Sahabat Ilmu

Sabtu, 3 Mei 2008

PEMIMPIN AGUNG YANG PATUT DICONTOHI

KHALIFAH AGUNG:UMAR BIN ABDUL AZIZ

1.0 PENDAHULUAN

Sejarah pemerintahan Bani Umayyah mencapai kegemilangannya di bawah pentadbiran khalifah yang kelapan iailu Khalifah Umar bin Abd Aziz.Umar bin Abd Aziz merupakan khalifah Dinasti Umayyah (99-102 H/717-720 M) yang terkenal dengan kebijakan, keadilan, kejujuran serta sederhana dalam segenap aspek.Dengan sebab itu beliau dianggap oleh ahli sejarah sebagai khalifah al-Rashidin ke-5. Umar juga terkenal dengan sifat konsisten dalam menerapkan ajaran Islam dan Sunnah Nabi S.A.W.Sebelum menjadi khalifah, Umar pernah memegang jawatan sebagai al-Katib di Jabatan al-Katib. Kemudiannya beliau dilantik meniadi khalifah setelah wafatnya Khalifah vang ke-7 Sulaiman bin Abd Malik.Walaupun era pemerintahannya begitu singkat iaitu selama 2 tahun 5 bulan tetapi beliau begitu berperanan dalam mendamaikan pelbagai perselisihan internal umat Islam terutamanya kaum Syiah.

Kebijakan Umar dalam era pemerintahan meliputi semua aspek sama ada keagamaan, sosial,politik dan ekonomi. Di bidang agama, beliau telah berjaya menghidupkan ajaran al-Quran dan Hadith dan melakukan seleksi Hadith. Di bidang sosial politik pula, beliau sangat menjunjung tinggi kebenaran serta keadilan dan memberikan kebebasan pendapat kepada rakyat dari semua golongan. Adapun di bidang ekonomi, beliau telah melaksanakan beberapa strategi pcnting dalam melindungi kepentingan rakyat dan meningkatkan kemakmuran umat Islam.

2.0 LATAR BELAKANG KHALIFAH UMAR ABD AZIZ

Namanya Abu Hafash " Umar Abd Aziz bin Marwan bin Hakam Ibn al-Ash bin Umaiyah bin i Syams". Ibunyai bernama Laila Ummi Ashim binti Ashim bin Umar bin al-tah.Umar merupakan cucu khalifah Islam yang kedua dan jelaslah bahawa dari pihaknya ia merupakan golongan bangsawan Bani Umayyah dan dari pihak ibunya bersambung dengan pemimpin terkemuka Islam iaitu sahabat Rasulullah S.A. W. "Umar bin al-Khattab"

Beliau dilahirkan di Kota suci Madinah pada tahun 61 H iaitu pada tahun tentera Yazid menyerbu negeri itu di bawah pimpinan panglimanya Muslim bin Uqbah dengan kekuatan 12,000 tenteranya. Pada ketika kekacauan itulah lahimya "Umar bin Abd Aziz" ke dunia.( Ummu Saif: 1998)

Umar juga pernah di hantar oleh bapanya ke Mesir untuk melanjutkan pelajarannya dan tinggal di sana hingga tahun 85/704 dan waktu itu bapanya kembali ke rahmatullah. Ia juga pernah mendapat Pendidikan di Madinah yang saat itu menjadi pusat ilmu pengetahuan dan tempat ulama hadith dan tafsir. Kemudian beliau dibawa ke Damsyik oleh bapa saudaranya khalifah Abd Malik dan dikahwinkan dengan anaknya Fatimah. (Mahayudin Hj.Yahya : 1989).

Setelah itu beliau telah dilantik menjadi gabenor Madinah dan menubuhkan sebuah Majlis Penasihat yang dianggotai oleh 10 orang ulama yang terkemuka bagi mengkaji permasalahan negara. Pada tahun 93 H Umar telah dipecat dari Jabatan Gabenor Hijjaz di Madinah kerana berbeza pendapat dengan Walid bin Abdul Malik, khalifah ke-6 Bani Umayyah. Perbezaan pendapat ini disebabkan oleh hasutan Hajjaj bin Yusuf as-Saqafi (gabenor beberapa wilayah Umayyah) dan pendokongnya yang tidak menyukai prestasi Umar.

Jika dilihat dari aspek ketokohan Umar dalam bidang ilmu pengetahuan Allamah Zahdi pernah berkata bahawa beliau adalah seorang ahli hukum yang termasyhur, tekun, ahli dalam sunnah, menghafaz isi al-Quran dan paling takut kepada tuhan. Sehingga Anas bin Malik pemah berkata bahawa " ia tidak pernah solat di belakang seorang pemimpin yang cara solatnya menyerupai cara Nabi S.A.W. iaitu ‘Umar bin Abdul Aziz". (Imam Munawir: 1985)

2.1 Keluhuran Peribadi Seorang Khalifah.

Umar merupakan seorang khalifah yang berlatar belakangkan ibadah yang begitu tinggi mutunya sehingga jiwanya suci bersih serta iman yang utuh. Maka dengan itu dapatlah diyakini bahawa ia akan melahirkan budi pekerti yang tinggi, akhlak dan tingkahlaku yang mulia dan terpuji. Setiap langkahnya diambil dengan hati nurani yang sentiasa membisikkan kebenaran dan keadilan sejagat. Keluhuran peribadinya terkenal dan amatlah dikagumi dalam pelbagai aspek.

2.1.1.Tidak Menagih Penghormatan dan Kedudukan

Beliau bukanlah seorang yang gilakan pangkat dan kedudukan. Ini jelas sekali kerana beliau melarang rakyatnya berdiri dan menghormatinya jika ia datang pada sesuatu pertemuan kerana bimbang penghormatan ini akan menjadikannya sombong dan bongkak terhadap orang lain. Menurut beliau perbuatan ini bertentangan dengan ajaran agama yang menganggap semua manusia sama di sisi Allah s.w.t ( Ummu Saif:1999)

Di samping itu juga walaupun kedudukannya begitu tinggi dalam Negara beliau tetap bersifat sederhana. Ini terbukti setelah beliau baru sahaja dilantik menjadi khalifah kerana telah menyatakan kepada rakyatnya:” perlantikannya sebagai khalifah adalah tidak mendapat pandangan peribadinya terlebih dahulu, tidak ada musyawarah daripada kaum Muslimin. (Abd al-Aziz Sayyid al-Ahl : l969).

Umar juga ternyata terlalu berscdih dan gelisah dengan beban tanggungjawab yang dipikulnya sesudah dilantik menjadi khalifah. Selesai sahaja solat beliau telah berdoa dan menangis. Kepada isterinya juga telah diadukan keresahan hatinya tentang umat Muhammad tentang penderitaan mereka yang miskin dan tidak mempunyai harta.(Wan Rosli Abd Majid: 2002). !ni menunjukkan sifatnya yang tidak mengejar pangkat dan kedudukan dalam kehidupan duniawi.

2.1.2. Rcndah hati dan Pemaaf

Sifat-sifat mulia yang terdapat kepada Umar ialah beliau berjiwa rakyat dan rendah hati walaupun berketurunan bangsawan. Kerendahan hati yang dimiliki oleh beliau ini dapat dilihat dari satu kisah iaitu sewaktu beliau baru sahaja dilantik scbagai khalifah. "beliau telah pergi ke masjid bersama-sama pengawal peribadinya. Kebetulan beliau berjalan di tempat yang gelap dan kakinya tersepak seorang lelaki yang sedang tidur. Lalu lelaki tersebut marah dan tidak mengetahui beliau adalah seorang khlifah sehinggalah pengawal peribadinya turut marah dan ingin memukul lelaki itu. Akan tetapi Umar seorang yang sabar dan memaafkan lelaki itu dengan rasa rendah diri " Jelas sekali bahawa sifat rendah hati dan pemaaf yang ditunjukkan oleh Umar begitu terserlah.


2.1.3. Tldak Bersifat Materialisme

Peribadinya yang telah dihiasi dengan sifat wara' dan zuhud telah menjadi pakaian rohani bagi mukmin yang hakiki. Beliau telah meninggalkan segala keinginan nafsu duniawi yang melalaikan setelah bergelar khalifah. Kezuhudannya dalam aspek keduniaan begitu terserlah apabila beliau telah menjual kesemua kuda tunggangannya yang menjadi kenderaan dan wang tersebut dimasukkan ke dalam Baitulmal. Begitu juga dari sudut pakaian dan makanan ber sederhana Sikapnya nyata sekali begitu berbeza setelah menjadi khalifah kcrana beliau lebih menyenangi pakaian dan makanan ynng murah. Harga pakaiannya tidak sampai satu dinar manakala beliau menjauhi makanan yang lazat-lazat. Kesederhanaan ini menyerlahkan lagi sifatnya yang tidak mementingkan materialisme dan kesenangan duniawi.

3.0 SISTEM DAN DASAR PENTADBIRAN UMAR ABD. AZIZ.

3.1 ASPEK POL1T1K.

3.1.1 Asas Pentadbiran

Khalifah Umar bin Abd Aziz merupakan satu-satunya pemerintah Bani Umayyah yang membentuk asas pentadbiran berlandaskan Quran dan Sunnah. Keadilan dan ketegasan beliau membentuk asas pcntadbiran telah diakui sehingga digelar khulafa’ al-Rasyidin. Menurut Ibn Jauzy khalifah-khalifah Islam itu ada lima iaitu Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Usman Affan, Ali Abi Talib dan Umar Bin Abdul Aziz.

Malah, Umar bin Abd Aziz berusaha mendekatkan dirinya dengan para ulama dan sering berkomunikasi dcngan mereka. Beliau sentiasa meminta fatwa yang berharga dari mereka untuk dijadikan pedoman di dalam menjalankan tugas pemerintahannya. Di antara ulama yang sering dihubunginya ialah Salim bin Abdullah bin Umar bin al-Khuttab dan Hasan al-Basri (UmmuSaif: 1998)

Khalifah Umar Abd Aziz juga mengembalikan semula sistem syura sebagai asas pentadbiran negara. Sistem tersebut telah ditinggalkan oleh khalifah-khalifah Bani Umayyah sebelumnya. Keadaan ini dapat dibuktikan scmasa perlantikan beliau sebagai Khalifah. Walaupun perlantikan beliau sebagai khalifah telah dibuat oleh Sulaiman bin Abd Malik melalui wasiatnya. Tetapi beliau tetap tidak menerimanya, beliau menyerahkan jawatan tersebut kepada orang ramai untuk membuat pemilihan dan keputusan. Namun. orang ramai tetap mcmilihnya sebagai khalifah (Salina Abd Manaf. 1991).

Rakyat memilih Umar sebagai Khalifah bukanlah disebabkan pengaruh wasiat Sulaiman Abd. Malik, malah pemilihan yang dibuat tersebut sebenarnya adalah bcrdasarkan kelayakan yang ada pada diri Umar sendiri.

3.1.2 Dasar Pentadbiran Dalam Negara.

Dalam masa pemerintahan Umar bin Abd. Aziz, pcmbaikan polisi dalam negara Islam telah dilakukan. Bcliau mengambil berat terhadap kesejahteraan rakyat dan keamanan negara. Tujuan yang ingin dicapai adalah untuk menegakkan agama Allah dan mentadbir dunia dengan prinsip keadilan. Beliau telah melaksanakan dasar diplomasi bagi mewujudkan perpaduan seluruh rakyat. Ini bersesuaian dengan sifat khalifah Umar bin Abd Aziz yang tidak suka kepada pertumpahan darah. (Salina Abd. Manaf: 1991)

Contohnya, tindakan beliau untuk berlemah lembut dengan masyarakat khususnya puak Khawarij memandangkan mereka merupakan golongan yang amat fanatik dan tidak membenarkan orang Islam lain kecuali diri mereka sendiri. Umar bin Abd. Aziz telah menggambarkan keadaan mereka dengan gambaran yang amat jelas ketika beliau berkata kepada mereka "kamu menginginkan kebahagiaan di akhirat, letapi kamu telah keliru memilih jalannya ".

Pada tahun 100 hijrah, golongan Khawarij kembali semula melakukan pemberontakan di Iraq sewaktu pemerintahan Umar Abd. Aziz. Beliau telah memerintahkan gabenor Kufah, Abd Hamid menghadapi mereka, tetapi tidak boleh menumpahkan darah mereka kecuali jika keadaan memaksa, lalu Abd Hamid mengirim pasukan tentera berjumlah dua ribu orang untuk menghalang huru hara yang mungkin berlaku di daerah Iraq tersebut (Ummu Saif: 1998).

Malah Umar juga bersua dengan dua orang pemimpin Khawarij untuk berdialog. Perundingan itu berakhir dengan rasa puas hati kedua-dua utusan itu bahawa Umar adalah benar dan beliau benar-benar berusaha sekuat tenaga untuk bekerja bagi kebaikan Islam dan kaum muslimin. Khalifah Umar juga mengambil tindakan untuk mendekatkan dirinya dengan golongan Syiah. Beliau berusaha menghapuskan segala celaan terhadap Ali dan keluarganya dalam khutbahnya di masjid. Tindakan beliau ini ternyata dapat menarik perhatian golongan Syiah untuk bekerjasama dengannya.

Antara tindakan-tindakan lain yang dilakukan oleh Khalifah Umar Abd. Aziz dalam menguruskan pentadbiran negara adalah:

(i) Menghapuskan cukai Jizyah ke atas golongan Mawali dan melantik pegawai
berdasarkan kelayakan mereka bukan bangsa atau keturunan.

(ii) Penyair yang sering menimbulkan penentangan antara kabilah tidak diberi
tempat dalam pentadbiran.

(iii) Mengadakan beberapa reformasi dan program-program yang menyeluruh
dalam semua bidang antaranya menyusun semula nama-nama para gabenor,
qadi dan para pegawai kerajaan.

(iv) Menyusun beberapa jabatan penting dalam pentadbiran negara seperti Jabatan
Polis, Jabatan al-Kharaj, Jabatan Ketenteraan, Jabatan Cop Mohor, Jabatan
Pengawal dan Jabatan al-Rasail atau pos (Salina Abd. Manaf: 1991)

(v) Menggalakkan asimilasi perkahwinan antara Arab dan bukan Arab yang
sebelum ini kedua-dua golongan tersebut sering bemrasuhan antara satu sama
lain akibat dasar perkauman bani Umayyah (Mahayuddin Hj. Yahya: 1998)

3.1.3 Dasar Pentadbiran Liwr Neg»ra.

Khalifah Umar bin Abd Aziz mengamalkan dasar luar negara berdasarkan dakwah Islamiah bukan berdasarkan polisi dengan menyerang negara-negara asing untuk meluaskan jajahan takluk Islam serta akidahnya. Keadaan ini dapat dibuktikan apabila beliau dilantik menjadi Khalifah. Beliau telah mengarahkan supaya semua kegiatan peperangan dan penaklukan dihentikan, tentera-tentera Bani Umayyah yang sedang mengepung ibu kota Constantinople diarahkan pulang. Begitu juga dengan tentera-tentera yang berada di kawasan bekas jajahan Byzantine yang berjauhan diarahkan berundur pulang ( Mahayudin Hj. Yahya : 1998 ).

Begitu juga tentera-tentera yang menyerang Sind telah diarahkan memberhentikan serangan bersenjata. Dasar penarikan tentera dari medan peperangan serta memberhentikan penaklukan ke atas negara-negara lain merupakan satu dasar Umar yang amat bertentangan dengan khalifah-khalifah Bani Umayyah sebelumnya.

Khalifah Umar Abd Aziz juga mengamalkan dasar berdakwah serta menyeru pemimpin-pemimpin negara lain supaya memeluk Islam. Beliau telah mengirim 10 fuqaha ke Maghrib untuk mengajar anak negeri itu tentang Islam dan menghantar surat kepada Leo yang ketiga iaitu Raja Rome supaya mereka menerima Islam (Salina Abd. Manaf: 1991). Disamping itu, Khalifah juga mengutus surat kepada raja Turki dan Raja Sind untuk menyeru mereka kepada Islam.

3.1.4 Doktrin-Doktrin Perlantikan Kepimpinan Negara.

Khalifah Umar Abd. Aziz telah meletakkan syarat-syarat tertentu dalam perlantikan kepimpinan negara. Malah, beliau telah meletakkan lima asas penting untuk berjuang bersama-samanya iaitu:

(i) Seseorang boleh menyampaikan kepadaku keperluan orang yang tidak mampu
menyampaikannya.

(ii) Harus membantu kami dalam perkara-perkara kebajikan dengan
kesungguhannya

(iii) Dia harus menunjukkan kami kepada kebaikan pada perkara-perkara yang kami tidak mcndapat petunjuk pada perkara tersebut.

(iv) Jangan membuat tipu daya terhadap rakyat disisi kami

(v) Jangan menentang apa yang tidak ada hubungan dengannya.

Beliau juga tidak akan melantik seseorang itu sebagai pegawai dalam urusan pentadbirannya kecuali mereka yang ada sifat-sifat seperti tegas dan adil serta berlemah lembut dengan kerajaan. Khalifah meletakkan syarat-syarat seperti ini adalah untuk melahirkan pegawai yang bertanggungjawab dan berdedikasi (Salim Abd Manaf: 1991)

Umar juga menetapkan beberapa syarat bagi posisi hakim. Menurutnya dalam menyelesaikan perkara perselisihan, seseorang hakim harus membuat keputusan berdasarkan kepada al-Quran, hadis, ijmak. dan ijtihad. Kerana itu ia menetapkan lima syarat iaitu memiliki ilmu pcngetahuan tentang sejarah, mcnjauhi sifat tamak, pcnyantun, dapat bekerjasama dengan para cendiakiawan dan bebas dari pcngaruhi penguasa mana pun. ( Ade Armondo et. al: 2001)

3.1 ASPEK EKONOMI.

Seterusnya dari sudut pentadbiran ekonomi pula Umar Abd Aziz telah banyak menunjukkan kewibawaannya demi kemakmuran rakyatnya. Peribadinya yang luhur, bersih daripada sifat membesar diri atau bermegah-megah dengan kekuasaannya menyebabkan beliau digelar sebagai pemimpin Islam yang agung.Beliau telah memanifestasikan pelbagai prinsip pentadbiran ekonomi di era pemerintahannya. Antaranya ialah:

3.2.1 Melaksanakan Reformasi Cukai

Langkah pertama yang dilaksanakan oleh Umar ialah dengan memerintahkan amir-amirnya mengumpul jizyah (cukai kepala) ke atas orang Islam. Manakala cukai Ushr dan Kharaj dibebankan ke atas pemilik tanah, akan tetapi sekiranya tanah tidak mengeluarkan hasil maka ia berhak mendapat perlepasan cukai. Beliau juga mengarahkan Amirnya di Kufah iaitu Abd Hamid Bin Abd Rahman Qudsi supaya bermuamalat dengan ahli zimmah secara adil (Mamat Said: 1986).

Selain daripada itu reformasi cukai yang dilaksanakan oleh Umar adalah melalui dasarnya supaya setiap orang yang telah memeluk Islam dikecualikan daripada membayar cukai jizyah sama ada dari keturunan Arab atau bukan Arab. Ini kerana sebelum itu, iaitu pada zaman pemerintahan Hajjaj orang-orang Islam yang bukan Arab dikenakan cukai kepala. (Mahyudin Hj. Yahya :1989). Di samping itu juga orang Islam dikecualikan daripada membayar semua jenis cukai kecuali zakat (K.Ali: 1974).

Namun begitu strategi ini mendapat tentangan daripada gabenornya yang menyatakan ia akan menjejaskan kestabilan kewangan negara. Akan tetapi ia terus dilaksanakan dan mendapat impak positif kerana meningkatnya bilangan rakyat yang memeluk agama Islam. (Mamat Said : 1986) Sistem reformasi cukai ini tidak dilaksanakan secara berterusan kerana Khalifah Umar telah meninggal dunia setelah berjaya memerintah hanya dalam masa tiga tahun sahaja.( G.E. Von. Grunebaum : 1970)

3.2.2 Mcnghapuskan Gejala Rasuah

Umar juga terkenal sebagai seorang yang jujur kerana beliau tidak suka menggunakan harta negara untuk kepentingan peribadi. Diriwayatkan bahawa : Ketika Umar sedang bekerja di pejabatnya pada suatu malam untuk urusan negara, anak lelakinya telah datang atas urusan keluarga maka beliau memadamkan lampu yang beliau pasang kerana lampu itu di beli menggunakan wang negara itu. Ini kerana ia Iganggap ia telah menggunakan wang rakyat dan tidak mahu dijadikan (digunakan) sebagai untuk kepentingan keluarganya.(Ade Armondo et.al: 2001)

Ini menunjukkan bahawa beliau begitu prihatin tentang dasar pencegahan terhadap kepentingan peribadi. Dengan itu bagi menghapuskan gejala rasuah beliau telah melarang gabenornya daripada mengambil sebarang benda lebih yang diambil daripada kharaj atau selainnya seperti hadiah yang diberi oleh penduduk.

3.2.3 Menghapuskan Penyelewengan

Sistem baru yang telah diaplikasikan oleh Umar bagi membanteras penyelewengan ialah dengan menguatkuasakan timbangan yang sah. Kaedah ini dilaksanakan dalam pertukaran dan timbangan supaya tidak berlakunya pemalsuan dan penipuan dalam kegiatan perniagaan. Dengan penguatkuasaan ini maka ia dapat membela hak rakyat yang telah ditindas. Ini bersesuaian sekali dengan firman Allah yang bermaksud : "Dan janganlah kamu mengurangi hak orang lain" (Surah Hud : 11 ayat 85)

Justeru itu juga beliau melarang gabenor dan pekerjanya daripada menjalankan perniagaan kerana gaji mereka sudah mencukupi supaya tidak mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat. Pegawai-pegawai kerajaan juga tidak berhak menerima harta baitulmal kerana ia milik kaum Muslimin tetapi ia boleh digunakan untuk urusan negara. Dengan itu beliau telah mengupah pengintip untuk mengawasi para pegawainya bagi menyelidiki kes-kes penyelewengan yang berlaku dalam negara dan memastikan segala harta baitulmal dibelanjakan secara bcrfaedah sahaja.

3.3 ASPEK SOSIAL.

3.3.1 Menegakkan Keadilan Soslal.

Khalifah Umar Abd. Aziz merupakan seorang Khalifah yang berusaha menegakkan keadilan bagi negaranya yang sedang diamuk oleh pelbagai krisis yang bertahun lamanya. Langkah pertama yang dilakukan oleh Umar unluk mengembalikan keadilan sosial adalah dengan cara memecat pegawai-pegawai yang zalim serta melantik pegawai-pegawai yang adil walaupun bukan dan golongan keluarga Bani Umayyah. Contohnya, Umar telah mengangkat Abdul Hamid al-Qurasy sebagai Gabenor Kufah (Iraq), Abd. Rahman bin Nu'aim sebagai Gabenor Khurasan dan Samah bin Malik sebagai Gabenor Andalus. Mereka itu semua didampingi oleh para alim ulama sebagai penasihatnya seperti Hasan al-Basri, Amir Asy-Sya'by dan Ibnu Mu'awiah (K.H. Firdaus A.N : 1977 )

Langkah seterusnya yang dilakukan oleh Umar adalah mengembalikan hak milik rakyat yang dirampas. Beliau telah mengembalikan tanah rakyat yang dirampas oleh pemerintah feudal untuk dijadikan hak milik peribadi mereka. Oleh itu beliau tidak ragu-ragu mengembalikan hak milik sebenamya kepada mereka yang berhak. Tindakan Umar ini telah mengembirakan rakyat yang selama ini ditindas dan dizalimi. Umar juga melaksanakan keadilan dengan membahagikan harta rampasan perang (Ghanimah) kepada kaum Mawali yang turut serta berjuang Fi Sabilllah melawan kaum kafir.

Keadilan dan ketegasan Umar dalam pemerintahannya benar-benar menjadikan rakyatnya hidup aman dan kaya. Yahya Ibn. Said pernah meriwayatkan, "Umar Ibn Abdil Aziz telah mengutusku ke Afrika Utara untuk membahagikan zakat kepada penduduk di sana. Aku pun
melaksanakan perintah tersebut. Aku mencari golongan fakir miskin untuk ku berikan zakat itu kepada mereka, akan tetapi kami tidak menemui seorang pun dan tiada pula orang yang mahu menerimanya. Umar benar-benar telah menjadikan rakyatnya kaya. Akhirnya ku beli beberapa orang hamba dengan harta zakat itu lalu dimerdekakan " ( Wan Rosli Abd. Majid: 2003 ).

3.3.2 Menghormari Hak Golongan Non Muslim Dalam Negara.

Khalifah Umar Abd. Aziz merupakan seorang pemimpin yang sentiasa menghormati hak golongan Non-Muslim dalam negaranya. Sifat terpuji beliau ini dapat dilihat menerusi tindakannya yang mengembalikan gereja kepada kaum Nasrani yang sebelum ini diambil oleh Khalifah-khalifah sebelumnya. Gereja ini bukan sahaja diambil oleh mereka, malah telah diubahsuai menjadi tempat ibadat kaum Muslimin iaitu masjid.

Contohnya gereja yang asalnya menjadi hak golongan Nasrani iaitu penduduk Damaskus telah diambil oleh Khalifah Walid bin Abd. Malik dan diubah menjadi masjid. Setelah Umar Abd. Aziz memegang tampuk pemerintahan beliau telah membatalkan hak kaum muslimin ke atas rumah ibadat tersebut dan mengembalikannya kepada penduduk Damaskus kerana pada pandangan Umar hal itu adalah tidak adil dan bertentangan dengan toleransi agama yang diajar oleh Nabi Muhammad (K.H Firdaus A.N: 1977)

3.3.3 Menghadapi Mahkamah Keadilan

Umar Abd. Aziz merupakan seorang yang menghormati hukum keadilan. Malah beliau juga telah memberikan contoh kepada rakyatnya bahawa setiap orang tidak kira sama ada berkedudukan tinggi atau bawahan mestilah menghormati keadilan undang-undang dan tidak keberatan menghadapi pengadilan. Kisah ini terjadi apabila seorang penduduk dari Hulwan berdekatan daerah Mesir telah datang menuntut kepadanya supaya mengembalikan tanahnya yang telah dirampas oleh Abd. Aziz (ayah Umar) ketika ia menjadi gabenor Mesir untuk pembangunan negeri itu (Ummu Saif: 1998 ).
Lalu Umar mencadangkan kepada lelaki itu supaya menuntutnya di Mahkamah. Dalam pengadilan, khalifah berkata kepada Hakim " soya telah bersedia memberikan ganti rugi kepadanya sejuta dirham " (K.H Firdaus A.N : 1977). Hakim bersetuju dengan ganti rugi tersebut dan lelaki yang kehilangan tanah itu pula berpuas hati terhadap keputusan tersebut.

3.4 ASPEK KEAGAMAAN

Umar mempakan seorang khatifah yang berpegang teguh kepada keagamaan dalam menyampaikan risalah dakwah Islamiah. Polisi pentadbiran keagamaannya mementingkan ajaran yang berlandaskan risalah Nabi Muhammad S.A.W. akan tetapi dalam masa yang sama amat memelihara kepentingan agama lain contohnya agama Kristian. Akan tetapi mereka tidak dibenarkan membina gereja yang baru di dalam negara.( K.Ali : 1974). Prinsip pentadbirannya amat berbcza sekali dengan khalifah yang lain secara realitinya hanya mementingkan aspek duniawi tanpa menitikberatkan nilai kerohanian dan pembangunan ummah di dalam sebuah negara Islam. Beliau tampil sebagai pemimpin ummah dengan menjadikan dirinya sebagai petunjuk dan memberi kemakmuran jasmaniah kepada masyarakat melalui beberapa misinya.

3.4.1 Dakwah "Amar Makruf Nahl Mungkar"

Melalui misi dakwah Umar telah telah menyeru ummah supaya memahami ajaran Islam dalam konteks yang hakiki terutamanya kepada Amir-amir, gabenor-gabenornya, pegawai-pegawainya di setiap daerah melalui kiriman surat dan risalah. Politik dakwah melalui " Amar Makruf Nahi Mungkar" adalah bertujuan menghapuskan maiiusia-manusia yang berideologi sekularisme. Aspek kefahaman perlu dititikberatkan bagi melahirkan generasi yang mempunyai penghayatan terhadap Islam.

Usaha dakwah ini telah dilaksanakan dengan mengirim surat kepada para panglima dan pemimpin tentera supaya mereka semua taat menjalankan perintah solat dengan penuh disiplin dan mempelajari ilmu-ilmu dan menyebarkannya di kalangan mereka. Dengan ditegakkan solat secara berterusan ini dan disiplin yang sempurna manusia akan mendekatkan diri kepada tuhannya patuh dan taat kepada perintah Allah S. W.T. dan Rasulnya. Dengan cara pembinaan kerohanian ini Umar dapat membina satu pasukan tentera Islam yang kuat dengan moral dan berakhlak tinggi kerana adanya rasa ketaqwaan yang menjiwai kehidupan. (Ummu Saif:1999)

Dengan itu, usahanya berdakwah terhadap para panglima dan tentera Bani Umayyah ini telah berjaya kerana sebelum ini mereka terkenal dengan kerosakan akhlak telah bertukar menjadi golongan-golongan yang soleh dan taat kepada perintah Allah S.W.T. Seterusnya sifat yang terpuji ini kemudiannya tercermin pula ke atas tingkahlaku orang bawahan mereka. Jika dahulu mereka dibenci rakyat, kini mereka amat disukai dan dikagumi kerana tercerminnya peribadi mulia seperti sifat lemah lembut dan belas kasihan. Tujuan sebenar beliau dalam misi dakwahnya adalah untuk melahirkan manusia yang berpegang kepada tatasusila agama di samping membina rohani para pemimpin bawahannya.

3.4.2 Membanteras Fahaman Bid'ah

Di antara langkah lain dalam bidang keagamaan ialah membanteras segala jenis gejala bid'ah yang telah nyata berleluasa semasa pemerintahan Bani Umayyah. Penghapusan kepada gejala bid'ah ini telah dilakukan dengan cara mengeluarkan arahan ke seluruh dunia Islam di bawah pemerintahannya supaya membawa khutbah dalam bentuk baru iaitu tidak lagi menghina dan melaknat Saidina Ali bin Abi Talib.Seluruh mimbar-mimbar masjid sewaktu solat Jumaat telah disalahgunakan oleh para pemerintah Bani Umayyah selama ini yang menimbulkan bibit kebencian kepada kaum Syiah yang menjadi pengikut Saidina Ali r.a.

Akan tetapi penghinaan terhadap Ali ini telah bertukar kepada bentuk perdamaian dan keamanan di antara ummah. Ini seperti mana yang diketahui bahawa Ali sangat dimusuhi oleh Bani Umayyah terutama pengasasnya Muawiyah yang telah mengeluarkan perintah supaya mengutuk Saidina Ali di seluruh daerah kekuasaannya di atas mimbar-mimbar masjid. Semangat untuk membersihkan penghinaan terhadap Ali ini telah tercetus sejak beliau kecil lagi. Ini kerana sewaktu kecil "bapanya juga turut mengikut adat mencerca Ali akan tetapi bapanya berpesan bahawa Ali sebenamya seorang manusia yang patut dikagumi.

Oleh itu, hasrat Umar membersihkan nama Ali dan ahli bait Rasulullah S.A.W. denagn mengubah khutbah merupakan satu manifestasi kepada pembinaan semangat kesatuan ummah dan kedaulatan Islam Tindakan ini juga turut memberi kesan yang positif kepada jiwa rakyat untuk membersihkan hati dan jiwa mereka apabila datang ke masjid suapaya tidak dikotori lagi dengan perkara-perkara keji seperti menghina sahabat Rasulullah dan sebagainya.

Justeru itu juga beliau telah membersihkan segala amalan-amalan bid'ah dan kemungkaran lain seperti melarang orang dari meratapi kematian di jalan raya yang merupakan adat jahiliah. Beliau juga melarang wanita menghantar jenazah ke kubur dan mengadakan kenduri di rumah orang yang baru meninggal dunia. Selain itu, beliau juga mengingatkan rakyamya supaya menjauhkan diri daripada minuman keras yang boleh merosakkan kewarasan akal fikiran. (Ummu Saif: 1999)

3.4.3 Mengumpul Hadith

Usaha Umar dalam bidang keagamaan juga turut berkait dengan bidang ilmu hadith yang menjadi pegangan umat Islam. Beliau telah mengambil inisiatif dalam mengumpulkan dan membukukan hadith Rasulullah S.A.W. dengan tujuan memelihara dan menjaganya dari dinodai dan dicemari oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan bermaksud untuk mencipta hadith-hadith palsu. Pengumpulan hadith telah menyebabkan ilmu hadith berkembang dengan giatnya. Penelitian dan penyelidikan terhadap hadith dilakukan dengan begitu teliti oleh para ulama dan pakar hadith.

Dengan itu lahirlah tokoh-tokoh dan ahli hadith yang popular seperti Imam Bukhari yang begitu masyhur dengan kitab hadith yang muktabar. Di samping itu lahir juga tokoh-tokoh hadith yang berjasa kepada dunia Islam seperti Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasai, Ibn Majah, Ahmad dan Imam Malik. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa berkembangnya ilmu hadith hingga ke zaman ini adalah kerana inisiatif daripada Umar bin Abdul Aziz yang berjaya menghidupkan syiar Islam kepada ummah sejagat.

3.4.4 Membangunkan Ideologi Islam

la telah mengarahkan segenap tenaganya untuk membangunkan kembali ideologi Islam yang benar dan melarang ia diperdebatkan sehingga menimbulkan pertentangan. Beliau juga meminta masyarakat agar berpegang teguh kepada "mahkamat" (asas-asas yang kukuh) dan menganjurkan agar jangan mempersoalkan ayat-ayat "mutasyabihat (ayat-ayat quran yang bersifat kiasan).

Kemudiannya naskhah al-Quran dan hadith dibacakan dan diterangkan maknanya kepada masyarakat sebagai suatu wadah pendidikan ummah. Dengan itu beliau menggalakkan adanya pertemuan-pertemuan keagamaan dan ilmiah bagi memelihara hubungan silaturrahim antara umat ]slam.(Imam Munawir : 1985)

4.0 KESIMPULAN.

Kesimpulannya, dapatlah diketahui bahawa Khalifah Umar Abd. Aziz merupakan seorang yang terkenal dengan sifat zuhud, warak, sederhana. serta patuh kepada ajaran Islam. Beliau berusaha mengembalikan sistem pentadbiran berlunaskan ajaran Qur'an dan Sunnah serta berusaha mengembalikan zaman kegemilangan Khulafa al Rasyidin. Malah dengan perlantikan beliau sebagai khalifah, kehidupan beliau mula berubah dari seorang yang bertubuh sasa kepada seorang yang kurus, daripada seorang yang berharta kepada orang yang kekurangan harta, sehinggakan beliau menghadapi masalah kewangan untuk menunaikan haji. Begitulah betapa besamya pengorbanan seorang khalifah yang adil sehinggakan pemah diriwayatkan bahawa beliau benar-benar telah menjadikan rakyatnya kaya sehinggakan tidak ada seorang pun dari rakyatnya yang miskin dengan harta.

USTAZ MUHAMAD NAIM HASHIM
2 MEI 2008

SENARAI BUKU RUJUKAN

Al-Quran al-Karim

Abd al-Aziz Sayyid al-Ahl. 1969 . al-Khalifah al-zahid Umar ibn Abd al-Aziz. Beirut: al-Ilm Lil Malayuyan.

Ade Armando, Ahmad Gaus A.F.Edi Sudarjat, Elis Nurhayati H., Tdris Taha, KautsarAzhari Noer, Mu'im A Sirry, Luthfi Assyauknie, Nasaruddin Umar, Nasrullah Alief & Smith Alhadar. Ensiklopedia Islam untuk pelajar. Jilid 6. 2001. Jakarta : Pt. Inctiar Baru Van Hoeve.

Salina bt. Abd Manaf. 1991. Polisi pemerintahan Umar bin al-Khattab & Umar Ibn al-Aziz. Latihan Ilmiah : Universiti Kebangsaan Malaysia
Ummu Saif. 1999. Riwayat Hidup khalifah Umar Ahdul Aziz & al-Imam Ghazali. Johor Bahru: Pemiagaan Jahabersa.

Von Grunebaum G.E. 1970. Classical Islam a history 600-1258. Terj. Katherine Watson. London: Unwin Brothers Limited Woking.

Ali, K. 1974. A study of Islamic history. Culcutta : Mullick Brothers.
Firdaus A.N.,K.H. 1977. Kepimpinan khalifah Umar bin AbdulAziz. Jakarta : Publicita.
Imam Munawir. 1985. Mengenal peribadi 30 pendekar dan pemikiran Islam dart mma ke masa. Surabaya : Pt.Bina llmu.

Mahayudin Hj. Yahya. 1989. Ensikhpedia sejarah Islam. Jilid iv. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mahyudin Hj. Yahya. 1998. Tamadun Islam. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mamat Said. 1986. Beberapa prinsip penting dalam pengawasan kewangan di masa khalifah Umar ibn al-Khatlab & Umar ibn AbdulAziz. Latihan Ilmiah: Universiti Kehangsaan Malaysia.

Miftachul Arifin. 2003. Umar AbdulAziz. 1-3 (atas talian)

Tiada ulasan: