SOALAN:
Apakah hukumnya seseorang artis tu berlakon (filem) yang menyerupai seorang nabi/rasul atau para sahabat? apakah ada hadith atau keterangan yang rajih berkenaan dengan ini?
JAWAPAN:
Seni lakon dan perfileman ini adalah baru (jadid) dan sudah tentu tidak ada nas atau athar mengenainya. Ini kerana industri hiburan (perfileman dan teater) muncul pada awal abad ini sahaja.
Apa yg ada ialah pendapat dan ijtihad fuqaha’ yg kebanyakannya menolak apa jua bentuk pementasan dan lakonlayar para Nabi, wali , khulafa’ arrasyidin atau sahabat2 besar kerana keutamaan, kemuliaan, kekudusan martabat mereka yg tidak boleh dipermainkan (Prof Nasih Ulwan dalam kitabnya Hukm al Islam fi Wasail al I’lam/23; Prof Muhammad Qutb dalam Manhaj al Fann al islami/134; Syaikh M Walid Jedda dalam Mawqif min Sinema Islamiah; Prof Dr al-Imam Yusof Abdallah al-Qardhawi dalam kitab Bayyinat al-Hal al-Islami; Darul Ifta’ alMisriyyah; Maktab alBuhuth, Saudi, dll)
wallahu'a'lam
Jumaat, 19 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan