17hb April - 8 tahun kesyahidan Dr Abdul Azizi Rantisi
Berada di Gaza pada saat ini adaah sesuatu yang tidak pernah saya mimpikan. Apatah lagi apabila diberikan peluang untuk mendalami erti perjuangan umat di bumi Barokah di saat yang bersejarah ini.
Pada tarikh ini, kita diperingatkan dengan satu peristiwa bersejarah yang berlaku pada 8 tahun yang lalu. Pada 17 April 2004, pulanglah seorang tokoh besar yang menemui syahid menemui Kekasih yang didambakannya.
Ketika umat Islam sering tercari-cari siapakah di kalangan manusia pada hari ini yang layak dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kebenaran. Maka Dr Abdul Aziz Rantisi adalah contoh yang sangat baik samada dari sisi istiqamahnya, baik dari segi tsabatnya, baik dari segi kesungguhan dan juga pengorbanannya.
Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin 26 hari lebih awal (22hb Mac 2004),
Dr Abdul Aziz pernah ditanya samada beliau tidak takut untuk berhadapan dengan nasib yang sama dengan As Syahid Sheikh Admad Yassin, pengasas HAMAS.
Beliau terus menjawab, "“Ia adalah kematian samada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah samada dengan Apache atau sakit jantung. Jika aku diberi pilihan, maka aku memilih tembakan Apache..”
Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu Isya’, beliau melangkah dengan meletakkan harapan, ‘Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurga mu Ya Allah. Inilah puncak harapanku..”
Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helicopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.
Bukti bahawa as-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar dari senyuman yang menguntum dari bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum semerbak kasturi.
Semua yang hadir menziarahi jenazah as-syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan Rasulnya. “Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya.”
Pendirian As-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya terhadap bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang diberkati ini telah sedia kita maklumi. Belia telahmengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan untuk al-Quds.
Hasrat Zionis untuk melihat HAMAS lumpuh dengan terbunuhnya 2 pemimpin utama dalam selang 26 hari meleset sama sekali. Bahkan kematian 2 tokoh ini menyuburkan lagi jihad di bumi Palestin.
Kini setelah 8 tahun kedua mereka meninggalkan kita, Palestin terus berdiri teguh berhadapan dengan segala macam kekuatan yang dihalakan oleh Zionis dan dunia Barat ke atas mereka.
Inilah gambaran orang-orang beriman yang digambarkan oleh Allah swt, ‘…Mereka kasih kepada Allah dan Allah kasih kepada mereka, mereka berkasih sayang sesama mukmin (izillah alal mu’mimin) dan tegas terhadap golongan kafir (a’izatul alal kafirin), mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela…”
Salam perjuangan dari Gaza
Dr Zainur Rashid Zainuddin
Gaza, Palestin
17hb April 2012

Tiada ulasan:
Catat Ulasan