Sahabat Ilmu

Khamis, 7 Mei 2009

HUKUM ORANG BUKAN ISLAM BACA QURAN

PERTAMA: JAWAPAN DARI MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA

Customer Name: abu abi
Submitted on:4/7/2009 8:38:00 AM
Subject:RELIGIOUS
Case Ref No.:MUI-09-002101

Question:
assalamualaikum tuan/puan soalan saya,bolehkah orang kafir
1. baca quran?
2. berceramah guna ayat quran?
3. baca untuk tegur orang Islam yang melakukan kemungkaran?
4. adakah dalil yang melarang?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam Wr. Wb.

Terima kasih di atas soalan yang dikemukakan. Tidak ada sebarang larangan yang menyebut bahawa orang yang bukan Islam dilarang membaca, berceramah dengan ayat qur'an dan sebagainya. Ini kerana pada zaman Rasulullah, sebelum para sahabat memeluk agama Islam, mereka masih lagi belum beriman dan telah membaca al-Qur'an. Dalam hal ini tiada larangan bagi mereka membaca al-Qur'an tetapi mereka juga perlu menghormati al-Qur'an ketika membacanya. Sekian, terima kasih.

DI JAWAB OLEH:
Office of the Mufti | DID: 6359 1449 | Fax: 6259 1735 | Email: oomtemp@muis.gov.sg Islamic Religious Council of Singapore (Muis) | No 1 Lorong 6, Toa Payoh, Singapore 319376 | Website: www.muis.gov.sg

KEDUA: JAWAPAN DARIPADA KITAB-KITAB MUKTABAR

Hukum orang kafir membaca al-Quran

Pengarang kitab فيض الرحمن في الأحكام الفقهية الخاصة بالقرآن Dr Ahmad Salim menyebut dalam kitabnya seperti berikut:

Hukum orang kafir membaca al-Quran

Terdapat dua pendapat dalam perkara ini:

Pendapat pertama: Haram bagi orang kafir zimmi atau yang lainnya untuk membaca al-Quran. Ini Ini kerana mereka yang lebih patut ditegah dari orang yang berjunub. Ini adalah mazhab Hambali.

Pendapat kedua: Harus bagi orang kafir untuk membaca al-Quran kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya.

Ini adalah mazhab Syafie. Pengarang kitab حاشية البجيرمي mensyaratkan supaya orang kafir tersebut diharap untuk masuk Islam. (habis kalam Dr Ahmad)

Apabila dilihat dalam kitab-kitab utama dalam mazhab Syafie saya menemui seperti berikut:

Imam Ramli dalam kitabnya نهاية المحتاج berkata:

“Orang kafir tidak ditegah untuk membaca al-Quran kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya.”

Pengarang kitab مغني المحتاج Imam Muhammad as-Syarbini telah berkata:

“ Perkara kedua yang dilarang bagi orang berjunub adalah membaca al-Quran bagi orang muslim. Adapun orang kafir tidak ditegah membaca kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya seperti yang disebut oleh al-Mawardi.”

Al-Bujairimi berkata dalam kitabnya حاشية البجيرمي على شرح منهج الطلاب :

“Tidak ditegah orang kafir berjunub untuk duduk di mesjid dan membaca al-Quran. Adapun orang kafir yang berhaid dan bernifas dilarang membaca Quran dan duduk di masjid.

Kalau kita lihat, sebab kepada tidak ditegah orang kafir yang berjunub membaca al-Quran dan duduk di masjid adalah sebab yang sama iaitu mereka tidak percaya kepada kehormatan masjid dan al-Quran. Pengharusan orang kafir adalah berdasarkan hadis yang mana Nabi saw telah menahan orang-orang musyrikin di masjid.

Rujukan: فيض الرحمن في الأحكام الفقهية الخاصة بالقرآن oleh Dr Ahmad Salim, نهاية المحتاج oleh Imam Ramli, مغني المحتاج oleh Imam Muhammad as-Syarbini dan حاشية البجيرمي على شرح منهج الطلاب oleh al-Bujairimi.

KETIGA: DIJAWAB OLEH: Fikri Alamghiri

SOALAN:
BARU-BARU INI ORANG BUKAN ISLAM SUDAH BACA AL-QURAN DAN TAFSIRNYA SEKALI,SAYA MAHU BERTANYA,ADAKAH IA MENGHINA WALAUPUN DIA BERCAKAP BENDA BETUL?

JAWAPAN:
Tidak menghina. Cuma isu itu agak sensitif di Malaysia kerana kita menghalang segala bentuk berkaitan al-Quran dengan org bukan Islam. Ini adalah berpandukan fatwa mazhab kita mengenai larangan (dibaca - haram) membawa al-Quran ke negara kafir atau Darul Harb pada suatu masa lampau (ini antara fatwa yg paling hampir dgn situasi yg berlaku kini).

Isu ini diperpanjangkan dan apabila ada orang kafir membaca al-Quran pun disimpulkan dalam keadaan yang sama bahawa ia terlarang (haram).

Jadi, bila berlaku sama dengan kisah lampau bagaimana Umar al-Khattab sendiri membaca al-Quran dan dicampakkan cahaya iman ke dalam hatinya. Maka hal itu sebenarnya lebih besar kebaikannya daripada keburukan. Apabila orang non muslim mampu mengkaji al-Quran, mualaf sebenarnya lebih ramai daripada apa yang kita sangkakan.

(ertikata sebenar, mualaf - adalah org yang lembut hati dan ingin berjinak dgn Islam. Bukan orang yang dah masuk Islam 4-5 tahun sebagaimana yang difahami majoriti kita hari ini. Itu sudah sememangnya orang Islam, bukan lagi mualaf)

Kita sebaiknya lebih memahami agama kita agar mudah orang lain menerima Islam dan bukan menyusahkannya. Wallahul musta'an!
________________
Fikri Alamghiri
Tasfiyah wa Tarbiyah
mohdfikri.com/blog/
www.alamghiri.blogspot.com/

SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL..WASSALAM

Tiada ulasan: