SOALAN: Saya cari dalam forum tak berjumpa, jadi soalan saya berkaitan hukum orang yang bekerja dalam jabatan kerajaan yang menulis permit perpindahan binatang seperti Babi, anjing dll.
JAWAPAN:Wa’alaikumussalam. Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Pada dasarnya, orang Islam di larang menjual atau membeli barangan yang haram. Sabda Nabi :-

إن الله إذا حرَّم شيئاً حرَّم ثمنه
“Apabila Allah mengharamkan sesuatu, dia mengharamkan harganya” [Hadith Riwayat Abu Daud]
Telah diriwayatkan dari Jabir ibn Abdullah ra. bahawa beliau telah mendengar dari Rasulullah semasa beliau berada di Mekah dikala pembukaannya :-

إن الله ورسوله حرم بيع الخمر والميتة والخنزير والأصنام
“Allah dan Rasulnya telah mengharamkan penjualan Arak, Bangkai, Babi dan patung-patung” [Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Orang Islam dilarang berniaga (jual-beli) secara langsung. Didalam kes sebuah negara yang mempunyai orang-orang kafir zimmi (kafir yang hidup sebuah negara Islam secara aman), disana terdapat beberapa kelonggaran. Mereka dibenarkan menyembelih, mengimpot dan berniaga daging babi tersebut. Apa yang perlu mereka lakukan ialah tidak menjualnya secara terang-terangan dihadapan orang-orang Islam, atau mempunyai bahagian khas yang menjual binatang tersebut. Larangan orang kafir menzahirkan babi tersebut telah dinyatakan oleh Imam al-Nawawi didalam al-Minhaj :

ويمنع من إسماعه المسلمين شركا، وقولهم فى عزير والمسيح، ومن إظهار خمر وخنزير وناقوس وعيد
“Di tegah umat Islam dari mendengar perkara syirik (dari orang kafir), kata-kata mereka mengenai ‘Uzair dan al-Masih (Nabi Isa as), dan dari menzahirkan Arak, Babi, loceng2 (sembahyang) dan Perayaan mereka” [Mughni al-Muhtaj, 4/322].
.عن سويد بن غفلة: أن بلالا قال لعمر بن الخطاب: إن عمالك يأخذون الخمر والخنازير فى الخراج فقال لا تأخذوا منهم، ولكن ولوهم بيعها، وخذوا أنتم من الثمن
"Daripada Suwaid bin Ghafalah: Bilal berkata kepada Umar bin Al-Khattab : Sesungguhnya pegawai-pegawai kamu telah mengambil arak dan babi untuk membayar cukai tanah, lalu Umar berkata : Jangan kamu ambil (arak dan babi) daripada ahli zimmah, akan tetapi kamu beri kuasa menjualnya, kemudian kamu ambil harganya. "(Hadis riwayat Abu 'Ubaid).
Disini menampakkan didalam Kerajaan Islam sekali pun, ahli zimmah ini dibenarkan berniaga babi, dan kerajaan boleh mengutip cukai darinya. Akan tetapi, umat Islam dilarang sama sekali terlibat secara langsung didalam penjualan babi ini. Penjualan dan pembelian hendaklah dilakukan oleh orang-orang kafir.
Berbalik kepada soalan diatas, hukum bekerja di Jabatan Kerajaan, yang terlibat didalam perpindahan binatang yang haram dimakan, seperti babi dsb adalah harus. Ia tidak melibatkan penjualan dan pembelian babi secara langsung. Lagi pun, apa yang dilakukan oleh Jabatan Haiwan tiada kaitan langsung dengan perniagaan babi, akan tetapi lebih kepada mengawal kesihatan dan kebersihan binatang dan tempat ternakan babi tersebut. Diantara tugas-tugas Jabatan :-
a. Memastikan babi tersebut bebas dari influenza babi
b. Memastikan penternak babi tidak menyuntik babi tersebut dengan bahan pengemuk yang dilarang; Beta-agonist
c. Mengawasi import babi
d. Memastikan penternak-penternak babi mematuhi syarat-syarat yang dikeluarkan.
e. Mengawal perjalanan babi antara negeri ke negeri.
Tugas-tugas Jabatan ini sangat penting dikala kerajaan memberi kelonggaran kepada perniagaan babi kepada orang bukan Islam, namun kadar kesihatan dan kebersihannya perlu diambil kira. WA.
Sekian, wassalam

PANEL AL-AHKAM.NET
Tiada ulasan:
Catat Ulasan