Dalil kewajiban aqad (ijab dan qabul) dalam urus niaga pembelian adalah berlandaskan Firman Allah:
"Melainkan yang halal (kamu makan), bahawa harta benda perdagangan itu dilakukan rela sama rela antara kamu (antara penjual dan pembeli)." (Al-Nisa':28)
dan sabda Nabi yang bermaksud:
"Sesungguhnya sah jual beli itu dengan ada rela sama rela."
Oleh kerana 'rela sama rela' itu adalah perbuatan batin, maka ianya perlu dizahirkan, iaitu melalui percakapan, eg 'aku beli' dan 'aku jual.' Ini adalah pendapat jumhur ulamak al-Shafi'iyyah.
Pun demikian, apabila merujuk teks fiqh tradisional, terdapat juga beberapa ulamak, antaranya Al-Imam al-Nawawi dan pengarang kitab Subul al-Salam yang menyatakan, wajibnya berlafaz sebagai tanda aqad dalam jual beli itu ialah pada barang-barang yang tinggi nilainya. Adapun sekiranya barang itu murah, dan sering dibeli setiap hari, seperti barang keperluan harian, maka tidak diwajibkan untuk berlafaz, kerana cukup transaksi itu sebagai tanda kepada saling rela / redha antara penjual dan pembeli. Senario ini dipanggil al-mu'atoh. Ianya juga termasuk di dalam bab 'umum al-balwa dalam qaedah fiqhiyyah. Antara contoh lain ialah pembelian melalui vending machine.
Jumhur ulamak dalam mazhab Hanafi, Hanbali dan Maliki walau bagaimanapun membenarkan jual beli mu'atoh secara mutlak, ie tanpa sighah ijab qabul, selagimana transaksi itu difahami secara adatnya menatijahkan rela/redha antara pembeli dan penjual. Apatah lagi dalam zaman moden ini apabila setiap pembelian akan disertai dengan resit sebagai bukti kerelaan penjual untuk menjual barang miliknya.
Wallahua'lam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan