Sahabat Ilmu

Rabu, 5 Ogos 2009

PERSOALAN FIDYAH

SOALAN:
Assalamualaikum ustad, nak tanya sikit, blh tlg cerita sikit mengenai fidyah puasa dan sembahyang?

JAWAPAN:
Waalaikumussalam tuan,

1. Jawapan Oleh:KEPUTUSAN FATWA KERAJAAN NEGERI P.PINANG

Hukum mengenai qadha sembahyang dan bayar fidyah puasa bagi si mati.

Tiada diqadhakan dan juga tidak dikeluarkan fidyah bagi sembahyang si mati.
Manakala hukum fidyah puasa, sekiranya orang yang mati sedang menanggung puasa fardhu dan berkesempatan untuk menqadhakanya tetapi ia tidak berbuat demikian maka dikenakan fidyah bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan sebanyak 15 tahil beras. Jika puasa itu tidak diqadhakan lewat bertahun maka fidyah akan berganda mengikut bilangan tahun.

KETERANGAN:
Terdapat 3 pendapat mengenai hukum fidyah sembahyang di dalm mazhab Shafie, antaranya:
i) Tidak diqadhakan dan juga tidak dikeluarkan fidyah bagi sembahyang si mati.
ii) Diqadhakan sembahyang si mati oleh waris atau kerabatnya, boleh di keluarkan harta peninggalan si mati bagi tujuan tersebut tetapi tiada di buat fidyah.
iii) Boleh dibuat fidyah ke atas setiap waktu yang ditinggalkan oleh simati dengan kadar 15 tahil beras setiap sembahyang.

*yang muktamad adalah pendapat pertama.


2.Jawapan Oleh : Keputusan Fatwa Negeri Perlis Indra Kayangan
Hukum Fidyah Sembahyang Dan Puasa.

Di dalam sembahyang tidak ada fidyah kerana sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Tinggal sembahyang dengan sengaja itu tidak ada jalan untuk menebusnya melainkan bertaubat Nasuha. Adapun fidyah puasa adalah seperti yang tersebut di dalam ayat 184 surah al-Baqarah yang bermaksud: “Barangsiapa keberatan ke atas dirinya berpuasa maka hendaklah ia memberi fidyah dengan cara memberi makan seorang miskin (bagi tiap-tiap sehari yang ditinggalkannya)”.

Oleh: Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis

Tiada ulasan: