Salamah: Kemenangan semakin hampir
17 Mei - Pemimpin Briged Izzuddin al-Qassam yang sekarang ini menjadi tahanan di penjara rejim Israel, Hasan Salamah menegaskan bahawa kemenangan semakin hampir dan rejim Israel menunggu masa untuk jatuh, demikian beliau nyatakan dalam mesej yang telah dimuatkan dalam laman sesawang Briged Qassam semalam, Rabu, 16 Mei 2012.
Berikut adalah teks mesej beliau,
Dalam nama Allah Yang Maha Mengasihani, Segala puji kepada Allah, penolong kepada hamba-hambanya yang beriman.
Solawat dan Salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, dan benarlah apa yang disabdakan oleh baginda: “Akan kekal ada sekelompok manusia dari umat ku yang akan menegakkan kebenaran dihadapan musuh-musuh mereka yang angkuh”.
Rakyat Mesir yang dimuliakan dan dikasihi, kamu semua sekarang ini menjadi manusia yang bebas, kamu pencetus revolusi besar dunia Arab, kamu menjadi manusia mulia yang disebut-sebut oleh Nabi Muhammad s.a.w, “Sebaik-baik tentera di atas muka bumi ini adalah di kalangan orang-orang Mesir” dan kamu semua adalah keturunan cucu Umar Ibn Al-As, pembuka negara Mesir yang agung.
Kamu semua adalah sebahagian dari kami dan kami adalah saudara-saudara kamu yang dianiaya di penjara-penjara musuh-musuh kamu iaitu Israel, kami semua seperti kamu yang rindukan kebebasan. Perjuangan kami mogok lapar adalah untuk maruah dan cara kami sendiri setelah dunia dan saudara-saudara kami di luar sana mendiamkan diri, suara-suara kami hanya didengari oleh batu-batu penjara, adalakah kami tidak berhak untuk melakukannya ?
Kami yakin, kita semua akan menang dengan izin Allah dalam waktu terdekat, musuh hampir jatuh, hanya menunggu masa sahaja.
Kamu semua telah melaluinya sebelum ini, dalam perang Oktober adalah kemenangan yang penuh kegemilangan, kami yakin darah-darah kamu pasti akan mengalir di bumi tanah suci Palestin yang tercinta ini bersama darah-darah kami, oleh itu kami benar-benar berhadap akan dapat mendengar berita gembira dan kemenangan dari kamu.
Percayalah saudara-saudara ku, musuh-musuh kamu(Israel) terpaksa membuat beribu-ribu perhitungan apabila cuba berhadapan dengan kamu, bilangan kamu ramai dan kuat, kembalilah kepada kekuatan dan menjadi mulia, harapan kami terlalu besar kepada kamu, pastinya akan datang hari kegembiraan buat orang-orang beriman dengan kemenangan Allah, sepertimana cahaya matahari menyinari selepas hujan.
Kamu semua adalah saudara-saudara kami yang dikasihi, yang kekal hanyalah kesetiaan kamu kepada Allah dan kami, ketahuilah kami bersaudara dengan kamu hanya kerana Allah dengan sepenuh hati kami.
Sumber: Aman Palestin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan