Sahabat Ilmu

Ahad, 5 Disember 2010

Jenis-jenis Solat Sunat

Walaupun "sunat" tetapi banyak perkara yang perlu diketahui mengenainya supaya dapat diamalkan dengan sempurna. Solat sunat ialah ialah solat yang dilakukan oleh seorang muslim dengan kerelaan hatinya sendiri, sama ada solat itu dilakukan pada waktu malam ataupun pada waktu siang. Solat sunat terbahagi kepada 4 jenis iaitu :

1. Solat Sunat Ghairu Muaakkadah

Yang dikatakan solat sunat ghairu muaakkadah ialah solat-solat sunat yang tidak begitu kuat anjuran untuk melakukannya. Solat tersebut ialah solat sunat sebelum Maghrib, solat sunat sebelum Isyak dan solat sunat sebelum Asar. Termasuk juga ke dalam kategori ini ialah solat Dhuha.

2. Solat Sunat Muakkad

Solat sunat Muakkad ialah sembahyang sunat yang amat digalakkan untuk melakukannya, dan sentiasa dilakukan oleh Rasulullah saw. Solat sunat yang termasuk dalam solat sunat muakkad ialah solat Rawatib iaitu 2 atau 4 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat sesudah Isyak, 2 rakaat sebelum Subuh, solat Witir, solat Tarawih, solat Aidil Adha dan beberapa jenis solat yang lain.

3. Solat Sunat Muqayyad

Solat sunat yang dilakukan sebab berhubungan dengan suatu masalah. Dilihat dari sebabnya, maka solat muwayyad ini terbahagi kepada 2, iaitu :

•Solat sunat yang disyariatkan sebagai mengiringi solat-solat fardhu, yang dikenali juga dengan nama solat Rawatib.

•Solat sunat yang disyariatkan bukan sebagai pengiring bagi solat fardhu, seperti solat Dhuha, Witir dan seumpamanya.

4. Solat Sunat Mutlaq

Solat sunat mutlaq ialah solat yang dilakukan semata-mata kerana hendak melakukan amalan sunat. Untuk ini seseorang hanya memadai berniat sahaja untuk melakukan solat tanpa menyebutkan nama solatnya.

Tiada ulasan: