Sabtu, 29 Ogos 2009
MENINGGALKAN SOLAT FARDHU
Meninggalkan solat fardhu lima waktu boleh menyebabkan runtuhnya tiang agama, membatalkan iman dan hak sesama Islam. Kata al- Qaffal: meninggalkan solat bererti memberi mudharat kepada seluruh kaum Muslimin, kerana orang yang bersolat itu memohon ampun untuk diri dan orang- orang mukmin. Apabila seseorang Muslim meninggalkan solat fardhu, bererti ia telah melengahkan hak Allah, hak rasul, hak dirinya dan hak seluruh umat Islam.
Justeru amat besarlah dosanya atau maksiatnya ke atas orang yang meninggalkan solat. Perbuatan meninggalkan solat membawa kepada tertolaknya atau terbatalnya segala amal yang lain kerana solat itu imadul Islam, tiang Islam. Ibadah- ibadah lain seperti puasa, zakat dan haji di terima bergantung kepada di terimanya solat. Apabila solat ditolak berertinya semuanya ditolak. Firman Allah S.W.T: "Maka datanglah sesudah mereka pengganti yang menyia- nyiakan solat dan menurut hawa nafsunya, maka kelak mereka akan menemui kejahatan." (Surah Mariyam: 59) Firman Allah S.W.T: "Maka celakalah orang- orang yang mengerjakan solat, iaitu orang- orang yang melalaikan solatnya." (Al- Mau’un: 4 - 5) Rasulullah S.A.W bersabda: "Barang siapa meninggalkan solat Asar nescaya ia akan merosakkan amal." (HR: Bukhari) Rasulullah S.A.W. bersabda: "Barang siapa meninggalkan solat dengan sengaja maka tidak ada jaminan baginya dari Allah." (HR: Baihaqi dan Ibnu Majah)
Kata sebahagian ulama salaf,seseorang yang terus menerus meninggalkan solat dengan tiada merasa keberatan apa- apa, tidak merasa kesal dan kecewa serta tidak merasa perlu bertaubat, maka seseorang itu dipandang dan di hukum kafir atau binasalah imannya. Menurut Imam Nawawi: orang yang meninggalkan solat dengan jalan mengingkari kewajipannya, dipandang telah telah menjadi kafir, keluar dari millah (agama) Islam dengan ijmak ulama Islam, kecuali kalau seseorang itu baru masuk Islam dan belum mengetahui hukum kewajipan solat itu.
Imam Ahmad dan Ishak juga berpendapat bahawa orang yang meninggalkan solat, hukumnya kafir dan boleh dibunuh selaku orang kafir. Rasulullah S.A.W. bersabda: "Perbezaan antara hamba (yang beriman dan kafir) ialah meninggalkan solat." (HR: Muslim) Dalam hadith lain S.A.W. bersabda: "Janji antara kami dengan mereka (orang kafir) ialah solat, barang siapa yang meninggalkan solat maka ia benar telah kafir." (HR: Abu Daud, At- Tirmidzi dan Nasai) Solat merupakan amalan utama dan pertama akan di hisab oleh Allah S.W.T di akhirat nanti, jika ia rosak maka rosaklah segala amalan lain dan akan mendapat azab neraka. Rasulullah S.A.W. bersabda: "Amal seseorang hamba yang pertama akan di hisab kelak ialah solat, maka jika solatnya rosak maka amal lainnya akan rosak." (HR: Tabrani) Firman Allah S.W.T: "Apakah sebab kami masuk neraka? Jawab mereka: kami tidak mengerjakan solat." (Surah Al- Muddaththir: (42-43)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan