Sahabat Ilmu

Isnin, 21 Februari 2011

Adab Kepada Al-Quran

http://www.awda-dawa.com/image3/from-10-4-gl3nnxcom.jpg


1. Kaum Muslimin beriktiqad bahawa kemuliaan dan kesucian serta keutamaan ayat-ayat Allah s.w.t. iaitu Kitab Al-Qur’an adalah keunggulan yang tertinggi.

2. Al-Qur’an adalah sebesar-besar mukjizat kurniaan Allah s.w.t. yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman.

3. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :-

” Bacalah olehmu Al- Qur’an kerana ia akan datang pada hari qiamat memberi pertolongan kepada yang membacanya” (Riwayat Muslim)

4. Insan yang berpegang teguh dengan Al- Qur’an kerana ia akan mendapat keselamatan dan kesejateraan di dunia dan di akhirat.

5. Di dalam hadith- hadith Rasulullah s.a.w. memberi keutamaan akan keagungan, kesucian dan kemuliaan Al- Qur’an di dalam memperkukuhkan keimanan kaum muslimin. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

” Sebaik -baik kamu adalah yang belajar Al- Qur’an dan mengajarkannya” (Riwayat Bukhari) ” Ahli Al- Quran adalah keluarga Allah dan orang pilihannya” (Riwayat An- Nasa’i)

6. Adab – adab di dalam membaca Al- Qur’an ialah :-

i) Berwudhuk
ii) Dibaca di dalam sucu daripada hadas
iii) Dibaca di dalam keadaan mengadap kiblat
iv) Dibaca dengan tartil dan tidak terlalu cepat
v) Dibaca dengan khusyuk, tadabbur (mengamat -amati) dan menghayati dengan bersungguh-sungguh.
vi) Di baca dengan memperelokkan suaranya. Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud :-

” Hiasilah olehmu Al- Qur’an dengan suaramu ” (Riwayat Ahmad)

Adab Terhadap Rasulullah SAW



i) Allah telah mewajibkan setiap mukmin untuk hormat terhadap Nabi Muhammad S.A.W seperti yang ditegaskan dalam firman Allah :

“ Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya…..”( Al-Hujurat 49:1 )

ii) Sesungguhnya Allah mewajibkan orang yang beriman untuk taat dan cinta kepada Rasullullah seperti di dalam firmannya :
“ Wahai orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul…” ( Muhammad 47:33)

iii) Allah menjadikan Rasullullah sebagai pemimpin dan hakim seperti dalam firmannya :

“ Sesungguhnya kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu…..”
( An-Nisa’ 4:105 )

iv) Allah telah menetapkan bahawa Rasullullah adalah manusia terbaik akhlak dan budi pekertinya. Beliau memiliki kesempurnaan diri dan jiwa sehingga beliau merupakan makhluk yang paling baik dan sempurna.

Beberapa cara beradab kepada Nabi Muhammad S.A.W antaranya :
1. Hendaklah mentaati Nabi Muhammad S.A.W di samping mengikuti jejak langkahnya dalam urusan dunia dan agama.
2. Menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai orang yang paling dicintai, dihormati dan diagungkan dari seluruh makhluk Allah.
3. Mengagung dan menghormati Nabi Muhammad S.A.W apabila namanya disebut dan berselawat serta salam ke atasnya, mengakui kebenarannya dan menghargai sifat-sifatnya.
4. Membenarkan segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W samada soal agama dan dunia
5. Merendahkan suara di makam dan masjidnya bagi yang berpeluang menziarahinya.
6. Mencintai para salihin dan para pengikutnya kerana mereka mencintai Nabi Muhammad S.A.W serta memusuhi golongan fasiq kerana mereka membenci Nabi Muhammad S.A.W.

( Rujukan : Bimbingan Mukmin )

Ahad, 20 Februari 2011

Kisah Ibrahim Nasser - Adakah Kita Orang Yang Bersyukur? (Pengajaran Dan Renungan)

Assalamualaikum.

Saya baru sahaja membaca
satu artikel yang menginsafkan.Jadi,saya mahu kongsikan di sini.

Selamat Membaca.


Assalamualaikum. 


Nikmat Kesihatan 
Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)
E-mail ini adalah cerita bergambar yang sebenar . 
Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita.
Ianya adalah kisah seorang lelaki dariBahrain yang bernama Ibrahim Nasser. 


Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi seorang ulama’ dari Kuwait. Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya.

Ini gambar Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim.
Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau membuka pintu biliknya. Kegembiraannya dapat digambarkan pada raut wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya.
Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim
Dan ini adalah wajah kegembiraan Ibrahim bila dapat berjumpa dengan Syeikh Nabeel Perhatikan alat pernafasan dileher Ibrahim…dia tidak dapat bernafas secara normal

Syeikh Nabeel mencium dahi Ibrahim
                Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh NabeelSemasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata.
Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan pengalaman yang menyedihkan
Syeikh Nabil mengusapkan air mata Ibrahim 


Tamat Artikel.


Itulah dia.Jika Ibrahim yang kurang upaya boleh berdakwah melalui internet,inikan pula kita.
Renung-renunglah kelemahan diri kita.
p/s: Artikel ini saya copy paste bulat-bulat.Jadi,mungkin ada kesilapan bahasa dan teks yang agak tidak kemas.Maafkan saya.
Assalamualaikum dan Selamat Beramal.
sumber artikel :
linkTahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya ?
Wahai saudara-saudara sekelian Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ?


Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ? 


Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis.



Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah. 

Syeikh Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain.



Wahai saudara-saudara sekelian Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ?

Tamat Artikel.


Itulah dia.Jika Ibrahim yang kurang upaya boleh berdakwah melalui internet,inikan pula kita.
Renung-renunglah kelemahan diri kita.
p/s: Artikel ini saya copy paste bulat-bulat.Jadi,mungkin ada kesilapan bahasa dan teks yang agak tidak kemas.Maafkan saya.
Assalamualaikum dan Selamat Beramal.
sumber artikel : link

Khamis, 17 Februari 2011

PESANAN ILMU

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Hakikat Ilmu Allah Dan Kesannya

قال النبى الله عليه وسلم : العِلمُ امامُ والعملُ تابعُهُ

Ilmu adalah imam kepada amal dan amal adalah makmumnya.

قال النبى الله عليه وسلم : إن النور إذا دخل القلب انفسخ وانشرح

Sesungguhnya Nur atau Cahaya, apabila telah masuk ke dalam hati manusia, hatinya akan menjadi lapang dan lega.

Kutipan Minhajul Abidin

RENUNG-RENUNGKANLAH

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

mana tahu
yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu
yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu
yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu
yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu
yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya
kayu dimakan api…

Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan
yang boleh kita  buat.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya

REJIM YANG ZALIM MESTI DITUKAR!

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Dunia Arab bergolak. Dari Tunisia ke Mesir dan biarlah ia menjalar ke seluruh pelusuk daerah yang dikuasai oleh rejim yang zalim; yang menghina agama, menghisap darah rakyat, memundurkan negara, memerintah untuk kepentingan kroni dan keluarga, mengaut kekayaan peribadi sedangkan rakyat dalam kemiskinan. Memang sepatutnya telah lama ia bergolak. Persis seperti kata ‘Ali bin Abi Talib r.a:
“Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Rakus
Dunia Islam adalah dunia yang kaya. Kedudukan negara-negara umat Islam amat strategik. Malangnya, ramai para penguasa yang zalim dan korupsi menguasai politik. Lihatlah Tunisia, walaupun majoriti penduduknya muslim tetapi pemimpinnya di samping zalim dan khianat, mempersendakan agama; memperlekehkan puasa Ramadan, mengharamkan tudung kepala (hijab) ke atas wanita dan pelbagai lagi.
tunisia_first_lady_leila_ben_ali.jpg
                                         First Lady Tunisia - Leila Ben Ali
Isteri Ben Ali bekas Presiden Tunisia yang diusir oleh rakyatnya bernama Leila al-Tarabulusi yang dulu ‘First Lady Tunisia’, dilaporkan oleh media Perancis membawa lari emas Tunisia ke Dubai seberat 1.5 tan. Semasa berkuasa, beliau atas nama suami bermewahan dengan harta negara. Padah perbuatan suami, ditambah dengan sikap ‘berlebihan’ isteri dan keluarga.

Lihatlah Mesir, jika pemimpinnya amanah betapa besar kekayaan yang dapat dikaut dari hasil Suez Canal atau Terusan Suez yang menghubungkan antara Laut Mediterranean dengan Laut Merah. Tax dari terusan tersebut jika diuruskan dengan betul menjadi sumber yang amat besar untuk negara itu. Bahkan dikatakan mampu membiayai setiap warga Mesir.

Mesir ada gas. Mubarak salurkannya kepada negara haram Israel. Israel membeli gas Mesir lebih murah dari rakyat Mesir sendiri. Sungai Nil yang subur tidak diusahakan secara bersungguh oleh Kerajaan Mesir, bahkan mereka masih mengimport makanan dari luar. Rakyat Mesir ramai yang hidup dalam kemiskinan. Dilaporkan lebih 42 peratus dari 81 juta lebih rakyat Mesir berada di bawah paras kemiskinan. Jutaan rakyat hidup tanpa rumah dan makan. Peranan Mubarak hanyalah menjaga kepentingan diri, kroni, Israel dan Amerika!

Itu di Mesir, di sana masih ada lagi Syria, Yaman, Morocco dan lain-lain yang hampir sama keadaannya. Malang sekali, di bawah rejim-rejim yang berkuasa itu media dibisukan, fakta dibohongi dan rakyat diperbodohkan. Nyawa dan darah rakyat begitu murah. Mereka menyeksa dan membunuh pengkritik. Gambar rejim-rejim ini diangkat dan disanjung secara upah ataupun paksa. Rakyat hidup menderita dan kelaparan. Kekayaan dibahagi secara songsang. Harta setiap pemimpin dan keluarga mereka mencecah ratusan billion dolar, sedangkan pendapatan rakyat tidak sampai satu dolar pun sehari. Bahkan ada pendapatan yang tidak sampai seratus ringgit Malaysia sebulan.

Bohong
Para pemimpin yang selekeh dan tidak amanah menguasai kebanyakan Dunia Islam dan Arab. Mereka diagungkan oleh golongan yang berkepentingan dan disokong oleh segelintir rakyat yang diperbodohkan. Barat yang kononnya inginkan demokrasi disebarkan, namun mereka hipokrit dalam masalah Dunia Islam. Mereka membiarkan pemerintah kuku besi terus di tampuk kuasa selagi kepentingan mereka dijaga. Jiwa kapitalis Barat melebihi kehendak demokrasi mereka. Jadi, Dunia Islam bak kata Nabi s.a.w:
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” (Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Hakim dll. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi).
Salah Sasaran
Malang sekali, ulama-ulama ‘pro rejim’ seperti Mufti Mesir yang hari ini sibuk menasihati rakyat agar jangan berdemonstrasi dan mengalu-alukan langkah Hosni Mubarak untuk proses pembaharuan, tidak pula selama ini membantah kerakusan kuasa yang berlaku. Pada hari pemerintah mengaut dan menghisap darah rakyat, mereka sibuk membahaskan isu-isu ketaatan rakyat kepada pemimpin dan tidak pula bertegas tentang kewajipan pemimpin menunaikan hak rakyat. Jika Hosni gagal membuat perubahan dalam masa 30 tahun memerintah, apakah mungkin dia boleh melakukannya dalam masa 7 bulan yang dijanjikan?! Jika mampu pun, bererti dia selama ini khianat kerana tidak melakukan pembaharuan itu dalam masa 30 tahun tiba-tiba hari ini dia menyatakan ia boleh dilakukan dalam masa 7 bulan!.
mubarak-image.jpg
                                                          Gambar Hiasan
Hari ini golongan agamawan khususnya dari aliran ‘salafi’ sibuk membahaskan tentang demokrasi dan demonstrasi bukan dari ajaran Islam. Bagi saya itu adalah persoalan persepsi bagaimana kita memahami demokrasi dan dalam konteks apa demokrasi itu dilihat. Kita patut bertanya mereka apakah pemerintahan otokrasi atau kukuh besi itu dari ajaran Islam? Apakah membiarkan pemerintah menghisap darah rakyat tanpa membantah itu dibenarkan oleh Islam?

Persoalan falsafah dan konteks demokrasi dan demonstrasi memang patut dibincang dan dihalusi di sudut fekahnya. Namun adalah tidak adil apabila rakyat bercakap soal demokrasi dan demonstrasi lalu fatwa haram atau bid’ah dikeluarkan, sedangkan ketika pemerintah mengamalkan kuku besi, kezaliman, rasuah dan merompak hasil negara, golongan agama ini muncul dalam media untuk hanya mengingatkan rakyat tentang syurga dan neraka, tetapi tidak pula membaca nas-nas agama yang mengingati pemerintah bahawa kezaliman mereka adalah dosa yang amat besar dan neraka yang bakal menanti. Apakah agama hanya candu untuk rakyat bawahan supaya dapat melupakan kerakusan orang atasan?! Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan Ibn Abi ‘Asim. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).
Mengapakah golongan pro-rejim tidak mengingatkan pemimpin mereka tentang hadis Nabi s.a.w: “Allah tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan untuknya syurga” (Riwayat Muslim).

Demonstrasi Aman
Ya, tiada siapa yang bersetuju dengan demonstrasi ganas. Rakyat diharapkan keluar ke jalan dengan aman sebagai tanda bantahan atas kezaliman rejim-rejim mereka. Ia salah satu dari menzahirkan bantahan terhadap kemungkaran. Dalam hadis seorang lelaki datang mengadu kepada kepada Rasulullah s.a.w, katanya:
“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).
Demikian, Nabi mengajar bahawa kadang-kala cara menyelesaikan kezaliman dengan mendapat sokongan ramai di jalan. Bantahan orang ramai boleh menakutkan orang yang zalim. Jika sekadar kezaliman jiran kita boleh bertindak sedemikian, apatahlagi kezaliman rejim yang jauh lebih besar dan sukar disingkirkan. Pasti sokongan yang lebih besar dan bantahan di jalan yang lebih hebat diperlukan. Apa yang penting, penunjuk perasaan tidak boleh menumpahkan darah sesama umat Islam dan rakyat, juga tidak merosakkan harta awam dan mereka yang tidak bersalah.

Dunia Arab dan Islam mesti berubah. Eropah telah lama menyingkirkan pemimpin mereka yang korupsi dan kuku besi. Kadang-kala hak binatang yang dinikmati oleh Barat lebih baik dari hak manusia yang hidup di bawah rejim-rejim yang berkuasa di Dunia Arab dan Islam. Jatuh! Jatuh! Jatuhlah segala rejim!.

APA ORANG LAIN KATA TENTANG MESIR?


Barack Obama: kita wajib mendidik anak-anak kita supaya mereka jadi seperti pemuda Mesir

Perdana menteri Italy : Tidak ada yang baru pada Mesir. Sesungguhnya orang-orang Mesir seperti biasa memang pencipta sejarah

Perdana Menteri Norway : Hari ini kita semua adalah orang Mesir

Presiden Austria : Rakyat Mesir merupakan bangsa paling hebat di muka bumi dan mereka berhak mendapat hadiah Nobel untuk keamanan

Perdana Menteri British : Kita wajib ajar revolusi Mesir di sekolah-sekolah

CNN :Buat pertama kali dalam sejarah kita melihat satu bangsa bangkit memberontak kemudian mereka membersihkan jalanraya-jalanraya selepas itu

Sabtu, 12 Februari 2011

MENGAGIH SENDIRI ZAKAT

Soalan: Adakah harus pemilik harta zakat mengagih sendiri zakatnya?

Jawapan;

Menentukan ke pihak mana hendak disalurkan zakat adalah menjadi hak pemilik harta yang wajib atasnya zakat menurut pendapat jumhur ulama’. Ulama-ulama’ mazhab Hanbali mengharuskan kesemua jenis zakat untuk diagihkan sendiri oleh pemilik harta. Berkata Imam Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni; “Digalakkan bagi seorang itu menangani sendiri pembahagian zakat hartanya supaya ia sendiri dapat memastikan dengan yakin bahawa zakatnya sampai kepada orang-orang yang berhak, sama ada zakatnya itu dari harta zahir (yakni pertanian, ternakan..) atau harta batin (yakni mata-wang, perniagaan dan zakat fitrah)”. (al-Mughni, Ibnu Qudamah, jil. 4, hlm. 69)

Ulama’-ulama’ mazhab Syafi’ie dan Hanafi juga berpandangan demikian, cuma mereka mengkhususkannya bagi zakat mata-wang, perniagaan, rikaz dan zakat fitrah sahaja iaitu harta-harta yang diistilahkan sebagai al-Amwal al-Bathinah. Adapun zakat bagi pertanian, galian dan penternakan yang diistilahkan sebagai al-Amwal az-Dzahirah, maka mesti diserahkan kepada pemerintah Islam untuk mengagihkannya. Dari Imam Syafi’ie terdapat dua pandangan dalam masalah ini. Menurut pendapat lamanya (qaul qadim), zakat al-Amwal az-Dzahirah wajib diberikan kepada pemerintah jika ia adil. Namun dalam pendapat barunya (qaul jadid), Imam Syafi’ie mengharuskan untuk diagihkan sendiri oleh pemilik harta. (al-Muhazzab, Imam asy-Syirazi, jil. 2, hlm. 552-554, al-Majmu’, Imam an-Nawawi, jil. 6, hlm. 107, al-Bada’I, Imam al-Kasani, jil. 2, hlm. 35).

Ulama’-ulama’ mazhab Maliki mewajibkan keseluruhan zakat diserahkan kepada pemerintah. Hak untuk memungut dan mengagihkan harta zakat adalah bagi pemerintah. Ini jika sekiranya pemerintah itu adil dan diyakini akan mengagihkannya kepada yang berhak, yakni tidak menyelewengkan harta zakat. Berkata Imam al-Qurthubi; “Jika sekiranya Imam atau pemerintah berlaku adil (yakni tidak menyeleweng) dalam pungutan dan pengagihan zakat, maka tidak harus bagi pemilik harta untuk menangani sendiri pengagihan zakatnya sama ada bagi zakat mata-wang atau zakat harta-harta yang lainnya”. (Fiqhu az-Zakah, jil. 2, hlm. 807)

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh Zakatnya dengan terang menegaskan bahawa kerajaan yang berhak memungut zakat atau umat Islam wajib memberikan zakat mereka kepadanya ialah Kerajaan Islam iaitu kerajaan yang beriltizam dengan Islam sebagai asas pemerintahannya, sebagai perlembagaan Negara dan sebagai manhaj bagi segenap urusan negara merangkumi pendidikan dan kebudayaan, social, ekonomi dan politiknya…. Beliau menegaskan lagi; adapun kerajaan yang menolak Islam sebagai asas Negara dan sebagai perlembagaan bagi pemerintahannya dan berhukum dengan hokum-hakam yang lain dari yang diturunkan Allah yang dibawa masuk dari ideology-ideologi (asing sama ada dari) timur atau barat, maka kerajaan sebegini tidak harus baginya mengambil zakat….(Fiqhu az- Zakah, jil. 2, hlm. 824)

Wallahu A’lam.

Rujukan;

1. Fiqhu az-Zakah (فقه الزكاة), Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, cet. Maktabah Wahbah/Kaherah, Mesir (1994).
2. Al-Muhazzab (المهذب), Imam asy-Syirazi, cet. Dar al-Qalam/Damsyik, Syria (1992).
4. Al-Mughni (المغني), Imam Ibnu Qudamah, cet. Dar al-Hadith/Kaherah, Mesir (1995).
5. Al-Majmu’ (المجموع), Imam an-Nawawi, cet. Matba’ah al-Madani/Kaherah, Mesir (1973).
6. Bada’I as-Shana’I (بدائع الصنائع), Imam al-Kasani, cet. Maktabah al-‘Ilmiyyah/Beirut, Lubnan (tanpa tahun).

BAGAIMANA RASULULLAH MEMAKAI CINCIN?

Soalan; ustaz, boleh tolong jelaskan bagaimana cara memakai cincin yang mengikut sunnah? Memakai di tangan kanan atau kiri dan di jari mana? Terima kasih.

Jawapan;

1. Memakai cincin harus di tangan kanan dan juga tangan kiri. Menurut Imam an-Nawawi; “Telah ijmak para ulamak bahawa harus memakai cincin di tangan kanan atau tangan kiri. Di sebelah mana kita memakainya tidaklah dimakruhkan” (Syarah Soheh Muslim). Merujuk kepada hadis-hadis, terdapat hadis menceritakan Nabi memakai cincin di tangan kanannya dan ada juga hadis baginda memakainya di tangan kiri.

2. Dalil keharusan memakai cincin di tangan kanan ialah;

a) Dari Saidina Ali r.a. menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. memakai cincinnya di tangan kanannya”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)

b) Hammad bin Salamah menceritakan; “Aku telah melihat Abi Rafi’ memakai cincin di tangan kanannya, maka aku bertanya kepadanya tentang hal tersebut. Lalu ia menjawab; ‘Kerana aku telah melihat Abdullah bin Jaafar r.a. (seorang sabahat) memakai cincin di tangan kanannya dan ia (yakni Abdullah) berkata kepadaku; ‘Adalah Rasulullah s.a.w. memakai cincin di sebelah tangan kanannya’”. (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad).

3. Adapun dalil bagi tangan kiri;

a) Dari Anas dan Ibnu Umar keduanya menceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. memakai cincin di tangan kirinya”. (Riwayat Imam Muslim dari Anas dan Abu Daud dari Ibnu Umar)

b) Dari Jaafar bin Muhammad yang meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; “Adalah Hasan dan Husain (cucu Nabi), kedua-dua mereka memakai cincin di tangan sebelah kiri mereka” (Riwayat Imam at-Tirmizi. Kata Imam at-Tirmizi, hadis ini soheh). Menurut ulamak; Kemungkinan kedua-dua mereka telah melihat datuk mereka (yakni Nabi s.a.w.) memakai cincin di tangan kiri, lalu mereka mengikutinya.

4. Mana yang paling baik, memakainya di tangan kanan atau di tangan kiri? Menurut Imam Nawawi; ulamak-ulamak Salaf ramai yang memakainya di tangan kanan dan tidak kurang ramai juga yang memakainya di tangan kiri. Imam Malik menyukai memakainya di tangan kiri dan ia memakruhkan memakainya di tangan kanan. Di kalangan ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie terdapat khilaf; ada yang menyukai di tangan kanan dan ada yang menyukai di tangan kiri. Namun yang rajih ialah; memakainya di tangan kanan kerana cincin adalah perhiasan, maka tangan kanan lebih mulia dan lebih berhak diberi perhiasan dan dimuliakan dari tangan kiri. (Syarah Soheh Muslim)

5. Mengenai jari pula, sepakat para ulamak menyebutkan; sunat cincin dipakai di jari kelingking berdalilkan hadis dari Anas r.a. yang menceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. memakai cincinnya di jari ini, sambil beliau (yakni Anas) menunjukkan pada jari kelingking di tangan kirinya”. (Riwayat Imam Muslim)

Terdapat hadis melarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah, iaitu hadis dari Saidina Ali yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. telah menegahku dari memakai cincin di jari ini atau jari sebelahnya, sambil ia (yakni Ali) menunjukkan jari telunjuk dan jari tengahnya” (HR Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai)

Namun menurut ulamak; Larangan di dalam hadis di atas adalah larangan makruh, bukan larangan haram. (Syarah Soheh Muslim)

6. Bagi kaum wanita, harus memakai cincin pada mana-mana jari tanpa makruh. (Syarah Soheh Muslim, Tuhfah al-Ahwazi, 'Aunul-Ma'bud)

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, Juz. 14, kitab al-Libas wa az-Zinah, bab Fi Khatam al-Wariq Fassuhu Habasyiy.
2. Tuhfah al-Ahwazi, juz. 4, bab Karahiyati at-Takhattum fi al-Usbu’aini.
3. ‘Aunul-Ma’bud, juz. 9, bab Ma Ja-a Fi Khatamil-Hadiid.

Jumaat, 11 Februari 2011

FADHILAT-FADHILAT SELAWAT

Firman Allah:
Tafsirnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas Nabi Muhammad. Wahai org2 beriman hendaklah kamu semua mengucapkan selawat dan salam kepada baginda.(Surah Al-Ahzab)

Sabda Nabi s.a.w:
Sesiapa yg berselawat keatas Nabi s.a.w sekali; Maka Allah akan berselawat kepadanya seratus kali.(Hr Muslim)

Rasul s.a.w:
Orang yg lebih baik disisiku di hari kiamat adalah org yg paling banyak selawatnya kepadaku.(Hr Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w:
Hinalah orang yang tidak berselawat kepadaku ketika namuku disebut disisinya.(Hr Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda:Hari yang terbaik bagi kamu adalah hari jumaat; jadi perbanyakkan selawat pada hari tersebut. Maka sesungguhnya selawat yg kamu ucapkan akan dibentangkan kepadaku. Para sahabat bertanya "Bagaimana pula selawat kami dibentangkan kepadamu sedangkan tubuhmu sudah hancur." Beliau bersabda "Sesungguhnya bumi tidak makan jasad anbiya"(Hr Abu Daud)

Riadus Solehin oleh Imam Nawawi

Fatwa Mawlid - Abu Zur`ah

Imam al-Faqih al-Ushuli al-Mutafannin al-Hafiz al-Muhaqqiq ًWaliyuddin Abu Zur`ah Ahmad bin al-Hafiz al-Kabir Abi al-Fadhl Zainuddin 'Abdur Rahim bin al-Husain al-'Iraqi rahimahumUllah adalah salah seorang ulama besar bermazhab Syafi`i. Beliau dilahirkan pada bulan DzulHijjah tahun 762H. Didikan agama diperolehinya daripada ayahandanya sendiri yang juga seorang ulama besar yang mempunyai berbagai karangan. Selain itu, beliau juga melazimi pengajian ulama - ulama lain antaranya Imam al-Bulqini, Imam al-Burhan al-Abnaasi, Imam Sirajuddin Ibnu Mulaqqin @ Ibnu an-Nahwi asy-Syafi`i, Imam adh-Dhiya` al-Qazwini dan lain-lain lagi. Beliau mengarang banyak kitab dalam berbagai lapangan ilmu pengetahuan. Antara karya beliau:-
  1. Syarah al-Bahjah;
  2. Syarah Sunan Abi Dawud;
  3. Mukhtashar al-Muhimmat;
  4. Syarah Jam`ul Jawaami' fil Ushul;
  5. Syarah Nadzam al-Baidhawi;
  6. Syarah Taqrib al-Asaanid;
  7. Hasyiah 'ala al-Kasysyaf.
Apabila al-Imam al-Jalal al-Bulqini rahimahUllah wafat pada tahun 824H, maka Imam Abu Zur`ah telah diangkat menjadi qadhi Mesir menggantikannya. Imam Abu Zur`ah sendiri wafat dalam bulan Sya'ban tahun 826H, rahimahUllah.

Imam al-Habib 'Alawi bin Ahmad bin al-Hasan bin Shohibur Ratib al-Qutb al-Habib 'Abdullah al-Haddad rahimahumUllah menulis dalam syarahnya bagi "Ratib al-Haddad", halaman 91 bahawa Imam Abu Zur`ah pernah ditanya mengenai hukum mengadakan sambutan Mawlidin Nabi SAW. Adakah ianya mustahab atau makruh dan apakah ada warid ianya dilakukan oleh generasi salaf terdahulu yang menjadi ikutan umat? Maka beliau, rahimahUllah menjawab sebagai berikut:-



Membuat walimah (kenduri) dan memberikan jamuan makanan adalah sesuatu yang mustahab dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Apatah lagi jika ianya disertai kegembiraan atas zahirnya nur an-nubuwwah pada bulan yang mulia ini. Walaupun generasi salaf tidak diketahui melakukan walimah yang sedemikian, namun keadaannya sebagai suatu bid`ah tidaklah memestikan yang ianya dianggap sebagai sesuatu yang dibenci (bid`ah makruhah). Betapa banyak bid`ah yang mustahabbah, bahkan yang dianggap sebagai wajib, apabila ianya tidak dicampuri oleh sesuatu mafsadah.
Jadi jelaslah menurut pandangan Imam Abu Zur`ah, mengadakan kenduri untuk memperingati mawlid Junjungan Nabi SAW adalah suatu bid`ah yang mustahab (sunat). Kenduri-kenduri mawlid ini walaupun tidak pernah dikerjakan oleh generasi salaf terdahulu adalah dibenarkan dengan syarat ianya bersih dari perbuatan-perbuatan yang mendatangkan fasad dan kerosakan menurut hukum syarak yang mulia. Maka amat kejilah fatwa songsang zaman ini yang menghukumkan orang-orang yang mengadakan majlis mawlid Nabi SAW sebagai bid`ah yang munkar, sedangkan dalam majlis tersebut tiada perbuatan yang menyalahi syarak. Eloklah kita campakkan sahaja fatwa karut tersebut dan berpeganglah kepada fatwa para ulama kita terdahulu. Bid`ah pun bid`ahlah asalkan bid`ah hasanah

-bahrus shofa-

Air Liur Basi Najis Ataupun Tidak


Air liur basi adalah sejenis air yang keluar dari mulut manusia ketika sedang tidur, air liur basi adalah air yang keluar daripada perut manusia, kadang-kadang air tersebut berwarna kuning cair dan ada yang berwarna putih jernih. Air liur basi lazimnya berbau dan berpeta apabila ia sudah kering.

Imam Syafie berpendapat bahawa air liur basi adalah air yang keluar secara langsung dari perut manusia dan air tersebut adalah najis. Bagi sesiapa yang keluar air liur basi hendaklah ia membasuhnya sehingga bersih seperti membersih najis mutawassitah.

Bersalahan dengan air liur biasa, kerana air liur biasa bukan datang dari perut manusia dan lazimnya air liur biasa ini berwarna putih. Tidak perlu membasuh air liur tersebut jika ia terkena kepada pakaian. Tidak terbatal wuduk atau solat orang yang mempunyai air liur biasa
 
-ustaz noramin-

Khamis, 10 Februari 2011

Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun

JOM MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN
Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun
Penulis: Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Terbitan: Mutiara Ilmu Selekta
Harga: RM25.00

"Aku ingin berterus terang mengatakan, bahawa aku memperoleh manfaat agama yang begitu besar dari Al Ikhwan Al Muslimun. Aku memperoleh faedah yang sangat banyak dari dakwah Ikhwan. Dakwah Ikhwan telah memperluas cakerawala fikiranku memahami Islam secara utuh, sebagaimana disyariatkan Allah SWT, sebagaimana tertera dalam Kitab-Nya, seperti diserukan Rasul-Nya dan difahami oleh para sahabatnya. Islam adalah agama dan dunia, dakwah dan negara, aqidah dan syariat, ibadah dan kepimpinan, mushaf dan...."
-Prof. Dr. Yusuf al Qaradhawi-

Hukum menjadi Model dan Tabarruj


Assalamualaikum ustaz,
Ana ingin mengutarakan persoalan berkaitan hukum wanita muslimah menjadi model busana muslimah dan fesyen tudung yang semakin terbuka dan berleluasa di dalam majalah berunsurkan Islam seolah-olah perkara tersebut dibenarkan syara’ kerana tiada mufti atau fatwa di Malaysia yang memberi hukum terhadapnya? Lebih-lebih lagi model muslimah tersebut memakai ‘make-up’ atau tabarruj yang jelas seperti lipstik dan sebagainya. Apakah hukum menjadi model tersebut dan hukum bertabarruj untuk tontonan umum?

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله و الصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين

Antara perkara yang dimaklumi umum ialah sesuatu itu diambil kira tentang hakikatnyadan bukan semata-mata pada namanya sahaja seperti ungkapan mashur :-

العبرة بالمسميات لا بالأسماء

Samada bentuk pakaian itu dinamakan busana muslimah ataupun nama-nama lain , yang terlebih penting ialah samada pakaian itu memenuhi SYARAT –SYARAT yang telah ditetapkan sebagai menutup aurat ataupun tidak .

Firman Allah SWT:

Bermaksud: “dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.” (QS al-nur ayat 30)

Firman Allah SWT:

Bermaksud: “dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu – Wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji).” (QS Al-Ahzab 33)

Sabda Rasulullah SAW (HR Muslim)

صنفان من أهل النار لم أرهما بعد قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس ونساء كاسيات عاريات مميلات مائلات رؤسهن كأسنمة البخت المائلة لا يدخلن الجنة ولا يجدن ريحها وإن ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا

“Dua kategori penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya lagi iaitu satu kaum yang memegang cemeti (pemukul) seperti ekor lembu –sebagai simbolik pemerintah yang zalim – dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang ,berjalan secara berlenggang lenggok mempunyai sanggul seperti bonggol unta .Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak menghidu baunya walaupun bau syurga itu mampu untuk dihidu sejauh perjalanan tertentu”

Syarat-syarat umum sesuatu fesyen ataupun busana itu menepati hukum syara’

1. tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan
2. tidak nipis
3. tudung hendaklah melepasi paras dada
4. tidak diperagakan dengan digaya-gayakan di hadapan ajnabi seperti catwalk dalam peragaan fesyen walaupun dikatakan ia menutup aurat
5. tidak berhias dan bersolek seperti tabarruj jahiliyyah


Tidak ada fatwa mahupun mufti berfatwa mengenainya bukanlah dalil menunjukkan sesuatu perkara itu harus ataupun halal kerana senyapnya mufti tidak menjadi sumber hukum dalam Islam apatah lagi sesuatu perkara itu seperti etika berpakaian bagi wanita muslimah. Isu tabarruj merupakan isu yang sudah mempunyai hukum tersendiri untuk sekian lama dan bukanlah isu baru yang perlu di fatwakan.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS

Hukum Fotostat Buku


Assalamualaikum ustaz, Saya ada hasrat untuk membeli sebuah kitab, tetapi harganya agak mahal, jadi saya bercadang untuk meminjam kitab tersebut daripada kawan saya dan menghantar ke kedai fotostat. Jadi bolehkah saya berbuat demikian? dan apa hukum kita mencetak buku tanpa izin penerbit buku tersebut?

Jawapan:

الحمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام علي أشرف الأنبياء و المرسلين
:وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلي يوم الدين ، أما بعد

Adalah sesuatu yang kita tidak boleh dinafikan amalan menyalin semula atau photostat ini telah menjadi budaya khususnya di kalangan pelajar dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke pusat-pusat pengajian tinggi. Tidak cukup dengan itu, budaya ini sudah ‘meresap’ dalam masyarakat kita seolah-olah budaya dan amalan ini dibenarkan dalam Islam dan amat sukar dibendung dari terus berluasa dari satu generasi ke satu generasi.

Namun disebalik itu, kita mesti memahami bahawa karya-karya yang kita salin semula itu adalah hak mutlak penulis yang telah menghabisklan tenaga, masa dan buah fikiran bagi menghasilkan hasilan-hasilan kajian yang amat berkualiti kepada setiap umat manusia. Apakah kita berfikiran bahawa penulis-penulis ini tidak layak untuk menerima sedikit upah dan ganjaran daripada kerja tangan dan fikiran yang dihasilkan ini?

Sudah tentu, titik peluh yang mereka curahkan, selayaknya diberi ganjaran yang setimpal dan royaliti hasil usaha yang mereka kerahkan. Sebab itu, Islam memandang permasalahan ini sebagai isu yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak agar tidak berlaku wewenang oleh orang ramai.

Menyelusuri sepintas lalu sejarah perundangan Islam berkaitan amalan ini. Fakta yang kita tidak kesampingkan adalah isu hakcipta atau isu harta intelek ini, mula mendapat perhatian dan tumpuan oleh ulama’-ulama’ semasa dalam Majma’ al-Fiqh al-Islami yang berlangsung pada tahun 1988 di Jeddah, seterusnya persidangan ‘Nadwah Huquq al-Muallif’ yang bersidang di Mesir pada tahun 1996 yang antara lain membincangkan permasalahan ‘ Intellectual property’ atau ‘al-milkiyyat al-fikriyyah’ dalam Islam yang kita boleh terjemahkan sebagai harta intelek selain mendapat perlindungan undang-undang oleh Negara.

Resolusi kedua-dua persidangan tersebut menjelaskan, harta intelek adalah termasuk di dalamnya hakcipta diperundangan dalam Islam.

Lantaran daripada itu, memang terdapat pelbagai pandangan telah diutarakan oleh ulama’-ulama’ komtemporari dalam merumuskan hukum yang berasaskan Ijtihad ini.

Ada sesetengah pendapat yang membenarkan amalan ini atas dasar keperluan yang amat mendesak seperti masalah kesempitan kewangan atau keperluan yang meruncing untuk mendapatkan naskhah yang asal, dengan bersandarkan kepada Kitab al-Ashbah Wa al –Nazhoir mencetuskan pendekatan Kaedah Fiqhiah iaitu :

الحاجة تنزل منزلة الضرورة عامة كانت أو خاصة
Ertinya : "Suatu keperluan boleh jatuh dalam kategori terdesak samada ia berbentuk umum atau khusus"

Selain daripada itu, perlu ditekankan bahawa perbuatan ini adalah dibenarkan bagi kegunaan peribadi sahaja dan bukanlah bagi tujuan mengaut keuntungan atau tuntutan berupa faedah-faedah lain yang mana ianya adalah berlawanan dengan tujuan asal .

Sekian والله أعلم

Disediakan oleh:
Ustaz Mohamad Shukry Sulaiman
Ahli Panel MUIS

Hukum Mengambil Barang Tinggalan


Assalamualaikum ustaz,

Dibangunan pangsapuri saya ada sebuah kereta lama ditinggalkan melebihi 6 tahun,dirosakkan bebudak pecah semua cermin , dah jadi seperti akuarium bila hujan,pemiliknya warga Indonesia dan telah pulang ke Indon tidak dapat dikesan.saya bercadang untuk ambil sedikit alatganti yg masih boleh dipakai.Bolehkah sy berbuat demikian..Syukran.

Jawapan:

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين

Harus saudara mengambil barang ganti berkenaan dan selepas itu saudara mempunyai dua pilihan, saudara boleh simpan sebagai harta amanah dan mengembalikan kepada tuannya sekiranya tuannya datang menuntut. ataupun pilihan yang kedua, saudara boleh memiliki barang tersebut dan membayar mengikut nilai barang tersebut sekiranya tuannya datang menuntut.

و صلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

والله أعلم

Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS

MENCINTAI RASULULLAH S.A.W

منچينتاي رسول الله

بولن ربيع الاول تاهون ݢاجه مڠيڠتکن کيت اکن کلاهيرن نبي بسر جونجوڠن کيت محمد صلى الله عليه وسلم جوسترو کيت ممڤرايڠتي مولود نبي صلى الله عليه وسلم اونتوق مڠوڠکڤکن راس کاسيه يڠ تيدق بربله بهاݢي کڤد رسول الله صلى الله عليه وسلم يڠ ترچينتا

نبي محمد صلى الله عليه وسلم اداله سأورڠ د انتارا مأنسي يڠ تراݢوڠ يڠ دکنل اوليه سجاره ڤرادبن مأنسي. دري ڤرسڤيکتيف اݢام اسلام، نبي محمد صلى الله عليه وسلم اداله رسول اوتوسن الله سبحان وتعالى يڠ منجادي ‘ڤمبري ڤريڠاتن'، مولا-مولا باݢي بڠسا عرب، دان کمودين باݢي سلوروه اومت مأنسي

اومت اسلام دتونتوت بوکن هاڽ اونتوق مڠحياتي اجرن بݢيندا، تتاڤي جوݢ ممنتڤکن چينتا دان ڤڠهرݢان د اتس جاس-جاس سرتا ڤڠوربانن بݢيندا منݢقکن شعار اسلام. جوسترو کران جاس دان ڤڠوربانن رسول، سرتا اتس داسر ڤمبرين حق ڤڠحرمتن ايتله، سهيڠݢ الله سبحان وتعالى دان ڤارا ملائکة منچورهکن رحمة دان مموهون مغفرة اونتوق بݢيندا سرتا مڠنجورکن اومت اسلام اونتوق مڽمڤأيکن صلوات دان سلام سجهترا کڤد نبي محمد صلى الله عليه وسلم سرتا کلوارݢ بݢيندا

 
مڠيڠاتي ربيع الاول، بولن کلاهيرن نبي محمد صلى الله عليه وسلم ڤد تاهون اين برسمأن 15 فيبرواري 2011 سهاروسڽ بنر-بنر منجادي تيتيق تولق کسدرن اومت اسلام د نݢارا اين باݢي ممڤرکوکوهکن ڤرڤادوان سرتا منيڠکتکن ايمان، تقوى، دان عمل صالح. کيت ايمبس دان ݢلي کمبالي ڤرجواڠن رسول الله صلى الله عليه وسلم دڠن نية منچونتوهي دان ممڤرکتيقکنڽ دالم کهيدوڤن سهاري-هاري

ترلالو باڽق اونتوق دڤرکاتاکن تنتڠ کاݢوڠن دان کڤريهتينن نبي محمد صلى الله عليه وسلم يڠ منجادي تلدان باݢي سموا ڤريڠکت مأنسي. بݢيندا اداله سبايق-باءيق مخلوق توهن سلوروه عالم .ڤرايأن يڠ کيت سمبوت اداله سباݢاي بوقتي چينتا، اياءيت کنيقمتن مڽبوت نام اورڠ کيت چينتاي

 
اومت اسلام دتونتوت بوکن سقدر اونتوق مڠحياتي اجارن رسول الله صلى الله عليه وسلم تتاڤي ممنتڤکن راس چينتا دان ڤڠهرݢان اتس جاس-جاس سرتا ڤڠوربانن يڠ تيدق ترنيلاي. سسوڠݢوهڽ الله سبحان وتعالى دان ڤارا ملائکة منچورهکن رحمة دان مموهونکن مغفرة اونتوق نبي صلى الله عليه وسلم سرتا مڠنجورکن اومت اسلام اونتوق مڽمڤأيکن صلوات دان سلام سجهترا کڤد بݢيندا دان کلوارݢ بݢيندا

کلوهورن بودي نبي صلى الله عليه وسلم بوکن هاڽ دڽاتاکن اوليه الله دان ديقيني اومت اسلام، برداسرکن فرمان الله يڠ برمقصود

“دان بهاوا سسوڠݢوهڽ اڠکاو ممڤوڽاءي اخلاق يڠ ساڠت-ساڠت مليا،

 مالهن دأکوي اوليه کاون دان لاون

 
ماله کتيک دمينتا اونتوق مڠوتوق، نبي صلى الله عليه وسلم ممبالس، يڠ برمقصود: اکو بوکن داوتوس سباݢاي ڤڠوتوق، تتاڤي اکو داوتوس اونتوق مڠاجق کڤد کبايکن دان ڤڽيبار رحمة

 
صفة کاسيه سايڠ نبي صلى الله عليه وسلم ترهادڤ سسام مخلوق تيدق اکن دتموي ڤد سأورڠ مأنسي ڤون يڠ لبيه تيڠݢي راس کاسيه سايڠڽ، لمه-لمبوتڽ سرتا ڤربواتن اتاو عمل باءيقڽ کڤد مخلوق توهن

 
کاݢوڠن نبي صلى الله عليه وسلم منجاديکن بݢيندا سباݢاي تلدان يڠ ترباءيق سکالي ݢوس سباݢاي ڤمباوا بريتا ݢمبيرا دان ڤمبري ڤريڠاتن. بݢيندا منزيارهي اورڠ-اورڠ ساکيت، برسام-سام مڠيريڠي جنازه دان ممنوهي اوندڠن والاوڤون درڤد سأورڠ کانق-کانق.کسوڤنن دان کسنتونن بݢيندا ترهادڤ اورڠ کباڽقن دان سيکڤ يڠ ترڤوجي يڠ بݢيندا تونجوقکن ترهادڤ اورڠ-اورڠ يڠ سومبوڠ مڽببکن بݢيندا دحرمتي دان دسانجوڠ تيڠݢي

دالم کسيبوکن بݢيندا مميمڤين، بݢيندا سنتياس منريما سسياڤا ڤون يڠ داتڠ دڠن تاڠن تربوک دان برلاڤڠ دادا والاوڤون سأورڠ بدوي يڠ کاسر صفتڽ

صلوات دان سلام ک اتس جونجوڠن بسر نبي محمد صلى الله عليه وسلم