Sahabat Ilmu

Ahad, 6 Disember 2009

Persinggahan Yang Sementara

HIDUP sentiasa akan didepani dengan deretan dan jutaan halangan yang wajib untuk didepani. Seorang yang memegang status seorang manusia harus menerima kenyataan dan realiti ini.

Mengapa sesetengah antara kita mudah sekali untuk berputus asa dengan kesemua ini? Tidakkah semua halangan dan cabaran ini sekadar menjadikan kita seorang manusia yang lebih kuat dan berjaya dalam hidup.

Ingatlah, Tuhan tidak sengaja melakukan setiap aturan dan kejadian terhadap alamnya ini dengan sia-sia. Setiap musibah dan keburukan yang menimpa kita juga adalah sengaja dilakukan supaya manusia itu belajar erti syukur dan terima kasih pada setiap kesenangan. Tahu mengerti erti pasrah dan tabah pada setiap musibah. Tidakkah begitu?

Apabila datang musibah dan keperitan dalam hidup, cuba fikirkan satu perkara. Anggap masalah itu memang sengaja diberikan olehNya lantaran beruntungnya kita sebagai insan terpilih yang disayangiNya. Ya, Dia tidak sama sekali menguji makhluk-makhluknya melainkan kepada insan yang disayanginya sahaja. Justeru tidakkah kita berasa bersyukur dengan setiap musibah itu?

Firman Allah dalam Surah Al-Hadid ayat 20 bermaksud:

Ketahuilah sekalian daripada kamu bahawa hidup di dunia ini hanyalah permainan,hiburan, perhiasan, kemegahan, kekayaan dan keturunan.

Jelas bukan bagaimana Allah telah mengingatkan sekalian makhluknya agar mengerti bahawa hidup di dunia ini hanyalah realiti sebuah kehidupan yang sementara. Jangan sampai terlalu leka dan tidur dengan segala kesenangan indah di muka bumi.

Terkadang itu apa yang dilihat pahit di muka bumi ini, itulah penawarnya di akhirat nanti. Mungkin pula madu yang dikecap ketika ini bakal menjadi hempedu paling pahit buat kita di sana nanti!

Wallahua'lam

Tiada ulasan: