Sahabat Ilmu

Rabu, 29 Ogos 2012

Tha’LaBah : pEmuDa yanG ciNtakan syUrGa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta’labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.

Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha’labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta’labah.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha’labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha’labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha’labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

“A’uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah…”

Rintihan Tha’labah

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha’labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha’labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha’labah beberapa hari namun Tha’labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha’labah dan beliau terjumpa Tha’labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata “Tha’labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu.”

“Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka.” Kata Tha’labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha’labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha’labah, Tha’labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha’labah.

Tetapi Ta’labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, “kenapa wahai Tha’labah?”

“Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu,” kata Tha’labah.

“Apa yang kamu mahu Tha’labah?”

“Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah”

Cita-citanya hanya Syurga

“Apa cita-cita kamu wahai Ta’labah?”

“Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku.”

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, “wahai Tha’labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu.”

Tidak lama selepas itu, Tha’labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.

Ketika mayat Tha’labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha’labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha’labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?”

Rasulullah menjawab, “kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha’labah ke kubur.”

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha’labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Sabtu, 25 Ogos 2012

Gambar Majlis Perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan Husna (3 Foto)

Dalam majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal ni, sekali tengok, selain dari perkahwinan seorang ustaz yang popular, tiada apa yang istimewa pada majlis perkahwinan ini. TETAPI, bila dilihat cara perkahwinan ini dijalankan, penulis terasa ingin memuji. Selain dari aurat yang terjaga, korang perasan tak, pengantin perempuan mengenakan pakaian pengantin bertudung labuh dan berjubah. Ustaz Don Daniyal pun sempoi je berjubah. Corak dan rekaan baju pengantin tu pun tampak cantik. Tiba-tiba nak tanya, kat mana eh nak tempah pakaian pengantin macam tu? Ramai orang kutuk sana sini tentang cara perkahwinan Melayu di Malaysia dijalankan tetapi tidak pula mendatangkan alternatif. Dan majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan isterinya Husna ni telah memberikan jawapan kepada kita semua. Berikut merupakan gambar-gambar dalam majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan Husna.


 
SUMBER: MELAYUKINI.NET

(16 GAMBAR)Majlis Pernikahan Ustaz Don Daniyal & Husna Daripada Artmosphere Photography

Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat gambar sekitar majlis pernikahan Ustaz Don Daniyal dan Husna yang telah berlangsung kelmarin. Terima kasih kepada Artmosphere Photography yang merupakan jurugambar rasmi untuk majlis ini, pembaca BeautifulNara kini dapat melihat kemanisan kedua-dua pengantin baru ini.
gambar kahwin ustaz don
Ustaz Don dan Husna nampak sama cantik dan sama padan di hari bahagia mereka ini. Semoga kebahagiaan ini akan menjadi milik mereka selama-lamanya. Lagi 15 keping gambar sekitar majlis perkahwinan Ustaz Don dan Husna dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook Artmosphere Photography.

gambar kahwin ustaz don

gambar kahwin ustaz don

gambar kahwin ustaz don

gambar kahwin ustaz don

gambar kahwin ustaz don

gambar kahwin ustaz don

gambar kahwin ustaz don

gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don
gambar kahwin ustaz don

Apa Kewajipan Kita Terhadap Al-Quran?

4 Kewajipan Terhadap Al-Quran:-

Imam Hasan Al-Banna dalam satu taujihatnya kepada ahli-ahli Ikhwan Muslimin berkata: "Hendaklah kamu tunaikan empat kewajipan kamu terhadap al-Quran"

1. Meyakini bahawa tidak ada jalan hidup yang selamat melainkan yang diambil daripada Al-Quran. Sebarang sistem atau peraturan dalam apa bidang sekalipun, jika tidak bersandar atau tidak di ambil daripada Al Quran, maka ia pasti akan menemui kegagalan.

2. Menjadikan Al-Quran sebagai teman hidup iaitu dengan selalu membacanya dan bersungguh-sungguh ketika membacanya. Membaca Al-Quran hendaklah dijadikan amalan tetap pada setiap hari.

3. Menghormati Al-Quran iaitu dengan menjaga adab-adab ketika membaca Al-Quran dan juga ketika mendengar bacaan Al-Quran.

4. Beramal dengan segala ajaran dan hukum-hakam yang terkandung di dalam Al-Quran. Hukum-hakam yang terkandung dalam Al-Quran terbahagi kepada dua kategori:

a) Hukum-hakam yang berkait dengan setiap individu; iaitu hukum-hakam yang khusus kepada setiap manusia secara individu seperti solat, puasa, haji, taubat, istighfar dan akhlak-akhlak terpuji (benar, memenuhi janji, amanah) dan sebagainya.

b) Hukum-hakam yang berkait dengan masyarakat atau sosial; iaitu hukum-hakam yang berkaitan dengan pemerintahan dan hal-hal yang menjadi kewajipan negara seperti menegakkan undang-undang jenayah Islam (hudud), jihad dan sebagainya. Hukum-hakam ini menjadi kewajipan ke atas negara untuk melaksanakannya. Sekiranya negara tidak melaksanakannya, maka ia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT dan kewajipan masyarakat pada ketika itu (iaitu ketika hukum-hakam sosial ini tidak dilaksanakan).
- (Hassan al Banna, Hadis as-Thulasa’, hlm. 14-17)

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Doa Memohon Diberikan Kuasa

Kerana pentingnya kuasa untuk melaksanakan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam, maka Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. agar berdoa memohon diberikan kuasa. Allah berfirman:
 
“Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolongku”.
- (Al-Isra’: 80)

Menurut ulamak-ulamak Tafsir (antaranya Imam Qatadah, Ibnu Jarir dan Ibnu Katsir), Allah SWT menyuruh Nabi Muhammad s.a.w. memohon kekuasaan kerana hanya dengan kekuasaan, baginda akan dapat melaksanakan Kitab Allah, hudud-hududNya, perkara-perkara yang difardhukanNya dan membantu menegakkan agama Allah. (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Isra’, ayat 80)
 
-USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL-

Kisah Mertua

Mertua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka berkecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati ibu kita. Kita sayang anaknya, kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?

Ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mertua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibubapa kandung.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua kepada rasul, ketiga kepada emak dan emak mertua, keempat kepada bapa dan bapa mertua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau suami sayang dan melebihkan ibubapa, itu memang wajar.

Sebaliknya anak perempuan, kewajipan yang pertama kepada Allah, kedua kepada rasul dan ketiga kepada suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak, selain Allah, adalah melalui emak dan ayahnya.

Perasaan mertua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail, suatu hari Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah. Isterinya pula tidak kenal dengan bapa mertuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim berkecil hati. Dan sebelum balik, Nabi Ibrahim meninggalkan pesan kepada menantunya supaya menyuruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut serta menyampaikan pesanan tadi. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.

Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantunya. Sekali lagi, Nabi Ibrahim melawat dan kali ini menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik telah meninggalkan pesan kepada menantunya supaya menyuruh suaminya
mengekalkan alang rumah itu kerana ianya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ibu-ibu tolong maafkan anak-anak dan doakan keselamatan mereka. Memang anak-anak kadang-kadang ada yang degil dan tidak mendengar kata. Itu ujian Tuhan. Berdoalah kepada Allah semoga bila usia anak meningkat, perangainya berubah. Jika masih tidak berubah, berdoa lagi moga-moga berubah selepas kahwin. Sekiranya tidak berbeza, sebelum meninggal, tulislah wasiat kepada anak-anak contohnya: "Tolong jangan tinggal sembahyang dan jadilah anak yang soleh."

TIPS:
Ibu-ibu juga amalkan surah Toha Ayat satu hingga enam kerana ia mujarab melembutkan hati anak-anak.

-Sumber: InFiNitY -

Sabtu, 18 Ogos 2012

Hukum ziarah kubur pagi raya

ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA.

Soalan: "Ramai dari kalangan orang Islam menitik berat tentang ziarah kubur selepas menunaikan sembahyang hari raya, adakah disyariatkan ziarah seperti ini?"

Jawapan Syeikh Athiyyah Saqr (Mantan Ketua Majlis Fatwa Al-Azhar) Hukum asal bagi ziarah kubur adalah sunnat, kerana ia boleh mengingatkan seseorang tentang hari akhirat.

Di sebut di dalam hadis Nabi S.A.W sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah R.A dia berkata:"Nabi S.A.W menziarahi kubur ibunya lalu dia menangis dan orang yang disampingnya juga menangis, kemudian dia bersabda:

 استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت

Maksudnya:"Aku meminta izin dari Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian".

Ibnu Majah meriwayatkan dengan sanad yang sahih sabda Nabi S.A.W:

 كنت نهيتكم عن زيارة القبور، فزوروا القبور فانها تزهد في الدنيا وتذكر الأخرة

Maksudnya:"Adalah aku dahulunya menghalang kamu dari menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahilah kubur, kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat".

Ziarah kubur tidak mempunyai waktu yang tertentu. Sebahagian ulama' menyatakan bahawa pahalanya lebih besar pada hari-hari yang tertentu seperti hari Khamis dan Jumaat, kerana kuatnya hubungan di antara roh-roh dengan si mati. Pendapat ini tidak mempunyai dalil yang kuat.Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa menziarahi kubur selepas dari sembahyang hari raya, jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati yang dahulunya bersama-sama mereka berseronok di hari raya, serta memohon rahmat dari Allah S.W.T untuk mereka dengan berdoa, ini semua tidak mengapa dilakukan oleh orang lelaki.Adapun bagi perempuan, hukum mereka menziarahi kubur telah dibincangkan pada jilid pertama, ms:588 dari kita fatwa ini.

[Di dalam perbincangan tersebut, pendapat yang dipilih oleh sheikh ialah hukumnya makruh jika dibimbangi akan berlakunya perkara yang haram seperti meratap dan lain-lain, jika perkara haram tersebut tidak dapat dielakkan maka hukumnya adalah haram –ringkasan dari fatwa tersebut oleh penterjemah]Adapun jika menziarahi kubur selepas solat hari raya untuk memperbaharui kesedihan dan untuk menerima takziah di atas kubur, atau dengan mendirikan bangsal dan menyediakan tempat untuk menerima takziah, maka ia ditegah.

Ini kerana takziah selepas dari mayat dikebumikan lebih dari tiga hari adalah dilarang, samada larangan dalam bentuk haram atau makruh. Juga kerana hari tersebut adalah hari raya, hari bergembira dan berseronok yang sepatutnya tidah ditimbulkan perasaan sedih padanya.[Ahsanul Kalam Fil-Fatawa Wal-Ahkam, Sheikh 'Athiyyah Saqr, Jilid: 6, MS: 646-647]

Sambut Raya Cara Nabi

Panduan Amalan Sunat Aidilfitri

Solat

1. Diriwayatkan dari Abu Said, ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha keluar ke mushalla ( padang untuk solat ), maka pertama yang beliau kerjakan adalah solat, kemudian setelah selesai beliau berdiri menghadap kepada manusia sedang manusia masih duduk tertib pada Saf mereka, lalu beliau memberi nasihat dan wasiat (khutbah ) apabila beliau hendak mengutus tentera atau ingin memerintahkan sesuatu yang telah beliau putuskan, beliau perintahkan setelah selesai beliau pergi. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )

2. Telah berkata Jaabir (R.A.): Saya menyaksikan solat 'ied bersama Nabi (S.A.W.). Beliau memulai solat sebelum khutbah tanpa azan dan tanpa iqamah, setelah selesai beliau berdiri bertekan atas Bilal, lalu memerintahkan manusia supaya bertaqwa kepada Allah, mendorong mereka untuk taat, menasihati manusia dan memperingatkan mereka, setelah selesai beliau turun mendatangi saf wanita dan selanjutnya beliau memperingatkan mereka. (H.R : Muslim )

3. Diriwayatkan dari Ibnu Umar (R.A.). ia berkata : Umar mendapati pakaian tebal dari sutera yang dijual, lalu beliau mengambilnya dan membawa kepada Rasulullah (S.A.W.). lalu berkata : Ya Rasulullah belilah pakaian ini dan berhiaslah dengannya untuk hari raya dan untuk menerima utusan. Maka beliaupun menjawab : Sesungguhnya pakaian ini adalah bagian orang-orang yang tidak punya bagian di akhirat (yakni orang kafir). ( H.R Bukhary dan Muslim )

4. Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah (R.A.). ia berkata : Rasulullah (S.A.W.). memerintahkan kami keluar pada Aidilfitri dan Aidiladha semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Adapun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari mushalla (tempat solat 'ied ), mereka meyaksikan kebaikan dan mendengarkan dakwah kaum muslimin (mendengarkan khutbah ). Saya berkata : Yaa Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda: Supaya saudaaranya meminjamkan kepadanya dari jilbabnya. (H.R : Jama'ah)

5. Diriwayatkan dari Anas bin Malik (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). Tidak berangkat menuju mushalla kecuali beliau memakan beberapa biji kurma, dan beliau memakannya dalam jumlah bilangan ganjil. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )

6. Diriwayatkan dari Burayaidah (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) keluar untuk solat Aidilfitri sehingga makan terlebih dahulu dan tidak makan pada solat Aidiladha sehingga beliau kembali dari solat 'ied. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

7. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas (R.A.). ia berkata : Bahwasanya Nabi (S.A.W.). keluar untuk solat Aidilfitri dua raka'at, tidak solat sunah sebelumnya dan tidak pula sesudahnya. (H.R : Bukhary dan Muslim )

8. Diriwayatkan dari Jaabir (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) apabila keluar untuk solat 'ied ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan (yakni waktu berangkat melalui satu jalan dan waktu kembali melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhary )

9. Diriwayatkan dari Yazid bin Khumair Arrahbiyyi (R.A.). ia berkata : Sesungguhnya Abdullah bin Busri seorang sahabat nabi (S.A.W.). keluar bersama manusia untuk solat Aidilfitri atau Aidiladha, maka beliau mengingkari keterlambatan imam, lalu berkata : Sesungguhnya kami dahulu ( pada zaman Nabi (S.A.W.) pada jam-jam seperti ini sudah selesai mengerjakan solat 'ied. Pada waktu ia berkata demikian adalah pada solat Dhuha. (H.R. : Abu Daud dan Ibnu Majah)

10. Diriwayatkan dari Abi Umair bin Anas, diriwayatkan dari seora)ng pamannya dari golongan Anshar, ia berkata: Mereka berkata: Karena tertutup awan maka tidak terlihat oleh kami hilal Syawal, maka pada pagi harinya kami masih tetap puasa, kemudian datanglah satu kafilah berkendaraan di akhir siang, mereka bersaksi di hadapan asulullah (S.A.W.).bahawa mereka kelmarin melihat hilal. Maka Rasulullah (S.A.W.). memerintahkan semua manusia ( ummat Islam ) agar berbuka pada hari itu dan keluar menunaikan solat 'ied pada hari esoknya. (H.R. : Lima kecuali At-Tirmidzi)

11. Diriwayatkan dari Azzuhri, ia berkata : Adalah manusia (para) sahabat) bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar dari rumah-rumah mereka menuju tempat solat 'ied sampai mereka tiba di mushalla ( tempat solat 'ied ) dan terus bertakbir sampai imam datang, apabila imam telah datang, mereka diam dan apabila imam bertakbir maka merekapun ikut bertakbir. (H.R.: Ibnu Abi Syaibah)

12. Diriwayatkan bahawa Ibnu Mas'ud (R.A.). bertakbir pada hari-hari tasyriq dengan lafadz sbb: (artinya): Allah maha besar, Allah maha besar, tidak ada Illah melainkan Allah dan Allah maha besar, Allah maha besar dan bagiNya segala puji. (H.R. Ibnu Abi Syaibah dengan sanad shahih )

13. Diriwayatkan dari Amru bin Syu'aib, dari ayahnya, dari neneknya, ia berkata : Sesungguhnya Nabi (S.A.W.). bertakbir pada solat 'ied dua belas kali takbir. dalam raka'at pertama tujuh kali takbir dan pada raka'at yang kedua lima kali takbir dan tidak solat sunnah sebelumnya dan juga sesudahnya. (H.R. : Amad dan Ibnu Majah )

14. Diriwayatkan dari Samuroh, ia berkata: Adalah Nabi (S.A.W.). dalam solat kedua hari raya beliau membaca: Sabihisma rabbikal A'la dan hal ataka haditsul ghosiah. (H.R. : Ahmad )

15. Diriwayatkan dari Abu Waqid Allaitsi, ia berkata : Umar bin Khaththab telah menanyakan kepadaku tentang apa yang dibaca oleh Nabi (S.A.W.). Waktu solat 'ied . Aku menjawab : beliau membaca surah (qtarabatissa' ah ) dan ( Qaaf walqur'anul majid). (H.R. : Muslim )

16. Diriwayatkan dari Zaid bin Arqom (R.A.). ia berkata : Nabi (S.A.W.). Mendirikan solat 'ied, kemudian beliau memberikan ruhkshah / kemudahan dalam menunaikan solat Jumaat, kemudian beliau bersabda : Barang siapa yang mahu solat Jumaat, maka kerjakanlah. (H.R. : Imam yang lima kecuali At-Tirmidzi )

17. Diriwayatkan dari Abu Hurairah (R.A.). bahwasanya Nabi (S.A.W.). bersabda pada hari kamu ini, telah berkumpul dua hari raya (hari Jumaat dan hari raya), maka barang siapa yang suka solat Jum'at, maka solatnya diberi pahala sedang kami akan melaksanakan solat Jum'at. (H.R: Abu Daud )

KESIMPULAN

Hadits-hadits tersebut memberi pelajaran kepada kita tentang adab-adab solat hari raya sbb : Pakaian pada saat mendirikan solat kedua hari raya disunnahkan memakai pakaian yang paling bagus. (Dalil: 3 )

Makan

a. Sebelum berangkat solat Aidilfitri disunnahkan makan terlebih dahulu, jika terdapat beberapa butir kurma, jika tidak ada maka makanan apa saja.

b. Sebaliknya pada Aidiladha, disunahkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai solat Aidiladha. (Dalil: 5 dan 6 )

Mendengungkan takbir

a. Pada hari raya Aidilfitri, takbir didengungkan sejak keluar dari rumah menuju ke tempat solat dan sesampainya di tempat solat terus dilanjutkan takbir didengungkan sampai solat dimulai. (Dalil : 11 )

b. Pada hari raya Aidiladha, takbir boleh didengungkan sejak Shubuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari tasyriq ( 13 Dzulhijjah ). (Dalil: 12)

Jalan yang dilalui Disunnahkan membedakan jalan yang dilalui waktu berangkat solat hari raya dengan jalan yang dilalui di waktu pulang dari solat 'ied ( yakni waktu berangkat melalui satu jalan, sedang waktu pulang melalui jalan yang lain ). (Dalil: 8 )

Bila terlambat mengetahui tibanya hari raya Apabila datangnya berita tibanya hari raya sudah tengah hari atau petang hari, maka hari itu diwajibkan berbuka sedang pelaksanaan solat hari raya dilakukan pada hari esoknya. (Dalil : 10 )

Yang menghadiri solat sunat Aidilfitri




Solat 'ied disunnahkan untuk dihadiri oleh orang dewasa, baik lelaki maupun wanita, baik wanita yang suci dari haid maupun wanita yang sedang haid dan juga kanak-kanak baik laki-laki maupun wanita. Wanita yang sedang haid tidak ikut solat, tetapi hadir untuk mendengarkan khutbah 'ied. (Dalil: 4 )



Tempat solat sunat aidilfitri

Solat 'ied lebih afdhal (utama) diadakan di mushalla iaitu suatu padang yang di sediakan untuk solat 'ied, kecuali ada uzur hujan maka solat diadakan di masjid. Mengadakan solat 'ied di masjid pada hal tidak ada hujan sementara lapangan (padang ) tersedia, maka ini kurang afdhal karena menyelisihi amalan Rasulullah (S.A.W.). yang selalu mengadakan solat 'ied di mushalla (padang tempat solat ), kecuali sekali dua kali beliau mengadakan di masjid karena hujan. (Dalil: 1 dan 8 )

Cara solat sunat aidilfitri

a. solat 'ied dua rakaat, tanpa azan dan iqamah dan tanpa solat sunnah sebelumnya dan sesudahnya. (Dalil: 1,2 dan 7 )

b. Pada rakaat pertama setelah takbiratul ihraam sebelum membaca Al-Fatihah, ditambah 7 kali takbir. Sedang pada raka'at yang kedua sebelum membaca Al-Fatihah dengan takbir lima kali. (Dalil: 13 )

c. Setelah membaca Fatihah pada rakaat pertama di sunnahkan membaca surah (sabihisma rabbikal a'la/surat ke 87 ) atau surat iqtarabatissa' ah / surat ke 54 ). Dan setelah membaca Al-Fatihah pada raka'at yang kedua disunnahkan membaca surat (Hal Ataka Haditsul Ghaasyiyah/surat ke 88 ) atau membaca surat (Qaaf walqur'anul majid/surat ke 50 ).(Dalil : 15)

d. Setelah selesai solat, imam berdiri menghadap makmum dan berkhutbah memberi nasihat-nasihat dan wasiat-wasiat, atau perintah-perintah penting.

e. Khutbah hari raya ini boleh diadakan khusus untuk laki-laki kemudian khusus untuk wanita.

f. Khutbah hari raya ini tidak diselingi duduk. (Dalil: 1 dan 2 )

Waktu solat

Solat 'ied diadakan setelah matahari naik, tetapi sebelum masuk waktu solat Dhuha. (Dalil: 9 )

Hari raya jatuh pada hari Jum'at. Bila hari raya jatuh pada hari Jum'at, maka solat Jum'at menjadi sunnah, boleh diadakan dan boleh tidak, tetapi untuk pemuka umat atau imam masjid jami' sebaiknya tetap mengadakan solat Jum'at. (dalil: 16 dan 17 )



Sumber : Berita Harian

Isnin, 6 Ogos 2012

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

MEMISKINKAN DIRI ITU ADALAH PERLU

Dunia ini Allah punya. Segala-gala yang ada di dalam dunia ini pun Allah punya. Bahkan, kita manusia ini pun Allah yang punya. Justeru itu pada hakikatnya, kita manusia tidak memiliki apa-apa. Sebaliknya kita dimiliki.
Kalaupun kita ada mempunyai harta kekayaan dan wang ringgit yang menimbun-nimbun, kekayaan itu bukan kita punya. Itu milik Tuhan. Kekayaan itu termasuk diri kita sendiri, adalah milik Tuhan.

Kita sebagai manusia, dalam keaadan apa sekalipun adalah miskin. Kita bila-bila pun miskin. Kita tetap miskin. Kalau kita kaya dan mempunyai banyak harta, kita hanya tukang jaga kekayaan Tuhan. Kita hanya tukang tadbir kekayaan Tuhan. Kita boleh ambil dan guna sekadar yang kita perlu dari kekayaan kita itu tetapi yang selebihnya mesti digunakan untuk manusia lain yang memerlukan dan untuk kemaslahatan masyarakat.

Allah SWT jadikan harta dan kekayaan itu untuk manusia seluruhnya, untuk keperluan semua hamba-hamba-Nya. Segala rezeki dan kekayaan yang Allah SWT kurniakan itu cukup untuk semua hamba-hamba-Nya di muka bumi ini. Hanya rezeki, harta dan kekayaan itu tidak diberi sama banyak dan sama rata. Ada golongan yang dapat lebih. Ada yang dapat kurang. Supaya ada manusia yang kaya dan ada manusia yang miskin.

Allah jadikan miskin dan kaya bukan secara kebetulan. Kalau dalam masyarakat manusia semuanya miskin, maka tidak akan ada penggerak ekonomi, tidak akan ada pencetus industri, perniagaan dan perdagangan. Tidak akan ada pembela bagi orang yang fakir dan miskin. Ekonomi masyarakat tidak akan wujud dan tidak akan berkembang.

Manusia hanya akan sibuk mencari makanan sehari-hari untuk diri dan keluarga masing-masing. Semua manusia akan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tidak akan berlaku interaksi, usahasama, kerjasama, khidmat dan saling perlu memerlukan di antara satu sama lain. Tidak akan ada kemajuan dan pembangunan. Tidak akan terbangun masyarakat, tamadun dan peradaban. Semua manusia akan hidup macam orang asli atau kaum aborigin yang semuanya sama-sama miskin.

Sebaliknya kalau dalam masyarakat manusia itu semuanya kaya-kaya belaka, maka kekayaan itu tidak ada apa-apa makna. Orang kaya akan menjadi susah juga. Siapa yang akan menanam padi. Siapa yang akan ke laut menangkap ikan. Siapa yang akan menternak lembu, kambing dan ayam. Siapa yang akan menanam sayur dan pokok buah-buahan. Bukankah ini semua kerja orang miskin. Apa yang orang kaya hendak makan. Takkan hendak makan duit, emas, perak, intan dan berlian. Siapa yang akan bina rumah, buat jalan, angkut sampah, potong rumput, menjadi pekerja bekalan air dan elektrik dan beribu-ribu macam khidmat lagi.

Kalau hendak gerakkan industri dan ekonomi siapa pula yang akan jadi buruh. Siapa yang akan jadi pekerja. Siapa yang akan jadi penyelia. Akhirnya siapa yang akan jadi pembeli atau pengguna bagi produk, barangan dan khidmat yang dikeluarkan.

Adanya miskin dan kaya itu adalah rahmat dari Tuhan supaya manusia boleh mencipta kehidupan, membina masyarakat dan menggerakkan tamadun. Supaya manusia kenalmengenal, bantu-membantu, saling perlu-memerlukan dan berkasih sayang di antara satu sama lain. Tanpa adanya miskin dan kaya di kalangan manusia, maka tidak akan ada interaksi. Tidak akan ada masyarakat.

Namun begitu, rezeki dan kekayaan yang Allah limpahkan ke bumi ini adalah untuk semua manusia walaupun pembahagiannya tidak sama banyak dan tidak sama rata. Justeru itu apabila ada orang atau pihak yang tidak menjaga dan tidak mentadbir harta dan kekayaan yang Allah amanahkan kepada mereka dengan baik, maka akan berlakulah bencana. Apabila orang kaya tidak menyama-ratakan harta kekayaan mereka kepada fakir miskin dan yang memerlukan, maka akan datanglah malapetaka. Apabila orang kaya mula merasakan kekayaan mereka adalah hak mereka sendiri dan bukan hak Allah yang perlu diagih-agihkan, maka akan turunlah laknat dan bala dari Tuhan.

Rezeki, harta dan kekayaan Allah itu adalah untuk semua manusia dan masyarakat, bukan untuk manusia yang tertentu sahaja. Ia mesti disamaratakan. Kalau tidak akan timbul kelas dan kasta kaya miskin dalam masyarakat yang satu sama lain benci-membenci, curiga-mencurigai, hina-menghina dan dengki- mendengki. Masyarakat akan menjadi kucar-kacir, kacaubilau, bergaduh dan berkelahi. Akan berlaku berbagai bentuk jenayah dan penindasan. Hilang ukhwah dan kasih sayang. Manusia tidak kira kaya atau miskin semuanya akan hidup dalam ketakutan dan kebimbangan.

Oleh itu, semua manusia terutama yang kaya, perlu memiskinkan diri. Memiskinkan diri ini bukan bererti kita mesti jatuh miskin. Memiskinkan diri ialah menyedari dan merasakan bahawa kita sebagai manusia, hakikatnya adalah miskin dan tidak punyai apa-apa. Kesemua kekayaan adalah hak Allah semata-mata. Kalau pun kita kaya dan berharta, kita tahu dan kita sedar bahawa kita sebenarnya miskin. Kekayaan yang ada itu adalah amanah dari Allah yang wajib kita jaga dan tadbirkan mengikut kehendak-Nya. Kita boleh ambil setakat mana yang perlu sahaja dan menggunakan yang selebihnya untuk golongan fakir miskin dan masyarakat. Memiskinkan diri ertinya merasakan kekayaan kita bukanlah hak kita tetapi hak Allah untuk diagih-agihkan kepada golongan fakir, miskin dan masyarakat.

Inilah sebenarnya erti zuhud.

Zuhud bukan bermaksud tidak kaya atau tidak berharta. Zuhud ertinya tidak merasakan kekayaan dan harta itu kita punya.

Zuhud ertinya merasakan harta dan kekayaan itu kepunyaan Allah yang perlu diagihkan kepada yang berhak.

Zuhud ertinya mempunyai kekayaan di tangan tapi tidak di hati.

Orang yang zuhud ialah orang yang telah memiskin dirinya hingga mudah baginya menggunakan kekayaannya untuk masyarakat dan golongan yang memerlukan

AHLI SYURGA

Syurga rindu kepada 4 jenis manusia :

1.Sentiasa membaca Al-Quran
2.Memelihara lisan
3.Memberi makan pada orang yang lapar
4.Berpuasa pada bulan Ramadan dgn penuh keimanan.

Sabtu, 4 Ogos 2012

PEDULIKAH KITA DENGAN MEREKA???


“..dan sekiranya mereka meminta pertolongan kalian dalam agama, adalah tanggungjawab kalian untuk menolong mereka” [ al-Anfal (8):72],

Kezaliman pada Umat Islam Rohingya di Myanmar

Baca dan sebarkan jika anda sayang saudara Islam anda di Myanmar..


Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.


(Gambar antara 8 orang pendakwah islam dalam perjalanan dari daerah Akyab ke Yangon ( ibu negera Myammar) melalui jalan darat tongu.Mereka telah dibunuh secara kejam oleh sekumpulan peganut Budhan dan NASAKA secara secara kejam antara tindakan kekejaman merekakencing keatas mayat dan membaling botol arak kepada mayat tersebut, ini merupakan penghinaan dan keganasan terhadap terhadap umat islam minoriti yang tertindas di Myanmar)

Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.

Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.


Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan.

Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.

Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk dikawasan kampung lain diseluruh wilayah Arakan.


Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima , polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network , dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan . Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.

Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.


Lebih memeranjatkan kami , pihak keselamatan , polis dan tentera , kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.

Walaupun dharurat di istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk , namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran dibawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.


Setakat ini , berita yang diterima , empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan , namun bukan untuk melindungi mereka , akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.


Kelmarin , 9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.


Terbaru , 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar , iaitu Warlispara dan Saki Para ( dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya ) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.

Dari maklumat terkini , semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.


Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya . Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.


Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di Malaysia . Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.


Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar .

Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.

Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.

Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi . Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.

Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan Umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.
Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan , kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setuausha Agong MAPIM

JOM BANTU

PUASA SI MISKIN

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang.

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira...
11 tahun:

"Mana emak? "

"Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?"

"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik? "

"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"

"Saya yang kelapan."

"Mana abang-abang kamu pergi?"

"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"

"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.

Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"

"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".

"Bapak kerja apa?"

"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.

Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.

Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.

Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu?

Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata:

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"

"Cuma RM3.00 sehari."

"Ayahnya bekerja macam mana"

"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

p/s: Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

-JOM BANTU SHBT2 KITA YG MEMERLUKAN-
(Kepada sesiapa yg ingin menghulurkan sumbangan kpd faqir miskin & yg memerlukan sempena aidilfitri ini hubungi@sms UST NAIM 019-6023803/0173112753) -(sasaran rakyat Malaysia, Palestin, Kemboja, Syria dan Burma (rohingya))

65 Tahun Merangkak Ke Masjid


Syeikh Abdullah Al-Asiri yang lumpuh anggota badannya sejak dilahirkan. Bukan sekadar solat subuh berjemaah tetapi setiap lima waktu solat beliau akan berulang alik ke masjid dengan merangkak.

Beliau tinggal di salah satu perkampungan terpencil di Selatan Alazizia, Arab Saudi. Kini, walau pun umurnya telah mencecah tua 76 tahun ditambah dengan kecacatan tubuhnya namun beliau masih mampu berulang alik ke masjid dengan merangkak. Beliau telah berbuat demikian selama hampir 65 tahun berulang alik untuk solat berjemaah di masjid di tempatnya.

Beliaulah sebenarnya “Ar-Rijal” yang disebutkan oleh Allah dan Rasulnya saw yang syarat terhasil sifat ini dengan sentiasa hati “mualaqul bil masaajid” terpaut pada masjid.

Semoga Allah swt memberi kekuatan bagi kita untuk istiqamah di dalam melaksanakan solat lima waktu dengan berjemaah. Insyaallah.

**Renung sejenak diri kita, sempurna sifat fizikal dari atas ke bawah… tetapi adakah kita menyahut seruan untuk ke rumah Allah setiap kali azan dilaungkan. Kita mempunyai kenderaan untuk kemana shj.. tetapi brp kali kenderaan kita itu menghantar kita ke rumah Allah… bandingkan nikmat yg Allah beri pada kita dgn Syeikh Abdullah Al-Asiri, tidakkah kita seharusnya lebih bersyukur**

Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) dibumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amat SEDIKIT kamu yang bersyukur. ** Al A’raf :10..
Mudah2an kita adalah di antara yang sedikit itu...

INGAT TAU ORG POMPUAN...

Dgr sini org perempuan.... tunjuk baik sokmo ko suami...
bru dop nmpk hok buruk..

Munajat Seorang Insan Kerdil

Semoga Allah mengabulkan doa dan munajat anak kecil ini dengan mengurniakan kemenangan kepada rakyat Syria.

Khamis, 2 Ogos 2012

XINJIANG - China Larang Berpuasa

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa di wilayah barat laut China yang bergolak, Xinjiang, melarang kakitangan pejabat beragama Islam dan siswa menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan, lapor http://www.tempo.co

Berikut ialah laporan daripada laman web tersebut.

TEMPO.CO , Xinjiang Pihak berwenang di wilayah barat laut Cina yang bergolak, Xinjiang, melarang pejabat Muslim dan siswa untuk berpuasa selama bulan Ramadhan.

Imbauan yang diposting di situs pemerintah banyak meminta para pemimpin Partai Komunis untuk membatasi kegiatan agama Islam selama bulan suci, termasuk puasa dan mengunjungi masjid.

Xinjiang adalah rumah bagi sekitar sembilan juta orang Uighur yang berbahasa Turki dan mayoritas beragama Islam. Banyak yang menuduh pemerintah Cina melakukan penganiayaan agama dan politik atas etnis ini.

Wilayah ini beberapa kali diguncang oleh kekerasan etnis. Namun sejauh ini Cina membantah klaim bersikap represi dan bergantung pada puluhan ribu pejabat Uighur untuk membantu mengatur pemerintahan di Xinjiang.

Sebuah pernyataan dari kota Zonglang di distrik Kashgar mengatakan bahwa "komite daerah telah mengeluarkan kebijakan komprehensif untuk menjaga stabilitas sosial selama periode Ramadhan. Yaitu melarang kader Partai Komunis, pejabat sipil (termasuk mereka yang sudah pensiun) dan siswa untuk berpartisipasi dalam kegiatan keagamaan selama Ramadhan."

Pernyataan itu, diposting di situs web pemerintah Xinjiang, mendesak para pemimpin partai untuk membawa "hadiah" makanan untuk para pemimpin desa setempat untuk memastikan bahwa mereka makan selama bulan Ramadhan.

Perintah serupa untuk membatasi kegiatan Ramadhan juga diposting di website lain pemerintah daerah. Biro pendidikan di Wensu mendesak sekolah-sekolah untuk memastikan bahwa siswanya tidak masuk masjid selama bulan Ramadhan.

Kelompok hak asasi di pengasingan, World Uyghur Congress, memperingatkan kebijakan akan memaksa "orang-orang Uighur untuk menolak (kekuasaan Cina) lebih jauh."

"Dengan melarang puasa pada bulan Ramadhan, Cina menggunakan metode administratif untuk memaksa orang Uighur untuk tak beribadah selama Ramadhan," kata juru bicara kelompok, Dilshat Rexit, dalam sebuah pernyataan.

Xinjiang mengalami kekerasan etnis terburuk beberapa kali. Yang terbesar adalah pada bulan Juli 2009, ketika warga Uighur kelompok etnis Han yang dominan di kota Urumqi saling serang, memicu bentrokan di mana 200 orang dari kedua belah pihak meninggal, menurut pemerintah.
sumber

Taliban Beri Amaran kepada BURMA

Mujahidin Taliban Pakistan berjanji akan membela kaum muslimin Rohingya dan membalaskan penderitaan yang mereka alami di Arakan, Burma. Taliban Pakistan juga menuntut pemerintah sekular Pakistan memutuskan hubungan diplomatik dengan Burma. Berikut terjemahan pernyataan rasmi Taliban Pakistan seperti disiatkan oleh media jihad antarabangsa.

Pernyataan Taliban Pakistan tentang tragedi kaum muslimin di Burma:

Berkaitan dengan situasi yang saat ini terjadi di Burma, di mana kaum muslimin mengalami hari-hari yang paling berat, Taliban Pakistan berdiri di samping saudara-saudara dan saudari-saudari mereka kaum muslimin. Kami menyampaikan kepada kaum muslimin di Burma bahawa kami tidak akan melupakan kalian. Insya Allah, kami akan membalaskan darah kalian.

Kami menuntut pemerintah Pakistan untuk memutuskan seluruh hubungan dengan pemerintah Burma dan menutup kedutaan mereka di Islamabad. Jika tidak, maka kami tidak hanya akan menyerang kepentingan-kepentingan Burma di tempat manapun; lebih dari itu kami akan menyerang orang-orang Pakistan yang menjadi 'teman-teman' Burma satu per satu.

Kami juga menyerukan kepada media massa, khususnya media massa yang menganggap dirinya merepresentasikan kaum muslimin, hendaknya melaporkan situasi sebenarnya yang terjadi di Burma dan tragedi yang dialami oleh kaum muslimin Burma.

Ihsanullah Ihsan
Jurucakap rasmi kelompok Taliban Pakistan
(muhib almajdi/

BURMA - Pembantaian di Desa Rathidaung

"Terletak di timur tepi sungai Mayu di kota Rathidaung, memiliki 1000 rumah. Sebelum membakar desa ini pada 19 Jun, etnik Rakhine dari desa berdekatan telah mengancam warga desa Rohingnya akan memindahkan mereka dari desa ini. Tetapi, warga desa Rohingya memutuskan untuk melindungi desa mereka hingga mati," kata tetua itu kepada Kaladan Press.

"Namun, pada 9 Jun, sekelompok Magh (orang Rakhine) dengan senjata menyerang desa tersebut pada malam hari. Ada pertempuran antara warga desa Rohingya dan Magh, 10 orang Magh terbunuh 9 warga Rohingya juga terkorban. Akibatnya, lebih dari 1.180 warga desa Rohingya melarikan diri ke tempat lain, sebahagian besar yang rumahnya dibakar habis."

Kemudian, berdasarkan laporan seorang warga desa kepada Kaladan Press, sekelompok tentera dan polis bersama orang Magh lainnya datang ke tempat kejadian dan turut membakar desa dengan bantuan pasukan 'keamanan'. Sekitar 40 rumah dari 1000 rumah ludes terbakar.

Warga desa tersebut menambahkan bahawa warga Rakhine bersama pasukan 'keamanan', menjarah barang-barang berharga dan binatang ternak milik warga Rohingya. Ironisnya, ada Muslimah di desa tersebut juga diperkosa oleh mereka. Warga desa Rakhine juga menghancurkan kitab suci Al-Qur'an dan Masjid-masjid.

Selain itu, menurut warga desa tersebut, pada (17/7), tentera musyrik Buddha menembak mati 14 warga desa Rohingya di desa Donsay Para di kota Rathidaung ketika sedang berjaga-jaga untuk keamanan desa mereka pada malam hari dari serangan orang-orang etnik Buddha Rakhine.
sumber

Mujahiddin BRITAIN Turut Berjuang di SYRIA



Pasukan gerila Islam Syria dikhabarkan berada di antara para pejuang yang ingin menggulingkan Bashar Assad. Hal ini disampaikan Jeroen Oerlemans, seorang jurugambar terkenal yang dijadikan sebagai tebusan selama seminggu di Syria. Atas laporan ini, Pejabat Luar Britain akan melakukan penyelidikan berkaitan rakyatnya yang turut berperang di Syria.

Oerlemans adalah wartawan Gambar terkenal dari Belanda, dan John Cantlie jurugambar dari Britain. Kedua-duanya tebusan sekumpulan pejuang anti-Assad ketika melintasi sempadan Syria dan Turki minggu lalu.

"Salah satu orang pasukan Jihad berkulit hitam menjerit: Mereka adalah wartawan dan sekarang mereka melihat kita sedang mempersiapkan jihad antarabangsa di tempat ini," kata Oermelans menceritakan kisahnya kepada akhbar NRC Handelsbatt. Beliau berkata para pejuang itu tidak ada yang berasal dari Syria.

"Mereka mengatakan bahawa mereka berasal dari negara-negara seperti Pakistan, Bangladesh dan Chechnya, dan mereka mengatakan mempunyai amir (pemimpin) di setiap kelompoknya."

Kira-kira 40 peratus daripada gerilawan itu menggunakan bahasa Britain. Bahkan, beberapa diantaranya berbicara dengan loghat Britain Birmingham dan London.

Kedua-dua wartawan itu akhirnya dibebaskan oleh Free Syirian Army (FSA) atau Tentera Pembebasan Syria. Kedua-duanya kini sudah berada di Turki dan akan pulang ke negara masing-masing beberapa hari akan datang.