Sahabat Ilmu

Khamis, 2 Ogos 2018

HARGA NYAWA MANUSIA

☆Tadabbur Kalamullah 20 Syawal 1439H☆

مِنْ أَجْلِ ذَٰلِكَ كَتَبْنَا عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا ۚ

"Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam-Qabil membunuh Habil) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya..."? [Surah al-Ma'idah 32]

#Nyawa manusia sangat bernilai dan ada harganya. Tidak boleh sesuka hati membunuh dan mensia-siakan kehidupan seseorang. Sebab itulah Allah swt mengharamkan seseorang dibunuh tanpa alasan yang diizinkan syarak dan dosa membunuh tergolong di dalam kategori dosa besar.

#Dalam ayat ini Allah swt mengatakan dengan terbunuhnya satu nyawa tanpa sebab yang dibenarkan syarak seolah-olah membunuh manusia seluruhnya. Bahkan masalah darah merupakan perkara pertama yang akan diselesaikan di hari perhitungan nanti. Sabda Nabi saw:

أَوَّلُ مَا يُقْضَى بَيْنَ النَّاسِ فِى الدِّمَاءِ

“Perkara yang pertama kali akan diperhitungkan antara sesama manusia pada hari kiamat nanti adalah dalam masalah darah.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Ketahuilah, musnah dunia ini lebih ringan daripada dosa membunuh satu nyawa. Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a, Rasulullah saw bersabda:

لَزَوَالُ الدُّنْيَا أَهْوَنُ عِنْدَ اللهِ مِنْ قَتْلِ رَجُلٍ مُسْلِمٍ

“Musnahnya dunia ini lebih ringan di sisi Allah daripada terbunuhnya seorang muslim.” (HR Muslim, an-Nasa’i dan at-Tirmizi)

#Dalam hadis yang lain, Nabi saw bersabda:

مَنْ قَتَلَ مُؤْمِنًا فَاغْتَبَطَ بِقَتْلِهِ لَمْ يَقْبَلِ اللهُ مِنْهُ صَرْفًا وَلاَ عَدْلاً

“Barangsiapa membunuh seorang mukmin lalu dia bergembira dengan pembunuhan tersebut, maka Allah tidak akan menerima amalan sunnah juga amalan wajibnya” (HR Abu Dawud. Sahih)

#Hukuman bagi seorang yang membunuh dengan sengaja ialah dibunuh balas atau dimaafkan oleh ahli keluarga. Sabda Nabi saw:

مَنْ قُتِلَ لَهُ قَتِيْلٌ فَهُوَ بِخَيْرٍ النَّظَرَيْنِ إِمَّا أَنْ يَعْفُوَ وَإِمَّا أَنْ يَقْتُلَ

"Sesiapa yang menjadi keluarga mangsa pembunuhan maka ia mempunyai dua pilihan, samada memilih memaafkannya atau memilih membunuhnya (bunuh balas)" [HR at-Tirmizi]

♡Hargailah nyawa dan kehidupan seseorang manusia itu. Jangan sesekali bertindak di luar kawalan iman sehingga menjadi seorang pembunuh. Ingatlah bahawa besar azab Allah bagi seorang pembunuh. Bagi yang pernah tersilap atau pernah membunuh, bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat nescaya diampuni Allah♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE:
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

BLOG :
https://tadabburkalamullah.wordpress.com

Tiada ulasan: