Sahabat Ilmu

Isnin, 17 Januari 2011

Jangan Jadi Ayam

Ada sekumpulan ayam.. 10 ekor semuanya.. Ayam.. bukan bayam.. Selama ni hidup diorang diayam hanyalah kat dalam reban bersama 100 ekor ayam yang lain.. diberi cukup makan sejak hari menetas.. Hidup dengan gumbira ria tanpa ada sebarang rasa gundah gulana..

Tapi entah kenapa pada pagi tu Wak Saru Han (bukan nama sebenar), telah menangkap mereka 10 ekor dan dimuatkan ke dalam satu raga yang agak sempit.. Kemudian Wak Saru Han telah meletakkan raga tersebut dibelakang sebuah kapcai C70 yang diperbuat pada tahun 1990, yang dah lama tak direnew insuran & rodtek.. "Kata nak tolong orang Islam.. tapi motor lebih 15 tahun korang tak terima.." kata Wak Saru Han kepada agen takaful, Azhar Jaafar melalui YM. "Mana aku tahu wak.. aku ni agen aje.. bukan tokey syarikat Takaful tu.." jawab Azhar Jaafar.

Wak Saru Han mengikat kemas-kemas raga tersebut sambil dimulutnya (nya = mulut Wak Saru Han, bukan mulut ayam) tersentil sebatang rokok Gudang Garam yang membara.. Asap berkepul-kepul keluar dari mulut dan hidung beliau.. sesekali asap turut keluar dari kedua-dua belah telinganya.. Walaupun Wak Saru Han tahu bahawa fatwa kebangsaan telah mengharamkan rokok, tapi dihisapnya juge.. "Aaahh.. itu haram.. ini haram.." kata Wak Saru Han bila ada kengkawan yang cuba menegur kemaksiatan yang dilakukannya secara terang-terangan itu..

"Nak ke mana kita ni?" tanya ayam A (juga bukan nama sebenar) kepada ayam B (yang ni memang nama sebenar). "Mana gua tahu.." jawab ayam B. Ayam C hingga J hanya tercengang-cengang sahaja macam ayam..

Starter ditendang dan enjin kapcai dihidupkan.. Wak Saru Han terus memecut kapcainya lagak seorang penghantar pizza.. Bunyi ekzos yang dibuat dari buluh memecah kesunyian kampung.. 15 minit kemudian Wak Saru Han sampai ke destinasinya.. pasar! Ya, pasar.. pasar tani yang dibuka seminggu dua kali itu..

Ikatan raga dilepaskan dari kapcai.. Gudang garam yang dah tinggal puntung tu segera dibuang.. Alatan untuk menyembelih ayam dah pun diatur.. sekarang hanya menunggu pelanggan dan mengaut sedikit keuntungan.. Peniaga kecil-kecilan seperti Wak Saru Han tak kisah..dapat jual 10 - 20 ekor ayam seminggu pun dah ok..

Datang seorang makcik berbaju kurung dan bertudung tapi tak berstokin (macam la kaki tu bukan aurat).. "bagi ayam sekor.. saya jalan dulu, jap lagi saya datang ambik ayam.." Wak Saru Han memasukkan tangannya yang berbau candu itu ke dalam raga dan memilih secara random ayam yang bakal dijadikan korban pertama.. Ayam J telah terpilih.. Dia ditimbang dan disembelih dihadapan ayam-ayam yang lain.. kemudian diproses dan dipotong-potong.

Ayam-ayam yang lain berkata dalam hati masing-masing, "itu dia.. bukan aku.."

Tak lama datang lagi sekor sorang pelanggan. Langkah yang sama seperti di atas diulangi oleh Wak Saru Han.

Ayam-ayam yang lain berkata dalam hati masing-masing, "itu dia.. bukan aku.."

Kemudian datang lagi sorang pelanggan. Seekor lagi ayam dikorbankan.

Ayam-ayam yang lain berkata dalam hati masing-masing, "itu dia.. bukan aku.."

Akhirnya, tengahari itu Wak Saru Han pulang ke rumah dengan raga yang kosong dan poket yang penuh serta sekotak besar Gudang Garam yang masih belum dibuka balutnya..

Sekian..

*kesimpulannya.. kita semua sekarang tengah duduk dalam raga dunia.. hari-hari kita tengok & dengar berita kematian orang lain.. tapi masih cakap macam ayam, "itu dia.. bukan aku.."

Jumaat, 14 Januari 2011

Sumaiyyah : Hidup dan Mati Kerana Allah

DUNIA dilimpahi hujan tangisan menyaksikan peristiwa penyiksaan yang amat kejam terhadap sepasang suami dan isteri serta seorang anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Mereka di heret ke padang pasir dan dijemur dibawah pancaran matahari yang amat panas, mereka dipukul dan tidak diberi makan dan minum. Kaki dan tangan pula diikat dengan rantai. Seksaan semakin kejam apabila mereka tidak menurut kehendak orang yang menyeksa.

Si isteri diikat di antara dua ekor unta. Paksaan demi paksaan dilakukan agar mereka meninggalkan pegangan mereka. Namun, keutuhan dan kekuatan yang didatangkan oleh pegangan itu membuatkan mereka tidak gentar dan sanggup menahan seksaan yang amat dahsyat. Akhirnya, padang pasir yang gersang dan matahari yang terik memancar menjadi saksi pembubuhan kejam sepasang suami isteri itu. Sebilah lembing dihunus dan ditusuk tanpa belas ke dada si isteri dan suami.

Dia hanyalah seorang wanita dan anak yatim piatu. Kebaikan hati dan ketaatan kepada tuannya menjadikan dia cukup disegani walaupun dia hanya seorang hamba yang berkulit hitam. Perkahwinannya dengan seorang lelaki yang setaraf dengannya menjadikan hidupnya lebih bermakna. Lebih membahagiakan apabila mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang comel.

Namun kebahagiaan itu tidak beerti dan mengundang bencana apabila mereka memeluk Islam. Mereka adalah antara individu yang terawal memeluk Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w di Mekah.

Dia adalah wanita yang tabah dan menjadi contoh kepada wanita Islam lain bukan sahaja pada zaman nabi, malahan, sehingga kini, namanya disebut sebagai wanita pertama yang mati syahid di bumi Mekah. Dia mati demi menegakkan iman dan akidahnya terhadap Islam. Dia adalah Sumaiyyah binti Khaiyat yang merupakan isteri kepada Yasir bin Amin Al-Ansi dan juga ibu kepada Ammar bin Yasir.

Sumaiyyah bin Khaiyat adalah hamba perempuan kepada Abu Huzaifah bin al-Mughirah Abdullah bin Umar al-Ansi yang merupakan seorang pembesar Quraisy. Manakala suaminya pula bernama Yasir bin Amin Al-Ansi, seorang pendatang dari Yaman. Yasir juga dikenali sebagai Abu Ammar.

Sumaiyah dimerdekakan pada hari perkahwinannya dan tinggal bersama Huzaifah di bawah naungan Bani Makhzum.

Keluarga Yasir adalah di antara keluarga yang terawal memeluk Islam di Mekah ketika seruan dakwah baru sahaja di bawa oleh Rasulullah s.a.w. Mereka terpaksa menempuh penderitaan dan penyeksaan daripada golongan musyrikin Mekah.

Bani Makhzum yang masih belum memeluk Islam ketika itu sangat marah apabila mengetahui keluarga Yasir memeluk Islam. Keluarga Yasir diseksa dengan pelbagai jenis seksaaan supaya mereka kembali kepada agama asal nenek moyang mereka yang menyembah berhala.

Sumaiyyah, Yasir dan Ammar telah diheret ke padang pasir dan dijemur di bawah pancaran matahari yang amat panas, mereka dipukul dan tidak diberi makan dan minum. Kaki dan tangan mereka diikat dengan rantai.

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w lalu di tempat keluarga Yasir diseksa. Rasulullah s.a.w berkata, “Bersabarlah, wahai keluarga Yasir. Balasan untuk kamu adalah syurga.”

Kata-kata Rasulullah s.a.w itu telah menenangkan hati dan jiwa raga mereka, iman mereka jadi bertambah teguh walaupun mereka diseksa dengan kejam dan zalim oleh musyrikin daripada Bani Makhzum.

Pada suatu hari datanglah Abu Jahal ke tempat penyeksaan tersebut sambil menghina dan mencerca Sumaiyyah dan turut sama menyeksa Sumaiyyah. Abu Jahal memaksa Sumaiyah supaya meninggalkan Islam. Tetapi mereka menolaknya dan tetap beriman dengan Allah s.w.t dan tidak sekali-kali akan meninggalkan Islam. Sumaiyah diikat di antara dua ekor unta.

Abu Jahal sangat marah dengan sikap Sumaiyyah yang tidak mahu tunduk dengan kemahuannya dan musyrikin Mekah. Abu Jahal pun mengambil lembing lalu menusukkan lembing tersebut di dada Sumaiyyah. Sumaiyyah pun gugur sebagai syahid pertama di bumi Mekah. Suaminya Yasir juga turut syahid kemudiannya.

Nama Sumaiyyah binti Khaiyat tercatat dalam sejarah Islam sebagai syahid pertama umat Islam yang mati kerana mempertahankan akidah dan keimanannya kepada Allah s.w.t.


Setelah Sumaiyyah dan Yasir gugur sebagai syuhada, anaknya, Ammar pula dipaksa menyebut nama-nama berhala kaum musyrikin. Dalam keadaan terpaksa, Ammar terpaksa menuruti kehendak kaum musyrikin dengan menyebut nama-nama berhala. Ammar hanya menyebut di lidah semata-mata tetapi di hatinya terus memuji Allah s.w.t.

Dalam keadaan darurat ini Ammar terpaksa memilih antara ‘rukshah’ dan ‘azimah’. Musyrikin Mekah pun melepaskan Ammar kerana disangkanya sudah mengikut kehendak mereka.

Selepas dilepaskan daripada seksaan Ammar pun menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan perbuatannya itu. Rasulullah s.a.w bertanya, “Bagaimana dengan hatimu?” Jawab Ammar, “Saya tetap beriman dengan Allah.” Rasulullah s.a.w membenarkan tindakan Ammar tersebut yang memilih ‘rukshah’.

Jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni syurga Jannatun Naim menjadi perangsang kepada wanita Islam yang lainnya. Keteguhan dan ketabahannya meneguhkan iman di dada tanpa mengjiraukan nyawa harus dijadikan contoh wanita masa kini.

Sumbangan Sumaiyyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian Islam. Antaranya, berani menyatakan yang hak, sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian akidah serta memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam.
Selain itu, Sumaiyyah merupakan lambang ketaatan
yang tiada belah bagi kerana berjaya memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.

Nama Sumaiyyah terus disebut sehingga kini sebagai seorang wanita yang terbaik sebaik manusia yang dijanjikan syurga oleh Nabi Muhammad s.a.w. Penyeksaan yang turut diceritakan semula menjadi kekuatan bagi wanita solehah untuk turut berazam memiliki jiwa dan hati setabah Sumaiyyah.

Darahnya menjadi sumbu pelita keimanan. Tangan yang lembut menghayun buaian akhirnya membuktikan bahawa wanita sepertinya mampu menggoncang dunia dengan hanya memperteguh keimanan kepada Allah s.w.t.

Kisah ini memberi gambaran kepada wanita Islam
diseluruh dunia masa kini bahawa kebahagiaan dan kejayaan yang sebenar bagi seorang wanita adalah dapat mempertahankan Islam sepenuh hati. Betapa Sumaiyyah sanggup mengorbankan nyawa demi meneguhkan iman dan ketakwaannya kepada Allah s.w.t. Bagaimana pula dengan wanita masa kini yang tidak berhadapan langsung dengan ancaman bunuh atau seksaaan seperti Sumaiyyah?

Jika digabung kesemua wanita yang memiliki sikap dan sifat cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk kemuliaan dan pengiktirafan buat mereka, pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan seorang wanita yang beriman seperti Sumaiyyah dan wanita-wanita lain pada zaman Nabi yang mempertaruh nyawa dan diri demi Islam.

p/s: wanita sekarang sanggup ker contoh sumaiyyah??

SEMINIT BERSAMA RASULULLAH

Andainya kita diberikan Allah kesempatan seminit bersama Rasulullah s.a.w. apakah perkataan yang ingin kita ucapkan? Sama-sama kita dengarkan bersama apa jawapan wanita dalam video dibawah ini..



Wanita ini tak mampu menahan sebak sambil berkata "Duduk bersama dengan Rasulullah adalah impian semua , tetapi jika benar ia akan terjadi... saya ingin Rasulullah bawa saya pergi dari dunia ini ".

WANITA HIASAN DUNIA.. SEINDAH-INDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH

Khamis, 13 Januari 2011

WACANA “INDUSTRI LAKONAN DAN DUNIA ARTIS MENURUT ISLAM”


WACANA “INDUSTRI LAKONAN DAN DUNIA ARTIS MENURUT ISLAM”
20 JANUARI 2011
DEWAN MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ, BANGSAR

Sekretariat Pemuda, Persatuan Ulama’ Malaysia akan menganjurkan satu Wacana Ilmiah “Industri Lakonan dan Dunia Artis Menurut Islam”.

Wacana ini akan membariskan panelis terdiri daripada karyawan antaranya:
1.       1.Dr. Muhaimin Sulam
2.       2.Ustaz Fadlan Mohd Othman
3.       3.Pn. Erma Fatima
       
Wacana ini akan berlangsung pada waktu berikut:
Tarikh                   : 20 Januari 2011 (Khamis)
Masa                    : 9.00 malam
Tempat                 : Dewan Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur

Untuk keterangan lanjut hubungi  013-2968703. Masuk percuma. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

WACANA ILMU BERSAMA TUAN GURU SYEIKH NURUDDIN AL-BANJARI



WACANA ILMU BERSAMA TUAN GURU SYEIKH NURUDDIN AL-BANJARI
19 JANUARI 2011
MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN

Satu wacana ilmu bersama ulama' nusantara iaitu Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al-Banjari akan diadakan seperti berikut:

Tarikh                 : 19 Januari 2011 (Rabu)
Masa                  : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat              : Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Tajuk                   : Kedudukan Ilmu, Ulama’ serta Adab-adab
  Menuntut Ilmu

Anjuran oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Masjid Wilayah Persekutuan, Dewan Pemuda Masjid dan Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan.

Semua muslimin dan muslimat dijemput meramaikan majlis ilmu ini.

Isnin, 10 Januari 2011

Seorang wanita dan sebiji terung


Di Damsyiq (Dimascus) terdapat sebuah masjid besar yang diberi nama Masjid at-Taubah. Ia merupakan sebuah masjid yang diberkati, indah dan mendamaikan. Di atas tapak masjid itu asalnya sebuah gedung tempat berlaku segala macam maksiat. Pada kurun ke 7 Hijriah, seorang raja yang memerintah ketika itu membeli gedung tersebut, meruntuhkan dan membina di atas tapaknya sebuah masjid.

Lebih kurang 70 tahun lalu, di masjid itu terdapat seorang syaikh atau mahaguru yang alim mendidik umat Islam di kampong itu. Namanya Syaikh Saleem as-Suyuti. Dia sangat dihurmati oleh penduduk setempat. Mereka menjadikannya tempat rujukan dalam semua urusan sama ada urusan dunia atau akhirat.

Di masjid itu juga terdapat seorang murid yang sangat miskin tetapi terkenal dengan kemuliaan akhlak dan budi pekerti yang luhur. Dia tinggal di sebuah bilik yang terdapat di dalam masjid.

Suatu ketika, dia diserang kelaparan yang tidak mampu ditahan kerana sudah dua hari tidak menjamah makanan dan tidak ada wang langsung untuk membeli makanan. Masuk hari ke tiga, dia rasa seolah-olah dia akan mati kebuluran. Lalu dia berfikir apa yang patut dilakukan.

Pada pendapatnya, keadaannya telah sampai ke tahap darurat yang mengharuskannya makan bangkai atau mencuri sekadar yang diperlukan. Maka dia memilih untuk mencuri.

Masjid itu terletak di sebuah kampong di mana kedudukan rumahnya rapat-rapat dan bumbungnya bersambung antara satu sama lain. Seseorang boleh berjalan meniti dari bumbung ke bumbung bermula dari awal kampong hingga ke hujungnya.

Si miskin tadi memanjat bumbung masjid dan meniti bumbung-bumbung rumah untuk mencari makanan. Apabila dia terpandang wanita di dalam rumah, dia akan segera menjaga mata dan menjauhkan diri dari rumah itu. Akhirnya dia ternampak sebuah rumah yang kosong dan terhidu bau makanan yang menyelerakan. Perasaan lapar yang menguasai dirinya menjadikan bau makanan itu bagaikan magnet yang menarik-nariknya dengan kuat agar mengambilnya. Lalu dia melompat dari bumbung memasuki rumah tersebut. Dia terus ke dapur dan membuka periuk. Didapati di dalam periuk itu beberapa biji terung yang telah dimasak, lalu dia mengambil sebiji. Kerana kelaparan yang teramat sangat, dia tidak menghiraukan kepanasan terung yang baru dimasak, lantas terus menggigitnya. Ketika hampir-hampir menelan terung itu tiba-tiba akalnya yang dipenuhi ilmu agama yang dituntutnya selama ini di masjid menyergahnya!

Hatinya berbisik: Aku berlindung dengan Allah! Aku seorang penuntut yang tinggal di dalam masjid, kemudian aku menceroboh masuk ke dalam rumah orang dan mencuri makanan yang ada di dalamnya?

Dia rasa terlalu besar dosa yang telah dilakukan. Dia amat menyesal dan beristighfar. Terung yang telah digigit itu dikembalikan di tempatnya. Dia segera keluar dari rumah itu dan terus kembali ke masjid. Ketika itu Syaikh sedang mengajar, lalu dia duduk di dalam halaqah bersama murid-murid lain. Namun kelaparan yang mencengkam dirinya menjadikan dia tidak dapat memberi tumpuan pada pengajaran Syaikh dan tidak faham apa yang didengarnya.

Setelah sesi pengajian tamat, semua murid-murid beredar dari halaqah. Tiba-tiba muncul seorang wanita dalam keadaan berselubung menutup seluruh tubuh seperti kelaziman wanita-wanita di kampong itu. Wanita itu berkata sesuatu kepada Syaikh, tetapi murid itu tidak mendengar apa yang dikatakannya.

Syaikh memandang sekeliling. Dia tidak Nampak ada orang lain di dalam masjid selain murid yang miskin itu.

Syaikh memamnggilnya dan bertanya, adakah kamu telah berkahwin? Dia menjawab, tidak!

Syaikh bertanya, adakah kamu ingin berkahwin? Dia diam.
Syaikh bertanya sekali lagi, adakah kamu ingin berkahwin?
Dia menjawab dengan jujur bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli sesuap makanan untuk dirinya, maka untuk apa dia hendak berkahwin?

Syaikh berkata kepadanya bahawa wanita ini kematian suami. Dia orang asing di sini. Dia juga telah tidak ada sesiapa lagi di dunia ini kecuali seorang bapa saudara yang telah tua dan miskin yang tinggal bersama dengannya. Syaikh menunjukkan ke arah seorang lelaki tua yang duduk di sebuah sudut halaqah. Syaikh berkata lagi bahawa wanita ini telah mewarisi rumah dan harta peninggalan suaminya. Dia mahu berkahwin mengikut sunnah Allah dan Rasul supaya dia tidak bersendiriann kerana dibimbangi akan menjadi tumpuan orang-orang jahat serta pergaulan yang haram. Jadi, adakah kamu mahu menikahinya?

Murid itu terus menjawab, ya!
Syaikh berpaling ke arah wanita itu dan bertanya, mahukah kamu menerimanya?
Wanita itu menjawab, ya!

Maka Syaikh memanggil bapa saudaranya dan dua orang saksi. Syaikh menikahkan mereka berdua dan membayar maskahwin bagi pihak muridnya.
Setelah selesai aqad, Syaikh berkata kepada muridnya, pimpinlah tangannya. Wanita itu memegang tangan suaminya dan membawanya pulang ke rumah. Setelah memasuki rumah, dia membuka kelubung yang menutupi mukanya, barulah murid itu dapat melihat wajah isterinya yang muda dan jelita. Dia juga amat terkejut kerana rumah itu adalah rumah yang dia masuki sebentar tadi dan telah mencuri makanan daripada dapurnya.

Isteri bertanya kepada suaminya, adakah kamu telah makan?
Dia menjawab, ya!

Dia membuka periuk dan melihat terung yang telah digigit. Dia berkata dengan hairan, siapa yang masuk ke dalam rumah dan menggigit terung?
Murid itupun menangis sambil menceritakan apa yang telah berlaku.
Isterinya berkata, inilah hasil amanah. Kamu menjauhkan diri dari terung yang haram, maka Allah berikan kamu rumah serta tuannya sekali dengan halal.
Diceritakan oleh Syaikh Ali at-Tantawi di dalam Muzakkiratnya dan dia berkata bahawa kisah ini benar-benar berlaku dan beliau kenal semua individu yang terlibat di dalam kisah tersebut.
 
 

TAKUTLAH AKIBAT MAKSIAT




Isu pemanasan global merupakan musibah besar yang akhir-akhir ini menjadi ketakutan dan kebimbangan semua tanpa mengira latar bangsa, negara atau ideologi.

Berdasarkan laporan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) suhu dunia diramalkan meningkat dari 1.1 darjah celsius kepada 6.4 darjah celsius antara 1990 dan 2100.

Jika ramalan itu menjadi kenyataan, bumi akan semakin panas dalam tempoh seabad lagi dan mungkin tidak selamat lagi kepada penghuninya. Ini berikutan pemanasan global mempunyai banyak kaitan dengan pelbagai bencana alam. Kenaikan suhu boleh mencairkan ais di kutub dan meningkatkan paras air laut. Risiko banjir besar boleh berlaku jika perkara ini terjadi, malah beberapa kepulauan kecil boleh tenggelam.

Beberapa kawasan lain yang beriklim panas pula menerima taburan hujan yang banyak tetapi tanah di situ menjadi lebih cepat kering disebabkan penyejatan air yang berlaku dengan cepat. Kerosakan akan berlaku ke atas tanaman dan haiwan menyebabkan bekalan makanan berkurangan di beberapa tempat di dunia.

Inilah antara implikasi pemanasan global yang Allah SWT datangkan akibat kerakusan tangan-tangan manusia mengaut sumber kekayaan dunia tanpa mempedulikan peringatan yang telah ingatkan di dalam al-Quran dan hadis.

Kesan-kesan itu mula kita rasai dan semakin hari kita kehilangan nikmat keselesaan dan ketenangan hidup di dunia ini. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah telah memfardukan kepada kamu beberapa kefarduan, maka janganlah kamu mensia-siakannya. Allah telah membataskan kamu dengan beberapa larangan, maka janganlah kamu melampauinya dan Allah telah mengharamkan sesuatu, maka janganlah kamu merobeknya". (riwayat al Dar Qutni).

Bahang dan Bahana Maksiat

Jika melanggar batas Allah pada hak alam semulajadi ada bahananya, bagaimana pula dengan iklim kepanasan maksiat yang meningkat lebih mendadak daripada iklim dunia ini?

Seakan-akan manusia hari ini sudah tidak takut lagi terhadap ancaman-ancaman yang dijanjikan oleh Allah. Allah SWT berfirman: Dan tinggalkanlah dosa yang nyata dan yang tersembunyi, kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan. (al-An'aam: 120)

Sebahagian manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mengejar pangkat dan nama di dunia ini. Seolah-olah dunia ini milik mereka. Mereka takut akan hidup miskin di dunia yang bersifat sementara tetapi mereka tidak takut akan miskin di akhirat alam yang kekal untuk mereka.

Walhal, Rasulullah SAW bersabda: "Takutlah (jauhilah) dari perkara-perkara yang diharamkan, nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling tinggi ibadahnya. Redailah dengan pemberian Allah untuk kamu, nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling kaya..." (riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmidzi)

Sayang sekali, tidak sedikit pun formula dan petua paling mujarab yang diberikan oleh Rasulullah SAW ini memberikan bekas dan kesan kepada hati mereka. Mereka dikhayalkan oleh kemabukan duniawi sehingga saban hari mereka menjadi penyumbang kepada risiko kepanasan suhu maksiat dunia ini.

Sedar atau tidak, hakikatnya implikasi kepanasan dosa dan maksiat yang dilakukan oleh manusia di dunia ini lebih merbahaya daripada kesan pemanasan global. Bahkan sebenarnya peningkatan suhu kepanasan dunia yang telah dan sedang menimpa umat manusia hari ini juga adalah natijah daripada kepanasan dosa dan maksiat yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri.

Hal ini ditegaskan dengan panjang lebar oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya: "Terdapat lima perkara yang aku berlindung kepada Allah agar kalian tidak menemuinya. Pertama, tidaklah muncul kekejian dalam suatu kaum, melainkan bermaharajalela di dalam kaum tersebut bermacam jenis penyakit yang belum pernah dialami oleh kaum sebelum mereka.

"Kedua, tidaklah mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, melainkan mereka ditimpa kelaparan, kesempitan hidup dan mendapat pemimpin yang zalim.

"Ketiga, tidaklah mereka mengelak daripada membayar zakat bagi harta mereka, melainkan mereka akan dihalang daripada diturunkan hujan dari langit; jika tidak kerana binatang ternakan sudah pasti tidak diturunkan hujan kepada mereka.

"Keempat, tidaklah mereka melanggar janji Allah dan Rasul-Nya, kecuali Allah memberikan kekuasaan kepada musuh mereka, hingga musuh-musuh tersebut merampas apa yang mereka miliki.

"Kelima, tidaklah imam-imam mereka tidak menghukum dengan Kitab Allah, melainkan dijadikan kerosakan di antara mereka disebabkan tangan mereka sendiri". (riwayat Ibnu Majah, al-Baihaqi dan al-Bazzar).


Ketahuilah bahawa kadar kesan negatif yang terhasil akibat perbuatan maksiat itu mengikut kadar sifat-sifat baik yang terhasil daripada ketakwaan. Sebagaimana tidak ada kebaikan di dunia dan akhirat, kecuali disebabkan takwa, begitulah juga tidak ada di dunia dan akhirat kejahatan, bala bencana dan ujian melainkan disebabkan oleh maksiat-maksiat yang berlaku.

Oleh kerana itu, maksiat adalah penyebab segala kerosakan, baik di darat mahupun di laut. Termasuklah kerosakan agama, badan, penyakit dan wabak, kemusnahan tanaman dan buah-buahan, ditimpa kemarau, dilanda ketakutan, tenggelam di lautan, kemusnahan harta, diri dan sebagainya. Sebagaimana ditegaskan dalam surah al-Rum ayat 41.

Maksiat juga adalah penyebab hilangnya nikmat dan datangnya kecelakaan, bala serta penyesalan ketika mana penyesalan tidak lagi berguna. Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain Allah. (al-Ra'd: 11)

Maksiat juga penyebab terhakisnya iman hingga mengundang laknat dan kemurkaan Allah Yang Maha Pengasih. Bahkan mengundang kehinaan, kemiskinan dan kerendahan.

Bukan sedikit ancaman dan peringatan Allah agar hamba-hamba-Nya menghindari maksiat dan dosa kepada-Nya. Lantaran rahmat dan kasih sayang-Nya, Allah menceritakan kisah dan penyesalan umat terdahulu akibat maksiat yang dilakukan agar hamba-hamba-Nya mengambil pengajaran dan insaf lalu kembali kepada-Nya.

Di antaranya, Allah mengkhabarkan tentang peristiwa Ahli Kitab yang telah dilaknat dan ditimpa bala pembunuhan, penawanan dan kezaliman pemerintah akibat maksiat yang mereka lakukan. Mereka juga dibalakan dengan kebinasaan kampung-kampung dan rampasan harta. Firman Allah: Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu. (al-Baqarah: 49)

Sejarah membuktikan maksiat juga penyebab kehancuran umat-umat yang terdahulu dan kurun-kurun yang lepas, sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 40.

Maksiat Batin

Harus kita ingat, dalam memperkatakan tentang kesan-kesan negatif maksiat, kita juga harus mengetahui bahawa maksiat itu bukan sekadar maksiat zahir yang kita lakukan seperti berzina, mencuri, menzalimi orang lain, makan dari sumber yang haram, berjudi, menjual agama kerana dunia, membelakangkan hukum Allah, menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah dan sebagainya.

Termasuk dalam kategori maksiat atau dosa ialah maksiat batin yang kita lakukan dan ia lebih merbahaya kerana sukar dihidu. Di antaranya sifat takbur, riak, sum'ah, kikir, tidak reda dengan qada' dan qadar Allah, tidak yakin dengan rezeki yang Allah tentukan untuk setiap hamba-Nya, merasa ragu terhadap Allah dan sebagainya.

Maka wajib bagi kita mempelajari kedua-dua jenis maksiat ini bagi mengelakkan diri kita daripada terjerumus ke lembah hina tersebut.

Kemalasan dan kejahilan kita untuk mengenal agama yang kita anuti, akan menyebabkan kita berada terus berada dalam keadaan lalai dan hanyut tanpa sedar.

Lebih malang, di akhirat kelak, kita ditahan masuk syurga Allah akibat dosa dan maksiat yang kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari.

Lihatlah seperti apa yang berlaku pada hari ini. Umat Islam ditimpa musibah apabila terdapat golongan yang berani mempersendakan agama mereka dan merobek hak mutlak Allah.

Nama Allah yang teragung dipermainkan-mainkan oleh penganut agama lain sehingga Lafz al-Jalalah (kalimah teragung) digunakan dan diberikan kepada sembahan yang batil.

Lantaran kejahilan ilmu dan kedangkalan jiwa yang tidak pernah dirawat, ramai umat Islam yang terpedaya dan tidak merasa sensitif apabila maruah dan kehormatan agama mereka dipersenda.

Lantaran kedangkalan hati juga, kita mengambil tindakan yang salah untuk menangani isu ini yang akhirnya mengundang kerugian dan keruntuhan kepada umat Islam sendiri. Kita pohon perlindungan Allah daripadanya.

‘Memberi’, itulah falsafah harta dalam Islam

Oleh: Ustaz Hamizul Abdul Hamid (www.hamizul.com)

Ketika kita diulit kesenangan, jangan lupa bahawa ramai orang digayuti keperitan. Hidup sememangnya begitu, ada orang senang dan ada orang susah. Ada orang tidak pernah pun rasa senang seumur hidup dan ada pula orang yang tidak pernah pun rasa susah walaupun sekali dalam hidupnya. Namun, susah-senang adalah rencah kehidupan dan atas premis inilah, kita wajar menghayati makna ‘memberi’ yang dianjurkan Islam.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar,” (Sebahagian hadis riwayat Ibnu Abi Dunya)

Dalam seerah an-Nabawiyah, yakni catatan perjalanan kehidupan suri tauladan sepanjang zaman yang dipaparkan oleh Nabi Muhammad SAW, baginda amat-amat menitikberatkan aspek memberi ini. Nabi Muhammad SAW sendiri bukanlah sekadar manusia yang gemar berkata-kata, bahkan baginda sendiri mengotakan setiap patah perkataannya. Banyak kisah yang boleh dijadikan iktibar kepada kita.

Misalnya, seorang sahabat besar Rasulullah SAW bernama Anas bin Malik r.a pernah mengkhabarkan di dalam satu kisah: “Saya pernah berjalan bersama Rasulullah SAW. Baginda (ketika itu) mengenakan sehelai selendang dari Najran yang kasar di tepinya. Tiba-tiba (waktu itu) seorang badui berpapasan dengan baginda, lalu menarik selendang baginda dengan kuat (kasar). Ketika (itu) aku memandang ke sisi leher Rasulullah SAW dan ternyata pinggiran selendang (yang kasar) itu telah membekas di sana, disebabkan kuatnya tarikan itu. Kemudian si badui itu berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Wahai Muhammad, berikan kepada aku sebahagian daripada harta Allah yang ada padamu. Rasulullah SAW berpaling kepadanya, lalu tertawa dan memberikan suatu pemberian kepadanya,” (Riwayat Muslim)

Inilah contoh unggul peribadi mulia yang melagang falsafah suka memberi sesama manusia. Nabi Muhammad SAW tidak marah, kendatipun baginda ada hak untuk marah. Leher baginda merah kebiratan, kesan tarikan selendang Najran yang kasar. Namun, nabi memberikan senyuman pula kepada badui berkenaan. Alangkah indah akhlak Rasulullah SAW buat dijadikan panduan.

Hari ini, ada orang kadang-kala memberikan pelbagai alasan untuk menahan hartanya daripada dikongsi dengan orang lain. Sebagai manusia, memang kita dibekalkan oleh Allah SWT dengan hawa nafsu yang kecenderungannya sering mementingkan diri sendiri. Maka, tidak peliklah ia mampu menimbulkan perasaan sayangkan harta yang keterlaluan sehingga melahirkan sifat kedekut pula bagi diri manusia. Hakikatnya, kedekut adalah musuh pemurah. Manusia yang kedekut, mengundang murka Allah SWT.

Berpesan lagi Nabi Muhammad SAW kepada kita: “Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu: menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil terhadap diri (sendiri) dan memberi salam kepada orang lain,” (Riwayat Ahmad)

Namun, sikap manusia yang paling jelek dan dibenci oleh Rasulullah SAW, ialah mereka yang ‘buruk siku’ dalam memberi. Adalah ditegah, bagi mereka yang sudah bersedekah namun kemudian bercita-cita mahu mengambil kembali apa-apa yang telah disedekahkan itu. Rasulullah s.a.w bersabda, yang maksudnya: “Perumpamaan orang yang bersedekah lalu menarik kembali sedekahnya itu hanyalah seperti anjing yang muntah lalu memakan muntahnya itu,” (Riwayat Muslim)

Kesimpulannya, sikap saling beri-memberi ini adalah anjuran Islam yang natijahnya akan menzahirkan keharmonian di dalam sesebuah masyarakat. Ia juga menjadi punca turunnya kasih-sayang Allah SWT. Apabila kita sendiri saling sayang-menyayangi, pastilah pantas bagi Allah SWT untuk turut menyayangi diri kita ini dan membantu kita mendepani kegetiran hari akhirat kelak.

Daripada Abdullah bin Umar r.a, beliau memetik kata-kata daripada Rasulullah SAW: “Orang Islam itu (adalah) saudara (kepada) orang Islam (yang lain), ia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkannya teraniaya. Sesiapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah akan menolong keperluannya pula. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari akhirat kelak. Sesiapa yang menutup rahsia orang Islam, (pasti) Allah akan menutup rahsianya di hari akhirat kelak, ” (Riwayat Bukhari) . Wallahua’lam.

Selasa, 4 Januari 2011

Kaya Harta Dan Kaya Ilmu


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”

(al-Bukhari)

Huraian:

Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji.

Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

Sheikh Idris Al-Marbawi pengarang Bahrul Mazi

Koleksi tulisan Allahyarham WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH


KITAB Tafsir Surah Yasin karangan Imam Asy-Syaukani terjemahan bahasa Melayu oleh Sheikh Al-Marbawi atas permintaan percetakan Musthafa Al-Baby Al-Halabi Mesir tahun 1353H.

ULAMA besar yang diperkenalkan pada kali ini tidak asing bagi kebanyakan pelajar-pelajar Alam Melayu amnya, dan di Malaysia khususnya. Beliau sangat terkenal dengan kamus Arab-Melayunya, iaitu Qamus al-Marbawi. Beliau ialah Sheikh Muhammad Idris Abdur Rauf al-Marbawi, seorang ulama yang berketurunan dari Kampung Merbau, Perak. Dilahirkan pada tahun 1893 M di Mekah, dan tarikh kembalinya beliau ke rahmatullah juga telah banyak ditulis orang pada 10 Oktober 1989, dimakamkan di Kampung Lubuk Merbau, Perak pada usia 96 tahun.

Tok Kenali antara Guru Sheikh Idris al-Marbawi

Ilmu yang paling banyak diperolehnya adalah dari Tok Kenali Kelantan. Sebelum ini, artikel mengenai Tok Kenali pernah dibicarakan penulis dengan judul Tok Kenali: Ulama Peringkat Wali yang dikeluarkan pada Isnin, 2 Oktober 2006.

Namun dirasakan perlu dibicarakan lagi secara umum berkenaan guru kepada Sheikh Idris Marbawi tersebut.

Tok Kenali adalah satu nama yang paling terkenal dalam dunia pengajian Islam bersistemkan pondok di Malaysia, bahkan juga seluruh Alam Melayu.

Beliau ialah murid yang paling dipercayai oleh Sheikh Ahmad al-Fathani, sehinggakan tiada satu rahsia perjuangan Sheikh Ahmad al-Fathani yang tidak diketahui oleh beliau.

Beliau meninggalkan murid yang sangat ramai. Antara yang menjadi ulama besar adalah Sheikh Idris Marbawi dan Sheikh Utsman Jalaluddin Penanti. (Sumber ini penulis perolehi daripada murid beliau, Tuan Guru Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani, seorang Mufti Mempawah Indonesia, yang didengar penulis pada tahun 1969 di Indonesia, Tuan Guru Haji Mahmud di Gajah Mati, Kedah, yang didengar pada tahun 1970, Kadi Haji Wan Ismail bin Hawan di Jala Patani pada tahun 1970, Kadi Haji Abdur Rahim Kelantan di Mekah pada tahun 1979, dan masih ramai yang lain yang belum perlu disebutkan).

Karya-karya yang dihasilkan

Sheikh Idris al-Marbawi meninggalkan karya-karya yang tidak kurang banyaknya. Terdapat dua karya beliau yang sangat terkenal, sehingga masih digunakan sehingga ke hari ini iaitu Qamus al-Marbawi dan Bahrul Mazi. Keterangan maklumat mengenai kedua-dua karya tersebut adalah berikut:

A. Qamus Idris al-Marbawi

Qamus Idris al-Marbawi adalah judul sebenar dalam persuratan. Dalam percakapan umum dinamakan kamus Marbawi. Kamus ini bukan kamus Arab-Melayu yang pertama ditulis. Terdapat kamus lain ditulis sekitar tahun berhampirannya. Namun, kamus ini mendapat tempat tersendiri dalam bidang perkamusan.

Paling luas penyebarannya

Antara keistimewaan kamus ini berbanding yang lainnya adalah kamus Arab-Melayu yang ditulis dengan Melayu-Jawi dan yang pertama paling luas penyebarannya di seluruh dunia Melayu. Bahkan ia turut digunakan oleh masyarakat Melayu di Mekah, Mesir dan beberapa tempat lain.

Ia turut digunakan oleh hampir semua orang yang belajar bahasa Arab dari kalangan suku kaum Melayu, Jawa, Bugis dan sebagainya.

Dalam mukadimahnya, beliau meluahkan yang terkandung dalam hatinya demi kemajuan bangsa Melayu, iaitu katanya: “Kemudian dari itu, maka sebelum masuk mengarang kamus ini, lebih dulu menerangkan maksudku mengadakannya, ialah memajukan bangsaku Melayu, sekiranya menuntut bahasa Arab adalah kamus penyuluhnya yang diharap, mendapatkan pelajarannya umpama nahu dan saraf.”

Kamus ini mengandungi dua juzuk. Juzuk pertama yang mengandungi 384 halaman dimulakan huruf Alif dan berakhir dengan Zha, yang mengandungi 18,000 kosa kata perkataan Arab yang diberi takrif atau ertinya ke dalam bahasa Melayu, dan terdapat juga 700 yang diisyaratkan dalam bentuk gambar.

Dalam juzuk kedua pula mengandungi 401 halaman, yang dimulakan daripada huruf ‘Ain dan berakhir dengan huruf Ya, juga terdapat 18,000 kosa kata Arab dan 500 yang diisyaratkan dalam bentuk gambar.

Berkenaan maklumat-maklumat lainnya berkaitan kamus Marbawi tersebut, telah banyak penulis bicarakan dalam Berita Harian, 28 Mac 2006 (Selasa) dengan judul ‘Kamus Marbawi Rujukan Pelajar Kuasai Bahasa Arab.’

B. Bahrul Mazi
Karya Syeikh Idris al-Marbawi yang berupa hadis yang terkenal ialah Bahrul Mazi, judul lengkapnya Bahrul Mazi li Syarh Mutkhtasar Sahihit Tarmizi. Ia merupakan terjemahan kitab Sahih Tarmizi dan disyarah oleh beliau.

Terjemahan Sahih Tarmizi secara lengkap ini adalah merupakan yang pertama sekali dilaksanakan dalam bahasa Melayu.

Bahrul Mazi adalah karya besar yang terdiri daripada 22 jilid yang sudah diterbitkan. Maklumat ringkas tentang keseluruhan jilidnya, adalah seperti berikut:

- Jilid I : Tanpa menyebut tarikh. Tebal 227 halaman. Menerangkan bicara bersuci dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 126 hadis dan 591 masalah.

- Jilid II: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan bicara sembahyang dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 138 hadis dan 454 masalah.

- Jilid III: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 240 halaman. Menerangkan bicara sembahyang dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 161 hadis dan 558 masalah.

- Jilid IV: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan bicara sembahyang; zakat dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 115 hadis dan 519 masalah.

- Jilid V: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 208 halaman. Menerangkan bicara puasa dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 110 hadis dan 473 masalah.

- Jilid VI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan bicara haji dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 108 hadis dan 458 masalah.

- Jilid VII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan bicara umrah dan jenayah. Terdiri daripada 114 hadis dan 483 masalah.

- Jilid VIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan baki bab-bab jenayah dan membicarakan Kitabun Nikah. Terdiri daripada 99 hadis dan 330 masalah.

- Jilid IX: Tarikh selesai menulis malam Rabu, 29 Syawal 1357 H di rumah berdekatan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Tebal 224 halaman. Menerangkan bab-bab talak, li’an dan jual beli. Terdiri daripada 117 hadis dan 226 masalah.

Bab-bab jualan
- Jilid X: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Menerangkan baki bab-bab jualan, bab-bab kadi, diat dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 180 hadis dan 259 masalah.

- Jilid XI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan korban, nazar-nazar, sumpah-sumpah, perjalanan Nabi dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 151 hadis dan 486 masalah.

- Jilid XII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan perang sabil, pakaian, makanan dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 170 hadis dan 353 masalah.

- Jilid XIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan minum-minuman, kebaktian, perhubungan rahim dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 152 hadis dan 472 masalah.

- Jilid XVI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Melengkapi atas baki bab-bab perhubungan rahim, perubatan, faraid, wala’, hibah, qadar dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 138 hadis dan 395 masalah.

- Jilid XV: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 248 halaman. Melengkapi bab-bab huru-hara, ta’bir mimpi dan saksi-saksi. Terdiri dari 105 hadis dan 301 masalah.

- Jilid XVI: Tarikh akhir Bab ar-Ru‘ya dan mengiringi bab-bab syahadah. Selesai malam Rabu, 21 Ramadan 1359 H/1940 M. Melengkapi atas bab-bab mimpi, saksi-saksi dan zuhud. Terdiri daripada 128 hadis dan 237 masalah.

- Jilid XVII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Melengkapi atas bab-bab sifat kiamat; pelembut hati, wara’ dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 100 hadis dan 210 masalah.

- Jilid XVIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Melengkapi atas bab-bab sifat syurga, neraka, iman dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 109 hadis dan 210 masalah.

Minta izin
- Jilid XIX: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Melengkapi atas bab-bab ilmu, minta izin dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 148 hadis dan 266 masalah.

- Jilid XX: Tarikh dicatat oleh pengarangnya, katanya: “Telah selesai hamba daripada menulis dan mengarangkan juzuk yang kedua puluh ini dengan kurnia Allah SWT kemudian daripada tergendala mengarangnya 16 tahun. Iaitu mula perang Inggeris dengan Jerman dan Jepun dan Itali pada tahun 1949, dan sudah juzuk ini pada malam Rabu 25 Ramadan dan 1373 bersamaan 18 Mei 1955." Melengkapi atas baki bab-bab adab, misal-misal, bab-bab pahala Quran dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 127 hadis dan 311 masalah.

- Jilid XXI: Mulai penulisan pada hari Khamis, 26 Syaaban 1374 H/19 Mei 1955 M, dan diselesaikan pada 25 Rabiulakhir 1376 H/10 Disember 1955 M. Tebal 255 halaman. Melengkapi atas segala bab tafsir. Terdiri daripada 92 hadis dan 335 masalah.

- Jilid XXII: Dimulai 25 Rabiulakhir 1376 H/10 Disember 1955 M, dan selesai pada malam 2 Jamadilakhir 1377 H/24 Disember 1957 M. Tebal 242 halaman. Melengkapi atas tafsir setengah-setengah ayat di dalam surah al-Maidah dan lain-lainnya. Terdiri daripada 95 hadis dan 351 masalah.

Penerbitan keseluruhan diusahakan oleh Syarkah wa Maktabah wa Mathba’ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir, mulai tahun 1352 H/1933 M.

Pada kata aluan jilid pertama, pengarangnya menerangkan bahawa beliau telah belajar ilmu hadis daripada Sheikh Muhammad Ibrahim as-Samaluti, iaitu guru hadis yang mengajar berpuluh-puluh tahun di Jami’ Saiyidina Husein di Kaherah, Mesir. Bahawa ketika pulang ke rumah, beliau terus mencatat pelajarannya sehingga tersusunlah kitab besar Bahrul Mazi tersebut.

Kurang tersebar
Sebuah lagi karangan Sheikh Idris al-Marbawi yang kurang tersebar ialah kitab Tafsir Surah Yasin. Asal kitab ini adalah karangan Imam Muhammad bin Ali bin Muhammad asy-Syaukani dan diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Sheikh Idris al-Marbawi atas permintaan Syarkah wa Maktabah wa Mathba’ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir pada tahun 1353H.

Pada mukadimah Sheikh Idris al-Marbawi menulis: “Adapun kemudian daripada itu, maka telah menuntut kepada hamba oleh Syarkah wa Maktabah wa Mathba’ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir bahwa hamba terjemahkan tafsir yasin karangan asy-Syaukani daripada Arab kepada Melayu...”.

Kitab ini telah diterbitkan oleh Mathba‘ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir pada tahun 1353H/ 1935 M.

Masyarakat Yang Menyungsung Kedatangan Dajjal

(Kuliah Maghrib Di Surau al-Ikhwan Kembojasari 3 Januari 2011- Kupasan kitab Kiamat Hampir Tiba)

Isi Kuliah:

Seperti apa yang nantinya akan kita sebutkan secara terperinci bahawa di antara ujian yang dibawa oleh Dajjal itu ialah ada bersama-sama dengannya seumpama syurga dan neraka. dan dia mengatakan dirinya sebagai Tuhan lalu ia memerintah awan untuk menghujani kawasan orang-orang yang menyokongnya dan menahan awan dari menghujani kawasan orang-orang yang tidak mahu mengikuti ajaranya. Maka, orang yang menyokongnya berada dalam kemakmuran dan kebahagiaan. manakala orang-orang yam\ng menetangnya akan hidup dalam keperitan.

Hakikatnya, apa yang dikatakan syurga itu sebenarnya neraka dan sebaliknya. ini bererti Dajjal sudah berjaya merubah pandangan masyarakat sehingga amalan taat itu dikira sebagai kebodohan. Amalan maksiat pula dianggap kecerdikan dan kecerian pemikiran. Apabila kita hendak membandingkan ajaran Dajjal yang sesat ini dengan realiti pemikiran masyarakat kita hari ini, kita akan dapati bahawa pemikiran Dajjal telah mulai terserap dalam pemikiran masyarakat. Yang lebih menyedihkan, pemikiran yang sebegini semakin hari semakin bertambah teruk.

Inilah yang dimaksudkan dengan istilah "masyarakat yang menyungsung kedatangan Dajjal" Sehingga nanti apabila Dajjal muncul masyarakat kita memang akan menerima pemikiran Dajjal yang sesat itu. Bahkan sesetengah masyarakat menganggap kemunculan Dajjal memang satu perkara yang di tunggu-tunggu. Dan Dajjal sendiri dianggap sebagai tokoh terkini (up to date) yang diharap akan menyelamatkan masyarakat.

Sebagai contoh, pandangan masyarakat terhadap ilmu agama Fardhu Ain iaitu ilmu yang wajib di tuntut oleh setiap orang yang mukallaf. Katalah misalnya mengetahui syarat-syarat dan rukun sembahyang adlah dikira sebagi ilmu yang Fardhu Ain kerana sembahyang seseorang belum dianggap sah apabila hal ini belum diketahui. Realiti masyarakat kita jelas menunjukkan bilangan yang begitu besar dari lapisan masyarakat yang belum mempelajari ilmu ini dengan baik. Walaupun ke kadar yang minimanya, iaitu sampai dapat dikatakan sembahyang kita itu sah oleh para ulama. apa yang jelas ramai remaja kita belum tahu cara sembahyang yang sah. Mungkin dalam Matematik cemerlang, Sains baik, Kemahiran Hidup memuaskan dan seterusnya ibu bapa pula merasa tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka.

Meraka hanya gelisah kalau melihat anak-anak mereka tidak berjaya peperiksaan Matematik, Sains, Geografi dan sebagainya, tetapi mereka tidak merasa gelisah kalau anak-anak mereka belum pandai membaca Al Quran atau belum dapat melakukan sembahyang dengan sempurna. Sedangkan kita semua tahu sembahyang itu adalah tiang agama. Keadaan seperti ini bertambah teruk dari hari ke hari. sehingga apabila sampai di kemuncaknya, maka ketika itulah Dajjal akan muncul dan masyarakat akan mengalu-alukan kedatangannya.

Dalam hal ini Huzaifah Bin Usaid ra. Seorang sahabat pernah berkata:

"Sesungguhnya seandainya Dajjal itu muncul pada zaman kamu (zaman Tabien ra) nescaya budak-budak akan melemparnya dengan batu, tetapi ia akan muncul disaat bilangan umat islam yang benar-benar kuat beragama itu hanya sedikit dan orang ketika itu hidup dengan tidak mempedulikan nasib saudaranya yang seagama" H.R Al Hakim.

Mudah-mudahan Allah awt melindungi kita dan keturunan kita dari fitnah Dajjal ini. Amin Yarabbal Alamin.

Nama Kitab: Kiamat Hampir Tiba karangan Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi.

TAZKIRAH RINGKAS

''Jangan Berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange anda kerana….
  Pakaian Terakhir anda adalah Kain Kafan…& perfume anda adalah kapur barus..
 
'' Jangan Berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana….
   Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung
 
'' Jangan Berbangga dengan Banglo dan Condo anda kerana….
   Tempat Peristirehat anda yang terakhir adalah Kubur..
 
'' Jangan Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana…..
   Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing dan Serangga....

Ahad, 2 Januari 2011

SIRAH THABIT BIN QAIS

Mari sama-sama merenung ayat al-Quran al-Hujurat ayat 2 di bawah ini:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap yang lain, nanti (pahala) segala amalmu bisa terhapus sedangkan kamu tidak menyedari.

Rakan-rakan sekalian, Thabit bin Qais r.a. amat terkesan dengan firman Allah s.w.t. ini. Beliau terkenal sebagai seorang yang bersuara lantang. Kerana itu, setiap kali solat berjemaah di Masjid Nabi, beliau akan mengelak daripada bertemu dengan Rasulullah s.a.w.

Beiau khuatir, suaranya yang lantang dan tinggi daripada suara Rasulullah s.a.w. akan menyebabkan amalannya terhapus dan menjadi ahli neraka. MasyaAllah, hebat betul keimanan Thabit bin Qais r.a.

Rasulullah s.a.w. merupakan manusia yang paling baik akhlaknya. Baginda ambil berat, kasih, sayang sahabat-sahabatnya. Baginda hairan kerana sudah lama baginda tidak bertemu dengan Thabit bin Qais r.a.

Lalu Baginda Rasulullah bertanya pada sahabat-sahabat yang lain, "Ke manakah Thabit ibn Qais? Sudah lama aku tidak bertemu dengannya."

Sahabat-sahabat baginda menjawab, Thabit bin Qais r.a. mengelak untuk berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. kerana takut meninggikan suara dan bersuara kasar dengan Nabi. Kerana itu, Thabit akan menjadi ahli neraka.

Rasulullah s.a.w. berkata "Sesungguhnya dia (Thabit) ialah ahli syurga. Bukan ahli neraka."

Thabit ibn Qais r.a berperanan sebagai pemidato dan jurucakap bagi Rasulullah s.a.w. Suaranya yang lantang dan pandai berpidato menjadikan beliau sesuai menggalas tugas tersebut.

Kesimpulan

Kita lihat bagaimana sahabat Rasulullah s.a.w mempunyai taqwa yang tinggi. Mereka begitu patuh dengan ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Lihatlah, Thabit ibn Qais r.a. Beliau sanggup meminggirkan diri daripada bertemu kekasih Allah, kerana takut menjadi ahli neraka.

Kedua, lihat bagaimana Rasulullah begitu sayangkan sahabat-sahabat baginda. Baginda ambil berat sahabat-sahabatnya. Tidak kelihatan lama, Rasulullah tanya. Rasulullah prihatin. Allahumma Solli 'Ala Muhammad.

p/s: Thabit bin Qais r.a. mati syahid sepertimana yang Rasulullah janjikan kepada beliau. Thabit ibn Qais r.a. syahid dalam peperangan memerangi Musailamah al-Kazzab semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a.

Beliaulah satu-satunya sahabat yang memberikan wasiat setelah beliau meninggal dunia. Beliau mendatangi sahabat yang lain melalui mimpi dan menyampaikan wasiatnya.

Terima kasih kerana membaca. Semoga kita lebih mengenali sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. daripada mengenali personaliti-personaliti dan artis masa kini.

Sabtu, 1 Januari 2011

Kenapa Kamu Berkata Dengan Apa yang kamu tidak lakukan?

Segala puji bagi Allah, shalawat dan salam kepada Rasulullah saw, dan aku bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah, Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusanNya.
Kita akan merenungkan dua firman Allah swt yang tertera di dalam kitabNya:
2.  Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? 3.  Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. QS. Al-Shaff: 2-3

Firman Allah swt:
(Wahai orang-orang yang beriman) perintah ini bagi orang-orang yang beriman.

Pertama: Sebab peringatan hanya bermanfaat bagi orang yang beriman.
Kedua: Karena mereka terbebas dan suci dari sifat-sifat yang buruk

Al-Qurthubi berkata: Kata Tanya ini dating dalam gaya bahasa mengingkari danmengecam orang yang hanya berkata kebaikan namun dia tidak mengerjakan kebaikan tersebut, baik terhadap perkara yang telah berlalu maka dia dengannya telah berdusta atau terhadap perakra yang akan dating maka dengannya dia telah menyalahi janji dan kedua realita ini tercela.[1]

Ibnu Abbas ra berkata: Sebagian oarng yang beriman sebelum diwajibka jihad, mereka berkata: Kami berharap jika Allah menunjukkan kepada kami perbuatan-perbuatan yang paling dicintaiNya lalu kita akan mengerjakannya, lalu Allah memberitahukan kepada NabiNya bahwa amal yang paling beliau cintai adalah beriman kepada Allah dengan keimanan yang tiada keraguan padanya dan berjihad terhadap orang yang bermaksiat kepada Allah. Kemudian pada saat diturunkannya ayat tentang berjihad sebagaian orang yang beriman membenci perkara tersebut dan mereka merasa berat menjalankannya. Maka Allah menurunkan firmanNya:

2.  Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?. Ini adalah pendapat yang dipilih ole Ibnu Jarir rahimahullah.[2]

Syekh Abdurrahman bin As-Sa’di rahimhullah  berkata:
Yaitu kenapa kalian mengajak kepada kebaikan dan menganjurkan manusia melakukan hal tersebut bahkan mungkin kalian saling memuji dengannya namun kalian sendiri tidak mengerjakannya dan kalian mencegah orang lain dari keburukan dan mensucikan diri kalian darinya padahal kalian sendiri telah terpolusi dan tenggelam padanya. Oleh karana itulah, seyogayanya bagi orang yang menyuruh orang lain kepada kebaikan agar menjadi orang yang paling pertama mengerjakan kebaikan tersebut dan orang yang mencegah kepada keburukan agar menjadi orang yang paling menjauhi keburukan tersebut.[3]

Dari Usamah bin Zaid ra bahwa dia pernah mendengar Nabi saw bersabda: Seorang lelaki didatangkan pada hari kiamat lalu dicampakkan ke dalam api neraka, kemudian ususnya berhamburan keluar lalu dia berputar-putar dengannya seperti berputar-putarnya  himar dengan batu penggilingannya. Kemudian para penghuni surga berkumpul di hadapannya dan bertanya kepadanya: Apakah yang terjadi padamu?. Tidakkah engkau yang pernah memerintahkan kami kepada Al-Ma’ruf dan yang mencegah kepada yang mungkar?. Dia menjawab: Aku telah memerintahkan kalian dengan yang ma’ruf namun aku sendiri tidak melakukannya dan mencegah kalian kepada dari yang mungkar namun aku mengerjakannya”.[4]

Dari Anas bin Malik ra bahwa Nabi saw bersbda: Pada saat aku dinaikkan ke langit (dalam peristiwa isro’ mi’raj) aku melewati suatu kaum yang bibir-bibir mereka potong dengan gunting dari gunting dari neraka, lalu aku bertanya: Siapakah mreka ini wahai Jibril?. Rasulullah saw bersabda: Mereka adalah para orator dari kaummu yang mengatakan sesuatu namun mereka sendiri tidak mengarjakannya”.[5]

Allah swt berfirman:
3.  Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. QS. Al-Shaff: 3

Al-Ragib berkata: Al-Maqtu adalah kemurkaan yang besar terhdap orang yang engkau lihat melakukan keburukan[6]

22.  Dan janganlah kamu kawini wanita-wanita yang Telah dikawini oleh ayahmu, terkecuali pada masa yang Telah lampau. Sesungguhnya perbuatan itu amat keji dan dibenci Allah dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh). QS. Al-Nisa’: 22

Al-Nakha’I berkata: Tiga ayat yang mencegah aku bercerita kepada masyarakat, yaitu firman Allah swt:
44.  Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, QS. Al-Baqarah: 44

Dan perkataan Syu’aib alaihis salam:
88.  dan Aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang Aku larang. QS. Hud: 88

Dan firman Allah swt:
2.  Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?. QS. Al-Shaf: 2

Ibrahim Al-Taimy rahimhullah berkata: Tidakkalah aku mengukur perkataanku dengan perbuatanku kecuali aku takut menjadi seorang pendusta”.[7]

Di antara pelajaran yang dapat disimpulkan dari ayat yang mulia ini adalah:

Pertama: Sebagian ulama berdalil dengan ayat ini atas wajibnya memenuhi janji.
Dari Abi Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda: Tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga: Apabila berbicara dia berdusta, apabila berjanji dia mengingkari janji dan apabila dipercaya maka dia mengkhianatinya”.[8]
Ibnu Hajar berkata: Pondasi beragama itu terbangun pada tiga perkara: Perkataan, perbuatan dan niat. Dan Rasulullah saw mengingatkan bahwa perkataan dirusakkan oleh kedustaan, dan perbuatan dirusakkan oleh khianat dan niat dirusakkan perkara yang tidak dipenuhi.

Dari Abdillah bin Amir bin Rabi’ah ra berkata: Rasulullah saw mendatangi kami dan aku pada waktu itu masih kecil. Maka aku pergi keluar untuk bermain lalu ibuku berkata: Wahai Abdullah!, datanglah kemari aku  memberikanmu sesuatu, maka Rasulullah saw berkata kepadanya: Seandainya engkau tidak memberikannya maka akan ditulis bagimu satu kebohongan”.[9]

Kedua: Ilmu harus disertai dengan amal, sebab seseorang akan ditanya oleh Allah pada hari kiamat tentang Ilmunya apakah yang diperbuatnya dengan ilmunya?. Sebagaimana yang disebutkan di dalam hadits riwayat Abi Barzah Al-Aslami ra bahwa Nabi saw bersabda: Tidak akan melangkah dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga dirinya akan ditanya oleh Allah tentang umurnya di manakah dia habiskan, tentang ilmunya apakah yang dilakukan dengan ilmunya, dan tentang hartanya dari manakah dia dapatkan dan kemanakah disalurkan serta tentang badannya pada apakah dipergunakan?.[10]

Dari Jundub bin Abdillah ra bahwa Nabi saw bersabda: Perumpamaan orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia namun melupakan dirinya sendiri sama seperti pelita yang menerangi manusia namun membakar dirinya sendiri”.[11]

Ketiga: Allah melarang orang yang beriman mengatakan sesuatu yang tidak dikerjakannya, namun jika seorang mu’min melalaikan ketaatan kepada Allah, melakukan sebagian kemaksiatan maka hal itu tidak menggugurkan kewajiban amr ma’ruf nahi mungkar. Allah swt berfirman:

78.  Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas. 79.  Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan munkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu. QS. Al-Ma’idah: 78-79

Dari Abi Sa’id Al-Khudri ra bahwa Nabi saw bersabda: Barangsiapa di antara kalian yang melihat suatu kemungkaran maka hendaklah dia mengingkarinya dengan  tangannya, dan jika dia tidak mampu maka hendaklah dia merubahnya dengan lisannya dan jika dia tidak mampu maka hendaklah dia merubahnya dengan hatinya dan itu adalah cermin selemah-lemah iman”.[12]

Dan Jika Al-Hasan melarang sesuatu maka sungguh dia sebenarnya tidak pernah mengerjakan kemaksiatan tersebut dan apabila dia melewati sesuatu maka dia benar-benar mengambilnya sebagai pedoman, seperti inilah wujud dari hikmah tersebut.

Abul Aswad Al-Du’ali berkata:
Janganlah engkau melarang sesuatu lalu dirimu sendiri terjebak di dalamnya
Sungguh kehinaan besar jika kamu terjabak mengerjakan keburukan tersebut
Mulailah dari dirimu sendiri dan jauhkanlah jiwamu dari ketersesatannya
Apabila jiwamu sudah berhenti maka sungguh engkau adalah hakim bijaksana
Saat itulah dirimu diterima jika engkau menasehati dan engkau akan yang turuti
Karena ilmu yang kau  miliki dan saat itulah pembelajaran menjai bermanfaat

Ibnu Hazm berkata: Maksudanya adalah bahwa Abul Aswad mengecam orang yang mengerjakan kemakasiatan yang diingkarinya, sebab keburukan amal seseorang menjadi bertambah pada saat dirinya mengerjakan apa yang dilarangnya. Sungguh perkataan yang sangat baik. Allah swt berfirman:

44.  Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berpikir?. QS. Al-Baqarah: 44

Dari Al-hasab disebutkan bahwa dia mendengar seseorang berkata: Tidak wajib mencegah meninggalkan keburukan kecuali orang yang tidak mengerjakannya, lalu Al-Hasan berkata: Iblis sangat berkehendak agar dia menang dengan pemahaman seperti ini sehingga tidak ada seorangpun yang mencegah meninggalkan kemungkaran dan tidak pula menyeru kepada ma’ruf. Ibnu Hazam berkata: Sungguh benar apa yang dikatakan oleh AL-Hasan, pada apa yang kami ungkapkan sebelumnya”. [13]

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad dan kepada seluruh keluarga dan shahabatya -

Tulisan Guruku Dari Indonesia.

[1] Al-jami’ liahkamil qur’an: 18/80
[2] Tafsir Ibnu Katsir: 4/358
[3] Tafsir Ibnu Sa’di: 1196
[4] Shahih Bukhari: 2/236, 437 no: 3627 dan shahih Muslim: 4/2291 no: 2989
[5] Musnad Imam Ahmad: 3/120
[6] Mu’jam mufrodatul alfazil qur’an: Hal: 490
[7] Shaihih Bukhari: 1/32. Artinya aku khawatir jika orang lain mendustaiku setelah mereka mengetahui amalku yang berbeda dengan peraktaanku. Dia meneeegurkau dengan mengatakan: Senadainya engkau jujur niscaya engkau tidak akan pernah mengatakan sesuatu yang berbeda dengan apa yang engkau katakan. Makna yang lain adalah sekalipun dia telah menasehati manusia namun dia pernah sampai pada tingkat amal yang sempurna, dan Allah telah mengecam mereka yang memrintahkan kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar sementara dirinya lalai mewujudkan apa yang dikatakannya.
[8] Shahih Bukhari: 1/27 no: 33 dan shahih Muslim: 1/78 no: 59
[9] Sunan Abu Dawud: 4/298 no: 4991
[10] Sunan Tirmidzi 4/612 no: 2416 dan dia berkata: Hadits hasan shahih
[11] Al-Haitsami berkata di dalam kitab Majma’uz Zawa’id 1/184 diriwayatkan oleh Al-Tabrani di kitab Al-Kabir dan perawinya terpercaya. Dan Al-mundziri berkata di dalam kitab targib wat tarhib: 1/173 sanadnya hasan.
[12] Shahih Muslim: 1/69 no: 49
[13] Al-Akhlak was siar fi mudawatin nufus: hal: 100

6 Perkara yang mesti kita jaga

http://vb.tarb.net/uploaded/20915_11259173295.jpg
  1. Memelihara agama- memelihara supaya kita tidak menjadi kafir, tidak meninggalkan perkara wajib, tidak melakukan perkara haram dan memelihara Silatul Rahim.
  2. Memelihara diri- memelihara diri daripada perkara membinasakan dan memudharatkan.
  3. Memelihara akal-memelihara akal agar sihat dan suci supaya dapat beribadat kepada Allah SWT.
  4. Memelihara keturunan-memelihara zuriat agar tidak terhasil zuriat daripada zina.
  5. Memelihara kemaluan-memelihara agar kemaluan tidak mengikut hawa nafsu sehingga boleh menimbulkan fitnah atau tuduhan jahat.
  6. Memelihara harta- memelihara agar segala harta kurniaan Allah SWT tidak digunakan ke jalan maksiat.
Kitab Faridah Faraid, m/s : 52.