Sahabat Ilmu

Rabu, 12 September 2007

TAZKIRAH 5

BERANINYA KITA DENGAN DOSA…!!!

Maksudnya: "Setiap diri akan merasai mati dan Kami ujikan sekalian kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai satu percubaan dan kepada Kamilah kamu sekalian akan kembali". ( Surah al-Anbiya' ayat 35)

Pembaca Yang Berbahagia,

Marilah sama2 kita bertaqwa kepada Allah dengan melakukan perintah Allah tanpa melengahkan dan menjauhi diri daripada larangan Allah tanpa banyak berdolak dalih dan alasan, semoga Allah kasih dan sayangkan kita dan dimasukkan kita ke dalam golongan orang2 yang berjaya dan berbahagia di dunia dan diakhirat.

Kaum Muslimin sekalian,

Berdosa!! Tidak ada sesiapapun yang suka mendengar perkataan ini. Dan tidak ada sesiapapun yang suka jika perkataan ini diletakkan pada dirinya kerana kita sebenarnya suka mencari dan meletakkan sesuatu kesalahan pada orang lain, jarang yang mahu mengaku kesilapan dan dosa sendiri. Demi menutup malu akibat berbuat dosa dan kesalahan maka manusia sering berkata bahawa disebabkan mereka bukan malaikat tetapi mereka adalah manusia yang tidak dapat lari daripada kesilapan. Bak kata pujangga "Bumi mana yang tidak ditimpa hujan".

Jika kita tidak peka dengan dosa, tidak mustahil bahawa sepanjang meniti kehidupan ini, dosa2 akan mengatasi pahala. Meskipun sudah melakukan dosa yang sangat banyak namun kebanyakan manusia masih merasakan seperti seekor lalat yang hinggap di hidung, seolah2 tidak ada apa2. Dengan mudah, ringan dan tanpa rasa berdosa manusia sanggup mengabaikan amanah&tangungjawab, melalaikan sembahyang,membuka aurat, menhasut, memfitnah sesama sendiri, meneguk arak, berzina, merogol, membunuh, merompak dan melakukan berbagai2 aktiviti maksiat dengan rela hati malah membangga diri.

Pembaca Yang dirahmati Allah,

Amat berlainan sekali diantara kita dengan generasi diawal Islam yang merasakan bahawa dosa itu adalah ibarat dihempap gunung sekalipun kecil dosa yang dilakukan itu. Kepekaan tehadap suruhan dan larangan Allah menjadikan mereka merasa takut untuk mengerjakan maksiat atau kesalahan yang kecil sekalipun. Contohnya, dosa berzina diakui kegerunannya dengan kehebatan sebatan dan rejaman apalagi dosa2 besar yang lain. Renungkanlah betapa Nabi Adam a.s telah menangis beratus-ratus tahun lamanya hanya kerana menyesali kesilapannya memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah.

Bagaimana pula dengan kita umat Islam pada hari ini yang setiap hari bergelumanga dengan dosa?? Sekalipun kita tidak maksum sebagaimana nabi tetapi kita diberikan kuasa untuk berubah kerana secara psikologi manusia yang dikurniakan akal fikiran dapat membezakan apakah perbuatannya termasuk dosa atau tidak, sepertimana pengertian dosa yang diberikan oleh Rasulullah iaitu:

"Apa yang mengganjal (menimbulkan resah gelisah) dalam hatimu dan engkau takut kalau hal itu diketahui orang lain". (riwayat Muslim)

Memang mudah untuk melakukan dosa tetapi sulit dan payah sebenarnya hendak menebus dosa apatah lagi dosa itu tidak terbilang banyaknya. Ada dosa yang disengajakan dan ada yang berlaku tanpa disedari seperti meluluskan lesen kilang arak atau pusat judi, selagi mana kilang&pusat itu tidak runtuh maka selagi itu dosa itu akan diterima walaupun jasad sudah berada di dalam liang lahad.

Hal ini mungkin tidak disedari kerana kejahilan atau kebodohan yang dibuat-buat, tetapi dosa itu merupakan dosa besar yang berpanjangan. Terdapat pelbagai lagi contoh dosa2 seperti mencuri waktu bekerja, menyalahgunakan kuasa, mengkayakan kaum kerabat dan suku sakat sehingga terlupa masih ramai lagi manusia (rakyat) yang meminta sedekah dan menagih simpati di bumi sendiri.

Firman Allah swt :

"Sesungguhnya penerimaan taubat itu diteima oleh Allah hanya bagi orang2 yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) maka diterima Allah taubatnya. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana. Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang2 yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang daripada mereka hampir mati, berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, (sedangkan taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang2 yang mati sedangkan mereka tetap kafir. Orang2 yang demikian, Kami telah sediakan bai mereka azab siksa yang tidak terperi sakitnya
(Al-Nisa' ayat 17-18)

Pelbagai hukum hakam yg telah ditetapkan oleh Islam demi untuk menghindarkan penganut2nya agar tidak tejebak dengan perkara2 yang melibatkan dosa namun dengan kedegilan dan kejahilan, manusia sanggup menukarkan perkara2 dosa menjadi pahala. Setiap minggu diatas mimbar yg mulia ini khatib akan mengingatkan seluruh kaum muslimin agar menjauhi diri daripada dosa yg bakal mengundang kemurkaan Allah namun dosa tetap dilakukan selepas keluar sahaja mereka daripada masjid.

Apakah kita merasakan bahawa kita maksum sebagaimana Rasul2?? Apakah syurga mudah untuk dimasuki sebagaimana kita memasuki masjid?? Apakah dengan membina 2 atau 3 buah masjid&menderma untuk pembinaan rumah anak yatim dapat melangsaikan dosa kita dengan Allah, dosa kita dengan Nabi, dosa kita dengan sesama manusia, dosa kita dengan binatang, dosa kita dengan alam ciptaan Allah ini?? Mampukah kita untuk memasuki syurga Allah dengan campuran antara pahala dan dosa yg kita lakukan?? Apabila ditanya kepada kita ingin ke syurga atau ke neraka, maka semuanya menjawab untuk ke syurga tetapi……

1. Apabila tiba tahun baru kita dengan bangganya berkumpul beramai2 dengan dihidangkan konsert, tarian yg penuh maksiat dengan percampuran lelaki perempuan tanpa menutup aurat&tidak bersembahyang untuk menyambut tahun baru pada setiap tahun. Namun apabila tiba 1 Muharram beramai2 kita menganjurkan bacaan Yasin Tahlil&ceramah Maal Hijrah kononnya untuk meraikan tahun baru Islam.


2. Apabila berlaku sesuatu bencana&musibah kita beramai2 mengadakan bacaan qunut nazilah&solat hajat untuk memohon dijauhkan bala namun pada masa yg sama kita juga mengadakan konsert rock ala syaitan kononnya untuk mengutip derma membantu mangsa bencana&musibah tersebut

3.Apabila tiba 12 Rabiulawal kita berduyun2 keluar berarak dengan gema selawat untuk mununjukkan rasa kecintaan kita kepada Rasulullah. Namun pada masa yang sama kita juga menganjurkan konsert dengan sajian tarian, nyanyian, gelekan artis jemputan dalam dan luar negara demi menambahkan koleksi dosa kita walaupun ramai umat Islam yg membantah kemungkaran tersebut.

Inikah corak Islam yg kita perkenalkan untuk membangunkan ketamadunan Islam dan ketamadunan insan??Jika perkara seperti ini terus subur dalam kehidupan umat Islam hari ini iaitu melaksanakan amalan mengikut musim dan waktu maka tidak hairanlah jika Allah menurunkan bala yg menggerunkan seperti tanah runtuh, kemarau, kebakaran, banjir, kematian malah lebih hebat daripada itu seperti gempa bumi tsunami yg berlaku diakhir tahun 2004. Bala apakah pula yg akan melanda pada tahun 2005 ini jika umat Islam masih lalai walaupun telah diberikan Tsunami yg begitu dahsyat dalam sejarah kehidupan. Nauzubillahiminzalik..

Bala yg berlaku semua ini adalah disebabkan dosa2 yang berupa kemungkaran, penderhakaan, pengabaian, kelalaian, maksiat dan keangkuhan manusia yg dengan berani cuba mencabar kehebatan Allah s.w.t.

Saudaraku yg dirahmati Allah,

Ingatlah bahawa sejarah Qarun jelas membuktikan seorang manusia yg berdosa kerana gagal dalam ujian kesenangan dan akhirnya binasa dengan kesenangan itu.

Sejarah Firaun yg menerima pembalasan dengan ditenggelamkan oleh Allah bersama pengikutnya hingga mati dalam kehinaan ditelan arus Laut Merah sebagaimana di rakamkan didalam surah al-Baqarah ayat 50.

Peristiwa kaum Nabi Musa yang ingkar mengenai larangan menangkap ikan pada hari Sabtu, telah bertukar menjadi kera yg hina sebagaimana diceritakan di dalam surah al-Baqarah ayat 65.

Begitu jg sejarah Nabi Nuh yg umatnya terlalu angkuh dengan akidah yg dibawa oleh baginda hingga menyebabkan mereka mati ditenggelami banjir besar. Hal ini diceritakan di dalam surah Al-Mukminun ayat 27.

Pembalasan yg begitu dahsyat juga berlaku kepada kaum Nabi Luth yg memperlihatkan betapa pengamal homoseksual (seks bebas) mati ditelan bumi dalam keadaan menghinakan.

Kisah Kaum Saba' sebagaimana diceritakan dalam Surah Saba' ayat 16 pula menginsafkan kita bahawa kemewahan dan kesenangan yang dimiliki perlu disertai dengan syukur dan takwa kepada pemberinya.

Kisah Kaum Madyan yan dihancurkan Allah disebabkan dosa2 yg dilakukan dikisahkan dalam surah Huud ayat 84. Balasan seumpama itu jg diberikan kepada Kaum Thamud iaitu kaum Nabi Syuaib yg ingkar tehadap seruan dakwah baginda dan mengamalkan riba serta penindasan dalam perniagaan mereka.

Semua itu mampu dijadikan teladan kepada umat kini agar tidak tersalah langkah ketika berhadapan dengan hakikat kehidupan.

Pembaca Yang Budiman,

Sedarlah selagi kita merasa bebas berbuat apa sahaja, tanpa merasa ada yang mencatat, mengawasi dan memantau tindak tanduk kita dalam setiap hembusan nafas kita, selagi itulah kita akan merasa telepas daripada jerat hukuman. Tetapi tidak dapat dimungkiri, sekalipun perbuatan kita tidak diketahui orang atau sengaja didiamkan begitu sahaja namunAllah dengan sifatNya yang Maha Mengetahui akan menghisab amalan kita sebagaimana firmanNya di dalam surah al-Zalzalah ayat 7&8 yg berbunyi:

Maksud: "Barangsiapa yg mengerjakan kebaikan meskipun sebesar zarrah akan dilihatnya (balasan) kebaikan itu, Barangsiapa yg mengerjakan kejahatan meskipun sebesar zarrah akan dilihatnya (balasan) kejahatan itu".

Insaflah kita semua wahai umat Islam dan sedarlah bahawa sesungguhnya kita semua akan mati dan dihisab oleh Allah sama ada dibalasi dengan rahmat Allah dengan dihadiahkan syurga yang penuh kenikmatan dan keseronokkan ataupun dibalasi dengan kemurkaan Allah dengan dihadiahkan neraka yg penuh kesengsaraan dan kesakitan yg tidak terperi sakitnya. Sabda Rasulullah s.a.w mengenai Syurga sebagaimana yg diriwayatkan oleh al-Bukhari,

"Dindingnya terdiri daripada bata emas dan bata perak, lantainya kasturi yang harum semerbak, tanahnya zaqfaran dan batu kerikilnya mutiara dan yaqut. Sesiapa yan masuk kedalamnya akan merasa senang dan tidak sedikit pun merasa susah. Dia kekal didalamnya dan tidak akan mati, pakaiannya tidak akan lusuh dan dirinya seniasa muda".

Sabda Rasulullah s.a.w mengenai neraka yg berbunyi:

Maksudnya: "Api kamu (didunia) hanyalah satu pertujuh puluh (1/70) daripada api neraka".

Sama2lah kita menjadi hamba Allah yg tehindar daripada melakukan dosa & jika kita berdosa sama2lah kita memohon keampunan kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Ustaz Muhd. Naim Hashim
30 Syaaban 1428h

3 ulasan:

joshua berkata...

It's so nice for me to have found this blogg of yours, it's so interesting. I sure hope and wish that you take courage enough to pay me a visit in my PALAVROSSAVRVS REX!, and plus get some surprise. My blogg is also so cool! Don't think for a minute that my invitation is spam and I'm a spammer. I'm only searching for a public that may like or love what I POETRY write, among other types of Artistic Texts.

Feel free off course to comment as you wish and remember: don't take it wrong, don't think that this visitation I make is a matter of more audiences for my own blogg. No. It's a matter of making universal, realy universal, all this question of bloggs, all the essential causes that bring us all together by visiting and loving one another. However...

Some feel invaded and ofended that I present myself this way in their blogs and rudely insult me back or post a mockery post on me.
Some think I'm playing the smart guy who wants to profit, in my miserable and ridiculous gain with Adsense (go figure!), from and with others curiosity and benevolence.
Some simply ignore me.
Some aknowledge that It's most important we all take notion that there's milions of us bloguing arownd the world and thus vital any kind of awareness such as I believe this my self-introduction card and insert apeal brings in.

May you be one of those open and friendly spirits.

You must not feel obliged to come and visit me. An invitation is not an intimation. Also know that if you FOR A SECOND click on one of my ads I'm promised to earn a couple of cents for that: I would feel happy and rewarded (because I realy unemployedly need it!!!) if you did click it FOR A SECOND, but once again you're totaly free to do what ever you want. I, for instance, choose immediatly to click on one of your ads, in case you have them. To do so or not, that's the whole beauty of it all, however, blogocitizens must unite also by clicking-helping eachother when we know cybermegacorporations profit from our own selfishness regarding to that simple click.

About this I must say, by my own experience, that no one realy cares (maybe a few) about this apeal I make, still I believe in my Work and Dreams and thus I'll keep on apealing and searching so strong is my will.

I think it's to UNITE MANKIND that we became bloggers! Don't see language as an obstacle but as a challenge (though you can use the translater BabelFish at the bottom of my page!) and think for a minute if I and the rest of the world are not expecting something like a broad cumplicity. Remenber that pictures talk also. Open your heart and come along!!!!!

sabarnusa berkata...

Syabas dan tahniah...
Alhamdulillah,banyak ilmu yg dapat dimuat serta dikongsikan bersama dlm blog Ust. ni.. Papar serta ucapkanlah yg benar itu walaupun ia menyakitkan. Selamat menjalani ibadah puasa.
p/s: Untuk melihat peristiwa & aktiviti surau n kariah kami singgahlah di http://sabarnusa.fotopages.com/

AR-RAHMAH, SG. BUAYA berkata...

Salam,

Sekalung tahniah dan syabas maju selangkah lagi. Didoakan segala ilmu yang dikongsikan disini memberi menafaat kepada semua yang dahagakan ilmu agama.
Semoga Allah S.W.T sentiasa memberkati usaha tuan dan terpelihara dari fitnah dunia. Insy'Allah

Jazakallah... khair..