Saya hadapi kemuskilan bagaimana perlaksanaan solat bagi nelayan/pemancing yang turun ke laut / sungai .adakah boleh jamak@ qasar kerana tempoh yang lama diatas bot. dan bagainmana kedudukan qiblatnya dan kedudukan utk solat kerana bot yang bergoyang2 dan sentiasa berubah arah. kalau bot bergoyang2 adakah boleh solat secara duduk kerana dikhuatiri jatuh ke dalam air.sekian.
JAWAPAN:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
- Bersolat di atas bot atau kapal adalah sah di sisi majoriti ulama, termasuk keempat-empat mazhab, Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Dengan syarat hendaklah disempurnakan segala syarat dan rukun-rukunnya sebagaimana bersolat di daratan.
- Menghadap kiblat di atas bot juga adalah syarat sah solat. Untuk itu, saudara boleh gunakan segala cara syar'ie untuk menentukan arah kiblat, atau berpandukan kepada kompas. Jika saudara telah bertakbiratul ihram ke arah kiblat, kemudian ketika solat bot beralih arah, hendaklah saudara beralih arah supaya tetap menghadap kiblat sepanjang solat.
Kata Imam Nawawi dalam Majmuk 3/222, "Jika angin bertiup dan mengalih kapal dari arah kiblat hingga dia (orang bersembahyang) beralih wajahnya dari kiblat, wajib mengembalikan kepada arah kiblat".
- Berkenaan solat secara duduk untuk solat fardhu di atas bot, ia hanya dibenarkan dalam keadaan tidak mampu untuk berdiri. Berdasarkan hadis masyhur, "Sembahyanglah secara berdiri. Apabila kamu tidak mampu hendaklah sembahyang secara duduk...". (Sahih Bukhari no: 1050).
- Berkenaan solat jamak, jika tidak ada sebab syar'ie untuk solat jamak seperti musafir dan sakit, hendaklah menyempurnakan mengikut waktu-waktunya.
Wallahu A'lam.
Sumber: al-ahkam.net

Tiada ulasan:
Catat Ulasan