Sahabat Ilmu

Isnin, 6 Disember 2010

"Bantulah Surau Kami Yang Hampir Nak Roboh Ini..."


Surau Nur Iman Kg. Pinawantai Ranau Sabah....

No. Akaun SURAU:
1004-0006128-207
CIMB ISLAMIC

Diharap kepada semua dermawan dapat memberikan sedikit sumbangan kepada surau untuk digunakan membina sebuah surau bersaiz 30'x40', & kelengkapan lain..

LATAR BELAKANG

Surau Nur Iman Kg. Pinawantai telah ditubuhkan pada 05 Ogos 2009 dengan kesepakatan seluruh umat islam di kampung ini kerana ketiadaan rumah ibadah. Surau tersebut diwujudkan secara menumpang di sebuah rumah usang sementara menunggu sumbangan bangunan baru dari kerajaan mahupun pihak NGO dan juga dari individu-individu yang ingin menderma dari seluruh dunia. Atas kesedaran untuk menegakkan syiar islam di kampung ini yang telah lama terpinggir dari segi pembangunan maka pada 05hb Ogos 2009 surau ini berjaya ditubuhkan dengan barisan AJK dan perancangan aktiviti-aktiviti yang mantap. penduduk muslim di kampung ini adalah seramai 108 orang termasuk kanak-kanak. Bukan jumlah yang sedikit sehinggakan pada musim bulan puasa dan ketika mengadakan aktiviti-aktiviti tertentu, surau tersebut yang mempunyai keluasan 20 meter persegi sahaja tidak berupaya menampung tetamu dan jemaah yang hadir.

AJK TERTINGGI SNIP 2009/2010

Pengerusi Nur-Iman:
EN. SHARIFFIN LAMID
Naib Pengerusi:
EN. SABRY SERUNGIN
Setiausaha:
PN. NORZIAH ABDULLAH
Naib Setiausaha:
EN. HAMSUN MASAN
Bendahari:
PN. SERINIH SARIM

AJK:
1. EN. SUADIN LAMID
2. EN. PAMIN MUSA
3. EN. JAUNEH KUNDAD
4. UST. SOUPIN @ DOASIN LAMID
5. EN. JOHS ADIN
6. EN. JAHIRI SAMIR
7. PN. ROSNANI ABDULLAH
8. PN. ANING ANIM
9. PN. SITI HAJIMIE JAHIRI
10. PN. MOINI SANAN



Sholat berjemaah dibuat bergilir (2 trip) kerana ruang sempit..


Para jemaah mendengar ceramah ramadhan dari Ustaz Akhwan Affandi..

MARI KITA SEMUA BERSATU MENYUMBANG UNTUK MENGAGUNGKAN RUMAH ALLAH INI..

Tiada ulasan: