Sahabat Ilmu

Khamis, 17 November 2011

~ KEJAYAAN ITU MILIK ALLAH ~


~ KEJAYAAN ITU MILIK ALLAH ~
Assalamualaikum dan salam mahabbah buat semua pembaca dan penziarah blog. Kesetiaan Yang Sempurna. Alhamdulillah, Allah SWT masih lagi memberikan kepada kita semua untuk menghirup udara oksigen, merasai nikmat-nikmat yang diberikanNya dan juga masih dapat meneruskan medan dakwah dalam blog ni...

Alhamdulillah di panjatkan, kerana hari ini semestinya ada dalam kalangan an...ak-anak@kaum kerabat kita yang mendapat keputusan yang baik dan cemerlang dalam Peperiksaan UPSR. Maka, Allah SWT juga telah mengizinkan pelajar2 di sekolah saya untuk mendapat keputusan yang baik dan cemerlang dalam peperiksaan UPSR hari ini.

Alhamdulillah , marilah kita menilai pesoalan dan perbincangan ini... "Siapakah yang memberikan aku kejayaan ini?".

Maka tulisan ini membawakan kepada anda satu tajuk ~ KEJAYAAN ITU MILIK ALLAH ~

Tulisan ini cuba mahu membawa jiwa-jiwa kita supaya menghayati satu tabiat seorang sahabat Nabi Muhammad SAW. Di mana jika beliau mendapat pujian ataupun ucapan kejayaan daripada manusia lain, seraya beliau terus menadah tangan kepada Allah SWT...

" Ya Allah, sentiasalah jadikan diriku lebih baik daripada apa yang mereka sangka."

Seperti kita sedia maklum, apabila kita mendapat kejayaan yang baik mahupun cemerlang, sudah tentu pujian akan bertalu-talu datang menghampiri diri kita. Betul bukan?? Dengan segala bisikan syaitan inilah, yang akan membuat diri kita tersa sedikit bangga diri, sombong dan sebagainya sehinggakan kita lupa kepada Yang Maha Memberi kita kejayaan tersebut.

Seolah-olah kita merasakan bahawa, kejayaan yang kita tempa itu merupakan hasil usaha titik peluh dan susah-payah kita tanpa menghubungkaitkan kejayaan kita itu dengan Allah SWT.

Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semua itu dari Allah SWT

Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nikmat dariNya
Ingat Allah SWT bersyukurlah padaNya
Wajiblah kita lafazkan Alhamdulillah

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Munafiquun ayat 8.
" ............. Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasulnya serta bagi orang-orang yang beriman , akan tetapi orang-orang munafiq itu tidak tahu mengetahui (hakikat yang sebenar)"

Ayat di atas ini, menegaskan bahawa kejayaan itu milik Allah SWT dan RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman yakni kejayaan Islam itu sendiri.

Tidak jeliklah kiranya ada dalam kalangan kita sendiri yang mengatakan bahawa

~ KEJAYAANKU ADALAH KEJAYAAN ISLAM ~

Sememangnya kita ini tidak lari daripada kejayaan dan kegagalan. Semua ini merupakan satu ujian daripada Allah SWT untuk menguji hamba-hambaNya.

" Sekadar manakah tahap keimanan kita kepada Allah SWT dan bagaimanakah kita membuktikan keimanan kita kepadaNya. "

Apabila berjaya, sememangnya bahaya bagi kita. Kenapa?? Kerana Allah SWT mahu benar-benar menguji kita... Adakah dengan kejayaan yang kita kecapi itu, menambahkan lagi kesyukuran kita kepada Allah... Ataupun hubungan kita dengan Maha Pemberi itu semakin jauh...

Dan apabila kita menemui kegagalan, seperti biasa kita dengar... Gagal itu tak bererti kita gagal selama-lamanya.

Tulisan ini ingin sejukkan hati anda yang membaca post ini bahawa mungkinkah Allah SWT menangguhkan kejayaan kita pada suatu masa di mana kita benar-benar sentiasa mengingati Allah SWT. Juga Allah SWT mahu menguji kita, adakah kita mempersalahkan Dia atas kegagalan kita. Buka mata buka hati...

" Jika kita mengingati Allah SWT, maka Allah SWT akan sentiasa mengingati kita. Ketahuilah bahawa Allah SWT bersama-sama kita "

Kejayaan pada Peperiksaan ini belum menentukan kejayaan kita dan anak2 pada hari muka. Dan yang paling penting...

Adakah kita telah bersedia untuk kejayaan kita di 'alam kehidupan' kita yang kedua. Ataupun kita mahu gagal di sana nanti.

Maka, kejayaan yang kita kecapi itu tak semuanya akan kekal. Hasrat yang terpendam dalam hati itu perlulah kita menghubungkaitkan dengan Allah SWT. Dan kegagalan itu merupakan titik tolak kepada kejayaan kita. Asalkan kita terus istiqamah dalam beramal. Kerana Allah SWT tidak akan bertanyakan kepada NATIJAH ( Hasil ) tetapi Allah SWT akan bertanyakan kepada kita setakat manakah kita berusaha...

Akhir kata, sambutlah SALAM SYABAS DAN SALAM TAHNIAH dari saya. Moga-moga kita sama-sama menjaga Hubungan Dengan Allah SWT dan bersyukur diatas kejayaan yang dikurniakanNya. Salam mahabbah... Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

" Kejayaan Kita, Kejayaan Islam "
~ KEJAYAAN ITU MILIK ALLAH ~

Artikel asal: (khalifah-muda.blogspot.com) dengan sedikit pengubahsuaian

Tiada ulasan: