Sahabat Ilmu

Jumaat, 24 Disember 2010

Madzhab Syafiee Ada Dua: Madzhab Syafiiee Qadim dan Jadid

Soalan ini sering menganggu benak saya. Maka, saya telah bertanya dengan Ustaz Wan Ji.

SOALAN: Yang manakah Madzhab Syafiee yang sebenar: Qaul Qadeem atau Qaul Jadeed

JAWAPAN USTAZ WANJI: qadim atau jadid, ia tetap mazhab Syafie. Dia dikenali sebagai Mazhab Qadim dan mazhab jadid. Qadim, merujuk fatwa2 Imam syafie semasa di baghdad. Jadid merujuk fatwa Imam syafie semasa di mesir.

riwayat2 mazhab jadid Syafie adalah, Al-Buwaiti, Al-Muzani, Ar-Rabi' Al-Jizi, Yunus bin Abdul 'Ala dan Abdullah bin Az-Zubair al-Makki.

riwayat2 mazhab Qadim Syafie adalah, Imam Ahmad bin Hanbal, Abu Sur, Al-Kurabisi dan Az-Za'farani.

Fatwa Imam As-Syafie berubah atau tidak sama antara dua tempat, kerana faktor Tarikh Tasyri', iaitu berbedaan keperluan dan hajat sesuatu tempat. Dan faktor, sampainya riwayat hadis semasa beliau berada di Mesir dan Di baghdad.

sekian
Tulang Besi ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Wan Ji kerana telah meluangkan masa dan tenaga untuk menjawab soalan dari Tulang Besi.

Tiada ulasan: