Assalamualaikum.
Dewasa ini terdapat banyak pertandingan Mencari Harta Karun (Treasure Hunt) yang dianjurkan oleh berbagai pihak dan kadang-kala hadiah yang ditawarkan amat lumayan. Peserta dikehendaki membayar yuran untuk memasuki pertandingan tersebut.
Apa pandangan dan hukum di dalam Islam mengenai pertandingan seperti ini?
*******************
Waalaikumussalam...
Treasure Hunt atau kembara mencari Harta Qarun yang harus disertai ialah Treasure Hunt anjuran majikan anda atau oleh Penaja dan para peserta tidak dikena apa-apa yuran penyertaan.
Adapun Treasure Hunt Komersil yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat bebas, maka yuran penyertaan itu sebenarnya akan dijadikan harta Qarun dan ia menjadi loteri. Maka Dr Qardhawi (halal & Haram) menolak aktiviti2 sukan dan rekreasi komersil seperti ini.
Jadi, kita kena pastikan siapakah penganjur Treasure Hunt dan apakah motif ia menganjurkan Tresure hunt tersebut.
sekian
Bilakah Pintu Ijtihad Ditutup Menurut Sejarah Fiqh Islami?
-
Pendahuluan Persoalan tentang “penutupan pintu ijtihad” merupakan antara
isu klasik yang sering dibincangkan dalam sejarah fiqh Islam. Ia bukan
sekadar […]
2 hari yang lalu



Tiada ulasan:
Catat Ulasan