Sahabat Ilmu

Khamis, 12 Julai 2012

SOLAT SUNAT SELEPAS WITIR

Adakah diharuskan mengerjakan solat sunat lain selepas solat sunat witir? Perlukah mengulangi solat sunat witir tersebut?

Jawapan:
Ya, harus mengerjakan solat sunat lain seperti solat sunat Tahajjud selepas menunaikan solat sunat witir. Tidak perlu mengulangi solat sunat witir tersebut kerana solat sunat witir hanya sekali di dalam satu malam. Sabda Rasulullah S.A.W.,
Maksudnya: "Tiada dua witir dalam satu malam". (Riwayat at-Tirmidzi)

2 ulasan:

Al Faqeer Abdullah berkata...

Harap mendapat keterangan lebih spesifik mengenai solat Sunat selepas witir.
Bukankah witir itu penutup bagi solat malam?
Apa yang ana difahamkan dalam pengajian adalah seperti berikut:-
Seandainya seseorang yang telah melakukan witir maka dia mestilah tidur dahulu sebelum boleh melakukan solat sunat tahajjud atau lain2,walaupun tidurnya itu hanya 5 minit.
Seandainya seseorang itu tidak tidur maka lakukanlah solat sunat lain dahulu kemudian tutuplah dengan witir.

IBNU MUSLIM berkata...

Solat Witir boleh didirikan setelah mengerjakan solat Isyak sehinggalah sebelum terbitnya fajar.

Maksudnya:Rasulullah saw biasa mengerjakan solat sebelas rakaat pada waktu di antara selesai solat Isyak iaitu suatu waktu yang orang-orang disebut sebagai ‘atamah (sampai subuh) sebanyak sebelas rakaat, dengan salam setiap dua rakaat dan mengerjakan solat Witir satu rakaat. Apabila muadzdzin telah berhenti mengumandangkan azan solat Subuh, sudah nampak jelas pula fajar olehnya, dan baginda juga sudah didatangi oleh muadzdzin, baginda segera berdiri dan mengerjakan dua rakaat ringan kemudian berbaring ke sisi kanannya sehingga datang muadzdzin kepada baginda untuk mengumandangkan iqamah. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 736.

Namun begitu waktu yang afdal untuk mengerjakan solat Witir adalah pada sepertiga malam yang terakhir.

Maksudnya:Setiap malam Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan solat witir dan berakhir sampai waktu sahur. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 996

Apatah lagi terdapat satu waktu pada sepertiga malam itu di mana Allah Subhanahu wa Ta’ala akan turun ke langit dunia dan akan memperkenankan doa dan permintaan serta memberi pengampunan kepada hamba-hamba-Nya..

Namun demikian sekiranya seseorang itu khuatir bahawa dia tidak mampu untuk bangun mengerjakan solat Witir pada sepertiga malam yang terakhir, hendaklah dia mengerjakannya sebelum tidur.

Namun demikian diperbolehkan baginya untuk mengerjakan solat-solat sunat yang lain kerana diperbolehkan untuk mengerjakan solat sunat walaupun telah mendirikan solat Witir. Menurut Syaikh Muhammad at-Tuwaijiri:

Siapa yang Witir pada awal malam kemudian terbangun pada akhir malam maka solatlah secara genap tanpa ada witir. – Syaikh Muhammad bin Ibrahim at-Tuwaijirsi, Mukhtasar al-Fiqhi al-Islami, ms. 712,