Petikan Artikel Majalah SOLUSI oleh Us Nik Ab Rahim UKM
Ia merupakan hari yang diberkati, ia adalah sebaik-baik hari yang terbit matahari pada paginya. Pada hari inilah Nabi Allah Adam alaihissalam diciptakan, dimasukkan ke dalam syurga dan dikeluarkan daripadanya. Padanya juga akan berlaku hari kiamat dan yang penting perlu diketahui oleh kita juga ialah terdapat satu saat yang mana Allah memperkenankan doa-doa hambaNya. Demikianlah antara kelebihan-kelebihan hari jumaat yang banyak disebutkan oleh para alim ulama dalam karya-karya mereka.
Oleh kerana kemuliaan hari jumaat juga, ia digelar sayyidul ayyam yang bermaksud penghulu kepada sekalian hari dan dikhususkan dalam al-Qur’an satu surah dengan nama surah al-Jum’ah. Bahkan hari jumaat dianggap sebagai perayaan mingguan bagi orang Islam. Diwajibkan ke atas semua kaum lelaki Islam yang cukup syarat-syaratnya berkumpul menghadiri solat jumaat di rumah-rumah Allah. Allah Taala berfirman dalam surah al-Jum’ah : 9 :
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat). Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya Dengan meninggalkan Engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (Wahai Muhammad:" pahala - balasan) Yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki”.
Ayat ini menejelaskan kepada kita kewajipan solat jumaat. Kekuatan kewajipan solat jumaat ini dapat dilihat dalam ayat ke 9, di mana ayat tersebut menunjukkan perintah supaya meninggalkan jual beli disebabkan kerana laungan azan untuk solat jumaat berkumandang. Ini kerana jual beli pada waktu tersebut mengganggu daripada zikrullah atau mengingati Allah dan mengganggu solat. Oleh itu setiap urusan muamalat yang mengganggu zikrullah dan solat seperti akad sewaan dan gadaian turut mengambil hukum yang sama dengan jual beli secara qiyas iaitu haram dilakukan waktu tersebut.
Isunya sekarang, kita mungkin pernah melihat ada sesetengah wanita masih menjalankan perniagaan walaupun azan jumaat telah berkumandang. Apakah larangan jual beli di atas tertuju kepada lelaki sahaja atau adakah kaum hawa juga haram menjual dan haram membeli? Bolehkah seorang lelaki yang wajib ke atasnya solat jumaat membeli daripada wanita yang menjual? Sesetengah mereka, ada yang membuka gerai berhampiran dengan masjid. Apa yang menghampakan kita masih ada segelintir yang menjalankan urusan jual beli walaupun khatib sedang berkhutbah. Ini kadang kala membabitkan ahli jumaat itu sendiri yang terdiri daripada lelaki-lelaki. Adakah orang Islam tidak faham tentang hukum ini atau tidak tahu atau saja-saja tidak tahu?
Para fuqaha menegaskan orang yang wajib mengerjakan solat jumaat ialah lelaki yang merdeka, mukallaf dan mampu. Tidak wajib jumaat ke atas orang yang bermusafir, hamba abdi dan wanita (Ibn Qudamah, al-Mughni 2/1349). Sabda Nabi s.a.w. : “Jumaat adalah hak wajib atas setiap muslim kecuali ke atas empat orang iaitu hamba yang dimiliki, wanita, kanak-kanak atau orang sakit”.(HR Abu Dawud no. 1067) Berdasarkan kepada hadis ini, ada beberapa golongan yang tidak diwajibkan solat jumaat. Namun, dalam kes larangan jual beli ketika azan jumaat berkumandang adakah larangan tersebut juga ditujukan kepada mereka secara umum atau adakah ia hanya khusus kepada orang yang wajib mengerjakan solat jumaat. Melalui ayat ke 9 surah al-Jum’ah yang tersebut, para ulama tafsir menerangkan bahawa perkataan (وذروا البيع) yang bermaksud “tinggalkanlah berjual beli” disepakati oleh ulama ia menunjukkan haram. Khilaf hanya berlaku dalam masalah adakah sah atau tidak sah jual beli tersebut jika berlaku. (Ibn al-Arabi, Ahkam al-Qur’an 214). Pengharaman jual beli pada hari jumaat adalah selepas dilaungkan azan kedua iaitu azan seperti zaman Rasulullah s.a.w. yang dilaungkan selepas imam berada di atas mimbar sebelum berkhutbah.(Ibn Kathir, 8/148)
Maka, jelaslah orang yang wajib ke atasnya jumaat tidak boleh melakukan sebarang bentuk transaksi jual beli, sewa menyewa, gadaian dan sebagainya setelah azan kedua berkumandang. Asalnya ayat tersebut adalah umum kepada semua orang Islam kerana Allah Taala menggunakan lafaz (يا أيها الذين آمنوا), namun ada dalil mengecualikan beberapa golongan. Ulama bersepakat antara yang dikecualikan ialah kanak-kanak, orang tertidur dan orang gila. Begitu juga khusus dalam bab solat jumaat, ulama ijmak mengecualikan wanita dan ulama bersepakat juga mengecualikan orang sakit. Cuma ada sedikit perselisihan dalam masalah orang musafir dan hamba abdi adakah diwajibkan jumaat atau tidak (al-Shaqiti, Adwa’ al-bayan 8/175).
Justeru, jelaslah bahawa wanita sesama mereka tidak diharamkan menjalankan urusan jual beli walaupun selepas dilaungkan azan kedua solat jumaat. Hal ini kerana mereka tidak diwajibkan solat jumaat. Namun, yang harus diberi perhatian ialah sesetengah masyarakat kita ada yang membuka gerai bersebelahan dengan masjid. Perbuatan membuka gerai yang berdekatan dengan masjid itu tidak menjadi satu kesalahan. Tetapi oleh kerana tersangat hampir dengan masjid, berlaku juga jual beli antara wanita tersebut dengan lelaki-lelaki yang wajib mengerjakan jumaat. Tambahan pula, disebabkan gerai yang berdekatan juga, ketika khatib membaca khutbah ramai kaum lelaki boleh lepak digerai tersebut dan membeli makanan dalam masa yang sama. Tidakkah perbuatan ini diharamkan? Sebenarnya, wanita yang berurusan dengan lelaki yang wajib ke atasnya jumaat juga mendapat dosa yang sama. Imam Malik berkata : “Apabila imam telah duduk di atas mimbar, lalu dilaungkan azan, maka jua beli dilarang. Sekiranya dua orang menjalankan jual beli ketika itu sama ada wajib jumaat ke atas kedua-duanya atau salah seorang daripadanya, nescaya jual beli terfasakh”. (al-Taj wa al-iklil 2/268). Al-Nawawi dalam al-Majmuk menjelaskan : “Apabila dua orang berjual beli sama ada kedua-duanya ahli fardu jumaat atau salah seorang sahaja, maka (perlu dilihat) jika sebelum gelincir matahari, ia tidak makruh. Manakala jika selepas gelincir matahari dan sebelum imam muncul atau duduk di atas mimbar, dan sebelum muazzin memulakan azan di hadapan khatib, hukumnya adalah makruh tanzih. Adapun sekiranya selepas imam duduk di atas mimbar dan muazzin telah memulakan azan, jual beli menjadi haram atas kedua-duanya. Tidak kira sama ada ahli fardu jumaat atau salah seorangnya sahaja”. (al-Majmuk 4/500).
Tambahan pula, perbuatan wanita yang menjual kepada lelaki yang ahli fardu jumaat ini termasuk dalam larangan memberi pertolongan dalam perkara dosa. Firman Allah Taala (al-Ma’idah : 2 )
Maksudnya : “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan”.
Ayat ini jelas menunjukkan seseorang itu tidak boleh membantu orang yang lain membuat maksiat dan dosa. Begitulah juga hukum seorang wanita menjual kepada seorang lelaki yang wajib ke atasnya mengerjakan jumaat selepas azan berkumandang. Oleh kerana ini, perkara ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Adalah amat wajar sekiranya peniaga-peniaga itu menutup seketika gerai masing-masing selepas azan berkumandang. Paling tidak pun selepas azan kedua dilaungkan atau hanya membataskan jual beli kepada mereka yang tidak wajib jumaat sahaja. Mudah-mudahan setiap perbuatan kita diberkati Allah Taala bukan dimurkaiNya...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan