Soalan:
Ketika majlis pertunangan dan pernikahan, ada sesi pertukaran dulang-dulang hantaran. Lazimnya pihak penganting lelaki membawa dulang-dulang hantaran dalam jumlah yang ganjil lalu dibalas oleh pihak penganting perempuan dalam jumlah yang ganjil juga. Adakah semua ini dianjurkan oleh Islam? Saya rasa ia agak memberatkan kerana kos yang tinggi bagi menyediakan dulang-dulang hantaran tersebut dengan segala perhiasannya.
Jawapan:
Rasulullah bersabda: “Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.” [al-Adab al-Mufrad, hadis no: 594 dengan sanad yang hasan] Justeru saling memberi hadiah adalah sesuatu yang dianjurkan dalam Islam.
Merujuk kepada amalan dulang-dulang hantaran, ia merupakan adat masyarakat Melayu di Malaysia. Sekalipun adat, ia memiliki dasar di dalam Islam di mana dulang-dulang tersebut merupakan hadiah di antara pengantin pihak lelaki dan perempuan. Diharapkan dengan pertukaran hadiah-hadiah tersebut, ia akan dapat menjalin hubungan silaturahim dan kasih sayang yang baik di antara kedua-dua keluarga pengantin.
Walau bagaimanapun, syarat-syarat hadiah adalah ia diberikan secara ikhlas, mengikut kemampuan pemberi dan tidak bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga-bangga di hadapan orang lain. Oleh itu amalan memberi dan bertukar dulang-dulang hantaran di antara pengantin pihak lelaki dan perempuan hendaklah dilakukan secara ikhlas, yakni mengharapkan balasan dan keredhaan Allah. Ia hendaklah disediakan dengan kos yang selari dengan kemampuan pemberi, jangan sehingga berhutang atau makan mee segera semata-mata untuk menyediakan dulang hantaran.
Paling penting, persediaan dulang-dulang hantaran adalah untuk mengeratkan silaturahim dan kasih sayang di antara kedua-dua pihak pengantin. Maka jangan jadikan ia sumber menunjuk-nunjuk kehebatan, kemewahan dan status kepada orang lain. Betapa banyak majlis pertunangan dan perkahwinan yang dulang-dulang hantarannya diharapkan menjadi sebutan orang, namun selepas itu kehidupan kedua-dua mempelai mahupun hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua pihak tidak seperti yang diharapkan..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan