~ From Majalah Solusi~
Suatu hari Rasulullah SAW telah berteka-teki dengan para sahabat. Baginda bersabda yang bermaksud: "Daripada pelbagai jenis pokok, ada pokok yang daunnya tidak pernah gugur dan sifatnya seperti seorang Muslim, apakah pokok tersebut?"
Para sahabat cuba meneka dan menamakan pelbagai jenis pokok yang terdapat di lembah-lembah.
Abdullah bin Umar yang meriwayatkan peristiwa ini berkata: "Aku terfikir bahawa jawapannya mungkin pokok kurma, tetapi aku segan untuk bersuara dalam kalangan orang yang lebih dewasa (kerana beliau masih di usia kanak-kanak)."
Para sahabat bertanya: "Apakah jawapannya wahai Rasulullah?"
Baginda bersabda lagi: "Kurma." (Riwayat Muslim No.5027 dan Al-Tirmizi No.2793)
Demikianlah Baginda sentiasa mempelbagaikan pendekatan tarbiah Baginda dengan mengajak para sahabat agar sentiasa cerdas berfikir dan sentiasa mensyukuri nikmat dan pemberian Allah.
----------------------------------------------------------
(#DAUN POKOK KURMA TIDAK PERNAH GUGUR KERANA YANG GUGUR IALAH PELEPAHNYA#)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan