Sahabat Ilmu

Rabu, 16 Mac 2011

PENDIRIAN MUAWIYAH DI SEBALIK PERANG SIFFIN

Sumber : http://hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah4/tajuk6.htm

Dalam artikel Zainab bin Ali, Saksi Peristiwa Karbala ( Majalah i , Jun 2005 ) disebut bahawa:

“Zainab juga telah menyaksikan pertempuran demi pertempuran yang terpaksa ditempuh oleh ayahnya dalam menentang kaum pemberontak yang dipimpin oleh Muawiyah bin Abu Sufyan seperti pertempuran di Siffin…”

Di atas adalah juga sejarah versi syi’ah yang amat masyhur. Perlu diteliti semula, benarkah Muawiyah bin Abu Sufyan radhiallahu ‘anh memimpin kaum pemberontak ke atas Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh? Sebelum menjawab persoalan ini, ingin saya jelaskan terlebih dahulu keutamaan Muawiyah. Ini kerana sejak dari bangku sekolah, kebanyakan di kalangan kita mengenali beliau sebagai seorang sahabat yang zalim, pendusta dan pelbagai lagi sifat yang negatif. Pengenalan bentuk negatif ini begitu meluas sehingga jarang-jarang kita menemui ibu bapa yang menamakan anaknya “Muawiyah” berbanding dengan nama para sahabat yang lain.

Keutamaan Muawiyah bin Abi Sufyan

Muawiyah bin Abi Sufyan adalah salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia. Beliau dilahirkan 15 tahun sebelum peristiwa hijrah. Mengikut pendapat yang lebih tepat, beliau memeluk Islam selepas Perjanjian Hudaibiyah, iaitu antara tahun 6 hingga 8 hijrah. [Maulana M. Asri Yusoff – Sayyidina Mu’awiyah: Khalifah Rashid Yang Teraniaya (Pustaka Bisyaarah, Kubang Kerian, 2004), ms. 9-10]. Dalam sebuah hadis yang dinilai sahih oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah, Rasulullahu shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mendoakan Muawiyah: “Ya Allah! Jadikanlah beliau orang yang memimpin kepada hidayah dan berikanlah kepada beliau hidayah.” [Silsilah Al-Ahadits Al-Shahihah (Maktabah Al-Ma’arif, Riyadh, 1995), hadis no: 1969]

Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkan di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 2924 bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pasukan pertama daripada kalangan umatku yang berperang di laut, telah dipastikan bagi mereka (tempat di syurga).” Fakta sejarah mencatitkan bahawa armada laut yang pertama bagi umat Islam dipimpin oleh Muawiyah pada zaman pemerintahan Amirul Mukminin Usman bin Affan radhiallahu ‘anh.

Di dalam Shahih Muslim – hadis no: 2501, Abu Sufyan pernah meminta kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam agar Muawiyah menjadi jurutulis baginda. Rasulullah memperkenankan permintaan ini. Sejak itu Muawiyah menjadi jurutulis al-Qu’ran dan surat-surat Rasulullah, sekali gus menjadi orang yang dipercayai di sisi baginda.

Muawiyah juga merupakan seorang sahabat yang dihormati oleh para sahabat yang lain . Beliau diangkat menjadi gabenor di Syam semasa zaman pemerintahan Amirul Mukminin Umar dan Usman. Pada zaman pemerintahan beliau sendiri, pernah seorang mengadu kepada Ibn Abbas radhiallahu ‘anh bahawa Muawiyah melaksanakan solat witir dengan hanya satu rakaat. Ibn Abbas menjawab: “(Biarkan), sesungguhnya dia seorang yang faqih (faham agama).” [Shahih al-Bukhari – hadis no:3765]

Demikianlah beberapa keutamaan Muawiyah yang sempat dinyatakan dalam tulisan ini. Dapat dikenali bahawa beliau bukanlah sebarangan orang tetapi merupakan salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia.

Pendirian Muawiyah tentang kekhalifahan Ali.

Apabila Amirul Mukminin Usman ibn Affan radhiallahu ‘anh dibunuh , Ali bin Abi Thalib diangkat menjadi khalifah. Beliau dibai’ah oleh sebahagian umat islam. Wujud sebahagian lain yang tidak membai’ah beliau, di antaranya ialah Muawiyah. Hal ini berlaku bukan kerana Muawiyah menafikan jawatan khalifah daripada Ali, akan tetapi Muawiyah menghendaki Ali terlebih dahulu menjatuhkan hukuman hudud ke atas pembunuh Usman. Al-Imam Ibn Hazm rahimahullah menerangkan hakikat ini:

“Dan tidaklah Muawiyah mengingkari sedikit jua akan keutamaan Ali dan hak beliau untuk menjadi khalifah. Akan tetapi pada ijtihad beliau, perlu didahulukan penangkapan ke atas para pembakar api fitnah daripada kalangan para pembunuh Usman radhiallahu ‘anh daripada urusan bai’ah. Dan beliau juga berpendapat dirinya paling berhak untuk menuntut darah Usman.” [al-Fishal, jld. 3, ms. 85]

Di sisi Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib, beliau bukan sengaja membiarkan para pembunuh Usman berkeliaran secara bebas. Malah beliau mengetahui bahawa mereka menyamar diri dan berselindung di kalangan umat Islam serta berpura-pura membai’ah beliau. Akan tetapi dalam suasana umat Islam yang masih berpecah-belah, adalah sukar untuk beliau mengambil apa-apa tindakan. Sebaliknya jika umat Islam bersatu, mudah baginya untuk mengambil tindakan ke atas para pembunuh Usman.

Berlakunya Perang Siffin

Setelah Perang Jamal berakhir, Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib menghantar utusan kepada Muawiyah meminta beliau berbai’ah kepada dirinya. Muawiyah menolak, sebaliknya mengulangi tuntutan beliau agar Amirul Mukminin Ali mengambil tindakan ke atas para pembunuh Usman. Jika tidak, Muawiyah sendiri yang akan mengambil tindakan. Mendengar jawapan yang sedemikian, Amirul Mukminin Ali menyiapkan pasukannya dan mula bergerak kea rah Syam. Senario ini menyebabkan Muawiyah juga mempersiapkan pasukannya dan mula bergerak ke arah Kufah. Akhirnya kedua-dua pasukan ini bertemu di satu tempat yang bernama Siffin dan bermulalah peperangan yang dikenali dengan Perang Siffin.

Para pengkaji berbeza pendapat, kenapakah Amirul Mukminin Ali mempersiapkan pasukannya ke arah Syam? Persoalan ini masih memerlukan penelitian yang mendalam dengan mengambil kira faktor-faktor luaran dan dalaman yang wujud pada ketika itu. Amirul Mukminin Ali tidak akan mengambil apa-apa tindakan melainkan ia adalah untuk kemaslahatan umat Islam seluruhnya. Hal ini mengingatkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang meramalkan berlakunya Perang Siffin:

“Tidak akan datang Hari Kiamat sehingga dua kumpulan yang besar saling berperang. Berlaku antara kedua-duanya pembunuhan yang dahsyat padahal seruan kedua-duanya adalah satu (yakni kebaikan Islam dan umatnya).” [Shahih Muslim – hadis no: 157]

Muawiyah memberontak kepada Ali?
Kini penelitian kita sampai kepada persoalan: Benarkah Muawiyah memimpin pemberontakan ke atas Amirul Mukminin Ali? Jawapannya tidak. Ini kerana jika dikatakan seseorang itu memberontak kepada pemimpinnya, nescaya pemberontak itulah yang bergerak ke arah pemimpin. Akan tetapi dalam kes Muawiyah, beliau tidak bergerak ke arah Amirul Mukminin Ali. Sekalipun Muawiyah enggan membai’ah Ali, beliau hanya berdiam diri di Syam tanpa memulakan apa-apa tindakan ketenteraan. Syaikh Muhib Al-Din Al-Khatib rahimahullah (1389H) menjelaskan:

“…lalu Ali berangkat meninggalkan Kufah dan menuju di permulaan jalan yang menuju ke arah Syam dari Iraq. Ali mengisyaratkan supaya orang ramai tetap tinggal di Kufah dan mengirimkan yang selainnya ke Syam. Sampai berada kepada Muawiyah bahawa Ali telah mempersiapkan pasukannya dan Ali sendiri keluar untuk memerangi beliau. Maka para pembesar Syam mengisyaratkan kepada Muawiyah agar dia sendiri turut keluar (untuk berhadapan dengan pasukan Ali). Maka orang-orang Syam berangkat menuju ke Sungai Furat melalui Siffin dan Ali maju bersama pasukannya menuju Siffin juga.

…Seandainya Ali tidak mempersiapkan pasukan yang bergerak dari Kufah nescaya Muawiyah tidak akan bergerak (dari Syam).” [catitan notakaki kepada Al-‘Awashim min Al-Qawashiam, ms. 166 & 168]

Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis yang lazim dijadikan alasan melabel Muawiyah sebagai pemberontak. Hadis tersebut diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 2916 di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada ‘Ammar bin Yasir radhiallahu ‘anh: “Engkau akan dibunuh oleh kelompok pemberontak.” Di dalam Perang Siffin, ‘Ammar berada di dalam pasukan Amirul Mukminin Ali dan beliau terbunuh dalam peperangan tersebut. Lalu Muawiyah dilabel sebagai pemberontak kerana pasukan beliaulah yang memerangi Ali sehingga menyebabkan ‘Ammar terbunuh.

Sebenarnya tidak tepat menggunakan hadis di atas untuk melabel Muawiyah sebagi pemberontak. Sebabnya:

Sejak awal para sahabat mengetahui bahawa ‘Ammar bin Yasir berada di dalam pasukan Amirul Mukminin Ali. Dengan itu, sesiapa yang memerangi pasukan Ali, nescaya mereka adalah para pemberontak. Akan tetapi fakta sejarah mencatitkan bahawa ramai sahabat yang mengecualikan diri daripada Perang Siffin. Jika mereka memandang pasukan Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya mereka tidak akan mengecualikan diri, malah tanpa lengah akan menyertai pasukan Ali. Sikap mereka mengecualikan diri menunjukkan mereka tidak memandang pasukan Muawiyah sebagai pihak yang memberontak. Perlu ditambah bahawa hadis yang meramalkan pembunuhan ‘Ammar bin Yasir oleh kelompok pembangkang adalah hadis mutawatir yang diriwayatkan oleh lebih daripada 20 orang sahabat. [Rujuk Qathf Al-Azhar Al-Mutanatsirah fi Al-Akhbar Al-Mutawatirah oleh Al-Imam As-Suyuthi (911H) (Al-Maktab Al-Islami, Beirut, 1985), hadis no: 104]

Amirul Mukminin Ali juga mengetahui bahawa ‘Ammar bin Yasir berada dalam pasukannya. Akan tetapi Ali mengakhiri Perang Siffin melalui perdamaian yang disebut sebagai peristiwa Tahkim. Seandainya Ali memandang Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya beliau tidak akan melakukan apa-apa usaha perdamaian dengannya.

Apabila terbunuhnya Amirul Mukminin Ali, jawatan khalifah diserahkan kepada anaknya, Hasan bin Ali radhiallahu ‘anh. Tidak berapa lama selepas itu, Hasan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Padahal Hasan juga mengetahui bahawa ‘Ammar bin Yasir telah terbunuh dalam Perang Siffin. Jika Hasan memandang Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya beliau tidak akan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Namun Hasan tetap menyerahkannya, menunjukkan beliau tidak memandang Muawiyah sebagai pemberontak.

Semua ini membawa kepada persoalan seterusnya, siapakah yang sebenarnya dimaksudkan sebagai “kelompok pemberontak”? Kelompok pemberontak tersebut bukanlah pasukan Muawiyah mahupun pasukan Amirul Mukminin Ali, akan tetapi adalah orang-orang yang pada asalnya menyebabkan berlakunya peperangan antara Muawiyah dan Ali. Mereka adalah kelompok pemberontak yang asalnya memberontak kepada Amirul Mukminin Usman ibn Affan sehingga akhirnya membunuh beliau. Diingatkan bahawa sekalipun pada zahirnya peperangan kelihatan berlaku di antara sahabat, faktor yang menggerakkannya ialah para pemberontak yang asalnya terlibat dalam pembunuhan Usman.

Syaikh Muhib Al-Din Al-Khatib rahimahullah menjelaskan hakikat ini:

“Sesungguhnya orang yang membunuh orang Islam dengan tangan kaum Muslimin setelah terjadinya pembunuhan Usman, maka dosanya berada di atas para pembunuh Usman kerana mereka adalah pembuka pintu fitnah dan mereka yang menyalakan apinya dan mereka yang menipu sebahagian hati kaum muslimin dengan sebahagian yang lain. Maka sebagaimana mereka membunuh Usman maka mereka juga membunuh setiap orang yang mati selepas Usman, di antaranya seperti ‘Ammar dan orang yang lebih utama daripada ‘Ammar iaitu Thalhah dan al-Zubair, sehinggalah berakhirnya fitnah dengan terbunuhnya Ali.

…..Segala sesuatu yang terjadi kerana fitnah maka yang menanggungnya adalah orang yang menyalakan apinya kerana merekalah penyebab yang pertama. Mereka itulah “kelompok pembangkang” yang membunuh, yang menyebabkan setiap pembunuhan dalam Perang Jamal dan Perang siffin dan perpecahan yang berlaku selepas kedua-dua perang tersebut.” [catitan notakaki kepada al-‘Awashim min al-Qawashim, ms. 173]

Kebenaran tetap bersama pemimpin.
Sekalipun dikatakan bahawa Muawiyah bukan pemberontak, tidaklah bererti Muawiyah berada di pihak yang (seratus peratus) benar. Di dalam Islam, apabila wujud perbezaan pendapat antara pemimpin dan selain pemimpin, maka kebenaran terletak bersama pemimpin. Hendaklah mereka yang menyelisihi pemimpin tetap bersama pemimpin dan berbincang dengan beliau terhadap apa yang diperselisihkan. Di dalam peristiwa yang membawa kepada Perang Siffin, pemimpin saat itu ialah Amirul Mukminin Ali. Maka sikap yang lebih tepat bagi Muawiyah ialah tidak meletakkan syarat untuk membai’ah ‘Ali, sebaliknya membai’ah beliau dan kemudian berbincang dengan beliau cara terbaik untuk mengambil tindakan ke atas para pembunuh Amirul Mukminin Usman.

Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah menegaskan:

“Dan Muawiyah bukanlah daripada kalangan mereka yang memilih untuk memulakan perang, bahkan beliau daripada kalangan yang paling menghendaki agar tidak berlaku perang ….. yang benar adalah (dengan) tidak (sepatutnya) berlakunya peperangan. Meninggalkan peperangan adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak. Tidaklah dalam peperangan tersebut (Perang Siffin, wujud satu) pihak yang benar. Akan tetapi Ali lebih mendekati kebenaran berbanding Muawiyah. Peperangan adalah peperangan kerana fitnah, tidak ada yang wajib dan tidak ada yang sunat dan meninggalkan perang adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak. Hanya sahaja Ali adalah lebih benar. Dan ini merupakan pendapat (al-Imam) Ahmad dan kebanyakan ahli hadis dan kebanyakan para imam fiqh dan ini juga merupakan pendapat para tokoh sahabat dan tabi’in yang selalu mendapat kebaikan.” [Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 447-448]

Sumber : http://hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah4/tajuk6.htm

Kepentingan Solat Berjamaah

Assalamualaikum ustaz,

Saya nak minta ustaz terangkan sedikit berkenaan pernyataan dibawah iaitu:

“Kesimpulannya, hukum solat berjemaah adalah sunat muakkadah ataupun fardhu kifayah jika dilihat kepada hukumnya bagi setiap waktu sembahyang satu persatu, tetapi jika dilihat kepada hukumnya secara keseluruhan, maka hukum sembahyang berjemaah adalah fardhu ain. Ini bererti, seseorang muslim dilonggarkan untuk meninggalkan solat berjemaah sekali-sekala, tetapi tidak harus baginya untuk meninggalkannya secara berterusan, seolah-olah tidak ada sebarang ikatan antaranya dan antara solat berjemaah dan juga masjid. Kalaulah dia melakukan demikian, maka sebenarnya dia telah melakukan satu perkara yang dilarang oleh agama.

Dan berkenaan hadis Rasulullah s.a.w. mengancam untuk membakar rumah-rumah orang yang tidak keluar untuk berjemaah.

Jawapan:
Mengikut kebanyakan fuqaha’, hukum solat berjemaah adalah sunat muakkadah.

Sementara Imam al-Nawawi daripada kalangan ulama Syafie mengatakan solat jamaah Fardu kifayah kepada lelaki yang bermukim tidak musafir, kecuali solat Jumaat ia adalah fardu ain. Hukum Fardu kifayah itu berdasarkan hadis;

: ما من ثلاثة في قرية ولا بدو لا تقام فيهم الصلاة، إلا قد استحوذ عليهم الشيطان، عليك بالجماعة، فإنما يأخذ الذئب من الغنم القاصية

Terjemahan:
Setiap tiga orang yang berada di kampung atau kawasan yang tidak melaksanakan solat (berjamaah) syaitan akan mengalahkan (menguasai dan mempengaruhi) mereka. Hendaklah kamu berjamaah, sesungguhnya serigala akan mengambil kambing yang bersendirian.

Kewajipan itu bagi menzahirkan syiar jamaah di dalam sesuatu kampung atau kawasan.

Adapun Mazhab Hanbali mengatakan solat berjamaah adalah Fadu Ain.

Berkenaan dengan hadis mengancam untuk membakar rumah-rumah orang yang tidak keluar untuk berjemaah adalah satu peringatan dan amaran, kerana telah ijmak larangan membakar orang Islam. Pada zaman Rasulullah s.a.w hanya orang munafik sahaja yang tidak berjamaah bersama Rasulullah s.a.w.

Hal ini menunjukkan kepentingan solat berjemaah wajib didirikan dalam sesuatu kawasan bagi menzahirkan syiar Islam. Kewajipan itu ditanggung secara berkelompok. Jika tidak dilaksanakan semua mereka berdosa.

Rujukan;

1) Dr Wahbah Zuhaili, Al-Fiqh al-Islami wa Adilatuh.
2) Al-Iqna`
3) Islamonline

Disediakan oleh:
Ustaz Razali Musa
Ahli Panel MUIS

Khitan anak lelaki sewaktu masih bayi

Assalamualaikum ustaz,

Apakah hukum mengkhitan seorang anak laki-laki semasa dia masih lagi bayi yang baru beberapa hari dilahirkan? Tidakkah perbuatan itu menyamai amalan Yahudi? Apakah baik-buruk perbuatan tersebut terhadap bayi dari segi kesihatan serta psikologi?

Jawapan:
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه أجمعين، وبعد:

Khitan dari sudut bahasa beerti memotong dan dari sudut istilah iaitu memotong kulit (Qulfah) yang menutupi kepala dzakar bagi lelaki dan memotong sedikit daging yang berada di bahagian atas faraj (clitoris) bagi wanita. Hukum bersunat bagi lelaki adalah wajib manakala bagi wanita terdapat khilaf antara sunat, al-fadhilah (kemuliaan) dan wajib. (Syarah Sahih Muslim 1/543 dan Fathul Bari 10/340).

Khitan dari sudut bahasa beerti memotong dan dari sudut istilah iaitu memotong kulit (Qulfah) yang menutupi kepala dzakar bagi lelaki dan memotong sedikit daging yang berada di bahagian atas faraj (clitoris) bagi wanita. Hukum bersunat bagi lelaki adalah wajib manakala bagi wanita terdapat khilaf antara sunat, al-fadhilah (kemuliaan) dan wajib. (Syarah Sahih Muslim 1/543 dan Fathul Bari 10/340).

Dari sudut sejarah, ianya merupakan tradisi lama yang diwarisi semenjak sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w lagi. Menurut beberapa catatan sejarah dunia, ada pendapat yang mengatakan ianya berlaku semenjak zaman Baginda Nabi Ibrahim a.s lagi . Ada yang mengatakan ianya merupakan tradisi masyarakat Arab sebelum Islam lagi, dan tok mudim yang terkenal di era-sebelum Islam itu bernama “ Ummu Anmar” sebagaimana menurut catatan Imam Al-Bukhari di dalam sahihnya. Tradisi ini terus terlaksana apabila datangnya Baginda Rasulullah s.a.w dan diakui pula oleh Islam sebagai salah-satu tuntutan agama. Umat Muhammad saw diperintah untuk mengikutinya, sebagaimana ditegaskan oleh Allah SWT dalam FirmanNya:


Maksudnya: “kemudian Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad): hendaklah Engkau menurut agama Nabi Ibrahim dan tidaklah ia dari kalangan orang-orang musyrik”.
(An-Nahl: 123)

Sabda nabi SAW:

عن ابي هريرة رضي الله عنه قال : قاال رسول الله صلي الله عليه وسلم : خمس من الفطرة : الاستحداد، والختان، وقص الشارب، ونتف الابط، وتقليم الأظفار

Dari Abu Harairah r.a berkatanya: Rasulullah saw bersabda; “lima perkara yang termasuk fitrah iaitu: mencukur bulu kemaluan, khitan, memotong kumis, mencabut bulu ketiak, dan memotong kuku.”
(HR; Bukhari dan Muslim)

Terdapat beberapa hadis yang boleh dijadikan panduan dalam menentukan waktu melakukan khitan antaranya;

Dari Jabir bin ‘Abdillah ra; bahawa Rasulullah saw melaksanakan aqiqah Hasan dan Husain serta mengkhitan keduanya pada hari ketujuh.(HR; Thabrani dan Baihaqi)

Dari Ibnu ‘Abbas ra berkata, “Terdapat tujuh perkara yang termasuk sunnah dilakukan bayi pada hari ketujuh: Diberi nama, dikhitan,….” (HR; Thabrani)

Dari Abu Ja’far ra berkata, “Fathimah melaksanakan aqiqah anaknya pada hari ketujuh. Beliau juga mengkhitan dan mencukur rambutnya serta mensedakahkan perak seberat timbangan rambutnya.” (HR; Ibnu Abi Syaibah)

Terdapat juga hadith yang menceritakan khitan yang dilakukan oleh para sahabat ketika si anak mencapai usia mumaiyiz (5 – 7 tahun).

Ibnu ‘Abbas ra bahawa beliau pernah ditanya, “bagaimanakah kamu ketika Rasulullah saw meninggal dunia ?” Beliau menjawab, “Saat itu saya baru dikhitankan. Malah para sahabat tidak melakukan khitan kepada anak-anak mereka kecuali setelah mereka mengerti sesuatu.” (HR; Bukhari, Ahmad, dan Thabrani).

Hadith ini menjadi sandaran kepada mazhab Syafi'i dan Hanbali yang berpendapat khitan dilakukan ketika usia baligh kerana khitan bertujuan untuk menyempurnakan thaharah (bersuci) dalam beribadah dan ketika ini mereka mula ditaklifkan seperti solat dan kefardhuan yang lain.

Sebagai kesimpulan Imam Al-Mawardzi berkata; ”Khitan itu memiliki dua waktu, waktu wajib dan waktu sunnah. Waktu wajib adalah ketika usia baligh, dan waktu sunnah adalah sebelumnya. Ibnu Hajar mentarjihkan waktu yang paling baik melakukan khitan adalah pada hari ketujuh setelah kelahiran dan tidak melambat-lambatkan khitan sehingga waktu wajib kecuali terdapata keuzuran atau sebab-sebab tertentu. (Fathul Bari 10/342).

Pendapat-pendapat di atas turut disokong oleh pengamal perubatan moden yang berpendapat umur antara sehari hingga sebulan adalah yang terbaik untuk bersunat. Lebih sesuai pada hari kedua selepas bayi dilahirkan kerana dapat mengurangkan kesakitan bayi. Mereka berpendapat;

i. “Komplikasi di kalangan bayi lebih rendah, berbanding kanak-kanak yang disunatkan pada usia lebih tua kerana pada usia kurang dari satu bulan, manakala kesakitan yang dirasai juga tidak sesakit berbanding umur selepas sebulan,’’

ii. Kanak-kanak lelaki berusia enam atau tujuh tahun menjadi lebih lasak dan pada usia ini mereka sudah merasai kesakitan dan sukar membendung perasaan tersebut.

iii. Proses penyembuhan bagi bayi lebih cepat mengambil masa kira-kira tiga hingga empat hari sahaja berbanding kanak-kanak yang berusia enam atau tujuh tahun.

(Dr. Mohd. Tasron Surat- Sunathrone Bio-Medical)

والله أعلم بالصواب

Disediakan oleh:
Ustaz Dr Ridzuan Ahmad
Ahli Panel MUIS

HUKUM MEMBUANG BULU PADA BAHAGIAN TANGAN DAN KAKI


Assalamualaikum ustaz,
Saya difahamkan selama ini, mencukur bulu kaki adalah dilarang. Tetapi bagaimana pula dengan hanya menipiskannya (trim)?

Jawapan:
Wa'alaikumussalam

Tidak harus menghilangkan bulu-bulu yang tumbuh pada bahagian tangan dan kaki bagi golongan lelaki kerana ianya bertentangan dengan sifat kelakiannya. Adapun bagi wanita jika kewujudannya tidak sesuai, dibolehkan baginya menghilangkan sebagaimana bulu yang tumbuh pada bahagian dada dan belakangnya.Perkara demikian itu dibenar5kan bagi wanita untuk menghilangkannya, jika dia sudah berkahwin serta berniat untuk berhias pada suaminya (Dipetik dari buku pembedahan kosmetik menurut perspektif Islam , Ahmad Dahlan bin Salleh(2002), Darul Syakir Enterprise Bandar Baru Bangi , mikasurat 101.

Maka bagi lelaki , biarkanlah bulu kaki berkenaan tumbuh secara semulajadi tanpa mengubahnya kecuali ia tumbuh dan menampilkan sesuatu yang sangat luar biasa.

Wallahu a'alam

Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS

Selasa, 15 Mac 2011

5 Perkara Yang Wajib Disegerakan

Dari Hatim Al-Asam: 'Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat', maka ia turut termasuk dalam sunnah Rasulullah SAW:

PERTAMA,
Pabila rumahmu dikunjungi oleh para tetamu, WAJIBlah kamu sebagai tuan rumah untuk memberi mereka makan.

KEDUA,
Pabila ada berita kematian atau seseorang meninggal dunia, WAJIBlah bagi kamu untuk menyiapkan perkuburan bagi mayat tersebut.

KETIGA,
Pabila seseorang anak gadismu telah cukup umur dan matang, WAJIBlah bagi kamu untuk mengahwinkannya.

KEEMPAT,
Pabila kamu berhutang dengan sesiapa yakni Allah SWT sekalipun, WAJIBlah bagi kamu untuk membayarnya kembali tatkala sampai masanya.

KELIMA,
Pabila pelbagai kesalahan dan dosa telah dilakukan kepada Allah SWT, WAJIBlah bagi dirimu untuk segera bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya.

Sumber : Portal I Love Islam

Kesombongan Yahudi

Muhammad bin Ishak menceritakan bahawa apabila Rasulullah s.a.w. pulang ke Madinah selepas mengalahkan Quraisy dalam peperangan Badar dengan pertolongan Allah ‘Azza wa Jalla, baginda memanggil orang-orang Yahudi supaya berkumpul di pasar Bani Qainuqa’ dan menyeru mereka dengan berkata: “Wahai orang-orang Yahudi sekelian, masuklah Islam sebelum Allah menimpakan kekalahan ke atas kamu sebagaimana telah ditimpakan-Nya ke atas orang-orang Quraisy!”.

Mereka menjawab: “Wahai Muhammad, janganlah kamu terpedaya pada diri sendiri dengan sebab kejayaanmu membunuh beberapa orang daripada Quraisy. Mereka itu kaum yang lemah dan tidak berguna serta tidak cekap dalam berperang. Tetapi kalau kamu berperang dengan kami, demi Allah kamu akan tahu bahawa kamilah orangnya, dan kamu tidak akan bertemu dengan orang-orang seperti kami!”

Menyahut jawapan yang sungguh bongkak dan memualkan itu, Allah Ta’ala menurunkan wahyu-Nya kepada kekasih-Nya, Muhammad s.a.w. bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat) ke dalam Neraka Jahanam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan. Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan agama Allah) dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya)." (Aali ‘Imran: 12-13)

Posted by Maznah Daud

Rabu, 9 Mac 2011

Malaysia Negara ISLAM : Tadika Kanak-Kanak Islam ditutup tetapi kedai judi, toto dan Pusat Pelacuran semakin subur

JHEAINS TUTUP TADIKA AL-KHAUSAR?

Di manakah kanak-kanak ini mahu belajar? Di Gereja?

Saudara Pengarang,
 
SAYA salah seorang bapa kepada pelajar tadika Al-Khausar Kunak. Jumlah muridnya 70 orang.

Baru-baru Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) datang ke Kunak dan mengarahkan tadika ini ditutup SERTA MERTA; sedangkan tadika tersebut telah wujud lebih kurang 10 tahun lalu.

Apa sudah jadi kerana Tadika Kanak-Kanak Islam ditutup tetapi kedai judi, toto dan Pusat Pelacuran semakin subur di Kunak dan tidak ditutup.

Di manakah kanak-kanak ini mahu belajar? Di Gereja?

Mohon ehsan Sabahkini.net dan pihak berwajib datang ke Kunak untuk menjalankan siasatan seberapa segera.
Salam Hormat,

MOHD ASMARIZA

Jangan guna perkataan KALAU?

Assalamualaikum...
Saya terdengar dari seorang Ustazah yang menyatakan perkataan “kalau” boleh digunakan untuk perkara-perkara yang baik. Dan saya juga difahamkan sebelum ini perkataan “kalau” langsung tidak boleh digunakan.

Jadi persoalan saya adalah, bilakah kita boleh menggunakan perkataan “kalau”?

Jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله
وعلى آله وصحبه ومن والاه وبعد

Perkataan ‘KALAU’ ada kalanya baik (dibolehkan malahan digalakkan), dan adakalanya dilarang syarak.

Penggunaan perkataan KALAU yg dilarang ialah: apabila berlaku sesuatu yg buruk atau nasib malang bagi seseorang, lalu dia pun berkata: “Kalau aku tak buat, takkan jadi macam ni…”, dan seumpamanya.

Penggunaan kalau seperti ini adalah amalan syaitan, sebagaimana dalam hadis sahih muslim menyebut: Nabi bersabda: “Jangan kamu berkata: Kalau aku buat begini, akan jadi begini. Tetapi katakanlah: ini takdir Allah, apa yg dia kehendaki akan berlaku. sesungguhnya ‘kalau’ membuka pintu syaitan.”
kenapa ‘kalau’ membuka pintu syaitan? kerana:

1) ia membuka pintu kesedihan, penyesalan, dan mungkin kebencian yg payah untuk dihilangkan.
2) ia merupakan satu adab yg buruk terhadap ALlah yang mentaqdirkan setiap sesuatu.

Manakala penggunaan ‘kalau’ yang dibolehkan: ialah menggunakannya untuk mengajarkan ilmu, atau kebaikan, atau untuk bercita-cita untuk mendapatkan suatu yg baik. maka ia dibolehkan menyebut ‘kalau’.

Sebagaimana dalam quran dan hadis ada perkataan ‘kalau’ untuk mengajar.
-Firman ALlah maksudnya “Kalau di dalamnya (langit dan bumi) ada tuhan lain selain Allah, maka hancur binasalah langit bumi ini.”

-Hadis Nabi dalam menyebut kisah Musa dan Khidir: “Kalau Musa sabar, nescaya ALlah akan menceritakan lagi kepada kita tentang cerita mereka”

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

Selasa, 8 Mac 2011

Laporan Khas: Hukum Pelihara Anak Angkat

Laporan Khas: Ibu bapa perlu tahu tanggungjawab, hukum pelihara anak angkat

IBU bapa angkat perlu faham tanggungjawab memelihara anak angkat terutama perkara berkaitan hukum Islam supaya niat suci untuk melindungi bayi yang dijadikan ahli keluarga itu tidak mendatangkan fitnah.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali, berkata selain tidak boleh dinasabkan atau dibin dan dibintikan kepada bapa angkat, soal aurat dan batas hubungan juga perlu dipelihara.

Katanya, mungkin ada yang tidak arif mengenai hukum serta batas hubungan antara keluarga dengan anak angkat, tidak kurang tahu mengenainya tetapi sengaja mengenepikan hukum kerana ingin menutup perkara sebenar daripada pengetahuan orang lain.

“Keluarga yang mempunyai anak angkat atau pasangan ingin mengambil anak angkat mesti tahu dan faham hukum agama kerana anak angkat dan keluarga angkat bukan mahram. Melainkan anak angkat yang disusukan ibu angkat, menjadi anak susuan dan hukumnya haram berkahwin.

“Begitu juga dari segi batasan hubungan, bapa angkat tidak boleh menjadi wali. Anak angkat perempuan perlu menjaga aurat dengan bapa serta abang angkat sementara ibu angkat juga perlu menjaga aurat dengan anak angkat lelaki,” katanya.

Beliau berkata, perkembangan semasa seperti peningkatan jumlah anak tidak sah taraf yang dilahirkan mendorong kepada proses pengambilan anak angkat terutama oleh pasangan tidak dikurniakan anak.

Katanya, langkah baik itu memang digalakkan tetapi pada masa sama, perhatian menjaga hukum agama tidak boleh diabaikan kerana matlamat utama dibolehkan mengambil anak angkat adalah demi memenuhi keperluan kedua-dua pihak, anak dan ibu bapa angkat.
Kes pembuangan bayi yang meningkat hingga ada ditemui dalam keadaan tidak bernyawa mendesak pelbagai pihak mencari penyelesaian terbaik bagi menyelamatkan bayi tidak berdosa termasuk menubuhkan pusat perlindungan bayi.

Rumah perlindungan untuk gadis bermasalah turut diwujudkan terutama oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai usaha mengelak daripada terus melakukan kesilapan dan membimbing mereka.

Krisis sosial yang meresahkan semua pihak itu juga dilihat mempunyai hikmah, memberi peluang pasangan suami isteri tidak dikurniakan anak atau yang memiliki kemampuan memelihara anak angkat.

Che Mat berkata, ibu bapa yang mengambil anak angkat dinasihatkan menjelaskan perkara sebenar seawal mungkin sebaiknya apabila anak itu sudah boleh berfikir dan memahami, bukan menunggu hingga mereka dewasa atau ketika hendak bernikah.

Katanya, tindakan itu penting untuk mengelak masalah lebih besar terutama apabila anak angkat mengetahui kedudukan dirinya yang sebenar secara tidak disangka atau daripada pihak tidak sepatutnya.

Hubungan yang jelas juga dapat membantu anak angkat dan keluarga angkat menjalani kehidupan dalam suasana harmoni, saling hormat menghormati dan paling utama sentiasa menjaga hukum agama.

“Ibu bapa angkat tidak perlu rasa malu sebaliknya mereka sepatutnya berbangga kerana menyediakan sebuah keluarga untuk anak itu membesar dan mendapatkan kasih sayang. Oleh itu, biar hubungan itu dibina berasaskan kepada landasan yang betul,” katanya.

Beliau berkata, masalah membabitkan anak angkat selalunya berlaku apabila anak angkat terutama perempuan ingin melangsungkan pernikahan tanpa mengetahui bahawa bapa yang difikirkan akan menjadi wali tidak layak mewalikan pernikahan itu.

Ini kerana, bapa angkat sejak awal sudah melakukan perkara menyalahi hukum dan peraturan iaitu mendaftarkan anak dengan berbintikan nama mereka. Hukum Islam jelas, anak angkat tidak boleh dinasabkan kepada bapa angkat tidak kira lelaki atau perempuan.

Che Mat berkata, ramai bapa angkat datang menemui beliau untuk mendapatkan kebenaran menjadi wali bagi menikahkan anak angkat mereka tetapi beliau tidak boleh berkompromi dalam perkara membabitkan hukum Islam.

Katanya, bagi kes begitu, beliau akan menasihatkan bapa angkat berterus terang dengan anak angkat mereka seterusnya mendapatkan kelulusan Mahkamah Syariah menjalankan pernikahan menggunakan wali hakim.

Sesetengah bapa angkat bersetuju mendapatkan kelulusan mahkamah dan ada yang enggan kerana tidak bersedia berterus terang dengan anak angkat.

“Untuk berkahwin di Wilayah Persekutuan perlu ikut peraturan tetapi ada bapa angkat yang berkeras tidak mahu pergi mahkamah sebab tidak mahu orang tahu bahawa anak itu sebenarnya anak angkat.

“Jika tidak ikut peraturan, kita akan tangkap kerana perkahwinan tidak sah, tidak mengikut peraturan dan tidak membawa kebenaran. Sebenarnya jika perkahwinan tidak sah, akan timbul lebih banyak masalah terutama apabila pasangan mendapat anak nanti,” katanya.

Sumber :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LaporanKhas_Ibubapaperlutahutanggungjawab_hukumpeliharaanakangkat/Article

Cincin untuk Aisyah





Hari ini genap dua tahun perkenalan ku dengan seorang puteri bernama Aisyah.Perkenalan kami bermula dengan tulisan,melalui tulisan aku dan dia bercinta,melalui tulisan aku peroleh semangat darinya.Aisyah ku anggap seperti puteri khayalan dalam hidupku.Tidak pernah ku bersua-muka dengannya walaupun sekali.Namun, kata-kata yang sering ditulisnya membuktikan kepadaku bahawa Aisyah adalah seorang wanita yang baik budi perkertinya. Bahasanya yang indah menyebabkan aku tertarik padanya.

" Kawan Wan tu nama apa?kalau boleh ibu nak berkenalanlah dengan dia "

" Nama dia Aisyah "

" Dia orang kelantan jugak bu, keluarga dia tinggal dekat tanah merah "

" Oo..orang kelantan,bila Wan nak bawa Aisyah datang ke rumah kita "

Aku hanya tersenyum setibanya soalan itu di tanya ibu kesayanganku.Aku sendiri tidak pernah bersua muka dengan Aisyah,bagaimana untuk aku ingin mengundangnya ke teratak ibuku ini. Umurku semakin lama semakin meningkat,begitu juga aisyah.Rasa dihati ingin menjadikan Aisyah sebagai teman hidup ku sehidup semati.

Sejurus pertanyaan yang diwar-warkan ibuku petang tadi,fikiranku mula memikirkan cara lain untuk berhubung dengan puteri khayalanku.Terdetik di hati aku ini untuk meminta number telefonnya.

" Aku mesti beranikan diri untuk meminta number telefon aisyah" suara hatiku mula berbicara.

Melalui yahoo messenger aku mem "buzz" Aisyah.

Wan : Assalamulaikum.

Aisyah: Waalaikum salam.

Wan : Aisyah sehat?

Aisyah: Alhamdulillah.sehat,wan macam mana?

Wan : Alhamdulillah wan pun sehat.

Aisyah! wan ada hajat ni.

Aisyah: Apa dia hajat wan hari ini?

Wan : Wan nak mintak number telefon aisyah boleh tak?

Aisyah: Hurm,untuk ape?

Wan : wan berkenalan dengan aisyah dah lebih kurang 2 tahun,Wan ingat nak lebih kenali aisyah.Sebelum ni pun wan dah bagi tahu yang wan suka kan aisyah.

Aisyah: ni number aisyah 011-98888888.

Wan : ok terima kasih aisyah,Insyallah, nanti wan call yer.

Aisyah: wan,kita sambung lain kali,aisyah ada kerja sikit sekarang.

Wan : okey,nanti kita sambung lagi yer.Assalamualaikum.

Aisyah: waalaikum salam.

Akhirnya aku berjaya untuk mendapatkan number telefon aisyah,hati ini bagaikan menari-nari keriangan.Selepas 2 tahun perkenalan,hari ini baru ku dapat peluang untuk berbicara dengan aisyah melalui percakapan.Namun bukan niat ku untuk bergayut siang malam bersamanya tetapi hanya sekadar untuk lebih mengenali dirinya.

**************************
Sudah seminggu berlalu,namun number yang diminta masih lagi belum di hubungi,aku merasa segan dan malu untuk menelefon kerana kami tidak pernah bercakap melalui telefon.Aku berasa bingung dan hairan dengan keadaan ku yang sebegini.Kenapa diri ini menjadi gementar untuk menelefon aisyah.

" kalau aku tak telefon,macam mana aku nak kenal aisyah? " Kata suara hati ku yang merayu-rayu supaya membuat panggilan.

Jari-jari ku mula memetik punat yang berada di telefon bimbit ku,perasaan gemuruh mula mendatangi dan menyelubungi fikiranku.

"tut tut…tut tut..".

" Assalamulaikum.Boleh saya bercakap dengan aisyah "
" waalaikum salam, ya, ni aisyah yang bercakap ni,siapa ni? "
" ni wan".Jawab aku dengan suara sedikit gagap.
" oh wan,kenapa wan baru telefon?
" hahaha,wan sebenarnya segan nak telefon aisyah,mana la tahu aisyah tak jawab panggilan wan".Gementer ku mula lenyap setibanya aisyah menerima panggilan ku dengan baik.

Walaupun kami mula berhubung melalui telefon namun kami tetap menggunakan yahoo messegger sebagai penghubunng kerana di situlah bermula cinta kami.Hidup ku makin ceria dan sentiasa gembira selalu.Sesekali aku menulis puisi dan menghantarnya kepada aisyah.Begitu juga sebaliknya,aisyah akan membalas dengan bait-bait cinta indah kepada ku.

Cinta yang datang bagaikan bulan
Menjadi teman dimalam hari
Bintang dilangit ku jadikan pedoman
Agar cinta kita tetap bersemi

Cinta kita tidak pernah berkata-kata
serta tidak pula mempunyai suara
hanya pena menjadi tukang kata
penghibur tika duka dan lara

*********************
Makin lama makin sayang,walaupun sudah 4 bulan kami berhubung melalui telefon namun baru hari ini terdetik di hati ku untuk bertemu dengan puteri khayalan ku.Aku membuat permohonan kepada aisyah untuk bertemu dengannya.Aisyah meletakkan beberapa syarat kepada ku jika ingin bertemu dengannya.

" Pertama,kalau wan nak jumpa aisyah boleh,tapi kena la datang rumah aisyah ".
" Kedua,wan kena berkenalan dengan ibu dan ayah aisyah ".
" Ketiga,wan kena makan malam dengan keluarga aisyah ".

" wan setuju.Insyallah wan akan jumpa malam jumaat ni " kata ku kepada aisyah.

Aku sememangnya ingin berjumpa dengan keluarga aisyah lebih mengenali aisyah.Sesekali bermain di minda ku menanyakan siapakah aisyah sebenarnya.Bagaimana latar belakang keluarganya,adakah dia orang dari golongan hartawan atau sebaliknya.Jika aisyah berketuran hartawan mungkin aku dan dia tidak sekufu,namun pemikiran kuno ku tidak tolak mentah-mentah oleh jiwa sanubari ku.Sekarang ini bukan lagi zaman dua darjat,zaman sekarang orang lebih mendahuluikan agama dari segala-galanya.

**********************
Aku tiba di hadapan rumah aisyah berdasarkan alamat yang diberikan kepada ku.Alangkah terkejutnya aku,rumahnya besar bagaikan istana khayalan di penuhi dengan kereta-kerata mewah dan megah.Terpajak dua orang pengawal keselamtan bagaikan patung hidup.

" Ish,aku silap alamat ke ni " Bisik hati ini sejurus melihat keadaan rumah yang sebegitu rupa.

Tiba-tiba keluar seorang gadis berpakaian serba putih serta mukanya di tutupi dengan purdah yang berkilauan datang menghampiriku.Mata ku terkebil-kebil melihatnya.

" Assalamualaikum "
" walaikum salam. Wan ke ni " tanya gadis itu.
" ya, saya wan, kawan aisyah "
" saya aisyah, jemput masuk "

Kaki aku seperti disimen menjadi kaku,langkah ku berat untuk menjijakkan kaki ke dalam rumahnya.Namun tetapku gagahi untuk memasuki kedalamnya.Aku melalui singgah sana yang indah dan dipersilakan duduk di atas sofa mewah yang sungguh empuk.

Aisyah memperkenalkan aku dengan ibu dan ayahnya.kami mula berbicara dan mengenali antara satu sama lain.Kemudian aku dihidangkan dengan makanan yang sungguh lazat.Ketika makan ayahnya bertanya :

" bila nak masuk meminang? "

Aku tersentak mendengar persoalan itu.Aku cuma tersenyum tanpa jawapan.Melihat keadaan keluarga aisyah yang kaya-raya adakah layak bagi ku.Aku cuma anak seorang ibu tunggal yang hidup dengan menorah getah.

**************************
Selesai makan aisyah meminta izin dari ibu dan ayahnya untuk berbual seketika dengan aku. Perbualan kami malam ini di saksikan oleh bulan dan bintang yang menerangi kegelapan di angkasa raya. Angin-angin sepoi bahasa bermula bermain dimuka kami berdua.

" Wan,kalau wan rasa nk pinang aisyah,wan cuma kena sediakan sebentuk cincin je untuk aisyah"

" Sebentuk cincin je " hati ku tertanya-tanya

" Pasal wang urusan perkahwinan keluarga aisyah boleh uruskan,aisyah tahu macam mana keadaan keluarga wan,aisyah sayangkan wan "

Mulianya hati aisyah terhadapku,hanya sebentuk cincin di mintanya sebagai mahar perkahwinan.Aku berjanji dengan aisyah akan meminangnya pada minggu hadapan dengan membawa sebentuk cincin untuknya.

*************************

Hari perkahwinan aku sudah tiba dan segala persiapan sudah pun tersedia.Hati ku gementar untuk berjabat tangan dengan tok kadi untuk mengakad nikahku.

" bila kata tunai kamu jawab yer "

" Okey tok "

" Aku nikahkan di kau syazwan bin hasan dengan aisyah binti abu dengan mas kawin 80 ringgit tunai "

" Aku terima nikahnya dengan mas kawin sebanyak tersebut "

Akhirnya menikah juga aku,tibalah masa untuk melihat wajah permaisuri ku.Jantungku berdebar-debar menantikan aisyah.Aku menghampiri aisyah dan meminta izin daripadanya :

" aisyah,boleh wan buka purdah aisyah "

Tiba-tiba aku merasa satu hentakkan di kepala ku.Terasa bagai bumi ini terbelah dua.

" woiii,bangun la,asyik nak membuta je,tak ada kerja lain ke engkau nie " Pekikan ibu ku setelah disikunya kepadaku sehingga benjol

" ish,kacau la ibu ni,sikit lagi nak habis mimpi ni,rugi la "

" Banyak kau punya rugi,getah tu sapa nak toreh,yang tu lagi rugi,bangun!!!! "

**************************

Begitulah kisah cincin untuk aisyah.Sebenarnya aisyah ni anak tok penghulu kampong aku. Ayahnya tolak pinangan aku sebab aku nak bagi cincin belah rotan je kat anak dia.Aisyah no hal, setuju je,ayah dia yang lebih-lebih pulak.

" mana class anak aku dapat cincin belah rotan " kata tok penghulu

Hurm.Aisyah~aisyah..

Cincin ini tetap untuk aisyah

Menasabkan Anak Angkat Kepada Bapa Angkat

Adalah menjadi kesalahan dan haram hukumnya menasabkan seseorang anak angkat kepada bapa angkatnya. Ini bererti dalam Islam adalah ditegah seorang yang mengambil anak angkat lalu di‘bin’kan kepada bapa angkatnya.
Hukum ini berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud :

"...dan dia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu sebagai anak-anak kamu sendiri..." (al-Ahzab: 4)

Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman yang bermaksud :

"...panggillah anak-anak angkat itu dengan ber‘bin’kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. (al-Ahzab: 5)

Berdasarkan kepada kedua-dua ayat di atas jelas bahawa perbuatan membinkan anak angkat kepada bapa angkat adalah dilarang dalam al-Quran.

Ibnu al-Qayyim berkata: "Sesungguhnya nasab itu sthabit pada asalnya ialah kepada bapa." (Zad al-Ma’ad, jld. 4, hlm. 110)

Oleh itu, kita perlu ingat dan sedar yang menetapkan nasab itu ialah Allah dan menasabkan kanak-kanak itu kepada bapa kandungnya ialah hak kanak-kanak tersebut.

Memelihara hak Allah dan hak kanak-kanak itu merupakan sesuatu yang wajib. Maksudnya hak Allah dipelihara dengan menasabkan kanak-kanak itu kepada asal usul keturunannya, kerana dari situlah dia dijadikan Allah, manakala hak kanak-kanak itu ialah mesti dinasabkan kepada bapanya kerana darah daging seseorang itu thabit kepada bapa kandungnya.

Sekiranya berlaku khilaf (tidak dikenali bapanya) maka hendak dibinkan dengan Abdullah.

Gadis yang diwalikan oleh bapa angkat tidak sah akad nikahnya, urusan akad itu mesti diserahkan kepada wali hakim. Bapa angkat juga tidak boleh mewakilkan kepada wali hakim kerana dia tidak ada hak wali.

Jika berlaku juga perkahwinan maka perkahwinan yang diwalikan oleh bapa angkatnya tidak sah, jika berlaku juga akad maka akad tersebut terbatal dengan sendirinya.

Hubungan suami isteri juga menjadi haram (zina). Anak yang diperoleh juga akan menjadi anak tak sah taraf.

Doa Tergantung

 

Sholawat ke atas Junjungan Nabi SAW adalah satu amalan yang tidak dapat kita terkaya daripadanya. Seseorang yang hendakkan kejayaan dan keberkatan di dunia dan di akhirat mesti senantiasa membasahkan lidahnya dengan ucapan sholawat ke atas Junjungan SAW. Sholawat juga menjadi sebab bagai terkabulnya segala hajat dan permintaan, bahkan dikatakan bahawa segala permohonan dan doa itu hanya akan tertahan langit dan bumi, ngak bisa naik-naik ke langit kemuliaan jika si pendoa lalai dari bersholawat atas Junjungan SAW. Besar sungguh nikmat dan wasilah amalan sholawat ini. Imam at-Tarmidzi rahimahUllah meriwayatkan dalam "Sunan"nya pada "Kitab al-Witr - Bab Ma Jaa-a fi Fadhl ash-Sholaah 'ala an-Nabiy SAW" bahawa Sayyidina 'Umar RA berkata:

"Sesungguhnya sesuatu doa itu terhenti di antara langit dan bumi, tidak naik sesuatupun daripadanya sehingga orang yang berdoa tersebut bersholawat ke atas Nabimu SAW."
Difahami bahawa doa dan munajat seseorang hamba yang faqir lagi hina, penghuni alam sufli (rendah) berupa bumi ciptaan Allah SWT, tidak akan dibawa naik ke alam 'ulwi, kerajaan atas di langit (viz. kerajaan langit tapi bukan kerajaan langit Ayappan @ Ayah Pin). Dan jangan juga beri'tiqad yang Allah itu duduk bertempat di langit, harus difahami bahawa langit itu tempat pusat kerajaanNya dengan arasy sebagai pusat pemerintahan dan makhlukNya yang terbesar. Langit itu punya penghuni sendiri dari kalangan hamba-hamba Allah yang mulia, para malaikat yang maksum. Diangkatnya doa seseorang ke langit itu memberi faham bahawa doa tersebut adalah sesuatu yang bakal dimuliakan dengan nilaian ibadah dan insya-Allah akan dikabulkan oleh Allah SWT. Kalau tidak diangkat ertinya doa tersebut tiada class dan direject.

Dikatakan bahawa Kaabah adalah qiblat sewaktu kita bersholat, dan langit itu qiblat bagi seseorang yang berdoa. Makanya, tatkala berdoa seseorang itu disunnatkan untuk menadah tangan ke langit. Menadah tangan ke langit bukan ertinya Allah itu bertempat di langit kerana Allah ta`ala itu tidak mengambil tempat dan ruang, dan tidak juga berjihat. Ini tidaklah menafikan elok dan bagusnya untuk seseorang berdoa dengan mengadap juga ke BaitUllah, melainkan dalam beberapa keadaan yang dijelaskan oleh para ulama kita. Imam al-Qurthubi rahimahUllah menulis dalam tafsirnya "al-Jami' li Ahkam al-Quran", juzuk 9 halaman 436 sebagai berikut:-

"... Adapun sebab diangkat tangan ketika berdoa ke langit adalah kerana langit adalah tempat turunnya wahyu, turunnya hujan, tempat yang suci, tempat makhluk-makhluk yang suci daripada kalangan malaikat. Di atas langit terdapat 'arsy dan syurga."
Imam an-Nawawi rahimahUllah dalam "Syarh Muslim" tatkala memperjelaskan makna "hadits jariah" yang masyhur itu, menulis, antara lain, seperti berikut:-

 
Dialah Allah yang Maha Esa yang apabila seseorang memohon kepadaNya maka dia menghadap ke langit sebagaimana apabila seseorang sembahyang dia menghadap Kaabah, dan tidaklah perlakuan sedemikian ini (yakni menghadap ke langit ketika berdoa atau menghadap Kaabah ketika bersholat) menunjukkan bahawasanya Allah terbatas di langit sebagaimana juga tidaklah Dia terbatas pada jihat (arah) Kaabah (yakni Allah tidak dibatasi oleh sebarang tempat kerana Dia Maha Suci daripada segala tempat dan arah, subhanAllah). Bahkan perbuatan menghadap ke langit itu adalah kerana langit itu adalah kiblat orang yang berdoa sebagaimana kaabah itu kiblat bagi orang yang sholat.Allahu .. Allah, betapa besarnya wasilah sholawat atas Junjungan Nabi SAW yang dengannya doa yang keluar dari seseorang hamba ini akan dapat naik ke langit kemuliaan untuk diterima dan dikabulkan. Maka jangan hanya tahu meminta tetapi malas bersholawat atas Nabi yang dengan keberkatannya terkabul segala permintaan. Minta jangan tak minta, tapi jangan lupa sholawatnya.
**********************************

Isnin, 7 Mac 2011

Mekanik dan Pakar Bedah

Pada suatu hari, seorang doctor pakar bedah jantung yang terkenal membawa keretanya ke bengkel kereta untuk dibaiki.

Mekanik membuka injin kereta, mengeluarkan beberapa alat yang perlu diganti dan memperbaiki apa yang perlu dibaiki.

Sambil menjalankan kerjanya, mekanik mencondongkan badannya ke arah doctor yang sedang memerhatikannya seraya berkata, “tuan doctor, boleh saya tanya satu soalan?”

Dengan perasaan agak ragu-ragu, doctor menjawab, “silakan, tanyalah!”

Makanik berkata, “tuan melakukan pembedahan ke atas jantung manusia, manakala saya melakukan pembedahan ke atas jantung kereta, memperbaiki dan membetulkan yang rosak, samalah dengan apa yang tuan lakukan. Tapi kenapa tuan dapat upah banyakri sedangkan saya dapat upah jauh lebih sedikit daripada upah yang tuan dapat?”

Pakar bedah menghampiri makanik lalu dengan tenang membisikkan ke telinganya, “kalau kamu benar-benar hebat, cuba baiki kereta itu tanpa mematikan injinnya!”

Posted by Maznah Daud

Perginya seorang 'abid

Pada suatu masa dahulu terdapat seorang ‘abid tinggal di Basrah. Di saat dia menghampiri kematian, semua ahli keluarganya bersimpoh dan menangis di sisinya. Dia meminta mereka mendudukannya. Setelah dia duduk, dia mengadap mereka satu persatu.

Dia mengadap ayahnya sambil bertanya, kenapa ayah menangis?
Ayahnya menjawab: wahai anakku, aku menangis kerana aku teringat selepas ini aku berpisah denganmu dan aku akan keseorangan tanpamu.

Dia mengadap ibunya dan bertanya, kenapa ibu menangis?
Ibunya menjawab: aku menangis kerana pahitnya menanggung kehilanganmu, anakku.

Dia berpaling kepada isterinya dan bertanya, kenapa engkau menangis wahai isteriku?
Isterinya menjawab: aku menangis kerana aku akan kehilangan kebaikanmu dan aku terpaksa berhajat kepada orang lain.

Dia berpaling kepada anak-anaknya dan bertanya mereka, kenapa kamu menangis wahai anak-anakku?
Anak-anaknya menjawab: kami menangis kerana akan jadi anak yatim yang hina dan melarat selepas ketiadaan ayah.

Ketika itu dia merenung mereka seorang demi seorang. Dan diapun menangis.
Mereka bertanya, kenapa pula engkau menangis?
Dia menjawab: aku menangis kerana aku mendapati setiap orang daripada kamu menangis untuk dirinya, bukan untuk diriku.

Tidak adakah di kalangan kamu yang menangis kerana mengenangkan panjangnya perjalananku nanti?
Tidak adakah di kalangan kamu yang menangis kerana sedikitnya bekalanku?
Tidak adakah di kalangan kamu yang menangis kerana aku akan berbaring di atas pasir (di dalam kubur)?
Tidak adakah di kalangan kamu yang menangis kerana aku akan berdepan dengan perhitungan yang sengit?
Tidak adakah di kalangan kamu yang menangis kerana aku akan berdiri di hadapan Tuhan segala tuhan-tuhan?

Habis saja kata-kata itu, diapun tersungkur. Ahli keluarganya menggerak-gerakkan, tapi… sayang. Dia telah pergi!

Posted by Maznah Daud

PELAWAK JUGA BOLEH BAGI NASIHAT

Kebiasaannya raja-raja akan berangkat ke balai tempat dia bersemayam selepas semua kakitangannya dan orang ramai berkumpul. Kemudian mereka semua akan berdiri tanda hormat apabila raja masuk. Dan seseorang raja tidak akan berdiri sama sekali untuk menghormati orang lain.

Pada suatu hari seorang buhlul (pelawak) yang cerdik masuk ke tempat raja bersemayam bersama orang ramai sebelum raja masuk.

Saat ketibaan raja, semua yang berada di dalam dewan itu pun berdiri. Secara diam-diam Buhlul pergi duduk di atas kerusi raja sebelum raja duduk. Maka rajapun tercegatlah di sebelah kerusinya yang telah diduduki oleh Buhlul. Tanpa berlengah, para pengawal pun segera menangkap Buhlul. Mereka memukul, menumbuk dan menyepak Buhlul di hadapan raja dan semua yang hadir. Buhlul menjerit, memekik, melolong dan menangis sekuat-kuatnya. Sebentar kemudian raja memerintahkan para pengawal agar menghentikan deraan terhadap Buhlul. Setelah deraan dihentikan berlakulah dialog berikut antara raja dengan Buhlul:

Raja: adakah pukulan dan deraan tadi menyakitkan kamu?

Buhlul : tidak, tuanku!

Raja : kalau begitu kenapa kamu menangis, menjerit dan melolong begitu rupa sedangkan kamu tidak sakit?

Buhlul : patik menangis dan melolong kerana kasihan dan simpati kepada tuanku, bukan kerana kasihankan diri patik.

Raja: bagaimana begitu? Bukankah kamu yang kena pukul? Jeritan dan tangisan itu datang daripada kamu?

Buhlul : patik duduk di atas kerusi ini tak sampai pun satu minit, patik dipukul dan didera oleh pengawal begitu rupa sebagaimana yang tuanku saksikan.

Kalaulah tidak kerana tuanku yang perintahkan mereka supaya berhenti, mereka tidak akan berhenti. Sedangkan tuanku telah duduk di atas kerusi ini bertahun-tahun. Maka berapa banyak agaknya pukulan dan deraan yang akan tuanku terima daripada tentera Allah dan malaikat-Nya serta penjaga-penjaga neraka. Allah pula tidak akan mempertahankan tuanku! Jadi patik sibuk memikirkan hal tuanku daripada memikir hal diri patik. Itu yang membuatkan patik sangat kasihan kepada tuanku!

Apa tindakan raja selepas mendengar kata-kata Buhlul itu?

Agaknya kalau jenis raja yang hidup zaman sekarang, Buhlul itu dah mati sebelum sempat melafazkan kata-katanya….

Posted by Maznah Daud

Sabtu, 5 Mac 2011

Mukjizat - Mukjizat Nabi Muhammad S.A.W.


Mukjizat Muhammad adalah kemampuan luar biasa yang dimiliki nabi Muhammad untuk membuktikan kenabiannya. Dalam Islam, mukjizat terbesar Muhammad adalah Al-Qur’an. Selain itu, Muhammad juga diyakini pernah membelah bulan pada masa penyebaran Islam di Mekkah dan melakukan Isra dan Mi’raj tidak sampai satu hari. Kemampuan lain yang dimiliki Muhammad adalah kecerdasannya mengenai ilmu ketuhanan. Hal ini tidak sebanding dengan dirinya yang ummi atau buta huruf. Walau begitu, umat Islam meyakini bahwa setiap hal dalam kehidupan Muhammad adalah mukjizat. Hal itu terbukti dari banyaknya kumpulan hadits yang diceritakan para sahabat mengenai berbagai mukjizat Muhammad. Berikut ini adalah  mukjizat-mukjizat yang dimiliki nabi Muhammad :

Masa Kecil Muhammad S.A.W.

  1. Aminah binti Wahab, ibu Muhammad pada saat mengandung Muhammad tidak pernah merasa lelah seperti wanita pada umumnya.
  2. Saat melahirkan Muhammad, Aminah binti Wahab tidak merasa sakit seperti wanita sewajarnya.
  3. Muhammad dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan.
  4. Pada usia 5 bulan ia sudah pandai berjalan, usia 9 bulan ia sudah mampu berbicara dan pada usia 2 tahun ia sudah bisa dilepas bersama anak-anak Halimah yang lain untuk menggembala kambing.
  5. Halimah binti Abi-Dhua’ib, ibu susuan Muhammad dapat menyusui kembali setelah sebelumnya ia dinyatakan telah kering susunya. Halimah dan suaminya pada awalnya menolak Muhammad karena yatim. Namun, karena alasan ia tidak ingin dicemooh Bani Sa’d, ia menerima Muhammad. Selama dengan Halimah, Muhammad hidup nomaden bersama Bani Sa’d di gurun Arab selama empat tahun.
  6. Abdul Muthalib, kakek Muhammad menuturkan bahwa berhala yang ada di Ka’bah tiba-tiba terjatuh dalam keadaan bersujud saat kelahiran Muhammad. Ia juga menuturkan bahwa ia mendengar dinding Ka’bah berbicara, “Nabi yang dipilih telah lahir, yang akan menghancurkan orang-orang kafir, dan membersihkan dariku dari beberapa patung berhala ini, kemudian memerintahkan untuknya kepada Zat Yang Merajai Seluruh Alam Ini.”
  7. Dikisahkan saat Muhammad berusia empat tahun, ia pernah dibedah perutnya oleh dua orang berbaju putih yang terakhir diketahui sebagai malaikat. Peristiwa itu terjadi di ketika Muhammad sedang bermain dengan anak-anak Bani Sa’d dari suku Badui. Setelah kejadian itu, Muhammad dikembalikan oleh Halimah kepada Aminah. Sirah Nabawiyyah, memberikan gambaran detai bahwa kedua orang itu, “membelah dadanya, mengambil jantungnya, dan membukanya untuk mengelurkan darah kotor darinya. Lalu mereka mencuci jantung dan dadanya dengan salju.” Peristiwa seperti itu juga terulang 50 tahun kemudian saat Muhammad diisra’kan ke Yerusalem lalu ke Sidratul Muntaha dari Mekkah.
  8. Dikisahkan pula pada masa kecil Muhammad, ia telah dibimbing oleh Allah. Hal itu mulai tampak setelah ibu dan kakeknya meninggal. Dikisahkan bahwa Muhammad pernah diajak untuk menghadiri pesta dalam tradisi Jahiliyah, namun dalam perjalanan ke pesta ia merasa lelah dan tidur di jalan sehingga ia tidak mengikuti pesta tersebut.
  9. Pendeta Bahira menuturkan bahwa ia melihat tanda-tanda kenabian pada diri Muhammad. Muhammad saat itu berusia 12 tahun sedang beristirahat di wilayah Bushra dari perjalannya untuk berdagang bersama Abu Thalib ke Syiria. Pendeta Bahira menceritakan bahwa kedatangan Muhammad saat itu diiringi dengan gumpalan awan yang menutupinya dari cahaya matahari. Ia juga sempat berdialog dengan Muhammad dan menyaksikan adanya sebuah “stempel kenabian” (tanda kenabian) di kulit punggungnya.
  10. Mukjizat lain adalah Muhammad pernah memperpendek perjalanan. Kisah ini terjadi saat pulang dari Syiria. Muhammad diperintahkan Maisarah membawakan suratnya kepada Khadijah saat perjalanan masih 7 hari dari Mekkah. Namun, Muhammad sudah sampai di rumah Khadijah tidak sampai satu hari. Dalam kitab as-Sab’iyyatun fi Mawadhil Bariyyat, Allah memerintahkan pada malaikat Jibril, Mikail, dan mendung untuk membantu Muhammad. Jibril diperintahkan untuk melipat tanah yang dilalui unta Muhammad dan menjaga sisi kanannya sedangkan Mikail diperintahkan menjaga di sisi kirinya dan mendung diperintahkan menaungi Muhammad.

Karisma Muhammad S.A.W.
  1. Tatapan mata yang menggetarkan Ghaurats bin Harits, yaitu seorang musuh yang sedang menghunus pedang kearah leher Muhammad.
  2. Menjadikan tangan Abu Jahal kaku.
  3. Jin yang bernama Muhayr bin Habbar membantu dakwah Muhammad, kemudian jin itu diganti namanya menjadi Abdullah bin Abhar.

Menghilang Dan Menidurkan Musuh
  1. Menghilang saat akan dibunuh oleh utusan Amr bin at-Thufail dan Ibad bin Qays utusan dari Bani Amr pada tahun 9 Hijriah atau Tahun Utusan.
  2. Menghilang saat akan dilempari batu oleh Ummu Jamil, bibi Muhammad ketika ia duduk di sekitar Ka’bah dengan Abu Bakar.
  3. Menghilang saat akan dibunuh Abu Jahal dimana saat itu ia sedang shalat.
  4. Menidurkan 10 pemuda Mekkah yang berencana membunuhnya dengan taburan pasir.

Binatang, Tumbuhan, Alam Dan Benda Mati.
  1. Seekor srigala berbicara kepada Muhammad.
  2. Berbicara dengan unta yang lari dari pemiliknya yang menyebabkan masyarakatnya meninggalkan shalat Isya’.
  3. Berbicara dengan unta pembawa hadiah raja Habib bin Malik untuk membuktikan bahwa hadiah tersebut bukan untuk Abu Jahal melainkan untuk Muhammad.
  4. Mengusap kantung susu seekor kambing untuk mengeluarkan susunya yang telah habis.
  5. Dua Sahabat Nabi saw dibimbing oleh cahaya.
  6. Mimbar menangis setelah mendengar bacaan ayat-ayat Allah.
  7. Pohon kurma dapat berbuah dengan seketika.
  8. Batang pohon kurma meratap kepada Muhammad.
  9. Pohon menjadi saksi dan dibuat berbicara kepada Muhammad.
  10. Berhala-berhala runtuh dengan hanya ditunjuk oleh Muhammad.
  11. Mendatangkan hujan dan meredakan banjir saat musim kemarau tahun 6 Hijriah di Madinah yang saat itu mengalami kekeringan.
  12. Berbicara dengan gunung untuk mengelurkan air bagi Uqa’il bin Abi Thalib yang kehausan.
  13. Berbicara dengan gilingan tepung Fatimah yang takut dijadikan batu-batu neraka.
  14. Merubah emas hadiah raja Habib bin Malik menjadi pasir di gunung Abi Qubaisy.
  15. Memerintahkan gilingan tepung untuk berputar dengan sendirinya.
  16. Tubuh Muhammad memancarkan petir ketika hendak di bunuh oleh Syaibah bin ‘Utsman pda Perang Hunain.

Makanan Dan Minuman.
  1. Makanan yang di makan oleh Muhammad mengagungkan Nama Allah.
  2. Makanan sedikit yang bisa dimakan sebanyak 800 orang pada Perang Khandaq.
  3. Roti sedikit cukup untuk orang banyak.
  4. Sepotong hati kambing cukup untuk 130 orang.
  5. Makanan yang dimakan tidak berkurang justru bertambah tiga kali lipat.
  6. Menjadikan beras merah sebanyak setengah kwintal yang diberikan kepada orang Badui Arab tetap utuh tidak berkurang selama berhari-hari.
  7. Menjadikan minyak samin Ummu Malik tetap utuh tidak berkurang walau telah diberikan kepada Muhammad.
  8. Air memancar dari sela-sela jari. Kemudian air itu untuk berwudhu 300 orang sahabat hanya dengan semangkuk air.
  9. Susu dan kencing unta bisa menyembuhkan penyakit atas ijin Allah.

Mendoakan Dan Menyembuhkan.
  1. Menyembuhkan betis Ibnu Al-Hakam yang terputus pada Perang Badar, kemudian Muhammad meniupnya, lalu sembuh seketika tanpa meresakan sakit sedikit pun.
  2. Mata Qatadah terluka pada Perang Uhud, sehingga jatuh dari kelopaknya, kemudian oleh Muhammad mata tersebut dimasukkan kembali dan menjadi lebih indah dari sebelumnya.
  3. Mendo’akan untuk menumbuhkan gigi salah seorang sahabatnya bernama Sabiqah yang rontok sewaktu perang.
  4. Mendo’akan Anas bin Malik dengan banyak harta dan anak.
  5. Menyembuhkan daya ingat Abu Hurayrah yang pelupa.
  6. Menyembuhkan penyakit mata Ali bin Abi Thalib saat pemilihan pembawa bendera pemimpin dalam perang Khaibar.
  7. Menyembuhkan luka gigitan ular yang diderita Abu Bakar dengan ludahnya saat bersembunyi di Gua Tsur dari pengejaran penduduk Mekah.
  8. Menyembuhkan tangan wanita yang lumpuh dengan tongkatnya.
  9. Menyambung tangan Badui yang putus yang dipotongnya sendiri setelah menampar Muhammad.
  10. Mendoakan supaya Kerajaan Kisra hancur, kemudian do’a tersebut dikabulkan.
  11. Mendoakan Ibnu Abbas menjadi orang yang faqih dalam agama Islam.


Hal Ghaib dan Ramalan.
  1. Mengetahui siksa kubur dua orang dalam makam yang dilewatinya karena dua orang tersebut selalu shalat dalam keadaan kotor karena kencingnya selalu mengenai pakaian shalat.
  2. Mengetahui ada seorang Yahudi yang sedang disiksa dalam kuburnya.
  3. Meramalkan seorang istrinya ada yang akan menunggangi unta merah, dan disekitarnya ada banyak anjing yang menggonggong dan orang tewas. Hal itu terbukti pada Aisyah pada saat Perang Jamal di wilayah Hawwab yang mengalami kejadian yang diramalkan Muhammad.
  4. Meramalkan istrinya yang paling rajin bersedekah akan meninggal tidak lama setelahnya dan terbukti dengan meninggalnya Zainab yang dikenal rajin bersedekah tidak lama setelah kematian Muhammad.
  5. Meramalkan Abdullah bin Abbas akan menjadi “bapak para khalifah” yang terbukti pada keturunah Abdullah bin Abbas yang menjadi raja-raja kekhalifahan Abbasiyah selama 500 tahun.
  6. Meramalkan umatnya akan terpecah belah menjadi 73 golongan.

Mukjizat Terbesar Nabi Muhammad S.A.W.
  1. Membelah bulan dua kali untuk membuktikan kenabiannya pada penduduk Mekkah.
  2. Isra ke Masjidil Aqsa dari Masjidil Haram lalu Mi’raj ke Sidratul Muntaha dari Baitul Maqdis tidak sampai satu malam pada tanggal 27 Rajab tahun 11 Hijriah.
  3. Menerima Al-Qur’an sebagai Firman Tuhan terakhir padahal ia seorang yang buta huruf.