-SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN Kepada Semua Pembaca Blog Ana Yang Setia Semoga Sentiasa Sihat dan Berada Di Bawah Naungan dan Rahmat Allah s.w.t.
ALHAMDULILLAHI Rabbil Alamin, Wassalatu Wassalamu Ala Ashrafil Ambia ie Walmursalin Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajama'in. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat dan sahabat-sahabat Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.
SAHABAT-SAHABAT SEKELIAN
Ramadhan Al-Mubarak adalah satu bulan yang penuh dengan rahmat dan barakah. Bulan untuk menggandakan pahala. Bulan yang penuh dengan hadiah dan bonus dari Allah s.w.t. Bulan yang paling lumayan pahalanya berbanding bulan-bulan yang lain. Bulan untuk mendidik manusioa mendekati Allah s.w.t. Bulan untuk mencari keredhaan Allah, bulan untuk mencari keampunan Allah.
Bulan yang menjanjikan balasan syurga. Bulan yang digandakan pahala sehingga lebih baik dari seribu bulan. Bulan untuk meningkatkan ketaqwaan. Bulan yang syaitan dikat dan dibelenggu. Bulan untuk menjadikan tubuh badan bertambah sihat dan kuat. Bulan yang dikurniakan rezeki yang mencurah-curah. Bulan yang doa dimakbulkan Allah. Bulan yang diturunkan al-Quran sebagai penyelamat manusia di dunia dan akhirat.
Bulan yang di dalamnya terdapat ibadah puasa, ibadah sahur, solat tarawikh, zakat fitrah, majlis tazkirah, tadarus al-Quran, Qiamullail, berbuka puasa berjamaah, amalan iktikaf di masjid, umrah ramadah, zikrullah dan doa. Bulan untuk hamba memperbaiki hubungannya dengan penciptaNya. Bulan yang dijanjikan 1 amalan fardhu digandakan pahala seperti melakukan 70 amalan fardhu, 1 amalan sunat yang dikerjakan digandakan pahala seperti mengerjakan satu amalan fardhu, satu ibadah yang dilakukan semalam digandakan pahala seperti beribadah selama 83 tahun 3 bulan..Bulan Ramadhan sebenarnya merupakan pesta ibadah dan pesta memburu syurga Allah swt..
Allahuakbar..masyaallaah begitu pemurah dan baiknya Allah dengan hambanya.. Adakah kita menghargai dan menghayatinya.
SAHABAT-SAHABAT SEKELIAN
Bulan yang penuh barakah ini hanya ada 30 hari sahaja dalam setahun, hanya sebulan sahaja dari 12 bulan yang ada..hanya insan yang beriman, bertaqwa, yang benar-benar Muslim, yang benar-benar mukmin, yang ikhlas dan jujur, yang tak pernah cuai/lalai perintah allah sahaja yang berjaya mendapat serta memperolehi semua tawaran-tawaran yang dijanjikan oleh Allah swt. Bagi insan yang tiada perasaan sama ada ramadhan atau tidak, sama sahaja macam hari-hari dan bulan-bulan lain, masih melakukan cara hidupnya berdasarkan akal dan nafsunya maka tiadalah sebarang kebaikan dan manfaat Ramadhan padanya.
Sabda Nabi s.a.w:
“Amat sia-sia dan rugi mereka yang melalui ramadhan (hidup dibulan Ramadhan) namun tidak mendapat keampunan daripada Allah s.w.t.
SAHABAT-SAHABAT SEKELIAN
Namun begitu bulan yang penuh kerahmatan dan barakah ini bakal meninggalkan kita semua sehari dua lagi.. Hanya insan yang benar2 bertaqwa yang sedih dengan pemergian Ramadhan ini kerana golongan ini bimbang andainya Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir baginya, tidak sempat merasai Ramadhan pada tahun-tahun yang akan datang dan sedih serta bimbang kalau-kalau Allah tidak menerima amal yang dipersembahkan sepanjang Ramadhan ini.
SAHABAT-SAHABAT SEKELIAN
Semoga Allah membalas pahala yang terbaik kepada kita semua dan diberi ganjaran syurga ar-Rayyan sebagaimana yang dijanjikan kepada orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keampunan daripada Allah swt. Tetapi golongan yang kurang beriman amat seronok dan gembira dengan pemergian Ramadhan kerana mereka menganggap Ramadhan adalah bulan yang mengongkong dan menyekat kebebasan makan mereka.
Kepada seluruh jamaah diharap amalan baik yang kita lakukan pada bulan Ramadhan menjadi amalan yang istiqamah dan berkekalan selepas Ramadhan sehinggalah kita bertemu Allah s.w.t bukannya hanya sebagai amalan yang bermusim..
Marilah kita meneruskan perintah Rasulullah s.a.w untuk bersama-sama meningkatkan amal sempena kedatangan Syawal dengan berpuasa 6 hari..insyaallah.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis riwayat Muslim).
DiSuBuh SyaWal yg MuLia:
JiKa aDa keSiLaPan SeMaLam BeLum TerAmPuni……AmPuNkAnLaH!
JiKa aDa keSiLaPan HaRi iNi MenYaKitKan……HaPusKanLah!
JiKa aDa keSiLaPan eSok HaRi MenDaTang……MaAfKanLah!
SaLam AiDil FitRi Al-MuBaRak kpd SeLuRuH JaMaAh SeKeLiAn. Ameeen
SEMOGA KITA MENDAPAT KEAMPUNAN, KERAHMATAN DAN KENIKMATAN DARIPADA ALLAH S.W.T
DARIPADA:
USTAZ MUHAMAD NAIM BIN HASHIM (IBNU MUSLIM) DAN ISTERI
(IMAM SURAU AL-IKHLAS BDR SG BUAYA RAWANG)
017-3112753 / 019-6023803
BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU..INGATLAH ALLAH S.W.T . SEMOGA SELAMAT PULANG DAN SELAMAT KEMBALI..WASSALAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan