sejarah, Islam menewaskan seorang musyrik dan menawan orang lainnya. Untuk pertama kalinya dalam sejarah, Rasulullah menerima panji-panji kemenangan dari musuh. Dan si pemimpin Abdullah bin Jahasy, adalah orang pertama dalam sejarah yang disebut Amirul Mukminin (pemimpin orang-orang mukmin).
Kisah perang Uhud Abdullah bin Jahasy dan Sa’ad bin Abi Waqas merupakan kisah yang tak mungkin dapat dilupakan. Berikut Sa’ad bin Abi Waqas menceritakan pangalamannya bersama Abdullah bin Jahasy:
Saat perang Uhud aku berjumpa dengan Abdullah bin Jahasy. Dia bertanya, “Tidakkah engkau mau berdoa?”
Aku menjawab, “Ya.”
Kami berdua bergerak ke tempat yang sunyi. Aku berdoa pada kesempatan yang pertama: “Ya Allah Tuhanku, bila aku bertemu musuh, maka pertemukanlah dengan musuh yang kuat tubuhnya, perkasa, lagi mudah naik darah. Aku akan bertarung melawannya, dan kurniakanlah kemenangan bagiku sehingga aku mampu menewaskannya dan mengambil barangannya sebagai ghanimah…”
Abdullah bin Jahasy mengamini doaku, kemudiaan ganti berdoa: “Ya Allah hadapkanlah aku dengan musuh yang perkasa tubuhnya, pemarah, dan teguh. Aku akan bertarung melawannya, kemudian dia menghentamku dan menyiat hidung dan telingaku. Bila aku berjumpa dengan-Mu pada hari kebangkitan nanti dan Engkau bertanya, “Mengapa hidung dan telingamu putus?” Maka aku akan menjawab, “Kerana Engkau dan kerana Rasul-Mu.” niscaya Engkau akan berkata, “Engkau benar…”
Doa Abdullah bin Jahasy lebih baik daripada doaku. Aku melihat dia tewas di penghujung siang dalam keadaan hidung dan telinga tersiatt. Siatan hidung dan telinga itu digantungkan di pohon dengan tali…
Allah mengabulkan doa Abdullah bin Jahasy. Dia diberi rezeki mati syahid sebagaimana dikurniakannya kepada bapa saudaranya, Hamzah bin Abdul Muthalib, penghulu para syuhada'.
Rasulullah mengebumikan dua orang syuhada' ini di dalam satu lahat. Air mata beliau yang suci menetes membasahi tanah merah yang semerbak dengan wewangian syahadah…1)
1) Sosok Para Sahabat Nabi, DR. Abdurrahman Ra'fat Al-Basya, Cetakan I, Oktober 1996,CV.Pustaka Matiq

Tiada ulasan:
Catat Ulasan