Sahabat Ilmu

Khamis, 26 Julai 2012

FATWA SEMASA BERKAITAN PUASA

Keputusan Persidangan Fiqh Antarabangsa (al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami) [No. 93 (1/10) pada 23-28 Safar tahun 1418H bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1997] Mengenai Perkara-perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa.Majma’ al-Fiqhi al-Islami) [No. 93 (1/10) pada 23-28 Safar tahun 1418H bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1997] Mengenai Perkara-perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa.
A- Keputusannya (Qarar) Seperti Berikut:

1- Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga. Ubat titis hidung atau semburan hidung, dengan syarat tidak menelan apa yang sampai ke halkum.

2- Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (Jantung) dengan syarat tidak menelan apa yang sampai ke halkum.

3- Memasukkan ubat melalui faraj, memasukan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin).

4- Memasukkan teropong ke dalam salur peranakan/rahim atau alat kedalamnya.(Contoh:alat pencegah kehamilan - IUCD)

5- Memasukkan teropong ke salur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan x-ray atau lainnya.

6- Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.

7- Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk kedalam perut. dengan syarat tidak menelan apa yang sampai ke halkum.

8- Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah (seperti: glukos yang mengenyangkan).

9- Oksigen dan Gas Bius.

10- Bius menggunakan gas, bukan menggunakan cecair yang mengenyangkan.

11- Semua jenis bahan yang boleh menyerap ke dalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat.

12- Sesalur dan bahan perantara untuk arteriografi (pemeriksaan x-ray khas jantung) atau organ lain.

13- Teropong dalam rongga perut (endiskopi) untuk mencari punca penyakit.

14- Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain untuk ujian makmal.

15- Teropong perut, dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya.

16- Memasukkan ubat atau alat ke dalam otak.

17- Muntah secara tidak sengaja.

B- Jika tidak memberi mudarat, para doktor muslim hendaklah menasihati pesakit untuk menangguhkan dulu rawatan yang meragui sehingga selesai puasa.

Tambahan dari Keputusan “Seminar Fiqh Perubatan ke 9 yang diadakan di Casablanca, Morroco, 8-11 Safar 1418/14-17 Jun 1997. Pendapat majoriti peserta menambah perkara berikut juga TIDAK MEMBATALKAN PUASA:

1- Suntikan ke dalam dubur, teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur.

2- Pembedahan yeng melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan (berniat) untuk berpuasa pada malamnya.

3- Mesin atau dialisis buah pinggang melalui perut. TAMAT.

Tiada ulasan: