Sahabat Ilmu

Rabu, 21 Mei 2008

BAB IBADAH - SIRI 1

SOAL JAWAB AGAMA

Soalan 1:
Hukum Orang Perempuan Mencukur bulu misai, betis dan tangan.

Apakah yang dimaksudkan dengan al-Namsu (النمص- mencabut bulu), bolehkah seorang perempuan membuang bulu misai, janggut, bulu peha dan bulu tangan? Memandangkan bulu tersebut jelas dan suaminya tidak menyukai bulu tersebut, apakah hukum perbuatannya.

Jawapan 1:
Majlis Fatwa Arab Saudi

Al-Namsu (mencabut bulu) ialah mencabut bulu kening, perbuatan ini tidak dibenarkan (oleh Syara’) kerana Nabi S.A.W. telah melaknat al-Namisah (النامصة), pencabut bulu kening dan al-Mutanammisah (والمُتَنَمِّصةُ) iaitu orang yang meminta dicabut bulu kening. Orang perempuan harus mencabut/menghilangkan bulu misai, janggut, bulu kaki dan bulu tangan.

Fatwa Lujnah Daimah (5/195)

Soalan 2:
Apakah Orang Yang Murtad Perlu Qadha Puasa dan Solatnya Selepas Bertaubat ?

Jika seseorang muslim murtad dari agamanya dalam tempoh beberapa tahun, kemudian dia kembali kepada Islam. Apakah dia perlu qadha puasa, sembahyang yang ditinggalkannya?

Jawapan 2:
Oleh: al-Syeikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz
Jika seorang muslim murtad daripada Islam - na'uzubillahi min zalik - kemudian dia bertaubat, maka dia tidak perlu qadha sembahyang dan puasa yang ditinggalkannya berdasarkan firman ALlah S.W.T.
Maksudnya: "Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu, jika kamu semua berhenti (daripada kekafiran), akan diampunkan untuk kamu apa yang telah lalu."

Sabda Nabi S.A.W.
Maksudnya: "Islam itu menghapuskan (kesalahan-kesalahan) sebelumnya (sebelum memeluk Islam), dan taubat itu menghapuskan (dosa-dosa) yang lalu."
Inilah pandangan ulama yang benar terhadap ayat dan hadith di atas. Selain itu juga para sahabat Nabi S.A.W. tidak menyuruh mereka yang kembali kepada Islam setelah murtad di zaman Abu Bakr R.A. untuk mengqadha solat dan puasa sedangkan mereka (yakni para sahabat) adalah orang yang paling mengetahui tentang agama selepas Nabi S.A.W.


Soalan 3:
Hukum berdiri mendengar lagu kebangsaan

Jawapan 3:
Bismillah, walhamsulillah wassolatu wassalam 'ala rasulillah

Berdiri kerana lagu kebangsaan di dalam negara Islam tidak mengapa, kerana ia merupakan ungkapan dari rasa cinta kepada tanah air tersebut. Demikian juga di negara yang bukan islam, tidak mungkin dihukumkan sebagai haram, kerana ia tidak menunjukkan al-wala' atau persetujuan dengan hukum-hakam negara tersebut, bahkan ia merupakan tanggungjawab rakyat (mana-mana negara) hari ini, ia tidak menunjukkan persetujuan dengan peraturan negara tersebut.

Al-Syeikh Faisol Maulawi yang berupa timbalan pengerusi majlis fatwa dan kajian eropah berkata:

"Jika seorang muslim tinggal di negara yang berhukum dengan hukum bukan Islam, maka dia sudah tentu perlu menghormati syiar-syiar negara tersebut seperti lagu kebangsaan, bendera dan seumpama yang lain. Ini merupakan perkara biasa dan termasuk tanggungjawab rakyat berdasarkan norma-norma hari ini. Ia berbeza dengan al-Muwalah yang diharamkan yang membawa maksud memberi kesetiaan kepada peraturan-peraturannya, atau membawa maksud bersama orang kafir memerangi kaum muslimin. Dalil dalam perkara ini bahawa Rasulullah saw hidup di Makkah sebelum hijrah selama 13 tahun, dengan terdedah kepada berhala-berhala yang merupakan syiar bagi orang-orang kafir. Baginda berpada dengan tidak menyertai ibadah mereka dan mengingkari perbuatan mereka. Maka berdiri kerana lagu kebangsaan tidak membawa maksud mewalah kepada peraturan-peraturannya, sebaliknya yang wajib ke atas orang muslim ialah berusaha untuk mengubah peraturan-peraturan tersebut (yang bukan islami) dengan cara dakwah, dan tidak boleh bagi seorang muslim taat kepada mana-mana peraturan jika ia berupa maksiat.

Syeikh 'Atiah Saqr (Salah seorang pembesar ulama Mesir)berkata:

Menghormati bendera dengan bernasyid atau memberi isyarat dengan tangan di tempat tertentu, sebagai menyatakan kesetiaan kepada tanah air, dan mematuhi kepimpinannya dan memberi perhatian untuk memeliharanya, tidak termasuk di dalam ertikata ibadah kepadanya, tidak ada padanya solah dan zikir sehingga boleh dikatakan perbuatan itu sebagai bid'ah atau mendekatkan diri kepada selain Allah.

Soalan 4:
Siapakah orang/golongan yang memulakan sambutan mauled nabi?

Jawapan 4:
Oleh:Dr. Abdullah bin Umar al-Damijiy (Universiti Umm al-Qura Makkah)

Yang mula-mula sekali memulakan sambutan Maulid al-Nabawi ialah al-‘Ubaidiyyuh dari keturunan ‘Ubaid al-Qaddah yang digelar sebagai al-Fatimiyyun,[1] pada awal kurun ke-4 Hijrah. Perkara ini dinyatakan oleh al-Maqriziy di dalam al-Khattat (1/490) dan Abu al-‘Abbas al-Qalqasyandi di dalam Subhu al-A’sya fi Syina’ah al-Insya’ (3/498-499) dan dari kalangan ulama kemudian yang menyatakan perkara yang sama ialah mufti Mesir al-‘Allamah Muhammad Bakhit al-Muti’iy demikian juga al-Syeikh ‘Ali Mahfuz dan al-Sayyid ‘Aliy Fikriy dan selain mereka dari kalangan ulama Islam. Terdapat 6 sambutan maulid yang direka cipta oleh al-Fatimiyyin ini, Maulid Nabi saw, Maulid ‘Ali bin Abi Tolib, Maulid Fatimah binti Rasulullah, Maulid dua orang cucu Nabi saw al-Hasan dan al-Husain, dan Maulid al-Khalifah al-Hadir. Semua maulid-maulid ini adalah hasil pengaruh Tasyayyu’ (pengaruh Syiah). Kemudian perayaan ini telah dihapuskan oleh al-Afdhal bin Amir al-Juyush kemudian dihidupkan semula ketika khilafah al-Hakim bi Amrillah pada tahun 524 H, setelah umat islam hampir melupakannya. Mula-mula yang menzahirkannya ialah di Arbel, oleh al-Muzaffar Abu Sa’ied pada kurun ke-7, kemudian perayaan ini berterusan hingga ke hari ini di kebanyakan tempat. (http://www.islamtoday.net)


[1] Mereka ialah Syiah Rafidhah dari penganut mazhab al-Isma’iliy al-‘Ubaidiy. Pengasas mazhab ini ialah Abdullah bin Maimun bin Di’aan al-Qaddah


Soalan 5:
Hukum Puasa pada hari Maulid Nabi?

Apakah hukum kebiasaan manusia yang berpuasa pada hari 12 Rabi’ulawwal kerana beranggapan hari tersebut ialah hari kelahiran Nabi saw?

Jawapan 5:
Fatwa al-Qaradhawi:

Termasuk puasa yang diharamkan, ialah apa yang dicipta oleh manusia berdasarkan hawa nafsu mereka yang tidak pernah disyariatkan oleh Allah dan dan rasulNya, dan tidak juga diamalkan oleh para khulafa’ Nabi saw, tidak ada juga seorangpun dari para imam yang menyeru untuk menunggalkan puasa pada hari ke-12 dalam bulan Rabi’ulawwal dengan dakwaan ianya adalah hari kelahiran Nabi saw yang sepatutnya kita terjemahkan cinta kita kepada baginda dengan berpuasa.

Kita mencintai Rasulullah saw, dan kita berkeyakinan bahawasanya mencintai Nabi saw adalah satu juzuk daripada iman, dimana seseorang tidak akan dapat merasai kemanisan iman yang sebenar selamamana dia tidak menjadikan Allah dan Rasul lebih dicintainya daripada yang lain. Bahkan mesti seseorang mencintai baginda berbanding bapa dan anaknya dan manusia keseluruhannya.

Akan tetapi yang terbesar penzahiran kita kepada baginda (sepatutnya) ialah dengan mengikut sunnah baginda dan kita membesarkan syariat yang baginda bawa, kita mematuhi baginda dalam setiap arahan dan tegahan baginda, dan kita tidak mengadakan syariat baru di dalam agama kita yang merupakan perkara yang tidak diizinkan oleh Allah ta’ala.

Puasa pada hari kelahiran Nabi saw tidak disyariatkan kepada kita, tidak ada dari satu hadith yang sahih mahupun dhoief, tidak ada seorangpun dari generasi salaf yang mendakwa perkara tersebut, mereka juga tidak pernah melakukannya. Semoga Allah merahmati orang yang mengungkapkan kalimah:
Maksudnya: “Setiap kebaikan itu ada pada mengikut salaf dan setiap keburukan itu ada pada rekaan orang kemudian.”

Disamping itu penetapan hari 12 Rabi’ulawwal sebagai hari kelahiran Nabi saw tidak berdasarkan bukti yang sebenarnya walaupun ia tersebar dikalangan umat Islam. Disana adanya pendapat yang mengatakan kelahiran Nabi saw pada hari ke-9 (Rabi’ulawwal), ada pula yang berpendapa pada tarikh yang lain. Kalaulah perkara ini (hari kelahiran Nabi saw) suatu yang sangat penting yang mempengaruhi hukum syarak, pastilah umat Islam (dahulu) akan memastikannya, dan mereka akan menyebarkannya sepertimana mereka memastikan perkara lain yang terdiri daripada amalan-amalan dan hukum-hakam. (sumber:islamonline.net)

Soalan 6:
Hukum Puasa Pada 12 Rabi’ al-Awwal

Apakah hari yang kita (disunatkan) puasa bersempena dengan maulid Nabi saw, jika hari itu bersamaan dengan hari Jumaat, apakah kita boleh berpuasa?

Jawapan 6:
Oleh: al-Syeikh ‘Atiyyah Saqr, (Bekas) Ketua Lembaga Fatwa al-Azhar.

Puasa sunat digalakkan dan tidak dikhususkan pada masa atau di tempat tertentu, selamamana tidak dilakukan pada hari yang diharamkan berpuasa seperti pada 2 hari raya, hari-hari Tasri’, hari Syak (berdasarkan perbezaan pendapat ulama tentangnya), dan yang dimakruhkan berpuasa seperti menunggalkan puasa pada hari jumaat dan sabtu.

Manakala hari yang digalakkan puasa ialah seperti hari-hari dalam bulan al-Muharram, dan dalam bulan-bulan yang haram, hari ‘Arafah, ‘Asyura, hari Isnin dan Khamis, tiga hari putih dalam setiap bulan iaitu 13, 14 dan 15 haribulan, 6 hari dalam bulan Syawal, kebanyakan hari dalam bulan Syaban seperti yang dilakukan oleh Nabi saw.

Akan tetapi tidak ada pada hari-hari yang disunatkan puasa ini, hari (yang dianggap) kelahiran Nabi saw yang telah menjadi kebiasaan manusia menyambutnya pada 12 Rabiulawwal, padanya tidak disunatkan puasa, ini disebabkan dua perkara:

1. Hari 12 Rabiulawwal itu tidak disepakati yang ianya adalah hari kelahiran Nabi saw. Kerana ada juga yang berpendapat baginda dilahirkan pada hari ke-9 bulan Rabiulawwal, ada juga yang berpendapat selainnya.

2. (Jika ia pada hari jumaat) Ia jatuh pada hari yang dimakruhkan menunggalkannya dengan berpuasa iaitulah hari Jumaat. Sahih di dalam al-Bukhari dan Muslim, adanya larangan melakukannya berdasarkan sabda Nabi saw: “Jangan seseorang kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan dia berpuasa sehari sebelum atau selepasnya juga.”

Kesimpulan: Hari 12 Rabiulawwal tidak ada padanya satu ibadah khusus bersempena dengan kelahiran Nabi saw, puasa pada hari ini tidak sebarang kelebihan yang lain berbanding puasa pada hari yang lain. Asas ibadah adalah mengikut Nabi saw, mencintai Nabi saw adalah dengan mengikut apa yang baginda datangkan seperti hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim: “Sesiapa yang membenci sunnah ku, maka dia bukan daripada ku.” Juga hadith yang diriwayatkan oleh Abu Ya’la dengan sanad yang Hasan: “Sesiapa yang mencintaiku, maka hendaklah dia bersunnah dengan sunnahku.”

Wallahu a’lam.
(sumber fatwa: http://www.islamonline.net/)

Soalan 7:
Hukum Berdemonstrasi

Kami mengharapkan dari tuan penjelasan tentang hukum demonstrasi yang bertujuan memberi sokongan kepada saudara kita yang lemah sama ada di Palestin atau di tempat lain.

Jawapan 7:
Oleh:al-Syeikh Salman al-'Audah (Musyrif al-'Am Laman islamtoday.net)

Kami melihat tidak mengapa umat Islam berhimpun untuk menyatakan protes mereka terhadap penderitaan saudara mereka di Palestin, dalam bentuk domentrasi itu aman dan jauh daripada menimbulkan gangguan dan menyusahkan penduduk atau merencatkan kerja-kerja mereka. Tidak ada di dalamnya perbuatan mungkar yang diharamkan oleh ALlah semampu mungkin. Ini adalah satu bentuk membantu saudara-saudara kamu, ia dapat memberi impak kepada Yahudi, dan kepada sekutu-sekutunya di setiap tempat. Impaknya juga dapat menyampaikan massage Islam ke masyarakat barat yang akal mereka sentiasa didominasi oleh Yahudi yang menyampaikan massage yang tidak benar kepada mereka. Asal dalam perkara-perkara seumpama ini (demonstrasi) adalah harus, dan tidak memerlukan dalil yang khusus (untuk membenarkannya). Sesungguhnya terdapat di dalam sirah, yang mana umat Islam keluar dengan dua barisan apabila islamnya Hamzah dan Umar, akan tetapi ianya lemah, akan tetapi memadailah tidak ada dalil yang melarang perkara seumpama ini (demostrasi) atau mengharamkannya, sebaliknya (domenstrasi itu) dilarang jika ianya akan membawa kepada kemudharatan, kerosakan dan kefasadan.

Soalan 8:
Hukum Melewatkan Haji bagi yang berkemampuan

Jawapan 8:
Saringan dari: Majmu' Fatawa wa Maqalaat Mutanawwi'ah oleh Samahah al-Syeikh Abdul 'Azizi Abdullah bin Baz

Sesiapa yang mampu menunaikan haji tetapi tidak melaksanakan haji yang fardhu dan melewatkannya tanpa sebarang keuzuran, maka sesungguhnya dia telah melakukan kemungkaran yang besar dan maksiat yang besar, maka wajib ke atasnya bertaubat kepada Allah swt dari perbuatannya itu dan bersegera melaksanakan haji, kerana Allah swt berfirman:
Maksudnya: "Dan mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang-orang yang sanggup mengadakan perjalannya ke baitullah, barang siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya ALlah maha kaya dari sekelian alam." (Ali Imran : 97)

Sabda Nabi saw pula:
Maksudnya: "Dibina Islam itu di atas lima perkara: Syahadah tidak ada ilah melainkan Allah dan Muhammad itu rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa Ramadhan dan menunaikan Haji di baitullah." (al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi saw juga ketikamana ditanya oleh Jibril tentang Islam, baginda menjawab:
Maksudnya: "(Islam itu ialah) kamu menyaksikan tidak ada ilah (tuhan yang disembah) melainkan Allah dan Muhammad itu rasulullah, kamu mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa Ramadhan dan menunaikan haji di baitullah apabila kamu mampu melakukannya." (Muslim, hadith dari 'Umar ibn al-Khattab).
wallahu a'lam.

Soalan 9:
Tiada Larangan bagi Wanita Haid Menziarahi Orang Yang Sedang Nazak
Apakah hukum wanita yang berhaid hadir menziarahi orang yang sedang nazak. Ini kerana terdapat orang yang mendakwa wanita berhaid tidak boleh menziarahi orang yang sedang nazak?

Jawapan 9:
Berkata al-Ustaz Dr. Husamuddin 'Ifanah:

"Sesungguhnya haid tidak menjadi sebab terlarangnya seorang wanita dari berada di sisi orang yang nazak, dan tidak saya ketahui adanya satu dalil yang melarang, Wanita yang berhaid di sisi ulama hanya terlarang dari solat, puasa, menyentuh dan membaca al-Quran. Tidak juga saya ketahui adanya seorang ulama yang mensyaratkan suci daripada haid untuk menziarahi orang yang nazak. Bagaimana kita boleh melarang wanita dari menziarahi orang yang sedang nazak, dimana kadang-kadang orang yang sedang nazak itu merupakan salah seorang orang tuanya ataupun suaminya atau salah seorang anaknya atau salah seorang saudaranya. Perkataan ini (yang mengatakan wanita haid tidak boleh ziarah orang nazak) tidak benar."

Al-Syeikh 'Atiyah Soqr berkata:

"Tidak diharamkan ke atas orang yang junub melainkan perkara-perkara yang ma'ruf seperti solat, tawaf, membaca al-Quran, menyentuh mashaf, membawanya dan menetap di dalam masjid, apa yang selain ini ianya halal, bukan haram, samaada ianya dari urusan dunia seperti makan, minum atau ianya dari urusan akhirat seperti berzikir, selawat ke atas nabi saw dan doa, walaupun dari sudut afdhalnya perkara-perkara ini tidak dilakukan ketika dalam keadaan junub. Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Bazzar tentang 3 kumpulan yang malaikat tidak menghampiri mereka: (iaitu) orang yang berjunub, orang yang mabuk, dan orang yang memakai wangian yang dicampur Za'faran yang dikhususkan untuk wanita. Kerana itu dimakruhkan tidur dalam keadaan junub melainkan dia bersuci terlebih dahulu walaupun hanya dengan berwudhu.

Dan seperti yang diketahui, bahawasanya malaikat kadang-kala mengiringi juga sebahagian jenazah orang-orang yang soleh, dan kebersamaan malaikat itu menjadi tanda kepada rahmat dan keredhaan Allah kepadanya, dari sini dimakruhkan bagi orang yang berjunub bersama mengiringi jenazah agar malaikat bersama dalam pengiringan itu sehingga mayat tidak terhalang dari rahmat, terutamanya jika ia dari kalangan orang-orang yang salih. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya:

Maksudnya: "Sesungguhnya malaikat tidak menghadiri janazah orang kafir dan orang yang memakai za'faran dan orang yang berjunub."

Al-Imam al-Nawawi berkata:
"Harus bagi orang yang berjunub dan haid memandikan mayat tanpa dimakruhkan, akan tetapi telah memakruhkannya al-Hasan dan Ibn Sirin, Malik pula memakruhkan bagi orang yang berjunub. Adapun bukti kami bahawasanya mereka berdua (orang yang junub dan Haid) adalah suci sama seperti yang lainnya."
Wallahu a'lam. (Sumber: http://www.islamonline.net/)

Soalan 10:
Hukum Buka Puasa Qadha Yang Wajib

Jawapan 10:
Siapa yang berbuka puasa dalam bulan Ramadhan, wajib ke atasnya mengqadhakan puasanya itu dan dia tidak boleh dengan sengaja membatalkan qadha puasa wajibnya melainkan jika ada keuzuran yang dibenarkan syara'. Ini berdasarkan hadith dari Umm Hani' r.'anha yang berkata:

"Wahai Rasulullah, aku telah berbuka sedangkan aku tadinya berpuasa? sabda Nabi kepada beliau: Apakah engkau tadi puasa qadha? Jawabnya: Tidak, Sabda Nabi saw: Maka tidak mengapa (tidak memudharatkan kamu) jika puasa itu adalah puasa sunat." (HR Abu Daud- Hadis Sohih)
wallahu a'lam.

Soalan 11:
Hukum Puasa 6 Syawal dan Maksud melaksanakannya berturutan dengan Ramadhan

Jawapan 11:
Oleh: Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Nabi saw memberi galakan menyusuli puasa Ramadhan dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, Abu Ayyub al-Ansori meriwayatkan :
Maksudnya : "Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh." (HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Yang dimaksudkan dengan al-Dahr ialah al-Sanah yakni seolah-olah dia berpuasa setahun penuh, maka jika sentiasa menunaikannya sepanjang tahun, dia seolah-olah berpuasa seumur hidupnya.

Penerangan ini tardapat di dalam hadith yang lain:
Maksudnya : "Puasa sebulan (Ramadhan) menyamai dengan 10 bulan, dan puasa 6 hari (dalam bulan Syawal) menyamai 2 bulan, maka jadilah puasa itu penuh setahun."

(Persoalan) Apakah dituntut puasa 6 itu disambung terus dengan Ramadhan, dalam ertikata dimulakannya pada hari kedua hari raya ? seperti yang dinytakan dalam lafaz (menyusuli Ramadhan), atau apakah memadai dilakukannya pada bila-bila dalam bulan Syawal, kerana hari-hari dalam bulan Syawal itu semuanya menyusuli/menuruti Ramadhan.

Permasaalan ini para ulama berbeza pendapat, akan tetapi aku (al-Qaradhawi) lebih cenderung kepada pandangan yang kedua, sama juga puasa 6 itu tidak semestinya dilaksanakan berturut-turut (harinya), jika ia dipisah-pisahkan tidak mengapa, insyaallah. (Sumber:Islamonline.net)

Soalan 12:
Bab berkaitan Takbir Hari Raya?

Jawapan 12:
Oleh: Dr. Yusuf al-Qaradhawi-Dari Fatwa Mu'asarah al-Qaradhawi(Takbir Hari Raya)

Takbir hari raya al-Adha terbahagi kepada dua:
Pertama: Takbir al-mutlak harus dari awal Zulhijjah hingga ke hari raya (10 Zulhijjah), dengan bertakbir di jalan-jalan dan dipasar-pasar, di Mina, apabila seseorang bertemu dengan seorang yang lain, mereka membesarkan Allah (dengan bertakbir).


Kedua: Takbir al-Muqayyad ialah takbir selepas solat-solat fardhu, terutamanya bagi solat jamaah sepertimana yang disyaratkan oleh kebanyakan para fuqaha. Demikian juga (dilakukan) ditempat solat hari raya, ketika menuju ketempat solat hari raya, ketika duduk di dalamnya, hendaklah setiap orang bertakbir dan jangan dia duduk mendiamkan diri, sama ada 'Ied al-Fitr atau 'Ied al-Adha, kerana pada hari tersebut sepatutnya di zahirkan syiar-syiar Islam. Dan antara yang lebih jelas syiar-syiar itu adalah dengan bertakbir.

Sabda Nabi saw:
Maksudnya: "Hiasilah hari raya kamu dengan bertakbir." (Riwayat al-Tobrani di dalam al-Soghir dan al-Awsath)

Berdasarkan ini, sewajarnya bagi orang muslim menzahirkan syiar ini pada hari raya, apabila mereka menuju ke tempat solat atau duduk di dalamnya menunggu didirikan solat, hendaklah mereka mengangkat suara-suara mereka bertakbir.

Maka bagi setiap muslim sepatutnya benar-benar mengambil berat tentang takbir ini, supaya dia memenuhkan ruang tempat solat dengan bertakbir dan dia bertakbir pada hari-hari haji kesemuanya. Adapun takbir al-Muqayyad dengan selesai solat-solat fardhu, ia dimulakan selepas solat fajar hari 'Arafah dan berterusan hingga 23 waktu solat, yakni hingga hari keempat hari raya haji, dimana takbir itu diakhiri selepas solat asar pada hari tersebut. (Fatwa Muasarah, juzu 1, m.s. 411-412)

Soalan 13:
Buka Kedai Makan Pada Siang Hari Ramadhan!!

Jawapan 13:
Oleh : al-Syeikh 'Atiyyah Soqr (Mantan Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar)

Puasa Ramadhan adalah termasuk dalam rukun Islam yang terpenting yang dibina di atasnya agama Islam. Termasuk dalam rahmat Allah taala memberi keringanan kepada orang-orang yang uzur untuk membolehkan mereka berbuka selama-mana mereka berada dalam keuzuran, dan mereka perlu menggantikan hari-hari tersebut sepertimana firman Allah swt :

Maksudnya : "Maka sesiapa di kalangan kamu yang menyaksikan anak bulan, maka hendaklah mereka berpuasa, dan sesiapa yang sakit atau bermusafir maka gantilah pada hari-hari yang lain, Allah menghendaki memberi kemudahan kepada kamu semua dan tidak mahu menyusahkan kamu, dan untuk disempurnakan bilangan hari-harinya dan untuk dibesarkan Allah atas apa yang dia hidayahkan kepada kamu semua." (al-Baqarah : 185)

Nabi saw telah memberi peringatan kepada orang yang mengambil mudah dalam melaksanakan kefardhuan ini, baginda bersabda berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Abu Daud, al-Nasaie, Ibn Majah dan Ibn Khuzaimah di dalam sahihnya :

Maksudnya : "Sesiapa yang berbuka satu hari dalam bulan Ramadhan tanpa ada (sebab) keringanan ataupun sakit, dia tidak dapat menggantikannya walau dia berpuasa selama setahun penuh."

Terdapat juga ancaman kepada orang yang menyegerakan berbuka sebelum waktunya sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban di dalam sohih mereka berdua yang menceritakan Nabi saw telah melihat di dalam mimpi - dan mimpi para anbiya adalah kebenaran - satu kaum (di dalam neraka) yang digantung betis-betis mereka, terkoyak di sekeliling mulut mereka dan darah mengalir keluar melaluinya, merekalah orang-orang yang berbuka sebelum waktunya.

Maka orang yang membantu orang yang tidak berpuasa tanpa ada keuzuran, mereka berkongsi dosanya, kerana apa yang membawa kepada perkara haram maka ianya adalah haram sepertimana memberi makanan atau minuman kepada orang yang tidak berpuasa dengan sukarelanya sendiri menunjukkan keredhaannya atas perbuatan tersebut. Maka orang yang redho akan maksiat adalah orang yang berdosa sepertimana yang diperakui oleh para ulama, sepertimana yang dinyatakan di dalam hadith tentang kelaknatan kepada orang yang meminum khamar dan orang yang memberinya minum (khamar), pembelinya, penjual, dan orang yang bersamanya dan orang yang membawa arak kepadanya.

Maka orang yang memiliki kedai menjual makanan atau minuman, kadang-kadang menjualnya bukan untuk membantu orang yang tidak berpuasa, atau termasuk menjualnya pada waktu yang dibenarkan menjualnya, maka tidak ada ruang untuk menghalangnya menjual selama mana dia tidak melihat kemungkaran dilakukan di hadapannya oleh pembeli yang membeli darinya pada siang Ramadhan, dan realiti menuntut memudahkan manusia mendapatkan keperluan mereka, dan dosa itu atas orang yang membeli yang menyalah gunakan apa yang ada di tangan mereka. Adapun orang yang memiliki kedai makan yang menerima orang ramai datang (dalam bulan Ramadhan) untuk makan tengahari mereka atau orang yang memiliki gerai minum (kedai kopi) yang menerima kunjungan pelanggan, jika ia dilakukan disiang hari Ramadhan, dan secara pasti pelanggannya tidak berpuasa tanpa keuzuran, maka tuan kedai itu termasuk orang yang membantu perbuatan yang diharamkan.

Jika untuk memastikan orang yang ada keuzuran dan yang tidak ada keuzuran menjadi suatu yang susah dalam kumpulan yang ramai dan berbagai dan menjadi suatu keuzuran, maka yang lebih utama adalah tidak membukanya di siang Ramadhan, dan pada waktu malam ada ruang yang luas untuk dibuka tanpa sebarang kesalahan.

Disamping itu memudahkan mendapat makanan dan minuman di kedai-kedai makanan pada siang Ramadhan adanya unsur dorongan berbuka dan membawa fitnah kepada masyarakat Islam yang sepatutnya meraikan kehormatan bulan Ramadhan yang mulia, Orang-orang yang bertaqwa kepada tuhannya sepatutnya telah bersedia sebelum Ramadhan lagi, mereka sepatutnya menyibukkan diri di dalam Ramadhan dengan beribadah kepada Allah, disampin pada malam harinya adalah tempoh yang luas untuk (urusan) kehidupan, sesunggunya perkara ini memerlukan kawalan nafsu dan kesedaran tanggungjawab bantu-membantu bersama untuk menghalang kemungkaran dan membantu kebaikan terutamanya dalam bulan Ramadhan yang diberkati dan dimuliakan ini. (Sumber: Islamonline.net)

Soalan 14:
Melihat Allah
Assalamu’alaikum, mintak Ustaz dapat jelaskan perkara di bawah.
Ada seorang ustaz memberitahu kepada saya bahawa hanya nabi dan rasul sahaja yang boleh nampak Allah. Tetapi apabila saya membaca shahih Muslim, di dalamnya ada dinyatakan bahawa nabi saw tidak nampak Allah melainkan cahaya yang amat terang. Saya amat keliru dalam persoalan ini. Mohon ustaz perjelaskan.

Jawapan 14:
Apa yang thabit berdasarkan nas-nas yang sahih dan apa yang disepakati oleh generasi salaf al-soleh bahawasanya TIDAK ADA seorangpun yang dapat melihat Allah swt dengan matanya di dunia. Melainkan ada perbahasan tentang apakah Nabi kita Muhammad saw melihat Allah ataupun tidak pada malam Isra' dan Mi'raj.
Yang lebih benar adalah Nabi saw tidak melihat Allah pada malam tersebut melainkan cahaya sahaja. Inilah yang jelas dinyatakan di dalam hadith-hadith yang sahih. Adapun dalil-dalil yang menunjukkan Nabi saw pernah melihat Allah, sama sekali tidak menjelaskan baginda melihat dengan mata.
Sebahagian para ulama mengatakan semua para sahabat sepakat bahawasanya Nabi saw tidak melihat Allah dengan mata baginda. Adapun yang diriwayatkan tentang Nabi saw melihat Allah dari Ibn 'Abbas, Ibn Mas'ud dan Abu Hurairah, boleh membawa kepada beberapa andaian, sama ada hadith-hadith tersebut tidak thabit, atau melihat yang mereka maksudkan ialah melihat dengan hati bukan dengan mata. Pendapat inilah yang dipilih oleh kebanyakan ulama. Inilah yang dianggap benar oleh al-Imam Uthman Bin Sa'id al-Darimi. Pendapat inilah juga yang dipilih oleh al-Imam Ibn Kathir di awal perkataannya tentang surah al-Najm. Wallahu a'lam.
Sumber:

1. http://www.alhawali.com
2. http://www.islam-qa.com

Soalan 15:
Hadith Pokok Menangis

Mintak Ustaz dapat terangkan cerita tentang pokok yang menangis kerana dia tidak digunakan lagi oleh Nabi saw untuk berkhutbah. Benarkah cerita ini?

Jawapan 15:

Cerita yang saudara maksuddkan terdapat di dalam sebuah hadith yang sahih seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitab sahihnya. Ia merupakan antara hadith yang menceritakan tentang mukjizat Nabi saw. Hadith tersebut ialah :

Maksudnya : Jabir bin Abdillah r.a. berkata : "Adalah diperingkan awal masjid Nabi saw dibuat daripada potongan-potongan tamar yang dibuat tiang. Adalah Nabi saw apabila berkhutbah baginda berdiri di atas salah satu potongan tamar yang ada. Apabila dibuat mimbar, Nabi saw berdiri di atas mimbar (tidak lagi berdiri di atas potongan pohon tamar tersebut). Lalu kami mendengar dari potongan pohon tamar tadi suara teriakan seperti suara unta betina yang hampir beranak. Lalu Nabi saw datang kepadanya dan meletakkan tangan baginda di atasnya, lalu iapun senyap."

Di dalam riwayat daripada Abdul Wahid bin Aiman dinyatakan : "Maka potongan pokok tamar itu teriak seperti teriakan budak kecil"

Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam islam-online menyatakan riwayat ini adalah riwayat yang mutawatir. Iaitu satu riwayat yang datang dari jalan yang banyak yang memustahilkan untuk berlakunya pembohongan.

Al-'Allamah Taaj al-Dien al-Subki berkata : "Hadith tentang Hanin al-Jaz'ie ini adalah mutawatir, kerana ia datang dari sekumpulan sahabat, yang hampir dua puluh orang yang menceritakannya. Ianya dari jalan sahih yang banyak yang menatijahkan kepastian berlakunya."

Demikianlah juga berkataan al-Qadhi 'Iyadh di dalam al-Syifaa': "Sesungguhnya riwayat ini mutawatir."


Sumber : http://www.islamonline.net


Wallahu a'lam

#SELAMAT BERAMAL UNTUK KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT#

MUHAMAD NAIM BIN HASHIM
21 Mei 2008 / 15 Jamadil Awal 1429H 1429

Jumaat, 9 Mei 2008

PAHLAWAN ISLAM YANG AGUNG SIRI 5

ZUBAIR BIN AL AWWAM

Sabda Rasulullah s.a.w.

"Setiap nabi ada hawarinya (penolongnya) dan Zubair Al-Awwam adalah hawariku."

SIAPA ZUBAIR AL AWWAM

Pada zaman kebangkitan Islam dulu, ramai pahlawan-pahlawan yang gagah serta berani telah timbul untuk membela Agama Islam. Tetapi di antara ramai para pahlawan itu sedikit sahaja yang dianggap terbilang. Salah seorang daripada mereka itu ialah Zubair Al-Awwam. Zubair adalah termasuk salah seorang sahabat besar Baginda Rasul dan juga seorang yang paling awal memeluk Agama Islam. Jika kebanyakan para sahabat Rasulullah memeluk Islam tatkala berada dalam lingkungan umur dewasa, tetapi Zubair telah Islam tatkala masih kanak-kanak lagi. Sahabat besar serta pahlawan agung ini juga ada hubungan persaudaraan dengan Baginda Rasul kerana beliau adalah anak saudara kepada isteri Rasulullah yang pertama iaitu Siti Khadijah Binti Khuwailid. Selain dari itu, Zubair Al-Awwam adalah juga termasuk salah seorang dari sepuluh orang sahabat yang digembirakan Nabi s.a.w. dengan dijanjikan akan memasuki syurga.

ZUBAIR MEMELUK ISLAM

Menurut setengah riwayat Zubair adalah orang yang ketujuh memeluk Agama Islam yang mulia. Beliau telah memeluk Islam tatkala umurnya 15 tahun. Sebagai seorang yang baru memeluk Islam, Zubair juga mengalami penderitaan yang tidak kurang hebatnya sebagaimana para sahabat yang lain. Setelah beliau memeluk Islam, kaum keluarganya segera memujuknya supaya meninggalkan agama barunya itu, kembali semula kepada agama nenek moyang mereka. Tetapi segala pujukan dan desakan itu sedikit pun tidak dapat mengubah pendirian hatinya.

Oleh kerana sikap Zubair keras dan tegas beliau telah mengalami berbagai seksaan dari kaum keluarganya sendiri. Salah seorang yang menyeksanya ialah bapa saudaranya sendiri. Dia telah mengikat Zubair di atas tidar yang kemudian diasapi dari bawah. Bapa saudaranya itu melakukan demikian dengan tujuan supaya Zubair mahu meninggalkan Agama Islam dan kembali kepada kekufuran. Tetapi sangkaannya salah sekali. Tokoh pahlawan yang keras hati itu tetap tidak berubah keyakinannya hingga semua per-cubaan-percubaan itu dapat dihadapinya dengan tabah.

Tetapi bagaimanapun tentangan dan kezaliman pihak musyrikin Quraisy itu semakin hebat dari semasa ke semasa. Akhirnya Rasulullah s.a.w. menasihati para sahabatnya supaya melakukan hijrah ke negeri Abyssinia (Habsyah) demi untuk me-melihara keselamatan dan kepercayaan mereka. Demikian-lah yang terjadi pada diri Zubair Al-Awwam. Beliau termasuk salah seorang dari kumpulan sahabat Rasulullah yang perta-ma sekali melakukan hijrah ke Abyssinia. Tidak lama kemudian setelah Rasulullah melakukan hijrah ke Madinah, Zubair telah menyusul bersama-sama angkatan kaum Muslimin yang lain menuju ke Madinah.

RASULULLAH MENCINTAI ZUBAIR

Setelah berada di Madinah, pahlawan Zubair Al-Awwam ini telah menjadi salah seorang pembantu Rasulullah yang paling utama sekali. Sebagaimana dengan para sahabat yang lain Rasulullah juga sangat mencintai Zubair. Demikian juga sikap Zubair terhadap diri Baginda. Bahkan dialah sahabat yang pertama sekali menghunus pedangnya dalam membela Agama Islam dan diri Rasulullah s.a.w. Pada suatu hari tatkala kaum Muslimin berada di Madinah bersama-sama Rasulullah s.a.w., Zubair telah terdengar suatu khabar yang sangat tidak menyenangkannya. Dia mendengar khabar bahawa kaum musyrikin akan mengepung Rasulullah s.a.w. dengan tujuan untuk membunuh Baginda. Demi mendengar khabar yang belum tentu benarnya itu, Zubair segera menghunus pedangnya lalu mencari di mana Rasulullah berada ketika itu.

Setibanya beliau di hadapan Rasulullah, Baginda pun hairan kerana melihatnya sedang menghunus pedang. Baginda pun bertanya, "Ada apa-apakah hai Zubair hingga engkau menghunus pedang itu?" Maka Zubair pun menjawab, "Aku telah mendengar bahawa tuan sedang dikepung musuh." "Tidak lama selepas itu Rasulullah s.a.w. pun melakukan shalat lalu berdoa untuk Zubair dan untuk pedangnya. Demi-kianlah satu peristiwa bagi menunjukkan betapa besarnya cinta Zubair terhadap diri Rasulullah s.a.w.

Di Madinah Zubair Al-Awwam telah mengahwini puteri Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq, iaitu Asma Binti Abu Bakar. Dari perkongsian hidupnya dengan Asma itu beliau peroleh seorang putera yang bernama Abdullah.

ZUBAIR MENYERTAI PERANG BADAR

Sebagai seorang pahlawan terbilang, Zubair tidak pernah ketinggalan mengikuti peperangan-peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Zubair Al-Awwam juga telah berjasa besar dalam perang-perang besar yang dihadapi oleh Baginda Rasul. Satu daripada perang besar yang disertai beliau ialah Perang Badar. Beliau telah memakai serban kuning dalam peperangan itu. Melihatnya memakai serban berwarna kuning itu maka Rasulullah s.a.w. pun bersabda, "Sesungguhnya malaikat telah turun atas tanda-tanda serbannya Zubair,"

Semasa Perang Badar ini Zubair telah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai penyelidik dan pengintai gerak-geri musuh. Dengan kepandaian serta kecekapannya Zubair telah berjaya menangkap dua orang hamba dari puak Quraisy bernama Aslam dan Urid. Kedua hamba itu sedang mencari air bagi pihak musyrikin Quraisy tatkala mereka itu ditangkap oleh Zubair. Dengan tertangkapnya dua orang hamba itu dapatlah Rasulullah dan kaum Muslimin mengetahui kekuatan pihak musuh. Dalam Perang Badar ini kaum Muslimin telah berjaya mengalahkan pihak musuh. Kemenangan gemilang yang dicapai oleh kaum Muslimin itu tidak syak sekali kerana kebijaksanaan Rasulullah s.a.w serta adanya pahlawan-pahlawan yang gagah berani seperti Zubair Bin Al-Awwam. Pahlawan Islam yang terbilang ini telah berperang dengan gigih sekali hingga mendapat luka besar di bahagian belakang tubuhnya.

ZUBAIR DALAM PERANG UHUD

Selain dari Perang Badar, Zubair Bin Al-Awwam juga telah memainkan peranan penting dalam Perang Uhud, iaitu satu-satunya perang di mana kaum Muslimin telah dapat dikalahkan oleh pihak musyrikin Quraisy. Kekalahan itu bukanlah disebabkan oleh kerana kaum Muslimin tidak gagah atau kurangnya kecekapan Rasulullah s.a.w. yang memimpin tentera Islam itu. Kekalahan itu adalah kerana kesilapan kaum Muslimin sendiri yang tidak memegang perintah Rasulullah s.a.w.

Dalam Perang Uhud ini, Zubair telah dilantik oleh Rasulullah s.a.w. sebagai panglima barisan untuk menentang Khalid Bin Al-Walid yang ketika itu belum Islam. Jika kita mengetahui kecekapan dan kehandalan Khalid Bin Al-Walid, dalam peperangan, tentu kita dapat mengukur darjah kehandalan Zubair Bin Al-Awwam yang dijadikan Baginda Rasul sebagai pemuda yang harus berhadapan dengan Khalid itu.

Di dalam Perang Uhud ini seorang pahlawan musyrik telah keluar dari tempat bertahannya ke tengah-tengah tanah lapang untuk mencabar pihak Muslimin agar berlawan pedang, satu lawan satu. Dia menyeru dan mengajak pahlawan-pahlawan Islam datang kepadanya. Tiga kali dia berseru namun tentera Islam masih berdiam juga.

Maka untuk membela maruah kaum Muslimin, Zubair Bin Al-Awwam lantas bangkit melompat ke atas untanya untuk menghadapi musuh yang sedang menanti. Sesudah dekat dengan unta musuh, Zubair segera melompat ke atasnya. Maka terjadilah satu pergelutan yang dahsyat. Tidak lama kemudian dengan kehendak Allah s.w.t. Zubair Bin Al-Awwam telah berjaya menjatuhkan musuhnya lalu membenamkan pedangnya ke tubuh musuhnya itu hingga mati.

Melihat kejadian itu Rasulullah s.a.w. sangat bergembira lalu bersabda, "Tiap-tiap Nabi mempunyai hawari (penolong), dan Zubair adalah hawariku." Selepas berkata-kata itu Rasulullah s.a.w. lalu menyambung, "Sekiranya pemuda Zubair tidak segera mendapatkan musyrik itu, tentulah aku sendiri terpaksa pergi menghadapinya."
Demikianlah satu lagi contoh keberanian dan kehandalan Zubair Bin Al-Awwam sebagai pahlawan terbilang. Sekalipun pihak musyrikin telah mendapat kemenangan sementara dalam Perang Uhud itu disebabkan kecuaian pihak kaum Muslimin namun Zubair serta para pahlawan Islam yang lain sentiasa tidak putus harap. Beliau cuba mencari jalan untuk menyerang balas. Tatkala tentera-tentera musyrikin Makkah sedang berjalan pulang setelah menang itu Zubair, Saiyidina Abu Bakar dan lain-lain sahabat yang seramai 70 orang telah mengejar mereka. Setelah melihat Zubair Bin Al-Awwam ada di antara kaum Muslimin yang mengejar itu, pihak Quraisy segera mempercepatkan larinya menuju ke Makkah.

ZUBAIR DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL KHATTAB

Sebagai seorang sahabat besar serta pahlawan terbilang, Zubair bukan sahaja disayangi dan dihormati oleh Baginda Rasulullah s.a.w. tetapi juga para sahabat Baginda yang lain. Di zaman Khalifah Umar Al Khattab, Zubair telah dilantik oleh Khalifah Umar r.a. supaya menyerang dan menakluki kota Iskandariah di Mesir. Zubair bersama-sama dengan tiga orang lagi panglima Islam telah dikerahkan ke negeri Mesir untuk membantu pahlawan Amru Bin Al-As untuk menakluki negeri itu.

Dalam peperangan untuk membuka negeri Mesir ini pahlawan Zubair telah menunjukkan kehandalan dan keberaniannya yang luar biasa. Dalam suasana hujan tombak dan lembing, beliau telah mengangkat sebuah tangga lalu disandarkannya pada dinding kota itu. Kemudian beliau pun menaiki tangga tersebut lalu bertakbir. Demi mendengar suara takbir beliau itu tentera Islam menjadi semakin berkobar-kobar semangat mereka untuk mengalahkan musuh. Akhirnya dengan keberanian dan kegigihan mereka itu pihak musuh telah dapat dikalahkan. Dengan demikian jatuhlah kota Iskandariah serta negeri Mesir ke tangan Islam.

Sebagai seorang sahabat besar dan pahlawan agung, kaum Muslimin dapat melihat dengan mata kepalanya mereka sendiri tentang pengaruh Zubair di sisi masyarakat. Oleh itu tidak hairanlah jika di saat-saat akhir kehidupan Khalifah Umar Al Khattab r.a., Baginda telah memilih Zubair sebagai salah seorang ahli mesyuarat yang terdiri dari enam orang sahabat besar. Mereka yang telah dipilih oleh Khalifah itu telah ditugaskan untuk memilih khalifah di antara mereka untuk menggantikan Khalifah Umar r.a. yang telah ditikam oleh seorang hamba Majusi berbangsa Farsi.
Setelah wafat Khalifah Umar r.a. naik pula Uthman Bin Affan sebagai Khalifah yang baru untuk memimpin kaum Muslimin.

ZUBAIR DI ZAMAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN

Sebagaimana Saiyidina Umar Al Khattab, Khalifah (Uthman juga sangat menghormati Zubair Bin Al-Awwam. Baginda pernah melantik Zubair sebagai salah seorang pembantunya yang rapat. Sebagai seorang sahabat Zubair tidak menentang cara pemerintahan Khalifah Uthman. Tatkala beliau dapati cara pemerintahan Khalifah itu kurang menye-nangkannya, beliau turut memberi teguran-teguran yang membina lagi ikhlas bersama para sahabat yang lain. Pernah suatu masa, Khalifah Uthman r.a. telah melantik Zubair sebagai penggantinya buat sementara waktu. Ini menunjukkan Khalifah sangat percaya kepada beiiau. Khalifah Uthman r.a. juga pernah mengatakan bahawa Zubair Bin Al-Awwam adalah orang yang terbaik di antara enam orang sahabat ahli-ahli syura dan orang yang sangat cinta kepada Rasulullah s.a. w.

ZUBAIR DI ZAMAN KHALIFAH ALI R.A.

Apabila Saiyidina Ali Bin Abu Talib r.a. terpilih sebagai Khalifah berikutan dengan terbunuhnya Saiyidina Uthman Bin Affan r.a., Zubair enggan memberikan baiahnya kepada Saiyidina Ali r.a. sebagai Khalifah. Tatkala berlakunya Perang Jamal, beliau telah menggabungkan dirinya dengan Saiyidatina ‘Aisyah untuk menentang angkatan Khalifah Ali r.a. Padahal sebelumnya Khalifah Ali r.a. telah mengingati serta menasihatinya supaya jangan menggabungkan diri dengan pihak-pihak yang menentangnya kerana Khalifah Ali r.a. yakin sepenuhnya bahawa Baginda berada di pihak yang benar.
Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa setelah Zubair Bin Al-Awwam mendapat peringatan dari Khalifah Ali r.a. itu beliau ingin meninggalkan medan pertempuran, tetapi tanpa disedarinya beliau diekori oleh Umar Bin Jarmus dari suku Tamim. Pemuda inilah yang kemudiannya membunuh Zubair sedang beliau melakukan shalat.

Khalifah Ali r.a. amat bersedih tatkala mendengarkan nasib yang tertimpa ke atas Zubair. Dengan berlinangan air mata Khalifah Ali r.a. berkata, "Gembirakanlah bahawa pembunuh Zubair itu akan memasuki neraka."

Sebagai seorang sahabat besar Zubair terkenal sebagai seorang yang sangat cintakan Allah dan Rasul-Nya serta pahlawan yang sentiasa inginkan mati syahid. Begitu hebat sekali imannya hinggakan sekelian putera-puteranya dinamakan dengan nama para syuhada seperti Abdullah (seperti Abdullah Bin Jahsy), Munzir (seperti Munzir Bin Amir), Urwah (seperti Urwah Bin Amir) dan Hamzah (seperti Hamzah Bin A. Muttalib), Jaafar (seperti Jaafar Bin Abu Talib), Musyab (seperti Musyab Bin Umair) dan Khalid (seperti Khalid Bin Said).

Selain daripada itu Zubair juga terkenal sebagai seorang yang sangat pemurah lagi dermawan. Sekalipun beliau seorang yang kaya tetapi segala kekayaannya itu habis digunakan untuk menolong kaum fakir dan miskin serta di jalan Allah. Akhirnya beliau tertimpa dengan hutang-hutang yang banyak sekali. Kepada anak-anaknya beliau mewasiatkan supaya menyelesaikan segala hutangnya itu apabila beliau wafat kelak. Kemudian beliau menegaskan, "Jika kamu merasa berat hendak membayarnya maka pohonlah pertolongan pada maulaku!" Mendengar kata-katanya itu puteranya Abdullah segera bertanya, "Siapakah maula yang ayah maksudkan itu?" Maka jawab beliau, "Allah, itulah sebaik-baik maula dan tempat meminta pertolongan." Sungguh benar apa yang dikatakan oleh Zubair. Setelah kewafatannya itu akhirnya segala hutang-hutangnya dapat juga diselesaikan oleh puteranya.

(Petikan daripada buku SIRI PAHLAWAN-PAHLAWAN ISLAM oleh H. LUQMAN HAKIM)

Muhamad Naim Hashim
9 Mei 2008

PAHLAWAN ISLAM YANG AGUNG SIRI 4

ABDUL RAHMAN BIN AUF

Sabda Rasulullah s.a.w.

"Abdul Rahman Bin Auf adalah saudagar Tuhan."

Kata Saiyidina Ali r.a.:

"Abdul Rahman Bin Auf adalah manusia terpercaya di langit dan terpercaya di bumi."

SIAPA ABDUL RAHMAN BIN AUF

Abdul Rahman Bin Auf adalah seorang sahabat besar Rasulullah serta seorang pejuang Islam yang berani. Beliau termasuk dalam golongan kaum Muslimin yang mula-mula sekali memeluk Islam. Abdul Rahman juga termasuk dalam golongan sepuluh orang sahabat yang telah digembirakan oleh Rasulullah s.a.w. dengan dijanjikan akan memasuki syurga.

SIFAT PERIBADINYA

Sebagai seorang sahabat besar, Abdul Rahman telah terkenal sebelum memeluk Islam lagi sebagai seorang yang baik lagi terpuji akhlaknya. Satu lagi sifat yang istimewa yang ada pada diri Abdul Rahman Bin Auf ialah kepandaiannya berniaga. Beliau adalah salah seorang dari beberapa orang sahabat yang terkenal kerana kekayaannya. Abdul Rahman adalah seorang pedagang yang bijak sebelum beliau memeluk Islam dan dari usaha dagangnya itulah beliau telah berjaya menjadi seorang yang kaya. Sekalipun beliau mempunyai banyak harta namun Abdul Rahman tidak sedikit pun lupa kepada Allah s.w.t. serta perintah-perintah Agamanya.

Beliau adalah seorang yang sangat taqwa kepada Allah s.w.t. dan terkenal kerana sifatnya yang lemah lembut dan merendah diri. Sebagaimana Saiyidina Uthman Bin Affan, Abdul Rahman telah berjuang untuk menegakkan Agama Islam bukan sahaja dengan pedangnya bahkan juga dengan harta kekayaannya. Banyak sekali harta benda dan kekayaannya itu digunakan untuk membela Agama Islam dan perjuangan RasulNya.

BAGAIMANA ABDUL RAHMAN MEMELUK ISLAM

Sebagai seorang tokoh yang mula-mula sekali memeluk Islam, Abdul Rahman juga telah mengalami berbagai cubaan dan seksaan setelah beliau memeluk Islam. Salah seorang yang paling kuat menentang sikapnya memeluk Islam itu adalah ibunya sendiri. Setelah mengetahui puteranya itu menjadi pengikut Muhammad, ibu Abdul Rahman telah berusaha keras supaya beliau kembali semula kepada Agama nenek moyangnya. Ibunya pernah berkata kepadanya, "Hai anakku, jika engkau enggan kembali kepada agama nenek moyang-mu, aku akan berjemur di panas matahari di sepanjang hari dan membiarkan diriku kesejukan di sepanjang malam hari-nya hinggalah engkau meninggalkan agarna Muhammad itu."

Demikianlah beratnya ancaman ibu Abdul Rahman terhadap dirinya. Walaupun demikian sekelian para sahabat Rasulullah itu bukanlah bernama sahabat kalau tidak teguh imannya. Dan Abdul Rahman Bin Auf adalah salah seorang dari mereka. Beliau tetap berpegang teguh kepada Agama barunya tanpa memikirkan apa yang akan terjadi. Apabila pihak musyrikin Quraisy semakin hebat melakukan berbagai cubaan dan seksaan terhadap kaum Muslimin yang amat sedikit jumlahnya itu Rasulullah akhirnya telah menasihatkan para sahabat dan pengikutnya agar berhijrah ke negeri Abyssinia (Habsyah).

Dengan demikian dapatlah mereka itu menjalani Agama barunya dengan aman serta selamat dari ancaman puak musyrikin. Lagi pula Raja yang memerintah di negeri Abyssinia itu adalah seorang raja yang adil dan takwa walaupun dia beragama Nasrani. Abdul Rahman Bin Auf adalah seorang antara beberapa orang sahabat yang menyertai rombongan kaum Muslimin yang berhijrah itu.

ABDUL RAHMAN BERHIJRAH KE MADINAH

Setelah beberapa lamanya berada di Abyssinia, Abdul Rahman Bin Auf telah kembali semula ke tanah Makkah setelah beliau mengetahui semakin ramai orang-orang Quraisy telah memeluk Islam. Apa lagi setelah Islamnya Saiyidina Hamzah dan Saiyidina Umar Al Khattab, kaum Muslimin berasa semakin aman dan tenteram. Setelah Rasulullah s.a.w. melakukan hijrah ke Madinah Abdul Rahman Bin Auf telah mengikuti Baginda dalam rombongan yang berhijrah kemu-diannya.

Tatkala sampai di Madinah, Rasulullah s.a.w. telah mem-persaudarakan Abdul Rahman Bin Auf dengan Saad Bin Rabi’. Demikianlah bijaknya Rasulullah s.a.w. memimpin umatnya dengan menganjurkan persaudaraan antara dua golongan umat Islam ketika itu, iaitu golongan Muhajirin dan Ansar. Pada satu waktu Saad Bin Rabi’ dengan ikhlas berkata kepada Abdul Rahman, "Saudara, saya ada harta yang banyak dan saya ingin beri setengah dari harta saya itu kepada saudara jika saudara menghendakinya. Saya juga ada dua orang isteri dan sedia menceraikan salah seorang daripadanya sekiranya saudara inginkan salah seorang antaranya."

Demikianlah gambaran kasih sayang seorang Muslim terhadap saudaranya yang lain, meskipun antara mereka ha-nya terdapat persamaan keyakinan tidak persamaan darah keturunan. Mendengar kata-kata saudaranya yang penuh ikhlas itu Abdul Rahman menjawab, "Semoga Allah memberkati keluarga dan harta saudara. Sungguh saya tidak berhajatkan kepada semuanya. Apa yang saya harapkan dari saudara hanya satu perkara sahaja." "Katakanlah!" sahut Saad Bin Rabi’ itu. Maka kata Abdul Rahman, "Tunjukkanlah saya jalan menuju ke pasar."

Setelah itu Abdul Rahman pun pergilah ke pasar dengan membawa sedikit wang dan barang dagangannya. Setibanya di pasar beliau pun berjual-beli. Dalam sekejap masa sahaja beliau telah peroleh keuntungan yang banyak. Demikian satu peristiwa yang menunjukkan bagaimana bijaknya Abdul Rahman dalam hal berjual beli.

ABDUL RAHMAN SEORANG YANG PEMURAH

Abdul Rahman Bin Auf adalah tergolong salah seorang sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang amat pemurah sekali. Banyak sekali harta dan kekayaannya itu dipergunakan untuk membela Agama Islam. Beliau telah menggunakan harta dan kekayaannya untuk membantu saudara-saudaranya, para sahabat serta menanggung perbelanjaan angkatan Islam yang akan pergi berperang. Pernah pada suatu hari beliau mendengar Rasulullah bersabda kepadanya, "Wahai Abdul Rahman, engkau termasuk seorang kaya yang akan masuk ke syurga dengan cara merangkak. Maka itu hutangkanlah harta kekayaanmu kepada Allah supaya engkau akan memasuki syurga dengan dua kakimu."

Setelah peristiwa itu Abdul Rahman semakin banyak mengorbankan harta bendanya di jalan Allah sekalipun dengan demikian hartanya tidak berkurang. Allah s.w.t. telah menambahkan lagi rezeki dan harta kekayaannya itu hingga melimpah-limpah banyaknya. Abdul Rahman pernah menjual tanah kepunyaannya dengan harga 40,000 dinar lalu wang itu semuanya dibahagi-bahagikan kepada kaum keluarganya dari Bani Zuhrah, para isteri Rasulullah serta kaum fakir dan miskin di kalangan kaum Muslimin. Beliau juga pernah mendermakan 500 ekor kuda dan pada satu waktu lain pula mendermakan 1500 kenderaan bagi tujuan membela Agama Allah.

Sungguhpun beliau seorang kaya dan dermawan, Abdul Rahman adalah seorang yang sangat takut kepada Allah dan sangat warak sifatnya. Beliau tidak mahu menjual akhiratnya untuk mendapatkan kesenangan dunia yang buat sementara. Beliau lebih rela mengorbankan seluruh kekayaannya asalkan mendapat keredaan Allah daripada memperoleh kesenangan tetapi dimurkai Allah s.w.t. Beliau biasa makan bersama-sama dengan pelayannya dan selalu memberikan makanan yang lazat-lazat kepada fakir miskin untuk menggembirakan mereka. Pernah suatu ketika Abdul Rahman telah menjamu para sahabatnya sambil menangis, lalu mereka pun bertanyakan-nya, "Mengapa engkau menangis wahai Ibnu Auf?" Beliau menjawab, "Aku sebenarnya rasa sedih mengingatkan hidup Rasul. Baginda dan keluarganya tidak pernah berasa kenyang bila makan.

Dalam satu lagi peristiwa yang diriwayatkan orang bahawa Abdul Rahman Bin Auf telah menangis tersedu-sedu lalu beliau ditanyai orang, apa yang menyebabkan beliau menangis itu. Maka jawabnya, "Sesungguhnya Mus'ab Bin Umair adalah lebih beruntung dariku kerana beliau wafat di zaman Rasul, dan sewaktu wafatnya beliau tidak mempunyai sepotong kain yang dapat dijadikan kafan untuk membungkus jenazahnya. Hamzah Bin Abdul Muttalib juga lebih utama dariku padalah beliau tidak mempunyai kain yang dapat dijadikan kafan untuk memakamkannya. Aku khuatir aku ini termasuk dalam golongan kaum yang dipercepat untuk me-nikmati kesenangan dunia yang fana ini. Aku khuatir kerana itu nanti aku akan tersisih dari golongan para sahabat Rasu-lullah di Hari Akhirat kelak semata-mata kerana aku punya wang yang banyak."

Pernah juga pada suatu hari Abdul Rahman Bin Auf datang kepada ibunya lalu berkata, "Wahai ibu yang tercinta, aku sangat berasa takut sekali kalau-kalau aku akan terseksa nanti disebabkan kekayaanku yang melimpah-limpah ini. Aku termasuk seorang Quraisy yang terkaya." Ibunya lalu menja-wab, "Wahai puteraku, belanjakanlah kekayaanmu di jalan Allah kerana ibu pernah mendengar Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya sebahagian dari sahabatku ada yang tidak akan melihat ku lagi setelah aku berpisah dengannya."

Demikian takwanya sifat Abdul Rahman Bin Auf terhadap s.w.t. Sekalipun beliau telah banyak mengorbankan harta kekayaannya itu beliau tidak dapat memasuki syurga dengan mudah. Semenjak pertemuannya dengan ibunya itu Abdul Rahman semakin banyak lagi mengorbankan harta kekayaannya untuk menegakkan kemuliaan Agama Islam. Sungguh beliau adalah seorang hartawan yang luarbiasa pemurah serta benar-benar bertakwa kepada Allah.

RASULULLAH SANGAT MENCINTAI ABDUL RAHMAN

Sebagai seorang tokoh sahabat besar, Abdul Rahman sangat dihormati dan dicintai oleh Rasulullah s.a.w Beliau juga amat dihormati oleh para sahabat serta kaum Muslimin zamannya disebabkan berbagai sifat terpuji yang ada pada dirinya seperti rendah diri, lemah lembut, dermawan dan takwanya kepada Allah s.w.t Abdul Rahman Bin Auf juga tergo-long salah seorang antara sepuluh orang sahabat yang telah dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. akan masuk syurga. Ini menunjukkan betapa tingginya darjat keimanan yang dimiliki oleh Abdul Rahman Bin Auf.

Riwayat banyak sekali mengisahkan bahawa Rasulullah s.a.w. sangat percaya sekali terhadap diri beliau. Pernah suatu ketika Rasulullah s.a.w. telah bersembahyang di belakang Abdul Rahman Bin Auf satu rakaat sembahyang subuh dalam salah satu perjalanan Baginda. Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. pula telah bersabda, "Sesungguhnya mereka yang memelihara keluarga saya setelah saya meninggal dunia adalah manusia yang benar dan berakhlak baik."

Abdul Rahman Bin Auf termasuk dalam salah seorang para sahabat yang sangat ambil berat tentang kesejahteraan hidup keluarga Rasulullah setelah Baginda wafat. Abdul Rahman pernah memimpin satu rombongan haji di mana di dalam rombongan itu terdapat Ummul Mukminin ‘Aisyah sendiri.

ABDUL RAHMAN BIN AUF SEBAGAIPAHLAWAN

Walaupun dari segi kehandalan dan kegagahan berperang, Abdul Rahman tidak semasyhur Saiyidina Ali atau Khalid Bin Walid. Namun beliau telah menunjukkan sifatnya sebagai seorang pahlawan Islam yang tidak takut mati dalam berperang di jalan Allah. Seperti kebanyakan para sahabat yang lain beliau tidak pernah ketinggalan menyertai peperangan-peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Pemah dalam suatu peperangan yang disertainya itu Abdul Rahman telah mendapat sebanyak 21 luka di merata tubuh badannya. Ini tidak pula termasuk luka parah di bahagian kakinya. Demikianlah antara lain jasa-jasa mulia yang telah dilakukannya untuk menegakkan Agama Allah.

ABDUL RAHMAN BIN AUF DISAYANGI UMAR AL KHATTAB

Salah seorang para sahabat Rasulullah s.a.w. yang sangat menghormati dan menyayangi Abdul Rahman Bin Auf ialah Saiyidina Umar Al Khattab. Tatkala beliau menjadi Khalifah Islam yang kedua Saiyidina Umar kerap meminta pendapat dan bantuan dari Abdul Rahman bila menghadapi sesuatu masalah.

Bahkan sebelum wafatnya, Khalifah Umar Al-Khattab juga telah melantik Abdul Rahman Bin Auf sebagai salah seorang dari enam orang ahli mesyuarat yang diamanahkan untuk memilih bakal pengganti khalifah. Bahkan kepadanya juga Khalifah Umar telah menyerahkan tugas supaya meng-uruskan pemilihan Khalifah untuk menggantikan Baginda kelak. Setelah kewafatan Saiyidina Umar Al-Khattab, Abdul Rahman Bin Auf telah melaksanakan amanat itu dengan penuh rasa tanggungjawab hingga terpilihnya Saiyidina Uthman Bin Affan sebagai Khalifah yang ketiga bagi umat Islam.

ABDUL RAHMAN BIN AUF WAFAT

Tokoh sahabat yang agung ini telah wafat pada tahun 31 Hijrah tatkala berusia 74 tahun dan dikebumikan diperkuburan Baqi’. Sebelum wafatnya Ummul Mukminin ‘Aisyah telah menawarkannya agar kuburannya ditempatkan di sisi kuburan Rasulullah, Abu Bakar dan Umar. Jika beliau meng-inginkannya. Tetapi dengan suara yang merendah Abdul Rahman menjawab bahawa beliau malu jika diberi kedudukan yang sedemikian tinggi untuk dikuburkan di samping Rasulullah s.a.w. Dan beliau juga menyatakan bahawa dirinya telah terikat janji dengan Uthman Bin Mazy'un bahawa jika salah seorang di antara keduanya telah meninggal lebih dahulu maka beliau akan berkubur di samping kuburan sahabatnya yang lain.

Demikianlah hebatnya akhir kehidupan tokoh Islam yang agung dan mulia ini.

(Petikan daripada buku SIRI PAHLAWAN-PAHLAWAN ISLAM oleh H. LUQMAN HAKIM)

MUHAMAD NAIM BIN HASHIM
9 MEI 2008

PAHLAWAN ISLAM YANG AGUNG SIRI 3

SAAD BIN ABU WAQQAS

Sabda Rasulullah s.a.w.

"Saad Bin Abu Waqqas adalah paman saya. Barangsiapa yang ingin melihat seseorang, maka lihatlah pamannya (bapa saudaranya)."

SIAPA SAAD BIN ABU WAQQAS R.A.

Saad Bin Abu Waqqas juga termasuk salah seorang sahabat besar Rasulullah s.a.w. serta seorang pahlawan Islam yang terbilang di zaman kebangkitan Islam. Kehandalan dan keberaniannya adalah setanding dengan para pahlawan Islam yang lain seperti Saiyidina Ali r.a., Zubair Bin Al-Awwam r.a., Khalid Bin Walid dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, Saad juga adalah salah seorang yang termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mula-mula sekali menerima Islam. Beliau termasuk salah seorang dari sepuluh orang sahabat besar yang telah digembirakan oleh Rasulullah s.a.w. dengan memasuki syurga.

HUBUNGAN SAAD DENGAN RASUL S.A.W.

Saad Bin Abu Waqqas r.a. mempunyai hubungan persaudaraan yang rapat dengan Rasulullah s.a.w. Menurut salasilah keturunannya, Saad telah bertemu dengan salasilah keturunan Rasulullah pada kedua-dua beiah pihak ibu dan ayah Rasulullah s.a.w. Ibu Rasulullah s.a.w. sendiri adalah saudara sepupu kepada Saad Bin Abu Waqqas r.a. Maka itu tidaklah hairan kiranya Baginda Rasul pernah bersabda, "Saad Bin Abu Waqqas adalah bapa saudara saya. Barangsiapa yang ingin melihat seseorang, lihatlah sahaja pada bapa saudara."

SAAD MEMELUK ISLAM

Kisah bagaimana Saad memeluk Islam adalah satu kisah yang amat mengharukan. Saad Bin Abu Waqqas datangnya dari sebuah keluarga yang kaya lagi bangsawan. Semenjak kecil lagi beliau terkenal sebagai seorang anak yang sangat sayang dan hormat terhadap kedua orang tuanya, terutama pihak ibunya. Beliau gemar menghabiskan masa lapangnya dengan bermain panah dan terkenal sebagai seorang anak yang tabah serta bijak. Saad Bin Abu Waqqas r.a. telah memeluk Agama Islam dengan perantaraan Saiyidina Abu Bakar r.a. pada ketika umurnya tujuh belas tahun. Allah s.w.t, telah membuka pintu hatinya hingga Saad dengan mudah sekali menerima Islam.

Seperti para sahabat Rasul yang lain, beliau juga telah mengalami percubaan yang berat setelah memeluk Agama Islam. Tentangan yang paling hebat sekali yang dialami olehnya ialah dari pihak ibunya sendiri. Saad sendiri pernah bercerita untuk menunjukkan bagaimana hebat penderitaannya setelah memeluk Islam. Berkata Saad:
"Aku adalah seorang yang amat cinta dan kasih kepada ibuku. Aku sentiasa patuh kepadanya. Setiap hari bila ibuku hendak mandi, makan atau tidur aku sentiasa melayannya dengan penuh hormat dan sopan. Tetapi apabila kau memberitahunya aku telah memeluk Islam, dia tiba-tiba menjadi marah kepadaku seraya berkata "Agama apakah yang engkau kerjakan ini hai anakku? Apakah engkau akan meninggalkan agama nenek moyang kita selama ini? Jika benar demikian mulai sekarang aku tidak akan makan dan minum. Aku rela mati supaya engkau mendapat malu kerana perbuatanmu itu." Demikianlah hebatnya ibu Saad mengancam.

Mendengar kata-kata ibunya itu Saad lalu berkata dengan hormatnya, "Wahai ibu! Tidakkah ibu tahu saya adalah manusia yang paling baik terhadap ibu. Janganlah sekali ibu melakukan perbuatan itu. Sungguh. saya tidak akan meninggalkan agama yang telah saya imani sekarang."

Setelah mendengar jawapan anaknya itu maka ibu Saad pun mulailah. Dia enggan melakukan mogok makan dan minum selama sehari semalam. Apabila Saad melihat keadaan ibunya itu semakin lemah dan lesu beliau pun cuba memujuk, "Wahai ibu, hentikanlah perbuatan yang sesia ini. Demi Allah saya tidak akan meninggalkan agama ini. Sekiranya ibu mempunyai seribu nyawa, lalu nyawa ibu itu melayang satu demi satu, namun saya tidak juga akan meninggalkan agama ini." Sekalipun Saad telah mengeluarkan kata-kata yang tegas itu namun ibunya masih juga berdegil. Dia terus tidak mahu makan dan minum selama tiga hari tiga malam lamanya, hingga akhirnya dia jatuh pengsan.

Bagaimanapun setelah melihat keteguhan hati anaknya itu, ibu Saad akhirnya berasa lemah lalu terpaksa menghentikan mogok laparnya. Dalam hubungan ini Saad patut mendapat pujian kerana telah berlaku benar menurut apa yang diperintah oleh Allah s.w.t. Sebab Agama Islam memang mengajarkan umatnya agar berbuat baik dan taat kepada ibu bapa pada hal-hal yang diredhai Allah s.w.t. sahaja. Apabila seorang ayah atau ibu memaksa anaknya itu supaya berlaku syirik atau mungkar maka tidaklah lagi wajib anaknya itu mematuhi perintahnya.

KEHANDALANNYA SEBAGAI PAHLAWAN

Semenjak memeluk Islam, Saad sangat menaruh cinta kepada Rasulullah s.a.w. Demikian juga sikap Rasulullah s.a.w. terhadap beliau. Saad Bin Abu Waqqas juga dapat dianggap pahlawan yang paling berani sekali berhadapan dengan pihak musyrikin Quraisy. Beliau adalah tokoh sahabat yang pertama sekali melemparkan lembingnya dalam menegakkan Agama Islam.

Menurut ceritanya pada suatu hari di zaman permulaan Islam, Saad Bin Abu Waqaas bersama-sama dengan beberapa orang sahabat lainnya telah bershalat di lereng bukit di Makkah. Tiba-tiba datang sekumpulan pemuda musyrikin ke tempat mereka bershalat itu lalu mengejek-ngejek mereka. Akhirnya satu perkelahian pun terjadi antara kedua belah pihak itu. Dalam perkelahian yang sengit itulah Saad telah hilang kesabarannya lalu memukul seorang pemuda Quraisy dengan sepotong tulang unta. Pemuda Quraisy itu serta merta rebah lalu mati. Dengan berlakunya peristiwa itu terjadilah pertumpahan darah yang pertama dalam menegakkan Agama Islam.

Dalam hal ini Saad Bin Abu Waqqas r.a. sendiri pernah berkata, "Demi Allah! Akulah orang Arab yang pertama menembak dengan panah dalam melakukan jihad kerana Allah." Semenjak itu Saad Bin Abu Waqqas menjadi semakin terkenal di kalangan kaum Muslimin sebagai seorang pahlawan yang keras dan berani menentang kaum musyrikin Quraisy.
Semenjak kejadian itu juga Saad Bin Abu Waqqas semakin rajin berlatih menunggang kuda dan memanah. Dalam bidang bermain panah ini Saad telah mendapat sanjungan dari Rasulullah sebagai pahlawan yang paling pandai bermain panah. Setiap kali beliau memanah sasarannya sentiasa tepat.

DOA SAAD MAKBUL

Setiap sahabat besar Rasulullah s.a.w. umumnya mempunyai kelebihan masing-masing. Saad Bin Abu Waqqas r.a. tidak terkecuali dalam hal ini. Apakah kelebihan Saad Bin Abu Waqqas r.a. selain terkenal sebagai seorang pahlawan yang gagah serta pandai bermain panah itu? Kelebihan beliau ialah tentang doanya yang makbul. Setiap kali beliau berdoa sesuatu kepada Allah s.w.t, doanya itu sentiasa makbul. Keadaan ini berlaku setelah Rasulullah s.a.w. berdoa kepada Allah s.w.t. untuk diri Saad, "Ya Allah, kabulkanlah doa Saad."

Ada satu riwayat yang menceritakan tentang betapa makbulnya doa Saad bila beliau memohon sesuatu dari Allah s.w.t. Pada suatu hari, Saad telah melihat seorang sedang mencaci maki Saiyidina Ali, Zubaid dan Talhah. Saad Bin Abu Waqqas r.a. tentu sekali tidak senang melihat orang itu. Sebab orang-orang yang dimakinya itu adalah sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. bahkan seorang daripadanya adalah menantu Baginda sendiri iaitu Saiyidina Ali r.a. Saad berasa berkewajipan untuk menghentikan perbuatan lelaki yang biadab itu. Tanpa berlengah-lengah lagi beliau segera mendapatkan lelaki itu lalu menasihatinya supaya menghentikan caci-makinya itu.

Tetapi setelah dinasihati lelaki itu semakin degil lalu akhirnya Saad berkata kepadanya, "Jika engkau masih tidak mahu juga menghentikan caci-makimu itu aku akan mengadukan halmu kepada Allah!" Mendengar kata-kata Saad itu, lelaki itu bukannya menjadi takut bahkan menjadi semakin biadab pula. Katanya dengan cara mengejak, "Wah, nampaknya engkau cuba hendak mengancam aku. Apakah engkau hendak berlagak seperti Rasulullah?"

Mendengar kata-kata lelaki yang biadab itu Saad terus meninggalkannya demi untuk mengelakkan perkelahian yang tidak ada faedahnya. Kemudian beliau segera pulang ke rumah. Setibanya sahaja beliau di rumah, Saad pun mengambil wuduk dan bershalat kemudiannya lalu berdoa, "Ya Allah, jika Engkau telah mengetahui bahawa orang itu telah mencaci-maki orang-orang yang baik itu yang boleh menimbulkan kemurkaan-Mu, berikanlah satu pelajaran kepadanya."

Hatta dengan kuasa Allah s.w.t. tidak lama selepas beliau berdoa itu, tiba-tiba muncul seekor unta yang berlari dengan derasnya di tengah-tengah khalayak ramai. Unta itu tidak dapat dihalang-halangi jalannya seolah-olah hendak mencari sesuatu. Tetapi sejurus sahaja ia melihat orang yang mencaci-maki para sahabat Rasulullah s.a.w. itu ia terus melanggarnya serta memijak-mijak tubuh orang itu hingga mati. Demikianlah ketinggian darjat Saad di sisi kaum Muslimin.

JASA SAAD SEBAGAI PAHLAWAN

Sebagai seorang tokoh sahabat besar serta pahlawan agung di zamannya, banyak sekali jasa yang ditinggalkan oleh Saad Bin Abu Waqqas untuk menegakkan Agama Islam yang mulia. Dalam apa juga pertempuran yang Rasulullah s.a.w. hadapi baik kecil mahupun besar, Saad sentiasa tidak ketinggalan.

Dalam Perang Badar yang bersejarah itu Saad Bin Abu Waqqas telah menunjukkan kegagahan dan keberaniannya yang luarbiasa. Bahkan dalam Perang Badar itu beliau telah membawa bersama-samanya saudara lelakinya bernama Umair. Umair ketika itu masih berusia delapan tahun. Sekalipun dalam perang ini kaum Muslimin telah beroleh kemenangan tetapi Saad telah kehilangan saudaranya Umair itu, yang telah gugur sebagai syuhada. Sekalipun beliau berasa sedih atas kematian adiknya namun beliau berasa gembira kerana Umair yang masih berumur delapan tahun telah beroleh syahid.

Dalam Perang Uhud pula beliau telah dipilih sebagai salah seorang tukang panah yang terbaik di kalangan kaum Muslimin. Tatkala Rasulullah s.a.w. dalam keadaan bahaya dikepung oleh pihak musuh sedang sebahagian kaum Muslimin telahpun meninggalkannya, Saad segera mendapatkan Rasulullah untuk melindungi Baginda. Rasulullah dikhabarkan berseru kepadanya, "Hai Saad, panahlah, sungguh ibu dan ayahku jadi tebusanmu." Saad berasa gembira sekali mendengarkan kata-kata Rasulullah itu yang menawarkan janji yang begitu tinggi yang tidak pernah Baginda janjikan kepada mana-mana sahabat pun. Semenjak peristiwa itulah Rasulullah s.a.w. diriwayatkan telah berdoa kepada Allah untuk dirinya."

SAAD SEORANG YANG PEMURAH

Sebagai seorang tokoh sahabat agung tentu sekali Rasulullah sangat mencintainya. Selain mempunyai hubungan kerabat yang rapat beliau terkenal sebagai seorang pembela Rasulullah yang paling kuat sekali. Sikap kerasnya terhadap kaum musyrikin tidak kurang lebihnya sama seperti sikap Saiyidina Umar Al-Khattab. Selain daripada itu Saad juga dikurnia Allah dengan kemurahan rezeki dan kekayaan. Beliau juga terkenal kerana sifatnya yang pemurah selain sifat-nya yang gagah berani itu.

Tatkala Baginda Rasulullah s.a.w. sedang sakit, Saad telah pergi menziarahi Baginda lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku mempunyai harta yang banyak tetapi hanya mempunyai seorang puteri sahaja yang akan mewarisi kekayaan itu dariku. Bolehkah aku membahagikan dua pertiga dari hartaku itu sebagai sedekah?" Maka jawab Rasulullah s.a.w., "Tidak Saad!" Kemudian beliau bertanya lagi, "Bolehkah aku mem-berikan seteligah?" Sekali lagi Rasulullah menjawab, "Tidak!" lalu disambung oleh Saad lagi, "Kalau begitu bolehkah aku sedekahkan satu pertiqa?" Akhirnya Rasulullah menyambut, "Boleh! Satu pertiga itu pun sudah banyak Saad. Bahawa engkau meninggalkan anakmu dalam keadaan senang itu lebih baik daripada engkau meninggalkannya dalam keadaan papa dan meminta-minta." Bagaimanapun selepas Rasulullah wafat, Saad telah peroleh lebih ramai orang anak lagi.

JASA SAAD DI ZAMAN SAHABAT

Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, Saad Bin Abu Waqqas r.a. terus berjuang untuk Agama Islam di zaman para sahabat. Di zaman Khalifah Umar Al Khattab r.a. beliau telah dilantik sebagai panglima perang angkatan tentera Islam bagi memerangi kerajaan Farsi yang jauh lebih kuat lagi masyhur itu.

Pada mulanya Khalifah Umar Al-Khattab sendiri bermaksud hendak memimpin angkatan perang itu tetapi tindakannya itu telah dicegah oleh para sahabat besar antaranya Saiyidina Ali Bin Abu Talib. Akhirnya Saiyidina Umar r.a. meminta pandangan kaum Muslimin siapakah yang patut memimpin mereka dalam perang yang hebat itu. Setelah mendengar pandangan serta nasihat beberapa orang sahabat, Khalifah Umar akhirnya melantik Saad Bin Abu Waqqas sebagai panglima perang angkatan Islam itu.

Pemilihan Saad adalah satu pilihan yang tepat kerana beliau adalah seorang pahlawan yang gagah berani serta sangat berpengalaman. Tambahan pula dengan kepandaian-nya bermain panah serta doanya yang makbul. Jumlah tentera Islam di bawah pimpinannya hanyalah berjumlah kira-ki-ra 3,000 orang sahaja sedang jumlah musuh yang akan dihadapinya tidak kurang dari seratus ribu banyaknya.

Sebelum perang itu berlaku, Saad telah mengutus utusannya kepada panglima pihak musuh yang bernama Rustum serta mengajaknya supaya memeluk Islam. Setelah berjumpa dengan pemimpin pihak musuh itu maka berkatalah utusan pihak Islam, "Allah telah mentakdirkan buat kami keluar dari Agama yang menyembah berhala untuk menyembah Allah yang Maha Kuasa. Kami telah keluar dari cara hidup yang gelap kepada cara hidup yang disinari cahaya iman yang gemilang. Kami juga telah bebas dari pemerintahan yang kejam kepada pemerintahan yang adil berdasarkah hukum Allah. Maka itu barangsiapa yang menyokong kami mereka akan mejadi sahabat kepada kami serta menikmati hidup yang aman dan damai. Tetapi barangsiapa melakukan pembunuhan, kami tidak akan teragak-agak membalasnya menurut hukum Allah."

Mendengar kata-kata yang berani itu Rustam lalu bertanya, "Apakah janji Allah kepadamu?" Utusan Saad segera menjawab, "Syurga akan mejadi tempat balasan bagi para pejuang kami yang gugur. Jika menang pula kami akan peroleh hartabenda yang tuan tinggalkan. Singkatnya, sama ada menang atau kalah kami tetap mendapat kemuliaan."

Apabila kedua belah pihak mencapai kegagalan Saad pun berucap kepada anak-anak buahnya sebelum menghadapi perang itu. Katanya antara lain "Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Allah s.w.t. telah menetapkan bahawa bumi ini akan diwariskan kepada hamba-hambaNya yang salih." Sesudah beliau selesai berucap itu, Saad pun melakukan shalat zohor bersama-sama angkatan tenteranya. Sesudah selesai mereka pun beramai-ramai bertakbir "Allahu Akbar!" sebanyak empat kali. Kemudian mereka pun berangkat ke medan pertempuran.

Perang itu sungguh hebat sekali. Sekalipun jumlah musuh berlipatkali ganda banyaknya, tetapi dengan izin Allah s.w.t. kaum Muslimin telah peroleh kemenangan yang gemilang di bawah pimpinan Saad Bin Abu Waqqas yang terkenal gagah lagi bijak itu. Panglima Rustum sendiri telah menyerah kalah sedang ramai di antara tentera serta anak-anak gadis mereka telah menjadi orang tawanan.

Dua tahun selepas itu telah berlaku lagi satu peperangan antara kaum Muslimin dengan Kerajaan Farsi. Perang itu ialah Peperangan Madain. Untuk sampai ke Madian, kaum Muslimin di bawah pimpinan Saad Bin Abu Waqqas itu terpaksa melalui Sungai Dajlah yang amat panjang lagi dalam itu. Di situlah mereka telah mengalami berbagai kesulitan. Bagaimana tatkala tentera-tentera Islam tiba di seberang su-ngai itu, mereka dapati tidak ada seorang tentera pun dari pihak musuh berada di sana. Mereka rupanya telah mening-galkan tempat itu lebih dahulu. Dengan hal demikian kaum Muslimin dapatlah melalui tempat itu melintasinya dengan mudah.

Dengan kebijaksanaan Saad Bin Abu Waqqas, kota Madain, ibukota Kerajaan Parsi yang hebat lagi terkenal itu telah dapat ditakluki oleh kaum Muslimin setelah mereka mengepungnya hampir dua bulan lamanya. Dengan kemenangan itu panglima Saad akhirnya telah dilantik oleh Khalifah Umar Al-Khattab r.a. sebagai pemerintah Iraq. Beliau terbukti adalah seorang pemerintah yang cekap, bijak serta adil memerintah rakyatnya. Saad telah berjaya memerintah rakyat di bawah kekuasaannya itu dengan baik hingga negerinya itu menjadi aman dan makmur.

Selain daripada jasa besarnya dalam mengembangkan wilayah Islam, Saad juga adalah salah seorang daripada enam orang tokoh sahabat yang telah dilantik oleh Khalifah Umar r.a. untuk memilih salah seorang calon Khalifah menggantikan baginda apabila wafatnya nanti.

Selain dari itu Khalifah Umar r.a. juga telah mengingatkan para sahabat besar itu supaya meminta bantuan atau nasihat dari Saad bilamana mereka memerlukannya. Setelah Khalifah Umar Al-Khattab wafat, jawatan Khalifah akhirnya jatuh kepada Saiyidina Uthman Bin Affan r.a. Saad Bin Abu Waqqas tetap memberikan sokongan dan bantuan bila-bila sahaja pihak Khalifah memerlukannya. Khalifah Uthman r.a. juga sangat hormat dan kasih kepada Saad. Ini ialah kerana memandangkan beliau adalah seorang tokoh sahabat besar yang sangat bersifat ikhlas serta banyak pula jasanya. Di zaman Khalifah Uthman r.a. inilah Saad telah dilantik sebagai Gabenor Kufah. Khalifah melantiknya untuk memegang jawatan itu kerana baginda sedar Saad adalah seorang yang sangat berkebolehan, cekap, bijak serta adil memerintah negeri.

SAAD BIN ABU WAQQAS WAFAT

Apabila Khalifah Uthman Bin Affan mati terbunuh oleh kaum pemberontak, Saad Bin Abu Waqqas r.a. turut berdukacita di atas peristiwa itu. Semenjak kaum Muslimin menjadi berpecah-belah berikutan dengan kewafatan Khalifah Uthman r.a. Saad mengambil sikap tidak menyokong di mana-mana pihak. Beliau telah menjauhkan dirinya dari kegiatan politik lalu menetap dalam rumahnya sendiri. Beliau menghabiskan masanya untuk melakukan ibadat puasa dan sembahyang. Ada juga pihak-pihak yang sedang bertentangan ketika itu cuba hendak memujuk Saad supaya menyebelahi mereka, namun Saad sedikit pun tidak berubah pendirian atau dapat dipengaruhi mereka.

Tokoh sahabat dan pahlawan Islam yang terbilang ini akhirnya telah wafat dalam tahun 54 H, dalam usia 80 tahun. Tatkala melihat anaknya menangis mengenang keadaannya yang sedang menghadapi maut itu Saad lalu berkata, "Mengapakah engkau menangis hai anakku? Sesungguhnya aku yakin Allah tidak akan menyeksaku, dan aku termasuk seorang di antara penghuni syurga kelak." Kata-kata itu jelas menunjukkan darjah keimanan Saad yang bulat terhadap Allah. Beliau tidak takut kepada kematian kerana beliau telah menjalani hidupnya sebagai mukmin dengan sebaik-baiknya.

Sebelum wafat, beliau tidak lupa pula mengingatkan anak-anaknya supaya memakaikannya dengan pakaian jubah dan minta supaya dikafankan dengan jubah itu juga. Kata Saad kepada anak-anaknya. "Jika kelak ayahmu mati, kafankanlah ayahmu dengan pakaian jubah ini. Aku sangat sayang pada jubah itu kerana dengan jubah itulah aku dahulu berhadapan dengan kaum musyrikin dalam Perang Badar." Dengan ucapan demikian itulah panglima Saad Bin Abu Waqqas mengakhiri hidupnya yang mulia itu.

Petikan daripada buku SIRI PAHLAWAN-PAHLAWAN ISLAM oleh H. LUQMAN HAKIM)

MUHAMAD NAIM BIN HASHIM
7 MEI 2008

PAHLAWAN ISLAM YANG AGUNG SIRI 2

TALHAH BIN UBAIDULLAH

Sabda Rasulullah s.a.w.

"Engkau Talhah, seorang yang berlimpah-limpah dengan ke-bajikan."

SIAPA TALHAH BIN UBAIDULLAH

Talhah Bin Ubaidullah tergolong salah seorang sahabat besar Rasulullah s.a.w. dan pahlawan Islam yang gagah berani. Beliau juga termasuk salah seorang antara golongan dan kaum Muslimin yang mula-mula sekali memeluk Islam. Sebagai seorang sahabat besar beliau sangat mencintai Allah dan RasulNya. Hubungannya dengan Baginda Rasul amat akrab sekali. Talhah juga termasuk salah seorang antara sepuluh orang sahabat besar yang telah digembirakan oleh Rasulullah s.a.w. dengan memasuki syurga.

Sebagai seorang tokoh Islam yang terbilang Talhah juga mempunyai sifat-sifat peribadi yang mulia seperti ikhlas, pemurah, berani serta tabah dalam perjuangan membela Agama Allah dan RasulNya. Beliau juga sangat terkenal dengan sifatnya yang amat dermawan dan pemurah. Betapa besarnya sifat pemurah beliau itu dapat kita lihat dari sabda Rasulullah s.a.w, terhadapnya. Baginda pernah memujinya dengan bersabda "Engkau wahai Talhah, seorang yang berlimpah-limpah dengan kebajikan."

BAGAIMANA TALHAH MEMELUK ISLAM

Kisah bagaimana Talhah memeluk Agama Islam juga tidak kurang menariknya seperti kisah para sahabat Rasulul-lah s.a.w. yang lain. Sebelum memeluk Islam Talhah adalah seorang saudagaryang kaya. Beliau mempunyai pengalaman yang luas kerana banyak negeri-negeri Arab yang telah diziarahinya semasa berdagang. Pada suatu hari tatkala berada di kota Busra beliau telah bertemu dengan seorang rahib Nasrani yang ingin bertanyakan sesuatu dan'nya.

Memandangkan beliau datang dari kota Makkah, maka Rahib itu pun bertanya, "Apakah benar ada seorang bernama Ahmad yang lahir di Makkah?" Talhah lalu menjawab, "Ahmad yang manakah yang tuan maksudkan itu?" Lalu rahib itu pun menyambung, "Ahmad Bin Abdullah, yang menurut pengetahuan saya, pada bulan-bulan sekarang inilah beliau akan dibangkitkan sebagai Mabi dan Rasul. Beliau adalah nabi dan Rasul yang terakhir di dunia ini. Nabi itu lahir di Makkah dan pada suatu masa kelak akan berhijrah mening-galkan tanah airnya Makkah, menuju ke sebuah dusun yang banyak mempunyai pohon-pohon kurma dan gunung-ga-nang yang tandus. Oleh itu saya suka sekali menasihatkan tuan, supaya segera memberikan kepercayaan kepadanya sejurus sahaja tuan mendengar berita tentang kebangkitan nabi tersebut."

Mendengar kata-kata rahib Nasrani itu, Talhah tanpa berlengah-lengah lagi segera kembali ke tanah Makkah. Kata-kata rahib itu amat mempengaruhi jiwa Talhah. Setiba sahaja beliau di Makkah, Talhah lalu menanya-nanyakan teman-temannya sama ada telah terjadi sesuatu hal yang luarbiasa di Makkah sepeninggalnya itu. Teman-teman beliau kemudi-an menjelaskan, "Ya sungguh benar ada satu peristiwa penting telah terjadi. Muhammad Al-Amin, telah menyatakan dirinya sebagai Nabi dan anak Abu Quhafah (Abu Bakar) telah mempercayainya pula.

Talhah kemudian pergi mendapatkan Saiyidina Abu Ba-kar yang kebetulan adalah sahabatnya yang akrab. Setelah berjumpa dengannya Talhah lalu bertanya, "Apakah benar seperti dikatakan orang bahawa Muhammad mengaku diri-nya nabi dan engkau telah mempercayainya?" Maka Abu Bakar r.a. lalu menjawab, "Benarlah!" Kemudian beliau lalu mengajak Talhah agar turut memeluk Islam sebab menurut-nya ada banyak kebaikan akan diperolehinya dengan menjadi pengikut Muhammad. Talhah kemudian menceritakan pula kepada Abu Bakar akan kisah pertemuannya dengan rahib di Busra itu serta apa yang diberitahunya tentang diri Muhammad.

Abu Bakar r.a. sangat terkejut mendengar kisah Talhah itu lalu membawanya berjumpa Rasulullah s.a.w. Setelah berjumpa Rasulullah s.a.w. Baginda pun menerangkan Agama Islam kepadanva serta membacakannya beberapa petikan ayat-ayat suci Al Quran. Mendengar bacaan ayat-ayat suci oleh Rasulullah tadi hati Talhah bertambah lembut hingga selesai sahaja Rasulullah s.a.w. membacakan ayat-ayat terse-but, Talhah lalu mengucapkan syahadat. Beliau adalah orang keempat yang telah memeluk yang telah memeluk Islam dengan perantaraan Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq r.a.

Puak musyrikin Quraisy sangat terkejut tatkala mendengar Talhah telah Islam. Orang yang paling bersedih mendengar beliau telah Islam itu adalah ibunya sendiri. Ibu Talhah telah lama mengharap bahawa pada suatu masa nanti pute-ranya itu akan menjadi seorang pemimpin kaumnya. Ini adalah kerana memandangkan puteranya itu mempunyai sifat-sifat peribadi yang mulia lagi terpuji. Demi setelah puak Quraisy mengetahui beliau telah menjadi pengikut Muhammad, me-reka segera pergi mendapatkannya lalu Cuba memujuknya supaya kufur terhadap agama baharunya itu. Tetapi Talhah bukanlah bernama Talhah jika beliau termakan oleh bujukan itu. Beliau ternyata seorang yang teguh pendirian dan tidak dapat dipengaruhi.

Tetapi setelah mereka gagal rnemujuknya secara baik, mereka pun mulalah melakukan kekerasan terhadapnya. Pernah suatu hari kaum musyrikin telah mengikat Talhah di suatu tempat lapang lalu mereka menyeksa dan memukulnya. Di antara orang-orang yang turut menyeksa Talhah tidak lain adalah ibunya sendiri. Demikianlah antara lain penderitaan yang dirasai oleh Talhah setelah beliau memeluk Islam.

TALHAH SEORANG DERMAWAN

Di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. memang ra-mai sekali terdapat para sahabat yang pemurah dan dermawan. Salah seorang daripada mereka adalah Talhah Bin Ubaidullah sendiri. Beliau bukan sahaja telah berjuang di jalan Allah dengan pedangnya bahkan juga dengan segala harta kekayaannya.

Sebagai seorang saudagar yang bijak Talhah berjaya menjadi seorang yang kaya raya. Pada suatu malam beliau tidak dapat tidur dengan senang memikirkan banyaknya keuntungan yang didapatinya dari perniagaan. Melihat keadaan dirinya yang agak gelisah itu isterinya lalu bertanya, "Ya ayah Muhammad? Apakah saya telah menyinggung hatimu kerana engkau nampaknya sedih sekali."

Maka jawab Talhah, "Demi Allah tidak hai isteriku. Sebenarnya sejak semalam aku masih berfikir bagaimanakah seorang itu boleh mengingat Tuhannya apabila dia tidur jika kekayaan berada dalam rumahnya?" "Kenapa hal itu menyusahkan engkau?" balas isterinya. "Bagaimanakah nasib fakir miskin di kalangan ummat kita dan keadaan para sahabat engkau? Bila engkau bangun tidur esok pagi bahagikan sahaja harta kekayaanmu itu kepada mereka."

"Baik sungguh pendapatmu itu. Enqkau sungguh adalah wanita yang mulia dan puteri seorang yang mulai," sahut Talhah memuji kesucian hati isterinya. Pada keesokan harinya Talhah pun membahagi-bahagikan seluruh hartanya itu ke-pada pihak Muhajirin dan Ansar hingga tidak sedinar pun yang tinggal di dalam rumahnya. Demikianlah besarnya sifat pemurah Talhah Bin Ubaidullah. Kemurahan dan kederma-wannya tidak kurang hebatnya dengan sifat pemurah Saiyidi-na Abu Bakar r.a. atau Uthman Bin Affan. Sebab itu tidak hairanlah jika beliau akhirnya mendapat gelaran Talhah al-Fiyadh, iaitu Talhah yang melimpah-limpah.

JASA TALHAH SEBAGAI PAHLAWAN

Sebagai seorang pahlawan terbilang, Talhah telah berja-sa besar dalam menegakkan Agama Islam yang suci. Keberanian serta kehandalannya adalah setanding dengan para pahlawan agung Islam yang lain. Malah Talhah mempunyai satu keistimewaan yang tidak terdapat pada para sahabat Rasul yang lain. Kelebihannya itu terletak pada suaranya yang keras dan nyaring. Semasa berperang suara Talhah sangat berguna dan penting bagi membangkitkan semangat tentera-tentera Islam yang sedang bertempur.

Semasa terjadinya Perang Badar yang penting itu, Talhah tidak dapat menyertainya sebab ketika itu beliau sedang berada di negeri Syam kerana urusan dagang. Walaupun demikian Rasulullah s.a.w. telah memasukkan namanya di kalangan orang-orang yang turut menyertai perang itu serta layak mendapatkan bahagian dari harta rampasan perang. Ini adalah kerana memandangkan ketinggian darjatnya di sisi kaum Muslimin. Beliau dianggap sebagai salah seorang pengikut yang paling awal serta seorang yang sangat berani menegakkan Agama Allah.

TALHAH DALAM PERANG UHUD

Satu daripada jasa Talhah yang besar sekali dalam membela Agama Islam ialah tatkala berlakunya Perang Uhud. Dalam perang ini Talhah telah memainkan peranan yang pentlng serta telah menunjukkan keberanian dan kehandal-annya yang luarbiasa. Beliau telah tampil ke hadapan untuk mempertahankan jiwa Rasulullah tatkala Baginda sedang ter-kepung oleh pihak musuh.

Pada ketika itu terdapat sebelas sahabat dari pihak Ansar dan seorang Muhajir iaitu Talhah yang berada di sisi Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. terpaksa mendaki bukit lalu dikejar oleh kaum musyrikin. Baginda kedengaran berteriak, "Barangsiapa yang mengusir musuh-musuh itu akan menjadi sahabatku di syurqa kelak." "Aku, ya Rasulullah," sahut Talhah. "Tidak, bertahanlah di tempat mu dulu!" balas Baginda. Seorang di kalangan pihak Ansar telah tampil ke hadapan dan disetujui oleh Rasulullah. Dia telah bertahan dengan sungguh-sungguh hingga beroleh syahid. Rasulullah kemudian mendaki lagi bukit itu, dikejar oleh pihak musuh.

"Tidak ada lagikah sesiapa yang akan mengusir musuh-musuh itu?" teriak Rasulullah. Talhah sekali lagi menyatakan kesanggupannya untuk menghadapi musuh-musuh itu tetapi Rasulullah terus menyuruhnya supaya bertahan di tempatnya sahaja. Seorang pahlawan Ansar tampil ke hadapan dan berjuang lalu terbunuh lagi. Keadaan ini berlaku hingga kesemua yang berada di sisi Rasulullah peroleh syahidnya kecuali Talhah Bin Ubaidullah. Tiba-tiba Rasulullah berteriak, "Sekarang ya bolehlah engkau menyerang!" teriak Rasulullah kepada Talhah. ....

Tatkala itu gigi Rasulullah telah tanggal oleh pukulan musuh. Kelihatan muka baginda berlumuran darah. Baginda nampaknya hampir tidak berdaya lagi. Tatkala itulah Talhah tanpa memikirkan keselamatan nyawanya segera melindungi Baginda dari serangan musuh yang bertubi-tubi datangnya. Dengan kehandalan dan keberaniannya beliau berjaya me-matahkan serangan musuh. Beliau telah bertempur dengan gigihnya hingga berjaya menyelamatkan diri Rasulullah. Bahkan anak jarinya telah terputus kerana gigihnya mempertahankan jiwa Rasulullah s.a.w.

Tatkala perang sedang menghebat itu, Abu Bakar r.a. dan Abu Ubaidah berada agak jauh dari tempat Rasulullah. Demi melihat keadaan Rasulullah dalam bahawa itu mereka segera berkejar ke arah Baginda untuk membantu. Tetapi Rasulullah s.a.w, segera bersabda, "Tinggalkan saya dan ban-tulah sahabatmu itu (iaitu Talhah)."
Talhah ketika itu sedang berlumuran dengan darah. Beliau telah mendapat luka-luka yang banyak akibat tusukan pedang, lembing dan panah. Beliau telah terjatuh dalam sebuah lubang hingga tidak sedarkan diri. Demikian besarnya jasa beliau dalan Perang Uhud itu. Saban kali bila kisah Perang Uhud ini diceritakan orang, Saiyidina Abu Bakar r.a. akan mencelah, "Hari itu, bahkan seluruh hari itu adalah kepunyaan Talhah."

TALHAH DI ZAMAN SAHABAT

Setelah wafat Baginda Rasul, Talhah terus memberikan khidmatnya kepada khalifah-khalifah Islam sesudah Rasulullah untuk membela dan mempertahankan Agama Islam yang suci. Beliau turut berjuang dalam berbagai peperangan tatkala negara Islam diperintah oleh Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar Bin Al Khattab. Tatkala Khalifah Umar Al Khattab berada dalam saat-saat akhir hayatnya, baginda telah mewasiatkan agar Talhah dijemput supaya duduk dalam sebuah jawatankuasa yang terdiri dari enam orang sahabat besar untuk memilih bakal Khalifah buat menggantikan baginda kelak. Ini adalah kerana memandangkan kedudukan beliau yang tinggi di sisi kaum Muslimin. Selain dari itu beliau juga adalah salah seorang sahabat yang telah digembirakan oleh Rasulullah akan memasuki syurga.

TALHAH DI ZAMAN KHALIFAH ALI

Talhah juga tergolong salah seorang di antara beberapa orang sahabat besar yang memberikan sokongannya terha-dap perlantikan Saiyidina Ali r.a. sebagai khalifah. Tetapi akhirnya beliau telah berubah sikap terhadap Saiyidina Ali r.a. Talhah telah terpengaruh oleh pihak-pihak yang menuntut bela terhadap pembunuhan Saiyidina Uthman Bin Affan. Beliau akhirnya telah menggabungkan dirinya dalam tentera Siti Aisyah r.a. untuk menentang Khalifah Ali dalam Peperangan Jamal atau Unta.

Tatkala Khalifah Ali r.a. serta angkatannya bertemu dengan angkatan Ummul Mukminin ‘Aisyah baginda berasa sedih sekali. Baginda sangat bersedih bila melihat kedatangan Ummul Mukminin yang ketika itu sedang menunggang unta untuk menentangnya. Kesedihan hatinya semakin bertambah bila beliau dapati dua orang sahabat besar iaitu Talhah dan Zubair berada di kalangan tentera Ummul Mukminin. Melihat mereka berdua itu Khalifah Ali r.a. segera berteriak agar mereka datang kepadanya. Khalifah Ali r.a. adalah seorang yang sangat cintakan damai dan seberapa boleh cuba untuk mengelakkan pertumpahan darah sesama saudara-saudaranya dalam Islam.

Setelah kedua tokoh sahabat itu menghampiri Baginda, Khalifah lalu bertanya kepada Talhah, "Hai Talhah apakah engkau datang dengan angkatan Ummul Mukminin semata untuk berperang bersamanya?" Dan kepada Zubair Bin Awwam Khalifah berkata pula, "Hai Zubair, demi Allah ingatkah engkau pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bertanya kepadamu di suatu tempat: Adakah engkau mencintai Ali? Lalu engkau menjawab, "Bagaimana aku tidak mencintainya bukankah Ali itu saudara sepupuku serta seagama denganku......?"

Dengan panjang lebar Khalifah Ali r.a. cuba menasihati mereka supaya menarik diri dari angkatan yang menentangnya kerana Khalifah Ali r.a. yakin bahawa Baginda berada di pihak yang benar.

Antara lain Khalifah Ali r.a. juga telah mengingatkan mereka berdua tentang ikatan persaudaraan serta keagamaan sesama mereka. Kata-kata Khalifah Ali r.a. nampaknya telah mempengaruhi fikiran kedua tokoh sahabat itu hingga akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menarik diri dari cjari pertempuran itu. Tetapi Allah s.w.t. rupanya telah mentakdirkan kematian kepada dua tokoh terbilang itu. Tatkala mereka cuba menarik diri itu mereka telah diekori oleh orang-orang yang tidak mengingini perdamaian. Tatkala Zubair Bin Awwan meninggalkan medan pertempuran itu beliau akhirnya telah dibunuh oleh seorang Quraisy dari Bani Tamim tatkala sedang melakukan shalat. Talhah Bin Ubaidullah pula telah terbunuh oleh lembing beracun yang dilemparkan oleh Marwan Bin Hakam.

Tatkala melihat kuburan dua orang saudaranya dalam Islam, Khalifah Ali dengan berlinangan air mata berkata, "Sungguh aku telah dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Talhah dan Zubair adalah sahabat-sahabatku di syurga kelak."

(Petikan daripada buku SIRI PAHLAWAN-PAHLAWAN ISLAM oleh H. LUQMAN HAKIM)

MUHAMAD NAIM BIN HASHIM
6 MEI 2008

Sabtu, 3 Mei 2008

SEMUA UMAT ISLAM MESTI TAHU ( WAJIB BACA)...

Makanan Di Hotel Yang Syubhat & Haram?

Berikut adalah petikan berita dari web PPIM ( HASIL TULISAN DR AZWAN http://drazwan.blogspot.com/. )
________________________________________________________________________________

Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, wakil PPIM dan 2 orang Chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.

Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?

Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?

Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ...

sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita...

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.

Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.
Selain daripada Arak , ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja.

Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan
untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh . Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....

Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.

Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.

Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.

JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.

Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalam an daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.

Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.
________________________________________
ULASAN UST ZAHARUDDIN ABD RAHMAN (UIAM)

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.. inilah satu lagi cabaran umat Islam. Tidak dapat dinafikan cukup ramai umat islam termasuk para ulama seluruh dunia menggunakan servis di hotel-hotel lima bintang ini. Terutama apabila mereka menyertai persidangan-persidangan besar di Malaysia dan seluruh dunia.

Saya masih ingat ketua chef di restoran terkemuka di Lembah Klang yang dimiliki oleh seorang usahawan Bumiputra yang rapat dengan saya, pernah mendedahkan bahawa kebanyakkan hotel sememangnya akan mencampurkan arak dalam kebanyakkan masakannya.
Justeru, saya kira satu tindakan bersepadu perlu dibuat bagi menuntut pihak JAKIM mencari jalan agar dapat bersikap tegas dalam hal ini dan pihak pengurusan hotel pula perlu didesak untuk mendapatkan sijil halal yang benar-benar halal.

Umat Islam pula perlu berfikir lebih mendalam setiap kali mereka ingin menjamah makanan di hotel-hotel sebgini. Jika ada sebarang function yang ingin dilaksanakan di sana, pihak urusetia wajib MEMBERI AMARAN DAN TUNTUTAN kepada pihak hotel dan Chef Executive bahawa mereka TIDAK MAHU sebarang percampuran arak atau menggunakan bekas babi dalam hidangan mereka. Jika tidak, pihak urusetia juga turut bertanggung jawab di dunia dan akhirat.


Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
(www.zaharuddin.net)

MUHD NAIM HASHIM
3 MEI 2008

#SELURUH UMAT ISLAM MESTI TAHU DAN AMBIL BERAT MENGENAI PERKARA INI.JANGAN HANYA SERONOK DAN MERASA BANGGA MEGAH UNTUK MENGADAKAN PROGRAM, MAJLIS, AKTIVITI DI HOTEL2 BERTARAF 5 BINTANG ATAU APA2 BINTANG PUN. INILAH AGENDA BESAR YAHUDI DAN KRISTIAN DALAM MENGHANCURKAN AQIDAH DAN AMALAN2 UMAT ISLAM...SEBAGAI ORANG ISLAM KITA MESTI TAHU DAN BERHATI2 DENGAN PERKARA2 BESAR INI. WASSALAM-UST NAIM#

INGATLAH WAHAI SELURUH UMAT ISLAM...

"JADIKANLAH KISAH INI SEBAGAI TELADAN KEPADA SELURUH PEMIMPIN YANG MENGAKU MUSLIM"

KISAH MUSTAFA KAMAL ATTARTUK

Buat renungan bersama : Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attarturk

1.Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2.Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3.Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4.Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5.Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6.Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7.Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8.Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9.Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab "Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATTARTURK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :

1.Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2.Sakit jantung.

3.Penyakit darah tinggi.

4.Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) .

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang MENGGEMBIRAKAN (bukan menyedihkan), ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Attartuk!"

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."

Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri. Wassalam...

USTAZ NAIM HASHIM
3 MEI 2008