Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa menjalani akan jalan yang menuntut ia di dalamnya akan ilmu nescaya menjalankan Allah Taala dengan dia akan jalan yang memasukkan ke dalam syurga".- riwayat Muslim.
Dan kata Abu ad-Darda ra: "Demi Tuhanku, bahawasanya aku belajar ilmu akan suatu masalah itu terlebih kasih kepada aku daripada mendirikan ibadat semalam-malam".
Dan kata Imam 'Atha ra: "Perhimpunan orang yang duduk belajar ilmu itu iaitu menghapuskan akan 70 perhimpunan orang yang duduk di tempat orang yang bermain-main".
Dan kata Sayyidina Omar ra: "Mati seribu orang yang abid yang mendirikan ibadat semalam-malam dan puasa sehari-hari itu terlebih mudah daripada mati seorang yang alim yang mengetahui ia akan barang yang dihalalkan Allah dan yang diharamkanNya".
Dan kata Imam Syafi'i ra: "Menuntut ilmu itu terlebih afdhal daripada berbuat sembahyang sunat".
Dan dari kerana inilah berkata Imam Malik ra: "Barangsiapa menuntut ilmu tasawuf dan tiada ia mengetahui ilmu fiqah yang fardhu 'ain itu maka bahawasanya ia jadi zindik. Dan barangsiapa menuntut ilmu fiqah dan tiada menuntut ilmu ilmu tasawuf maka bahawasanya ia jadi fasiq. Dan barangsiapa menghimpunkan antara keduanya maka bahawasanya jadilah ia ulama yang muhaqqiq yang Arif Billah Taala, iaitulah yang bernama ulama ahli sufi yang menghimpunkan mereka itu antara syariat, tariqat dan hakikat".
Dan kerana inilah berkata Syeikh al-Arif Billah al-Alim ar-Rabbani Husain bin Abdullah Ba-Fadhal ra di dalam kitabnya yang bernama al-Fusul al-Miftahiyyah Wan-Nafahat ar-Ruhiyyah dengan katanya: "Sesungguhnya telah tetap mazhab ahli sufi pada hari ini yakni pada masa sekarang ini seperti tetap segala mazhab(yang 4 itu) dan jadilah ia seolah-olah mazhab yang mustaqil(Berdiri sendiri) dengan usulnya yakni ilmu Usuluddin dan furu'nya yakni ilmu fiqah dan segala hukumnya yakni segala hukum haram dan halal dan hukum batal dan sah dan barang yang bergantung dengan dia.Maka barangsiapa berkehendak akan mengetahui segala hakikat ilmu itu dan berkehendak memahami akan barang yang di dalamnya itu nescaya kuasa ia atasnya dengan membaca segala kitab yang dikarang oleh masyayikh(guru2) ahli sufi dan kuasa ia memuthala'ah akan segala kitab yang dikarang oleh mereka itu di dalam ilmu tasawuf atas sempurna pengetahuannya.Kerana di dalam segala kitab karangan ahli sufi itu telah terhimpun ilmu Usuluddin dan ilmu fiqah dan ilmu tariqat dan ilmu hakikat.Dan ilmu yang menghimpunkan di dalamnya akan segala ilmu yang tersebut ini iaitu dinamakan akan dia ilmu tasawuf yang sebenar-benarnya".

Dan dari kerana inilah berkata Waliyyullah yang amat besar Sayyidi Syeikh Ibrahim ad-Dusuqi ra: "Menuntut ilmu tariqat yakni ilmu tasawuf itu wajib atas tiap2 murid yakni atas tiap2 orang yang menjalani akan jalan akhirat yang berkehendak akan kemenangan di dalam akhirat dan jikalau ia daripada sebesar-besar ulama pada mengetahui ilmu yang lain daripada ilmu tasawuf itu sekalipun".
Dan dari kerana inilah kata setengah ulama: "Tiap2 sufi itu patut dinamakan faqih dan tiada patut tiap2 faqih itu dinamakan sufi".
Yakni tiap2 ulama ahli sufi itu ada padanya mengetahui ilmu fiqah dan tiada lazim ulama fiqah itu mengetahui ia akan ilmu tasawuf, kerana ilmu fiqah itu mengetahui ia akan ilmu tasawuf. Kerana ilmu fiqah itu dimisalkan oleh ulama seperti kulit nyiur yang di luar dan ilmu tasawuf yakni ilmu tariqat itu seperti kulit yang di dalam dan ilmu hakikat itu seperti isinya yang di dalam.Dan lagi patut dikatakan ilmu fiqah itu seperti kulit nyiur dan ilmu tasawuf yakni ilmu tariqat itu seperti isi nyiur dan ilmu hakikat itu seperti minyak nyiur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan