Sahabat Ilmu

Ahad, 28 September 2008

AMALAN DI HARI RAYA

Amalan Di Hari Raya bagi umat Islam ialah:

1..Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri . Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : “Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya”.

2.. Menjamah makanan sebelum keluar. Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : “Nabi SAW tidak keluar di pagi Hari Raya Idilfitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma…”

3..Memperbanyakkan Takbir ; Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibnu Umar RA keluar di Hari Raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan Solat Hari Raya.

4..Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah.. “Taqabbalahhu minna wa minkum” ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

5..Memakai pakaian terbaik yang ada ; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6..Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ; Ia berdasarkan hadith dari Jabir RA yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya (Riwayat Al-Bukhari)

7..Berziarah dan merapatkan silaturahmi sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

8..Tukar kerajaan melalui pilihan raya akan datang kepada parti yang berdasar dan berteraskan Islam, agama yang diredhai Allah SWT. Takbirr. Allahuakbar.

Begitulah kira-kira tazkirah untuk kali ini, sekadar muhasabah diri dan menyampaikan kebenaran. Selamat terus berpuasa, bertarawih dan selamat menyambut kedatangan Hari Raya! Taqabbalahhu minna wa minkum..

SELAMAT BERAMAL
28 RAMADHAN 1429H

Tiada ulasan: