Sahabat Ilmu

Selasa, 23 Jun 2009

MASALAH FARAID

SOALAN : ASSALMUALAIKUM. ustaz saya ingin bertanya bagaimana pembhagian harta peninggalan arwah ibu saya mengikut faraid kepada
1. Bapa
2.Ibu arwah mak
3.Abang sulung saya yang sudah berkahwin & ada 2 orang anak (lelaki&perempuan)
4.Seorang lagi abang dan adik lelaki saya yang belum berkahwin
5.Saya(anak perempuan) yang sudah berkahwin tetapi tiada anak.
6. 3 orang adik perempuan saya yang belum berkahwin
Saya berharap persoalan ini dapat dirungkaikan. Terima kasih ustaz

JAWAPAN :

Berdasarkan penerangan saudari, Ibu saudari meninggal dengan meninggalkan waris-waris berikut;
1. Suami
2. Ibu (iaitu nenek saudari)
3. 3 orang anak lelaki
4. 4 anak perempuan
5. Cucu-cucu.
Pembahagian faraidnya adalah seperti berikut;
1. Suami; akan mendapat 1/4 dari harta peninggalan.
2. Ibu; akan mendapat 1/6 dari harta peninggalan.
3. Baki harta akan di kongsi oleh anak-anak lelaki dan perempuan dengan nisbah 2:1, yakni anak lelaki akan mendapat sekali ganda bahagian anak perempuan.
4. Adapun cucu-cucu; mereka terhalang dari mendapat harta peninggalan kerana si mati mempunyai anak-anak.
Jika harta dibahagi 12 bahagian, maka suami akan mendapat 4 bahagian (1/4 dari 12), ibu mendapat 2 bahagian (1/6 dari 12) dan bahagian selebihnya (iaitu 6 bahagian) diagihkan antara anak-anak mengikut nisbah tadi.
Wallahu a'lam.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam, minta maaf bertanya, adakah duit graduiti si mati perlu difaraid kan? mak mentua saya baru sj meninggal, arwah adalah kakitgn krajaan. bapa mntua sy tlh mndpt surat mkluman dr jbtn yg mngatakan bhw duit graduiti arwah akn diberikan 20% kpd ank2 nya yg bwh 21 thn seramai 3 org, selebihnya adlh bhgn utk bapa mntua sy, bapa mntua sy tertanya2 apakah duit graduiti itu tdk perlu difaraidkan? jd ank2 yg selebihnya seramai 6 org lg mmg tdk berhak ke atas duit graduiti itu?