Sahabat Ilmu

Rabu, 11 April 2012

KAKI, ADAKAH AURAT???

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kaki adalah anggota yang membawa kita menjelajahi dunia.Merata-rata tempat kita pijak,beralas atau tidak.Kaki juga akan bersuara mewakili kita yang bisu saat disoal tentang amal perbuatan di dunia.

Namun ramai antara kita yang terlepas pandang,adakah kaki wanita itu aurat? 
Mengikut mazhab Maliki,Syafi’i dan Hanbali,seluruh bahagian tubuh wanita itu aurat kecuali muka dan telapak tangan.Bagi mazhab Hanafi pula,seluruh bahagian tubuh wanita itu aurat kecuali muka,telapak tangan dan telapak kaki.Berdasarkan pendapat mazhab,jumhur ulama berpendapat kaki wanita itu adalah aurat,tiada lagi keraguan padanya terutamanya dalam solat.Hanya pendapat Hanafi sahaja yang berpendapat bahawa kaki bukan aurat.

Allah berfirman yang bermaksud:

“katakanlah kepada wanita yang beriman:’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya,serta janganlah menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa Nampak daripadanya.’” (Surah al-Nur 24:31)

Apakah yang dimaksudkan dengan “yang biasa Nampak daripadanya?”Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa maksud ayat tersebut adalah wajah dan kedua-dua tapak tangan.

Dalam sebuah hadis,tatkala Asma’ binti Abu Bakar masuk ke tempat Rasulullah s.a.w. berada sedangkan dia memakai pakaian sedikit nipis.Rasulullah s.a.w. lalu berpaling daripada memandangnya sambil bersabda yang bermaksud:”Wahai Asma’,sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid),maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini.”Rasulullah sertakan lafaz “ini dan ini” dengan mengisyaratkan wajah dan kedua-dua tapak tangannya.(Riwayat Abu Daud)

Lelaki dan wanita perlu memainkan peranan yang bersifat “simbiosis”,bantu-membantu ke arah kebaikan dan takwa.Peranan wanita ialah mengetahui secara teori segala permasalahan berkaitan aurat dan seterusnya mengamalkan secara konsisten.Lelaki pula berperanan member nasihat kepada wanita di sekitarnya terutama peranan mereka mengelakkan ahli keluarga mereka terhumban ke dalam neraka,di samping menundukkan pandangan bagi menjaga mata dan hati.

Ada wanita yang mengalami masyaqqah (kesulitan) menutup kaki samada dengan berstoking,memkai kasut bertutup atau dengan melabuhkan pakaian mereka sehingga menutup kaki.Apatah lagi dalam keadaan cuaca Malaysia yang terkenal sebagai Negara yang menerima taburan hujan yang lebat,pasti agak menyukarkan.

Wanita harus faham,konsep menutup kaki tidak hanya tercapai dengan memakai stoking sahaja.Konsep pakaian labuh seperti abaya yang biasa dipakai wanita Arab mempunya maqasid menutup kaki apabila mereka memakainya labuh sehingga meleret,namun tidak sampai ke tahap berbangga-bangga dengan pakaian labuh.

Memakai kasut bertutup pada waktu hujan tanpa perlu memakai stoking juga boleh diterima dari segi praktis,asalkan tujuan asal menutup aurat mampu dicapai.Tiada lagi istilah stoking basah berkali-kali sehari.

Jika berada di rumah pula terutamanya kampong,kadangkala susah hendak menutup kaki dengan kehadiran ipar-duai,sepupu dan sebagainya.Dalam situasi ini,mujahadahlah sedikit dengan meminimumkan kaki terdedah walaupun diberi beberapa kelonggaran jika berada di dalam rumah.Dalam konteks keluarga besar yang memahami syariat Islam,pengasingan lelaki dan wanita bukan mahram boleh membantu.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

”Hai anak Adam,sesunguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah,mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah al-A’raf 7:26)

Taqwalah yang memotivasikan wanita samada patuh atau angkuh dengan suruhan Allah swt ini.
 
“Tepuk Dada,Tanya Iman.” Jika iman masih malap, terangkan hati dengan ilmu dan amal.


Sumber:
1. al-Quranul Karim

2.Majalah Solusi Isu no. 38
3. http://sanggar-kasih.blogspot.com

Selasa, 10 April 2012

DAHSYATNYA DOSA RIBA

Hukuman Riba

Imam An-Nawawi rh berkata : “Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama , antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi” (Rujuk Al-Majmu’, 9/391 )

Adalah menjadi fenomena yang amat malang bagi umat Islam, apabila mereka amat leka dan tidak ambil endah tentang besarnya dosa Riba. Justeru di sini, saya sertakan beberapa nas al-Quran dan al-Hadith yang menerangkan perihal besarnya dosa riba.

1. Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT :

Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah : 278 )

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya.

Zahir ayat ini juga membayangkan peperangan itu juga berlaku sejak di dunia lagi, amat malanglah bagi seseorang dan pemimpin yang kurang mengambil endah akan hal ini.

Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata : 
Ertinya : “Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT” ( Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366)

Berkatalah Abu Hanifah rh pula :
“Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan” (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)

Imam Malik Bin Anas rh pula berkata :
Ertinya : “Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya” ( Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 )

Berkata Imam Qatadah rh :
“ Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya dimana sahaja mereka berada” ( at-Tabari, 3/72 )
Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.

Allah SWT berfirman :

Ertinya : “Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah” ( Al-Baqarah : 276 )

2. Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:-

Di Dunia : Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang dan habisnya harta dari pemilik dalam bentuk yang tidak berfaedah, sehinggalah ia akan merasa miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak), antaranya juga harta tadi akan menjadi sebab ringanya pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah SWT, hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba. Ia juga bakal di timpa ujian harat yang banyak, seperti di rompak, curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih maqbul ( Az-Zawajir ‘an ‘iqtiraf al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar al-Ma’rifat, Beirut, 1982 , 1/224) . Sabda Nabi SAW dari Ibn Mas’ud r.a :-
Ertinya : “Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa” ( Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan ( Fath al-Bari, 4/399 )

Di Akhirat : Berkatalah Ibn Abbas r.a : Ertinya : “Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya” ( Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)
3. Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri
Nabi SAW bersabda :

Ertinya : “ Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.. ” (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)

4. Lebih Berat dari 36 Kali Zina.

Nabi SAW bersabda :

Ertinya : “Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” ( Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )

5. Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar
Ia berdasarkan hadith nabi SAW :

Ertinya : “Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) “ ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Bersambung...

Sumber: zaharuddin.net

NIKMAT YANG ISTIDRAJ

KURNIAAN YANG MENJADI ISTIDRAJ

TAKUTLAH KAMU TERHADAP KURNIAAN ALLAH S.W.T YANG SELALU KAMU PEROLEHI SEDANGKAN KAMU MELANGGAR PERINTAH-NYA, JANGAN SAMPAI KURNIAAN ITU SEMATA-MATA ISTIDRAJ. (FIRMAN ALLAH S.W.T DALAM SURAH AL-A’RAF, AYAT 182): KAMI AKAN BINASAKAN MEREKA PERLAHAN-LAHAN DENGAN JALAN YANG MEREKA TIDAK SEDAR.

Orang kafir, musyrik, ahli maksiat, orang zalim dan lain-lain seumpama mereka, dalam kehidupan dunia ini selalu mendapat berbagai-bagai kemewahan. Merekalah yang memiliki sebahagian besar kekayaan dunia. Mereka juga memiliki ilmu pengetahuan yang menjadikan mereka kuasa besar di dunia. Mereka juga menguasai bidang-bidang sukan, muzik, kesenian dan lain-lain. Kumpulan manusia yang beriman pula terdiri daripada mereka yang lemah, tidak berpendidikan tinggi dan berkedudukan rendah dalam masyarakat. Kemewahan dan kesenangan yang dimiliki oleh mereka yang tidak beriman dan ahli maksiat mempesonakan sebahagian orang-orang Islam yang lemah imam. Mereka tidak dapat membezakan kurniaan yang mengandungi nikmat dan kurniaan yang telah dicabut nikmat daripadanya.
Hikmat 75 ini menghuraikan perkara berkaitan kurniaan yang tidak mengandungi nikmat, yang dinamakan istidraj. Istidraj bermakna kurniaan yang dihulur terus menerus kepada ahli maksiat. Kurniaan yang seperti ini membuat ahli maksiat bertambah lalai dan bertambah derhaka kepada Allah s.w.t. Apabila kelalaian dan kederhakaan mereka telah melampaui batas maka Allah s.w.t mendatangkan bala yang besar kepada mereka. Mereka adalah umpama orang yang diangkat ke tempat yang tinggi sambil mereka menganggap pengangkatan itu sebagai satu kemuliaan namun, setelah mereka berada di tempat yang tinggi itu mereka dicampakkan ke bawah. Kejatuhan yang demikian memberi kesakitan yang lebih kuat. Allah s.w.t berfirman:

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).
( Ayat 44 : Surah al-An’aam ) 

 Ayat di atas memberi peringatan kepada kita agar jangan terpedaya dengan kurniaan yang terus menerus kita perolehi sedangkan kita terus juga tidak berbuat taat kepada Allah s.w.t, sebaliknya kita asyik dengan kemaksiatan. Sekiranya kurniaan itu turun melalui saluran istidraj, kesudahannya kita akan mengalami kejatuhan dan penderitaan yang amat sangat. Waspadalah!

Allah s.w.t sentiasa mengirimkan peringatan untuk mengajak manusia kembali ke jalan-Nya. Biasanya peringatan yang datang itu membawa bersama-samanya kesusahan yang menekan jiwa manusia agar manusia insaf dan mahu kembali kepada Allah s.w.t dengan merendahkan diri. Di dalam tempoh kemelaratan itu biasanya manusia menjadi insaf dan suka berbakti pada jalan Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t gantikan kemelaratan dengan kesenangan sebagai ujian untuk mengasingkan yang benar-benar insaf daripada yang pura-pura. Bila kesenangan sudah dirasai kembali orang yang tidak teguh imannya akan kembali kepada kemaksiatan dan kemunkaran. Mereka memberi alasan bahawa kesenangan dan kesusahan adalah lumrah kehidupan sebagaimana yang pernah dirasai oleh nenek moyang mereka yang dahulu, bukan berkait dengan soal beriman atau tidak seseorang itu kepada Allah s.w.t. Mereka kembali lalai dalam arus kesenangan dunia. Ketika mereka sedang asyik leka itulah Tuhan datangkan kebinasaan kepada mereka.
 
Dan Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf). Setelah (mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya): “Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan)”. Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut, dan mereka tidak menyedarinya.
( Ayat 94 &95 : Surah al-A’raaf ) 

 Apabila seksaan dan kebinasaan dari Allah s.w.t datang, tidak ada siapa dapat menghalangnya dan tidak ada siapa mampu menanggungnya. Orang yang menerimanya menjadi bingung, tidak tahu berbuat apa-apa.

 
(Mereka tidak diberitahu akan masa itu) bahkan (yang dijanjikan) itu akan datang kepada mereka secara mengejut, serta terus membingungkan mereka; maka mereka tidak akan terdaya menolaknya, dan tidak akan diberi tempoh bertaubat.
( Ayat 40 : Surah al-Anbiyaa’ ) 

 Sudah banyak kaum-kaum yang dibinasakan Allah s.w.t melalui saluran istidraj. Firaun dan Namrud diberi tempuh yang panjang hidup di dalam kesenangan, kemewahan dan keseronokan. Kemudian Tuhan datangkan azab dengan tiba-tiba. Firaun dibinasakan di dalam laut dan Namrud dibinasakan oleh nyamuk. Qarun juga binasa ketika asyik dengan kekayaan. Begitu juga dengan kaum-kaum Nabi-nabi Nuh dan Luth.
Orang-orang yang beriman sentiasa mengawasi diri mereka agar kesenangan dan kemewahan tidak melalaikan mereka yang boleh menyebabkan mereka jatuh ke dalam suasana istidraj.
-al-Hikam-

Sabtu, 7 April 2012

6 PEKARA YG HARUS DITAKUTI

Dari Ustman bin Affan “Ada enam hal yang harus ditakuti bagi seorang muslim iaitu..”

1.Takut kpd Allah, agar tidak mencabut keimanan kita.
2.Takut kpd Malaikat pencatat amal, agar tiada catatan yg amat memalukan buat kita pada hari kiamat nanti
3.Takut kpd Syaitan, agar tidak ia merusak amal yang kita kerjakan
4.Takut kpd Izrail, agar tidak mencabut nyawa disaat kita lupa kpd Allah
5.Takut kpd dunia, agar tidak membuat kita terlena sehingga lupa urusan akhirat
6.Takut kpd keluarga, agar tidak mereka menyibukkan kita untuk memenuhi urusan keluarga, sehingga lupakan Allah

20 KUNCI KEHIDUPAN


•kunci sholat adalah bersuci
•kunci pembuka haji adalah ihram
•kunci kebajikan adalah kejujuran
•kunci surga adalah tauhid
•kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar
•kunci kemenangan adalah kesabaran
•kunci ditambahnya nikmat adalah syukur
•kunci kewalian adalah mahabbah dan dzikir
•kunci keberuntungan adalah takwa
•kunci taufik adalah harap dan cemas kepada Allah
•kunci dikabulkan adalah doa
•kunci akhirat adalah zuhud di dunia
•kunci keimanan adalah tafakkur
•kunci hidupnya hati adalah tadabbur al-Qur’an
•kunci didapatkannya rahmat adalah ihsan
•kunci rezeki adalah usaha bersama istighfar dan takwa
•kunci kemuliaan adalah ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya
•kunci persiapan untuk akhirat adalah pendeknya angan-angan
•kunci semua kebaikan adalah keinginan terhadap Allah dan kampung akhirat
•kunci semua kejelekan adalah cinta dunia dan panjangnya angan-angan.

Wallahuaqlam

6 Pesanan Untuk Wanita


1.solat awal waktu & myediakan suami/mahram utk solat berjemaah di masjid apabila azan dilaungkan,

2.istiqamah taklim-taklum,
3.istiqamah mperbanyakkan mbaca al quran & dzikir,

4. hidup sederhana,

5. didik anak dgn cara Rasulullah,

6. sedia & myediakan diri, suami/mahram utk keluar bermujahadah di jalan ALLAH.

KUASA DOA


Ramai orang lebih suka mengeluh apabila dugaan menimpa.

Ramai orang lebih suka meminta kepada manusia apabila mereka inginkan sesuatu.

Ramai orang berkata doa itu senjata mukmin tetapi tidak ramai yang punya pemahaman dan pengertian yang ...
sebenar-benarnya tentang doa.

Jika semua orang mengerti makna doa itu dengan betul pasti semua orang akan punya sifat tenang menghadapi kehidupan kerana hanya doa yang mampu buat para mukmin hidup dengan penuh redha dan mengharap kepada Allah semata.

Khamis, 29 Mac 2012

PROGRAM SEKITAR SG BUAYA




Kehidupan Hasan Al Basri

Al-Hasan bin Yasar (lebih dikenali selepas ini sebagai al Hasan al Basri) membesar di salah sebuah rumah RasuluLlah s.a.w dan dididik di rumah salah seorang isteri Nabi s.a.w , Hindun binti Suhail atau dikenali sebagai Ummu Salamah.

Jika anda belum kenal, Ummu Salah adalah seorang wanita Arab yang sangat cerdik. Seorang yang sangat dihormati dan tinggi semangatnya. Ummu Salamah adalah seorang isteri Nabi s.a.w yang sangat berilmu. Beliau merupakan isteri Nabi s.a.w yang paling banyak meriwayatkan hadith daripada Baginda. Beliau meriwayatkan sehingga 387 buah hadith. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang daripada segelintir kecil kaum wanita yang celik huruf di zaman jahiliyyah.

Namun demikian hubungan anak kecil yang bertuah ini dengan Ummu Mukminin, Ummu Salah tidak berhenti setakat itu sahaja. Malah hubungan mereka menjangkau lebih daripada itu. Khairah, ibu al Hasan ini selalu keluar rumah kerana melakukan kerja-kerja untuk Ummu Mukminin. Jadi apabila anak kecil ini menangis kelaparan, Ummu Salah akan membawa anak kecil ini ke biliknya. Beliau akan menyusukannya sendiri untuk menenangkan anak ini sepanjang ketiadaan ibunya.

Dengan ini, Ummu Salah menjadi ibu kepada Al Hasan kerana dua sebab. Pertama kerana beliau adalah Ummu Mukminin. Kedua kerana beliau adalah ibu susuannya.

***
Hubungan yang begitu erat dengan kesemua Ummu Mukminin selain kedudukan rumah-rumah mereka yang berdekatan membolehkan anak kecil yang bertuah ini sering mengunjungi rumah-rumah ini. Malah anak kecil ini juga berpeluang mencontohi akhlaq dan menerima bimbingan mereka.

Al Hasan sendiri pernah menceritakan bahawa rumah-rumah Ummu Mukminin menjadi tempat beliau bermain. Menurutnya, apabila beliau melompat, tangannya boleh mencecah atap rumah Ummu Mukminin.

***
Al Hasan membesar dalam suasana yang penuh dengan haruman dan sinaran nubuwwah. Beliau berpeluang menikmati keindahan yang mewarnai rumah-rumah Ummu Mukminin ini.

Selain itu, Al Hasan juga turut berpeluang menerima didikan para sahabat agung di masjid RasuluLLah s.a.w. Beliau berkesempatan menerima hadith daripada Othman bin Affan, Ali bin Abu Talib, Abu Musa al As'ari, Abdullah bin Umar, AbduLlah bin Abbas, Anas bin Malik, Jabir bin AbduLLah dan ramai lagi.

Al Hasan begitu tertarik dengan Amirul Mukminin, Ali bin Abu Talib r.a. Beliau dapat melihat kekuatan pegangan Ali kepada agamanya. Beliau tertarik dengan kesempurnaan ibadat dan kezuhudannya menjauhi segala kesenangan dunia. Beliau turut tertarik dengan kepetahan, kebijaksanaan, kefasihan dan tunjuk ajarnya yang mampu menyentuh hati manusia. Oleh kerana itu, al Hasan cuba mencontohi segala akhlaq, ketaqwaan dan ibadah Ali bin Abu Talib. Beliau juga turut mencontohi kepetahan dan kefasihan Ali bin Abu Talib.

Apabila al Hasan berusia 14 tahun dan semakin dewasa beliau mengikut ayahnya berpindah ke Basrah. Beliau menetap di sana bersama keluarganya. Di sinilah al Hasan mula dikaitkan dengan Basrah dan di kenali sebagai al Hasan al Basri.

Ditulis oleh : IbnuNafis

Bersabarlah Wahai Saudaraku... (Khas Buat Yg Sedang Ditimpa Kesusahan)

Oleh: al-bahanj

"Hidup yang beberapa tempoh lamanya ini tidak terlepas dari kita akan beberapa situasi yang menyukarkan kita. Tatkala ini berlaku, bermacam-macam perasaan datang, yang kadang-kadang boleh merosakkan diri dan iman kita.Renung dan perhatikanlah beberapa ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam berikut. Ia khusus untuk memperbaiki cara kita pandang dan fikir terhadap setiap masalah yang menimpa diri kita.

Mudah-mudahan kalam ALLAH Yang Maha Benar dan kalam Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam berikut bisa menenangkan jiwa kita. Semoga dengan membacanya makin bertambah kekuatan sabar dan redho di dalam diri kita semua tatkala berhadapan dengan masalah, musibah dan kesukaran, insyaALLAH:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا
Yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu” (Ali ‘Imran, 3:200)
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأمْوَالِ وَالأنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
Yang bermaksud: “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah, 2:155)
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
Yang bermaksud: “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar, 39:10)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah, 2:153)
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ
Yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.” (Muhammad, 47:31)
Berikut pula beberapa hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam:
Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu; kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman, di mana apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur, maka demikian itu sangat baik baginya. Dan apabila ia ditimpa kesusahan, ia sabar, maka yang demikian itu sangat baik baginya.” (HR Muslim)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, ALLAH Ta’ala berfirman: “Tidak ada pembalasan bagi seorang hambaKU yang mukmin yang telah AKU ambil kembali kekasihnya dan ahli dunia ini kemudian ia hanya mengharapkan pahala daripadaKU, kecuali pembalasan syurga.” (HR Bukhari)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Saya mendengar Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya ALLAH Ta’ala berfirman: “Apabila AKU menguji salah seorang hambaKU dengan buta kedua matanya, kemudian ia sabar, maka AKU akan menggantikannya dengan syurga.” (HR Bukhari)
Dari ‘Atha’ bin Abi Rabah berkata: “Ibnu ‘Abbas radhiAllahu ‘anhuma berkata kepadaku: “Mahukah kamu saya tunjukkan seorang wanita yang termasuk ahli syurga?” Saya menjawab: “Ya, saya mahu”. Ia berkata: “Itu wanita hitam yang pernah datang kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang mana ketika itu dia berkata: “Sesungguhnya saya mempunyai ayah dan sesungguhnya saya mempunyai penyakit ayan, dan sesungguhnya pernah terbuka aurat saya kerananya (penyakit itu), oleh itu doakanlah kepada ALLAH Ta’ala agar penyakit saya sembuh.” Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila kamu mahu sabar maka kamu akan mendapatkan syurga, dan apabila kamu tetap meminta maka saya pun akan berdo’a kepada ALLAH agar DIA menyembuhkan penyakitmu itu.” Wanita itu berkata: “Saya akan bersabar”. Kemudian wanita itu berkata lagi: “Sesungguhnya kadang-kadang sampai terbuka aurat saya, maka do’akanlah kepada ALLAH agar aurat saya tidak terbuka.” Maka Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pun mendo’akan baginya. (HR Bukhari & Muslim)
Dari Abu Sa’id dan Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhuma, dari Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Seorang muslim yang tertimpa kecelakaan, kemelaratan, kegundahan, kesedihan, kesakitan mahupun kedukacitaan akibat tertusuk duri pun, nescaya ALLAH akan menebus dosanya dengan apa yang menimpanya itu.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang dikehendaki oleh ALLAH menjadi orang baik, maka ditimpakan musibah (ujian) kepadanya.” (HR Bukhari)
Dari Ibnu Mas’ud radhiAllahu ‘anhu berkata: “Saya masuk ke tempat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang beliau menderita sakit panas, kemudian saya berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya tuan benar-benar menderita sakit yang panas sekali.” Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Benar, sakit panas yang saya deritai ini dua kali ganda yang biasa dideritai oleh seseorang di antara kamu sekalian.” Saya berkata: “Kalau begitu, tuan mendapat pahala dua kali ganda.” Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Benar, memang demikianlah keadaannya. Seorang muslim yang tertimpa suatu kesakitan, baik itu berupa duri ataupun lebih dari itu nescaya ALLAH menutupi kesalahan-kesalahannya dan menghapus dosa-dosanya sebagaimana daun berguguran dari pohonnya.” (HR Bukhari & Muslim)
Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya ujian.  Dan sesungguhnya apabila ALLAH Ta’ala mencintai sesuatu bangsa maka ALLAH menguji mereka; barangsiapa redho maka ALLAH akan meredhoinya.  Dan barangsiapa yang marah, maka ALLAH akan memarahinya.”  (HR at-Turmudzy)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Apabila ALLAH menghendaki hambaNYA itu menjadi orang baik maka DIA akan menyegerakan seksaannya di dunia ini, dan apabila ALLAH menghendaki hambaNYA itu menjadi orang jahat, maka DIA akan menangguhkan balasan dosanya sehingga akan dituntut nanti pada Hari Kiamat.”
Dari ‘Aisyah radhiAllahu ‘anha bahawasanya dia bertanya kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tentang wabak taun.  Kemudian Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam memberitahu kepadanya bahawa wabak taun itu merupakan seksaan yang ditimpakan oleh ALLAH Ta’ala kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNYA.  Akan tetapi ALLAH Ta’ala menjadikannya sebagai rahmat bagi orang-orang yang beriman.  Seseorang yang tetap tinggal pada suatu daerah yang dijangkiti taun dan dia sabar, malah memohon kepada ALLAH serta sedar bahawa dia tidak akan tertimpa musibah itu kecuali apabila ALLAH telah mentaqdirkannya maka dia akan mendapat pahala seperti pahalanya orang yang mati syahid.“  (HR Bukhari)
Semoga hati kita lebih tenang dan redho setelah membaca kalam-kalam yang mulia di atas. Lantas menerbitkan kesabaran yang mantap dan iman yang padu dalam menempuh ranjau hidup yang penuh mencabar di hadapan sana. Mudah-mudahan ALLAH bersama-sama kita, amin…
WAllahu Ta’ala A’lam.

Selasa, 27 Mac 2012

Hukum Memakai Inai Bagi Lelaki & Perempuan

Salam kepada semua semoga semua dalam keadaan gembira dan bahagia disamping beribadah dan bersama keluarga bahagia. Ada soalan yang diajukan oleh pengunjung blog ini meminta saya mengulas sedikit mengenai hukum memakai inai (henna). Saya harap kepada sesiapa yang berilmu dapat berkungsi dengan saya mengenai masalah ini.

Menurut pendapat hambali dan syafie mengatakan pemakaian inai ini adalah harus, inai ini boleh digunakan di mana-mana baghagian tubuh lelaki dan perempuan. Cuma Iamam Hambali tidak membenarkan inai dibahagian kepala lelaki dan perempuan. Manakala Imam Syafie pula, tidak membenarkan bagi lelaki menginaikan kaki dan tangan mereka kerana menyerupai sifat perempuan. Tetapi apabila dharurat dibenarkan untuk tujuan perubatan. Tidak dibenarkan sama sekali memakai inai bagi perempuan yang idah iaitu (isteri bagi suami yang meninggal) tidak dibenarkan berhias dan keluar rumah tanpa tujuan selama 4 bulan 10 hari atau 3 kali suci dari haid.

Begitu juga pendapat dari Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan "bahawa hukum lelaki memakai inai di kukunya adalah di antara haram dan makruh. Ini kerana ia menyerupai perhiasaan wanita . Inai yang digunakan untuk perubatan tidaklah mengapa(tujuan kesihatan seperti inai di ibu jari kaki yang menghidap penyakit kuku rosak."

Kesimpulan dari perbahasan di atas, bagi lelaki tidak dibenarkan memakai inai di kaki dan ditangan kecuali wanita, kerana menyerupai wanita. Sekiranya ada pandangan lain yang membolehkan, maka kita sebagai Islam mestilah berhati-hati dalam menentukan perbuatan kita, kerana dikuatiri menjadi haram. Tidak dibolehkan juga kepada wanita yang memakai inai dengan mengukirkan inainya seperti tatu sepertimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra katanya: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Sahih Muslim).
http://www.ustaznoramin.com/2010/02/hukum-memakai-inai-bagi-lelaki.html

LUPAKAH KITA AKAN ALLAH???

Kadang-kadang, ragam dunia membuatkan dada kita lemas dan terasa sesak walaupun pada hakikatnya, kita masih bernafas. Kadang-kadang, ragam manusia sekeliling kita menjadikan kita rimas oleh desakan-desakan yang menyuruh kita melalaikan diri dan menjauh dari Yang Maha Esa. Kadang-kadang, suasana dunia sering memerangkap dan memenjara nurani kita yang berfitrahkan kebaikan bertukar kepada keburukan dan kejahatan.

Kadang-kadang, ragam alam maya menjadikan kita mangsa tipu daya untuk kita mempercayai apa-apa saja sumber yang berjaya dikorek, direka serta ditokok tambah di alam penuh global ini. Jahilnya kita! Zalimnya kita!

Kadang-kadang, kehidupan menjadikan kita lebih kuat dan luar biasa untuk terus berjuang hadapi hidup di masa hadapan. Kadang-kadang, kehidupan yang sama ini juga menjatuhkan semangat kita dan menghalakan jiwa kita ke arah untuk berputus asa. Lemahnya kita! Lembiknya kita!


Bila ujian dan dugaan bertandang, jiwa mula resah. Hati pula sibuk rasa gelisah. Diri juga semakin menggelabah. Kenapa ya? Lupakah kita pada Allah?? Lupakah kita pada ganjaran Jannah?? Lupakah kita pada erti sebuah tabah?? Lupakah kita bahawa ketenangan itu ada pada Allah??

“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Surah Al-Ra’d : 28)

Bila kita ditimpa ujian demi ujian yang bertali arus, diri mula terasa lemas. Ingin berputus asa dari bergantung harap pada-Nya. Rasa ingin mati secepat yang mungkin walaupun amalan tak setinggi gunung. Kenapa mesti rasa begitu ya? Lupakah kita bahawa Allah itu sentiasa ada bersama kita?? Lupakah kita bahawa Allah terlalu sayangkan kita??


Sa’ad bin Abi Waqqas berkata : “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. ; ‘Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya?’ Nabi s.a.w. menjawab ; ‘Para Nabi, kemudian yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji mengikut kadar agamanya. Kalau agamanya nipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan apabila imannya kukuh diuji sesuai dengan itu (keras). Seseorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi, bersih daripada dosa-dosa.’” (Riwayat Bukhari)

Bila insan kecintaan kita seperti ibu bapa, suami isteri, anak-anak, sahabat dan para guru pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya, kita terus dibelenggu sedih. Kecewa berpanjangan dan muram terhadap setiap keadaan. Kenapa begitu ya? Lupakah kita pada ujian Nabi terdahulu yang lebih dahsyat lagi dugaannya?? Lupakah kita bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati?? Lupakah kita bahawa dunia ini hanya sementara??

“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (setan) memperdayakan kamu dalam (menaati) Allah.” (Surah Luqman : 33)

Di mana ketabahanmu saat dugaan menyapa jiwamu? Di mana sabarmu tika ujian melanda atmamu? Di mana kekuatanmu saat ombak derita cuba menghanyutkanmu dalam rendaman air mata semata-mata? Di mana kebergantunganmu pada Allah saat dunia mula menutup mata hatimu?

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,” (Surah Al-Baqarah : 45)

Bila hati resah dan gelisah, ingatlah, kita punya Allah…

Bila jiwa mula bergelora dengan gundah-gulana, jangan kita lupa, Allah selalu ada…

Bila diri mula dihimpit rasa duka, ingatlah, kita ada Allah…

Bila dada terasa lemas dan sesak dengan asakan cinta dunia, ingatlah, Allah matlamat utama kita..


Jangan hanya di waktu susah kita mengingati-Nya..

Tapi, di waktu senang juga, jangan sesekali lupakan-Nya..

Susah senang diiringi dengan ingatan hanya pada-Nya..

Suka duka bersama-Nya..

Sabarlah kerana Allah..

Redalah dengan segala rencana Allah..

Syukurlah dengan segala aturan-Nya untuk kita..

Insya-Allah..

Mukmin yang kuat itu tidak ada dalam kamus hidupnya erti ‘putus asa’..!
http://wana93.wordpress.com/2012/01/07/lupakah-kita-akan-allah/

Isnin, 26 Mac 2012

Kisah Teladan: Orang Yang Lumpuh Kerana Tidak Berdiri Ketika Membaca Maulid



Gambar Kredit: Majlis Ta'lim Darul Murtaza


Sebagaimana dijanjikan sebelum ini, entri kali ini al-fagir ingin kongsikan sebuah kisah yang terdapat di dalam kitab karangan al-‘Alim al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad ‘Ali bin Hussin al-Maliki al-Makki mengenai seorang lelaki yang lumpuh kerana tidak berdiri tatkala dibacakan kisah diperanakkan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, bahkan membid’ahkan perbuatan tersebut. Sebelum itu ingin al-fagir memperkenalkan penulis kitab tersebut dahulu.
Al-‘Alim al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad ‘Ali bin Hussin bin Ibrahim al-Maliki al-Makki, adalah Syeikhul Masyaikh pada zamannya. Beliau juga merupakan ketua para guru di Madrasah Darul ‘Ulum, Makkah. Murid beliau, Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani mengatakan bahwa beliau adalah sibawaih pada zamannya. Lahir pada bulan Ramadhan, 1287H di Makkah al-Mukarramah. Ayah beliau adalah merupakan mufti mazhab Maliki di Makkah pada zamannya, dan beliau wafat pada tahun 1292H ketika Syeikh Muhammad ‘Ali berusia 5 tahun. Kemudian beliau dipelihara oleh abang beliau Syeikh Muhammad bin Hussin al-Maliki, juga seorang mufti mazhab Maliki di Makkah. Abangnya wafat pada 1310H.

Guru-guru beliau, antaranya: Syeikh Muhammad bin Hussin al-Maliki (w 1310H), Syeikh Muhammad ‘Abid bin Hussin al-Maliki (abang beliau, wafat 1341H), al-‘Allamah as-Sayyid Abu Bakar bin Muhammad Syatha (yang masyhur dengan panggilan Sayyid Bakri Syatha, wafat 1310H), Syeikh ‘Abdul Haq (1323H), al-‘Allamah as-Sayyid Ahmad bin ‘Abdullah az-Zawawi al-Maliki al-Makki (w 1316H), al-‘Allamah asy-Syeikh ‘Ali bin Dzahir al-Witri (w 1322H), al-‘Allamah asy-Syeikh ‘Abdul Jalil Baradah (w 1327H), al-‘Allamah asy-Syeikh Faalih bin Muhammad az-Dzahiri al-Madani (1328H), al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad Sa’id BaBashil (w 1330H), al-‘Allamah as-Sayyid Hussin bin Muhammad al-Habsyi al-Makki (w 1330H, abang kepada al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi, shohib maulid Simtud Durar), al-‘Allamah asy-Syeikh ‘Abdullah bin Saufan bin ‘Udah al-Qudumi an-Nabalusi al-Hanbali tsumma al-Madani (w 1331H), al-‘Allamah as-Sayyid ‘Umar bin Muhammad Syatha al-Makki (w 1331H), al-‘Allamah as-Sayyid Ahmad bin Ismail al-Barzanji al-Madani (w 1335), al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki (w 1335H), al-‘Allamah as-Sayyid Muhammad bin Salim as-Sirri at-Tarimi (w 1345H), al-‘Allamah asy-Syeikh Syu’aib bin ‘Abdurrahman as-Siddiqi 9w 1356H), al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad ‘Abdul Baqi al-Laknawi tsumma al-Madani (w 1364H), al-‘Allamah as-Sayyid Muhammad ‘Abdul Hay al-Kattani al-Maliki (w 1382H), al-‘Allamah asy-Syeikh ‘Abdul Ghani bin Shabah al-Bimawi al-Indunisi dan lain-lain.

Murid-murid beliau, antaranya: Syeikh Ahmad bin ‘Abdullah Nasir, Naib Qadhi Makkah; Syeikh Hussin bin ‘Abdul Ghani; Syeikh Yahya Aman, Nabi Qadhi Makkah; al-‘Allamah Syeikh Hasan bin Muhammad al-Masyath, Naib Qadhi Makkah; al-‘Allamah Sayyid Abu Bakar bin Ahmad al-Habsyi, Naib Qadhi Makkah; al-‘Allamah Sayyid Muhsin bin ‘Ali al-Musawa, Pengasas Darul Ulum ad-Diniyyah, Makkah; al-‘Allamah Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas al-Maliki, Guru di Masjidilharam; al-‘Allamah Sayyid Amin al-Kutbi, Guru di Masjidilharam; al-‘Allamah Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi, Syeikhul Islam Selangor; al-‘Allamah Syeikh Zubir Ahmad, Mudir Madrasah Idrisyyah, Perak; Syeikh Ahmad Muhammad Mansur; Syeikh Sholeh bin Idris al-Kalantani; Syeikh Ibrahim al-Fathani; al-‘Allamah Syeikh ‘Abdur Qadir bin ‘Abdul Mutthalib al-Mandili; al-‘Allamah Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Ahmad Wan Besar, Qadhi Besar Kedah (beliau pernah menjadi khadam kepada Syeikh ‘Ali al-Maliki selama 7 tahun sebagaimana dikhabarkan kepada al-fagir oleh al-Marhun Syeikh Zakaria bin Ahmad Wan Besar, dan beliau juga adalah ayahanda kepada Dato Wan Ahmad, Mantan Pengarah JAKIM), al-‘Allamah al-Musnid Syeikh Muhammad Yasin bin ‘Isa al-Fadani dan lain-lain.

Selain dari mengajar di Masjidilharam dan di Darul Ulum, beliau juga banyak menghasilkan karya, iaitu hampir 40 buah. Antaranya:

السوانح الجازمة في التعاريف اللازمة. في المنطق، مسلك السادات إلى سبيل الدعوات، تدريب الطلاب إلى قواعد الإعراب، إنارة الدجا شرح تنوير الحجا. نظم سفينة النجا، بلوغ الأمنية بفتاوى النوازل العصرية، اللمعة في بيان ما هو الراجح في أول وقت الجمعة، توضيح ما يلزم أن يهتم به ويعنى من بيان ما قاله الأئمة في رواية الستة بالمعنى، عقود الفرائد في علم العقائد، المقصد السديد في بيان خطأ الشوكاني فيما افتتح به رسالته القول المفيد. وذلك في مسألة التقليد والاجتهاد، المقاصد الباسطة لبيان تنوع العالم إلى ملك وملكوت وواسطة، طوالع الأسرار العطائية في مطالع سماء مراضي الحضرة الإلهية، الهدي التام في موارد المولد النبوي وما اعتيد فيه من القيام. ،بوارق أنواء الحج وفضائله وآدابه وما فيه من حكم وأسرار وفضائل مكة والمدينة وما جاء في فضل زيارة النبي صلى الله عليه وسلم وصاحبيه وأهل بيته والتبرك بالآثار،سعادة الدارين بنجاة الأبوين،شمس الإشراق في حكم التعامل بالأوراق، أنوار الشروق في حكم الصندوق، تحفة الخلان في علم البيان. على شرح الشيخ عباس على متن الشيخ عابد، فرائد النحو الوسيمة شرح الدرة اليتيمة، تقريرات على حاشية الخضري على ألفية ابن مالك، تعليقات كتبها على همع الهوامع شرح جمع الجوامع، تقريرات على كتاب العقد الفريد في علم الوضع،الحواشي النقية على كتاب البلاغة. لنخبة من علماء الأزهر الذين هم الشيخ محمد طموم وزملاؤه، تقريرات على شرح المحلي لجمع الجوامع، حاشية على كتاب التلطف شرح التعرف. في علم الأصول والتصوف، تهذيب الفروق والقواعد السنية في الأسرار الفقهية. اختصر فيه كتاب الفروق في الأصول للقرافي، حواشي على كتاب الأشباه والنظائر، انتصار الاعتصام بمعتمد كل مذهب من مذاهب الأئمة الأعلام، ردع الجهلة وأهل الفره في اتباع قول من يرد المطلقة ثلاث في مرة، توضيح أحسن ما يقتفى وبه في تحليل المبتوتة يكتفى، التنقيح لحكم التلقيح،رسالة بذيل التنقيح في الفتوى عن ثلاث مسائل، تحذير المسلمين من لبس البرنيطة وزي الكافرين، طوالع الهدى والفصل بتحذير المسلمين عن الإعلام وقت الصلاة بضرب الناقوس والطبل،فصول البدائع في رد ما أورده على الهدي المنازع، إظهار الحق المبين في الرد على من أجاز مس المصحف بدون طهارة، فتح المتعال في رد سنة الصلاة بالنعال، القواطع البرهانية في بيان إفك غلام أحمد وأتباعه القاديانية،الكياسة في علم الفراسة، الورد العلوي. في الأوراد والأذكار.

Syeikh Muhammad bin Hussin al-Maliki pernah datang ke Indonesia dan Tanah Melayu menziarahi murid-murid beliau, pada tahun 1343H dan 1345H. Di Tanah Melayu, beliau hadir ke Kuala Kangsar, Perak Darul Ridhwan dan pernah bertemu dengan Sultan Perak ketika itu iaitu Sultan Iskandar Shah bin Sultan Idris Shah (1876M – 1939M,Sultan Perak ke 30 (1918M – 1938M).
Al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad ‘Ali bin Hussin bin Ibrahim al-Maliki al-Makki pada hari Isnin, 28 Sya’ban 1367 di Thaif.

Dalam sebuah kitabnya berjudul الهدي التام في موارد المولد النّبّوي وما اعتيد فيه من القيام, Al-‘Allamah asy-Syeikh Muhammad ‘Ali bin Hussin bin Ibrahim al-Maliki al-Makki menyebut:

Diceritakan oleh as-Sayyid ‘Alawi al-Maliki, bahwasanya ayahnya al-Marhum as-Sayyid ‘Abbas al-Maliki رحمه الله [1] memberitahunya: Bahwasanya dia (Sayyid ‘Abbas) telah menghadiri sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وآله وسلم di malam maulidnya Nabi صلى الله عليه وآله وسلم di Baitul Maqdis. Di dalam majlis itu dibacakan Maulid al-Barzanji. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang beruban berdiri dengan penuh adab dari mula sehingga akhir majlis. Tatkala beliau bertanya mengapa dia berdiri sedangkan usianya telah lanjut, maka dia menjawab, sesungguhnya dahulu dia tidak berdiri ketika disebut tentang kelahiran Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, dan dia beriktikad bahwasanya ianya adalah bid’ah yang buruk. Maka satu malam dia telah bermimpi dia berserta dengan para jemaah yang bersedia untuk menyambut Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Maka tatkala muncul atas mereka Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang mempunyai rupa paras seumpama bulan, mereka lalu berdiri sekeliannya menyambutnya صلى الله عليه وآله وسلم, namun dia tidak mampu untuk berdiri, lantas berkata baginya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Engkau tidak akan mampu untuk berdiri. Maka tidak terjaga dia dari tidurnya melainkan dalam keadaan lumpuh dan berkekalan keadaannya itu selama setahun. Maka dia bernazar, seandainya Allah menyembuhkannya dari penyakitnya itu, dia akan berdiri dari awal pembacaan maulid sehingga ke penghujungnya. Maka Allah menyembuh dia dari penyakitnya itu. Dan setelah itu sentiasalah dia berdiri tatkala dibacakan maulid bagi memenuhi janji nazarnya bagi membesarkan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.

Kisah ini hanyalah sebagai teladan bagi mereka yang mahu mengambil pengajaran darinya. Fahamilah!

والله تعالى أعلى وأعلم
sekian dari,
al-fagir ilaLlah abu zahrah al-qadahi
isnin, 29 safar 1433H
taman seri gombak, selangor darul ehsan

Al Qasim bin Muhamad Bin Abu Bakar


"Jika saya ada kuasa dalam hal ini sudah tentu saya akan melantik al Qasim bin Muhammad sebagai khalifah."
[Umar bin Abdul Aziz]
Pernahkah anda mendengar kisah ulama tabi'in yang agung ini? Segala kegemilangan bersatu dalam jiwanya. Bapanya adalah Muhammad bin Abu Bakar al Siddiq dan ibunya ialah anak perempuan Kisra, Yazdajurda, maharaja terakhir kerajaan Parsi. Ibu saudaranya ialah Aisyah, Ummu Mukminin.

Malah apa yang lebih utama ialah beliau telah memahkotakan dirinya dengan mahkota takwa dan ilmu. Adakah selain daripada kemuliaan ini, ada lagi kemuliaan lain yang dicari-cari oleh manusia.

Beliau ialah al Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar al Siddiq. Salah seorang daripada tujuh ulama Madinah dan orang yang paling terkehadapan dalam keilmuan di zamannya. Seorang yang tajam fikirannya dan sangat warak.

Marilah kita ikuti kisah hidupnya.

***

Al Qasim bin Muhammad dilahirkan di akhir zaman pemerintahan Uthman bin Affan radiyaLlahu 'anhu. Ketika anak kecil ini masih dalam buaian lagi, negara Islam telah terjebak dalam kancah yang melanda. Ketika inila Khalifah Uthman bin Affan yang digelar Zu Nurain, soerang yang terkenal dengan ibadat dan zuhudnya terkorban rebah di atas lembaran al Qurannya. Setelah itu, timbul pula pertembungan yang hebat antara Amirul Mukminin, Ali bin Abu Talib dengan Gabenor Sham, Muawiyah bin Abu Sufyan.

Dalam suasana yang penuh kegawatan dan genting, anak kecil ini bersama-sama dengan adik perempuannya terpaksa berpindah dari Madinah ke Mesir. Mereka terpaksa mengikut ayah mereka yang baru sahaja dilantik oleh Amirul Mukminin, Ali bin Abi Talib sebagai gabenor di sana. Malangnya tangan-tangan khianat menjerut ayahnya dan membunuhnya dengan kejam.

Peristiwa malang ini memaksa anak kecil ini berpindah semula ke Madinah setelah Madinah ditawan oleh pengikut Muawiyah. Anak kecil ini kini menjadi yatim.

Al Qasim pernah menceritakan sendiri kisah malang yang menimpanya. Beliau menceritakan :

"Setelah ayah dibunuh di Mesir, bapa saudara saya Abdul Rahman bin Abu Bakar datang untuk membawa saya dan adik perempuan saya ke Madinah. Sebaik sahaja kami sampai di Madinah ibu saudara saya, Aisyah radiyaLlahu 'anhu datang mengambil kami dan membawa kami ke rumahnya. Kami kini diasuh dalam belaiannya.

Saya tidak pernah melihat seorang ibu atau ayah yang begitu baik dan pengasih sepertinya. Beliau menyuapkan sendiri makanan ke mulut kami dengan tangannya. Malah beliau tidak makan ketika kami makan dan hanya sisa-sisa makanan kami yang menjadi makanannya. Kami dibelai olehnya seperti seorang ibu yang menyusukan anaknya. Beliau akan memandikan kami dan menyikat rambut kami dan sentiasa memakaikan kami dengan pakaian yang putih bersih.

Beliau tidak pernah lupa menyemai kami dengan nilai budi yang baik dan mendidik kami supaya melakukannya. Beliau juga tidak lupa melarang kami daripada melakukan kejahatan dan mendidik kami supaya tidak melakukannya. Kami sentiasa diajar KitabuLlah dan dididik supaya menghafal hadis-hadis RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam mengikut keupayaan kami.

Ketika hari raya, kemesraannya lebih terasa, apatah lagi dengan hadiah yang diberikannya. Pada malam hari Arafah, beliau mencukur rambut saya dan kemudian memandikan saya dan adik perempuan saya. Ketika pagi raya beliau menyarungkan kami pakaian baru. Setelah itu, beliau menyuruh seseorang membawa saya ke masjid untuk menunaikan sembahyang hari raya. Apabila saya pulang, beliau memanggil saya dan adik saya berkumpul. Beliau kemudiannya melakukan upacara korban di hadapan kami.

Ketinggian Akhlak Al Qasim bin Muhammad
Al Qasim bin Muhammad memiliki sifat-sifat yang tidak jauh berbeza daripada datuknya Abu Bakar as Siddiq radiyaLlahu 'anhu. Malah ada yang berkata: "Tiada seorangpun anak-anak Abu Bakar yang menyerupai Abu Bakar seperti anak muda ini"

Al Qasim memiliki sifat-sifat ketinggian akhlak dan keperibadian Abu Bakar. Beliau juga memiliki keteguhan iman, kewarakan, mudah bertolak ansur dan pemurah.

Terdapat banyak riwayat yang menceritakan kata-kata dan tindakannya yang menunjukkan sifat-sifat ini.

Antaranya suatu ketika, seorang Arab dari pedalaman datang ke masjid dan bertanya kepadanya: "Siapakah yang lebih berilmu, engkau atau Salim bin AbduLLah?"

Al Qasim tidak menghiraukan soalan itu. Lalu lelaki tadi bertanya lagi : Dia menjawab : "Maha suci ALlah..."

Lelaki tadi mengulangi soalannya lagi. Dia pun membalas "Di sana itu Salim bin AbduLlah, wahai anakku.."

Orang yang hadir di situ berkara: "Alangkah hebatnya, beliau tidak mahu berkata: Saya lebih berilmu daripadanya, kerana itu bermakna dia memuji dirinya sendiri dan beliau tidak mahu berkata, dia lebih berilmu daripada saya, kerana itu bermakna beliau menipu." Beliau sebenarnya lebih berilmu daripada Salim.

Suatu ketika, beliau berada di Mina. Ketika itu, para jemaah haji dari seluruh wilayah sedang mengerumuninya untuk bertanya soalan. Beliau menjawab setiap soalan yang diketahui jawapannya dan bagi soalan yang tidak diketahui jawapannya, beliau berkata:

"Saya tidak tahu... saya tidak tahu... saya tidak tahu...."

Jawapannya ini memeranjatkan mereka. Namun beliau berkata: "Tidak semua yang kamu tanya itu saya tahu. Jika saya tahu, sudah tentu saya tidak akan menyembunyikannya. Malah tidak seharusnya saya menyembunyikannya. Hidup dalam keadaan jahil adalah lebih baik bagi seseorang (setelah mengenali hak ALlah) daripada dia bercakap apa yang tidak diketahuinya."

Pada suatu ketika, beliau diamanahkan mengagihkan zakat kepada mereka yang berkelayakan. Jadi beliau memberikan setiap yang berhak mengikut ijtihadnya. Cuma ada seorang di kalangan mereka tidak berpuas hati dengan bahagian yang diterimanya. Lalu orang ini datang ke masjid ketika al Qasim sedang mendirikan sembahyang. Orang ini terus mempertikaikan bahagian zakatnya.

Ketika itu, anak al Qasim membalas : "Demi ALlah, kamu mempertikaikan seorang yang tidak menyentuh sedikitpun zakat kamu walau sedirham malah seperenam dirham. Malah sebiji tamar pun tidak diusik."

Mendengar suara lelaki tadi, al Qasim mempercepat sembahyangnya dan kemudian berpesan kepada anaknya: "Wahai anakku, lain kali jangan engkau berkata perkara yang tidak engkau ketahui."

Walau bagaimanapun orang ramai berkata: "Apa yang dikatakan oleh anaknya itu benar. Namun beliau mahu mendidik anaknya supaya menjaga mulutnya agar tidak terlalu banyak bercakap."

Al Qasim bin Muhammad hidup sehingaa berusia melebihi 72 tahun. Ketika usianya semakin lanjut matanya mula kabur. Pada tahun-tahun akhir hayatnya, beliau berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji. Ketika dalam perjalanan, beliau menemui ajalnya.

Sebelum menemui ajalnya, beliau berpesan kepada anakandanya: "Apabila ayah mati, kafankanlah ayah dengan pakaian yang selalu ayah pakai utnuk sembahyang. Baju ayah, kain ayah dan selubung ayah. Itulah kain kafan datukmu Abu Bakar. Selepas itu, masukkan ayah dalam liang lahad dan teruslah pulang ke keluargamu. Jangan sekali-kali kamu berdiri di kubur ayah dan kamu katakan: Dahulu ayah saya... Dahulu ayah saya... Sedangkan ayah tidak memiliki apa-apapun."

Rabu, 21 Mac 2012

FIKIR-FIKIRKANLAH

~Tragedi yang paling dahsyat dalam hidup seseorang adalah dia tidak kenal siapa penciptanya, siapa dirinya, apa tujuan hidupnya dan di manakah destinasi terakhir yang akan menjadi persinggahannya~

MILIKI MAJALAH PENUH BERILMU&BERMANFAAT

Assalamualaikum shbt2 sekelian.. Bagi sesiapa yg ingin memiliki

1. MAJALAH SOLUSI TERBARU ISU 42 - "Pasrah dgn Istikharah"- RM10
2. MAJALAH Q&A NO.1@2@3&terbaru No.4 -RM10
3.MAJALAH gen-Q - RM7
4. MAJALAH ASUH - RM4








Sila hubungi Muhamad Naim Hj Hashim/Ibnu Muslim di talian 017-3112753@019-6023803 @ email: jelawat_putih@yahoo.com.. stok dah ada skrg....
~"Membaca membentuk keperibadian,Menulis membentuk kesempurnaan"~

Isnin, 19 Mac 2012

PERJUANGAN DIPENUHI JALAN BERDURI

" Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya. Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai tertarik padanya. Tetapi, hakikat perjuangan bukan begitu. Turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula. Andai terluka, ingatlah janjiNya.

Jumaat, 16 Mac 2012

PESAN SAHABAT NABI SAW



"Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara di akhirat"

(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )

WASIAT SAHABAT NABI SAW

Kata Saidina Ali:

Jika seseorang berpaut pd manusia, maka hinalah dia. Jika seseorang tegak agama pd logik akal, maka sesatlah dia. Jika seseorang bergantung pd duit semata, maka muflislah dia. Tapi, jika seseorang itu bergantung HANYA PD ALLAH, maka dia TAKKAN HINA, SESAT, MUFLIS.

Rabu, 14 Mac 2012

MALAM KESENIAN ISLAM DI BDR SG BUAYA RAWANG

Tazkirah Maghrib













5 Perkara Tanda Pendustaan Kita Kepada Allah SWT

1.Beribadat kepada Allah SWT tetapi melakukan maksiat dengan anggota badannya.

2.Melakukan Ibadat kepada Allah SWT tetapi disertai bidaah dalam ketaatan kepada Allah SWT.

3.Beribadat kepada Allah SWT tetapi Haloba dengan sesuatu yang dimiliki oleh orang lain.

4.Menyakini tentang kebenaran Islam tetapi kurang beribadat kepada Allah SWT.

5.Mengaku persaudaraan sesama Islam tetapi tidak menjaga kehormatan umat Islam mengikut dengan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Tazkiah an-Nufus. m/s: 47

4 PERKARA MENEGAKKAN AGAMA & DUNIA

Ali bin Abi Talib R.A Berkata:Agama dan dunia akan tetap tegak berdiri kerana empat perkara:

1.Selama-mana orang-orang kaya tidak bakhil dengan apa yang telah dikurniakan pada mereka.

2.Selama -mana ulamak mengamalkan dengan ilmu yang telah diketahui.
3.Selagi orang bodoh tidak sombong dengan perkara yang tidak diketahuinya.
4.Selagi orang fakir tidak menjual akhirat dengan dunia.

4 NASIHAT BERHARGA DARIPADA 4 BUAH KITAB

Empat nasihat yang paling berharga daripada empat buah kitab yang Allah SWT turunkan:

DARIPADA KITAB TAURAT : Sesiapa redha di atas pemberian Allah kepadanya, maka dia akan merasa ketenangan atau dapat beristirehat di dunia dan akhirat.

DARIPADA KITAB INJIL : Sesiapa dapat menundukkan keinginan syahwatnya, maka ia akan menjadi orang yang kuat di dunia dan akhirat.

DARIPADA KITAB ZABUR : Sesiapa berkhalwat (beribadat di tempat khusus) atau menyendiri dari manusia maka dia akan selamat.

DARIPADA AL-QURAN AL-KARIM : Sesiapa dapat memelihara perkataanya, maka dia kan selamat di dunia dan akhirat.

Isnin, 5 Mac 2012

Pengembaraanku ke dalam Surah al-Hasyr ayat 21

OLEH: Abu Zulfiqar


“Sekiranya Kami turunkan Al Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau akan melihat gunung itu khusyuk serta terpecah-belah kerana takut kepada Allah. Dan misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya.” (Surah al-Hasyr: 21)

Allah minta kita berfikir tentang perbandingan ini. Berapa ramai orang yang mengajak kita untuk berfikir tentang ayat-ayat al Quran? Sudah berapa ramai pula orang yang kita ajak untuk berfikrir tentang ayat-ayat al-Quran?

Satu renungan yang bermanafaat untuk kita semua.

Apa yang boleh kita fikirkan? Antaranya ialah keteguhan Nabi Muhammad saw menerima wahyu. Alangkah hebatnya kekasih kita itu! Apa yang tidak mampu ditanggung oleh gunung–ganang berjaya ditanggung oleh baginda sepanjang lebih-kurang 23 tahun, padahal tubuh badannya kecil berbanding gunung. Tetapi pernahkah kita menyahut seruan Allah untuk berfikir dan mengambil pengajaran daripada perbandingan di atas?

Kita menghayati ayat dan perbandingan ini sebagai mengenang susah payah kekasih Kita Nabi Muhammad saw menerima wahyu untuk disebarkan kepada kita. Semoga kita dapat berkongsi serba-sedikit apa yang baginda lalui dan seterusnya meningkatkan rasa kasih sayang kita kepadanya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Dari Aisyah Ummul Mukminin katanya;

Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah saw ialah berupa mimpi baik sewaktu dia tidur. Biasanya mimpi itu ternampak jelas olehnya seperti jelasnya cuaca pagi. Sejak itu hatinya tertarik untuk mengasingkan diri ke Gua Hira’. Di sana beliau beribadat beberapa malam, tidak pulang ke rumah isterinya. (Bukhari)

Dalam perjalanan baginda untuk menerima wahyu-wahyu terawal, sudah nampak pengorbanan baginda. Baginda mengasingkan diri ke tempat sunyi, beruzlah (bab uzlah akan diperkatakan di bawah nanti), berkhalwat, jauh daripada keseronokan dunia dan orang ramai. Bolehkah kita mengorbankan sedikit daripada keseronokan dunia kita untuk menggerakkan agama Allah? Bolehkah kita mengorbankan banyak keseronokan dunia untuk menggerakkan agama Allah?

Sabda Rasulullah saw:

“Kadang-kadang wahyu datang kepadaku seperti bunyi loceng. Itulah yang sangat berat bagiku. Setelah bunyi itu berhenti, lalu aku mengerti apa yang dikatakannya. Kadang-kadang malaikat menjelma seperti seorang lelaki datang kepadaku. Dia berbicara kepadaku dan aku mengerti apa yang dikatakannya.”(Bukhari)

Kata Aisyah:

“Aku pernah melihat sewaktu wahyu turun kepadanya pada suatu hari yang sangat dingin. Selepas wahyu itu berhenti turun, kelihatan dahinya bersimbah peluh.”(Bukhari)

Sabda baginda saw:

“Pada suatu ketika sedang aku berjalan-jalan tiba-tiba kedengaran olehku satu suara dari langit. Maka kuangkat pandanganku ke arah datangnya suara itu. Kelihatan olehku malaikat yang pernah datang kepadaku di gua Hira’ dulu. Dia berada di kursi antara langit dan bumi. Aku terperanjat kerananya dan terus pulang. Aku berkata kepada Khadijah: “Selimutkan aku.”(Bukhari)

Rupa-rupanya bukanlah senang bagi seseorang bertaraf Nabi malahan Rasul untuk menerima wahyu. Ada kalanya ia memberatkan minda dan melemahkan anggota tubuh. Apa yang dikesalkan, sikap sebahagian umat yang mengaku Islam hari ini mengabaikan kitab Perjanjian Terakhir al-Quran dengan mudah-mudah sahaja sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Ini bermakna mereka tidak menghargai susah-payah Rasulullah saw.

Berkaitan uzlah, banyak juga manusia yang mengetahuinya tetapi kurang yang mempraktikkannya. Terdapat tiga jenis uzlah:

1. UZLAH JASMANI - seperti mengasingkan diri ke tempat-tempat yang jauh daripada hiruk-pikuk manusia namun fikiran atau hatinya masih bersama hal-hal yang tidak bersangkutan dengan hal ehwal uzlah. Badan jauh tetapi hatinya masih dekat dengan keduniaan. Uzlah jenis ini hampir-hampir tiada berkesan.

2. UZLAH JASMANI DAN ROHANI- seperti mengasingkan diri ke tempat-tempat yang terhindar daripada hiruk-pikuk manusia dan hatinya khusyuk dengan hal ehwal uzlah tersebut. Uzlah jenis ini memang berkesan.

3. UZLAH ROHANI- dia berada di tengah-tengah manusia dan keduniaan tetapi hatinya tidak terpengaruh dengan semua itu bahkan keadaannya tak ubah seperti hati orang yang sedang menjalani uzlah jenis kedua tadi. Inilah uzlah tertinggi, sangat sukar untuk menguasainya.

Wallahualam.

“BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw”