Soalan:
Adakah batal air sembahyang menantu tiri apabila ia bersentuh dengan ibu mertuanya (emak mertua) tiri seterusnya hingga ke atas?
Jawapan:
Batal air sembahyang keduanya jika ada persentuhan.
Negara asal : Malaysia
Negeri : Kedah Darul Aman
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman
Penulis/Ulama : Dato Paduka Sheikh Abdul Majid Bin Mohd Nor
Adakah batal air sembahyang menantu tiri apabila ia bersentuh dengan ibu mertuanya (emak mertua) tiri seterusnya hingga ke atas?
Jawapan:
Batal air sembahyang keduanya jika ada persentuhan.
Negara asal : Malaysia
Negeri : Kedah Darul Aman
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman
Penulis/Ulama : Dato Paduka Sheikh Abdul Majid Bin Mohd Nor
5 ulasan:
Boleh tolong perjelaskan kenapa jatuh hukum batal tersebut. Sedangkan menurut hukum, apabila seorang duda atau janda berkahwin dan masing-masing memiliki anak daripada perkahwinan terdahulu, setelah keduanya melakukan persetubuhan, maka anak-anak tiri mereka apabila bersentuh kulit dengan ibu atau bapa tiri, tidak batal wudhu mereka.
Berkata Syeikh alMadani -hafizahullahu- kalau seseorang ayah tiri berkahwin dengan ibu seseorang perempuan. Kemudian ibunya telah bersama (berjima') dengan ayah tirinya itu, maka lepas itu dikira sebagai mahram. Maka, boleh bersalaman
Sekiranya ibunya belum bersama (berjima') dengan ayah tirinya, maka dia belum dianggap sebagai mahram.Maka, tidak boleh bersalaman.
wallahua'lam
kalau seorang janda berkahwin dengan duda masing2 ada anak maka hubungan mereka dengan anak itu jadi mahram setelah digauli perempuan yg dikahwini dan anak2 itu menjadi mahram. Ia berbeza dengan bapa atau ibu mertua tiri kerana anak tadi bukan anak kandung kpd ibu atau bapa mertua. Kalau anak kandung mereka baru jadi mahram tapi kalau anak tiri saja ia jadi ajnabi dan sekiranya berlaku penceraian antara mereka menantu tiri boleh berkahwin dengan ibu atau ayah mertua tiri mereka.
Persoalan di atas bukan bertanyakan masalah sentuhan antara anak tiri dengan ibu atau bapa tiri tetapi berkenaan dengan menantu tiri. Hukum antara anak tiri dengan menantu tiri berbeza dan jawapan yg dikemukakan tu sudah betul. Menantu tiri tidak terikat dengan hukum mahram yd disebabkan perkahwinan kerana ibu mertua atau bapa mertua kpd menantu itu bukan bukan ibu kandung kpd suami atau isteri menantu.
Persoalan di atas bukan bertanyakan masalah sentuhan antara anak tiri dengan ibu atau bapa tiri tetapi berkenaan dengan menantu tiri. Hukum antara anak tiri dengan menantu tiri berbeza dan jawapan yg dikemukakan tu sudah betul. Menantu tiri tidak terikat dengan hukum mahram yd disebabkan perkahwinan kerana ibu mertua atau bapa mertua kpd menantu itu bukan ibu kandung kpd suami atau isteri mereka yakni hanya ibu tiri kpd suami atau isteri mereka sahaja. Sebab tulah bersentuhan dengan ibu mertua tiri atau bapa mertua tiri batal wuduk.
Catat Ulasan