Sahabat Ilmu

Selasa, 20 Disember 2011

5 Soalan yang telah dijawab oleh 700 Ulama'

Dicatat oleh Ustaz Huzaifah

Syaqiq bin Ibrahim berkata :

"Saya telah bertanya pada tujuh ratus orang alim tentang lima masalah,
maka mereka semuanya menjawab dengan satu jawapan yang sama:

1- Siapakah orang yang sempurna akal ?
= Orang yang tidak cinta pada dunia.

2- Siapakah orang yang cerdik ?
=Orang yang tidak tertipu dengan dunia.

3- Siapakah orang kaya ?
=Orang yang redha menerima bahagiannya dari Allah SWT ( rela menerima hukum takdir Allah SWT ).

4- Siapakah orang yang mengerti agama ?
=Orang yang tidak minta berlebih-lebihan.

5- Siapakah orang yang bakhil ?
=Mereka yang tidak mengeluarkan Hak Allah SWT dalam hartanya".

petikan:
http://peribadirasulullah.wordpress.com/

Tiada ulasan: