Sahabat Ilmu

Khamis, 13 Mei 2010

Kemuliaan / Kelebihan Hari Jumaat

Hari Jumaat dianggap sebagai hari raya mingguan dalam Islam. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: Sebaik-baik hari yang matahari terbit pada hari berkenaan ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam telah dijadikan, pada hari itu juga ia dimasukkan dalam syurga, dan pada hari itu juga ia dikeluarkan darinya.

Nama lain bagi hari berkenaan ialah yaumul `l-mazid (hari pemberian tambahan), kerana pada hari tersebut Allah akan memberi rahmat yang banyak kepada hamba-Nya. Segala permohonan yang diminta akan dikabulkan andainya permohonan itu menepati waktu yang dinamakan “waktu mustajab.”

Waktu mustajab ini tidak mempunyai ketentuan khusus. Dijadikan demikian bertujuan agar setiap hamba itu sentiasa beribadah dan berdoa kepada Allah dalam usaha mencari waktu berkenaan, yang terangkum pada hari Jumaat tadi.

Mengenai waktu mustajab ini Baginda s.a.w. ada bersabda: Malaikat Jibrail r.a., telah datang kepadaku, sedangkan di tapak tangannya ada satu cermin putih. Ia berkata: Ini adalah hari Jumaat, yang telah disediakan untukmu oleh Tuhanmu, untuk menjadi satu hari raya bagimu dan umatmu selepas kau. Di tengah-tengah cermin ini ada satu titik. Aku (Muhammad) bertanya: Titik apakah ini? Ia menjawab: Ia adalah satu saat daripada dua puluh empat jam, barang siapa berdoa kepada Allah taala pada saat itu, nescaya Allah s.w.t. memperkenankan permohonannya. Ia (Jumaat) adalah penghulu semua hari.

Mengenai kemustajaban doa orang yang memohon, yang menepati waktu mustajab ini, Baginda s.a.w. ada bersabda seperti yang tersebut dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah: Pada hari Jumaat itu ada satu saat yang apabila bertepatan dengan seorang Islam ketika ia sedang sembahyang, memohon sesuatu kepada Allah s.w.t., nescaya Allah s.w.t. akan memperkenankannya. Sambil ia mengisyaratkan dengan tangannya, menunjukkan sedikitnya waktu yang dimaksudkan itu.

Biarpun telah dijelaskan tentang tidak adanya ketetapan masa khusus bagi waktu mustajab menurut kebanyakan ulama, namun terdapat pendapat ulama yang berbeza mengenainya.

Dalam sebuah hadis daripada Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a. beliau telah berkata bahawa Abdullah bin Umar r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa waktu mustajab berkenaan ialah antara duduknya iman di atas mimbar sehinggalah sembahyang sempurna dilakukan.

Terdapat hadis lain menyatakan bahawa Baginda s.a.w. ada menjelaskan bahawa waktu tersebut ialah selepas waktu asar pada hari berkenaan. Barang siapa berdoa dan menepati waktu tersebut, maka Allah akan memperkenankan permohonan berkenaan.

Dalam sebuah hadis daripada Abi Salamah bin Abdul Rahman, beliau berkata, ada sekumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. duduk berkumpul, lalu mereka membincangkan waktu mustajab yang terdapat pada hari Jumaat. Mereka kemudian pergi setelah menetapkan bahawa saat itu ialah pada akhir waktu hari Jumaat.

Jelasnya, penghulu segala hari dalam seminggu ialah hari Jumaat. Sebagai seorang hamba Allah yang ingin bertakarub, menghampirkan diri kepada Allah, dan melakukan sesuatu yang terbaik, seseorang itu perlu mengambil peluang dengan kehadiran hari yang mempunyai banyak fadilat, yang didatangkan sekali dalam seminggu dengan beribadah agar kehadiran manusia di muka bumi ini bertepatan dengan firman Allah (az-Zariyat:56), iaitu untuk beribadah kepadanya.

Setiap hari Jumaat, Allah s.w.t. mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah s.w.t. mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.

Pada hari Jumaat, Allah taala mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat. Allah berfirman: Wahai malaikatKu, demi kemuliaan dan kebesaranKu, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka tidak berdosa sedikitpun.

Kebesaran hari Jumaat bukan hanya dimaklumi oleh manusia atau malaikat, tetapi semua makhluk Allah, termasuk kejadian lain seperti bumi, langit, angin dan lain-lain lagi. Kesemuanya memohon belas kasihan kepada Allah pada hari berkenaan.

Penghulu segala hari ialah hari Jumaat. Itulah hari yang teragung di sisi Allah taala, dan ia adalah lebih besar daripada hari raya fitrah dan korban. Pada hari itu terjadi lima peristiwa: Allah ciptakan Adam a.s. Allah turunkan Nabi Adam a.s. ke bumi. Pada hari tesebut Allah mematikan Nabi Adam, dan pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hambapun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. Pada hari itu juga terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.

Di antara amalan yang perlu dilakukan pada hari berkenaan ialah:

* Memperbanyakkan istighfar. Rasulullah s.a.w. ada bersabda menyatakan bahawa barang siapa banyak beristighfar, Allah akan beri jalan keluar pada setiap masalah yang dihadapi, akan digembirakan andainya mengalami dukacita, dan akan diberi rezeki yang banyak.

* Memperbanyakkan selawat. Berselawat bererti berdoa, iaitu memohon berkat dan rahmat. Selawat daripada Allah s.w.t. bererti rahmat dan keberkatan. Allah melahirkan keutamaan dan kemuliaan serta meletakkan diri baginda lebih hampir kepada-Nya.

Selawat manusia ke atas Rasul s.a.w. bererti pengakuan tentang kerasulannya, juga permohonan kepada Allah agar Allah melahirkan keutamaan dan kemuliaan, iaitu memuliakan agama yang dibawa, serta melahirkan kemuliaannya terhadap kemuliaan nabi-nabi yang lain.

Tersebut dalam hadis-hadis tentang kelebihan berselawat, di antaranya ialah mendapat rahmat Allah. Menghampirkan diri kepada Allah. Memperoleh hubungan rapat dengan nabi.

Seseorang yang berselawat dan memberi salam, selawat dan salam itu akan sampai kepada Nabi s.a.w. Allah memberi pahala dengan berlipat ganda kepada orang yang berselawat pada hari Jumaat.

Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan: Bahawa barang siapa berselawat untukku sekali, nescaya Allah s.w.t. berselawat untuknya sepuluh kali.

Rasulullah s.a.w. menyuruh agar setiap orang memperbanyakkan selawat kerana selawat itu akan menjadi cahaya bagi orang yang berkenaan pada hari kiamat kelak.

Barang siapa berselawat ke atas nabi pada waktu pagi sepuluh kali, dan petang sepuluh kali, maka dia akan mendapat syafaat s.a.w. pada hari kiamat kelak.

Setiap doa yang dipohon hendaklah disertakan dengan selawat. Doa seorang hamba itu terawang-awang di antara langit dan bumi, tidak berganjak sedikitpun sehinggalah seseorang itu berselawat ke atas nabi.

Rasulullah s.a.w. menggesa agar setiap orang itu memperbanyak selawat pada hari Jumaat. Pada hari kiamat nanti, semua amalan baik dan jahat akan diperlihatkan. Setiap selawat yang dituturkan akan diperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w.

Allah mengampunkan dosa-dosa mereka yang berselawat. Rasulullah s.a.w. ada bersabda menyatakan: Siapa berselawat ke atasku pada hari Jumaat lapan puluh kali, diampunkan baginya dosa-dosa selama lapan puluh tahun.

Amalan lain yang perlu dilakukan ialah membaca al-Quran. Sebaik-baik ibadah ialah orang yang membaca al-Quran dan mengajarnya.

Dalam sebuah hadis dijelaskan Rasulullah s.a.w. ada bersabda menyatakan: Barang siapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat, maka memancarlah cahaya dari bawah tapak kakinya hingga ke puncak langit. Cahaya itu terus menyinarinya pada hari kiamat dan diampunkan antara dua Jumaat.

Menurut sebuah hadis lain. Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa membaca surah al-Kahf di malam Jumaat dan di siang Jumaat, Allah s.w.t. akan mengampuni dosa-dosanya hinggalah ke Jumaat berikutnya, dan memohon kesejahteraan baginya tujuh puluh ribu malaikat sehingga pagi, dan ia terpelihara daripada penyakit sopak, kusta dan fitnah dajjal.

http://fazdleeisa.wordpress.com/2008/12/19/kelebihan-hari-jumaat/

Kejohanan Piala Thomas : Kemenangan Tercalar Gara-Gara Waktu Maghrib

Oleh pahangdaily.blogspot.com

Kejayaan Malaysia itu memang cukup membanggakan seluruh rakyat tidak kira kaum, agama atau fahaman politik masing-masing. Semuanya dilihat memberikan sokongan padu kepada pasukan kebangsaan. Namun, ada sesuatu yang kurang enak untuk didengar ketika perlawanan tersebut berlangsung. Apa tidaknya, aksi yang bermula jam 6.00 petang itu berakhir sekitar jam 11.00 malam. Maka, Stadium Putra Bukit Jalil telah dipenuhi dengan peminat yang datang berbondong-bondong untuk memberi sokongan.

Akibat keasyikan ribuan peminat menyaksikan perlawanan itu, maka sebahagian besar daripada mereka terutamanya orang Melayu Islam dilihat telah gagal untuk menjalankan kewajipan kepada Allah iaitu solat Maghrib. Maklumlah, perlawanan tidak dihentikan ketika waktu Maghrib tersebut, dan masa solat itu pun pendek.

Ini menyebabkan ada dikalangan mereka yang terpaksa meninggalkan benda yang wajib semata-mata tidak mahu terlepas peluang menyaksikan perlawanan berkenaan. Turut kelihatan juga beberapa orang kenamaan yang turut melayan sama perlawanan dan dilihat terlepas untuk mengerjakan solat Maghrib. Apakah kejayaan seperti ini yang diinginkan?.

Sebagai umat Islam kita dianjurkan berdoa, tetapi jika berdoa sampai
melalaikan tanggungjawab terhadap agama, maka apa hukumnya?

Terkadang, kita hairan kenapa perlawanan dimulakan jam 6.00 petang iaitu kira-kira satu jam lebih sebelum masuknya waktu Maghrib. Sepatutnya penganjur kejohanan menghormati juga sensitiviti umat Islam di Malaysia ini. Sukan itu menyihatkan badan, tetapi jika sampai melalaikan manusia kepada tuntutan agama, apa hukumnya?, Apapun, kita amatlah berharap agar pasukan negara dapat merangkul kejuaran pada kali ini selepas melakukannya satu ketika dulu. Cuma, kepada seluruh peminat yang menyaksikan perlawanan akan datang, ingatlah! jangan sampai terleka memberi sokongan sampai terlupa menunaikan kewajipan masing-masing].

Menghalang Fungsi Masjid Bererti Meruntuh Masjid

Firman Allah S.W.T dalam ayat 114 Surah Al-Baqarah bermaksud: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalang daripada menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut / mengingati nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Para mufassirun atau ulama-ulama tafsir khilaf (berselisih pendapat) dalam menyatakan sebab nuzulnya atau sebab turunnya ayat 114 surah al-Baqarah di atas.

Mengikut riwayat al-Kalbi daripada Ibnu Abbas katanya, ayat ini bersempena dengan serangan Putlos iaitu seorang Maharaja Rom ke atas Masjid Al-Aqsa, lalu masjid itu dirobohkan.

Mengikut satu riwayat yang lain daripada Qatadah, sebab turun ayat ini bersempena dengan serangan Bakhtanuso ke atas masjid tersebut di mana rumah Allah itu dibakar hangus.

Mengikut riwayat Ibnu Abbas dalam satu riwayat yang lain, ayat ini bersempena dengan tindakan yang dilakukan oleh orang-orang kafir Makkah yang menghalangi Nabi Muhammad s.a.w. bersembahyang dan mengajar agama di masjid Makkah.

Walaupun ayat ini sebab nuzulnya ada tetapi mengikut kaedah hukum yang berdasarkan kepada Usul Tafsir iaitu pengajaran itu diambil daripada lafaznya yang umum, bukan daripada sebabnya yang khusus.

Yang dimaksudkan dengan mengingati Allah di sini seperti yang dinyatakan oleh as-Syawkani dan beberapa mufassirun (ahli-ahli tafsir), termasuk di dalamnya bersembahyang, membaca al-Quran, berzikir, menghalang orang mengajar dan belajar agama di dalam masjid termasuk di dalam ayat ini.

As-Syawkani mengatakan, "dan dikehendaki menegah masjid bahawa disebut nama Allah padanya, Allah mencegah perkara yang berlaku padanya termasuk sembahyang, membaca al-Quran berzikir dan mengajar.

Dikehendaki dengan meruntuhkan masjid itu bukan dengan makna merobohkan bangunannyasahaja, tetapi juga berusaha untuk meruntuhkan tujuan-tujuan masjid itu dibina kerananya, umapamanya mengganggu ketaatan-ketaatan yang dilakukan padanya yang didasarkan masjid ke atasnya, merupakan suatu yang umum."

Berdasarkan kepada apa yang dilakukan oleh Abu Jahal kepada Nabi Muhammad s.a.w., di mana Abu Jahal menghalang Nabi s.a.w. beribadat di masjid, menghalang baginda ntuk mengajar dan menerangkan hukum agama di dalam masjid.

Oleh kerana itu, menjadi amalan kepada Nabi s.a.w. dan para sahabatnya, tidak melarang orang mengajar agama di dalam masjid. Apabila dilihat seseorang yang diragui mengajar agama di dalam masjid dan bimbang kalau mengajar perkara yang tidak benar, dia perlu dipanggil dan disoal siasat tentang apa yang diajarkannya.

Kalau apa yang diajar itu perkara yang benar, dia tidak boleh dihalang dan dicegah. Barang siapa yang mencegah orang yang mengajar adalah hukuman yang termasuk dalam meruntuhkan masjid dan mencegah manusia daripada mengingati Allah di dalamnya.

Termasuk juga dalam mencegah manusia mengingati Allah dalam masjid ialah mereka yang mengunci masjid kononnya untuk menjaga keselamatan masjid.

Jaga keselamatan masjid bukan cara menguncinya. Jaga keselamatan masjid ialah dengan menghidupkan masjid itu dengan zikrullah serta melakukan kerja-kerja kebajikan yang ada hubung kaitnya dengan kegiatan masjid.

Satu kekeliruan apabila Islam hanya di masjid

Boleh jadi ada orang yang berkata, sekiranya masjid itu tidak dikunci nanti ia akan dimasuki penagih dadah, pencuri dan seumpanya. Sebab berlaku begitu kerana kita merasakan Islam itu hanya di masjid sahaja.

Antara sebab lain ialah kerana di luar masjid, Islam tidak dilaksanakan, dengan sebab itu hubungan antara masjid dengan luar masjid tidak dapat diselaraskan.

Mengapa orang yang melakukan kejahatan suka masuk ke dalam masjid untuk melakukan kejahatan? Ini kerana di luar masjid berjalan undang-undang jahat yang tidak berlandaskan kepada hukum Allah SWT, sebab itulah huru-hara boleh berlaku dalam masjid dan di mana-mana sahaja.

Kita mestilah mengetahui bahawa hukum agama Allah ini bukan sahaja dilaksanakan dalam masjid, tetapi juga di luar masjid.

Yang menjadi kacau-bilau hari ini kerana kita bimbang kalau-kalau masjid diganggu kerana kita tidak melaksanakan Islam di luar masjid.

Apabila Islam tidak dilaksanakan di luar masjid, maka berlakulah perkara yang tidak selaras dalam masalah keselamatan masjid sehingga kita membuat undang-undang sendiri dan undang-undang yang bercanggah dengan Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Kita hendaklah memhami bahawa yang dikatakan memakmurkan masjid itu ialah seperti yang disebut oleh Allah SWT di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya hanya yang memakmurkan masjid itu ialah seseiapa yang beriman dengan Allah dalam erti kata yang sebenarnya ( Surah at-Taubah, ayat 18).

Bukan dalam makna yang tidak sebenar iaitu beriman dengan sebahagian sahaja daripada ajaran Allah dan yang sebahagian lagi tidak beriman.
Orang yang beriman sebahagian sahaja daripada ajaran Allah SWT tidak layak untuk memakmurkan masjid dan disebut ayat berikut iaitu mereka yang beriman dengan hari akhirat.

Orang yang memakmurkan masjid ialah orang yang percaaya kepada hari akhirat bukan sebaliknya, dan mereka yang mendirikan solat. Iaitu orang yang mendirikan solat inilah orang yang memakmurkan masjid. Orang itu mestilah mendirikan solat, kalau kerajaan, kerajaan itu hendaklah mendirikan solat juga.

Apa makna kerajaan mendirikan solat? Makna memakmurkan masjid ialah kerajaan yang jemaah menterinya dan ketua-ketua negaranya menunaikan solat lima waktu, bukan solat sunat hari raya dan solat Jumaat sahaja.

Mereka juga hendaklah menjalankan undang-undang yang memerintah supaya orang mengerjakan solat. Kalau dalam negara itu tidak ada undang-undang demikian serta menghukum orang yang tidak solat, maka tidak dinamakan pemerintah yang mendirikan solat. Kerajaan seperti itu tidak layak untuk memakmurkan masjid.

Dan juga ciri terakhir ialah mengeluarkan zakat. Orang yang memakmurkan masjid ialah orang yang menunaikan zakat. Apa kena mengena memakmurkan masjid dengan menunaikan zakat? Orang yang menunaikan zakat ini ialah orang yang tahu tanggungjawab harta bendanya dengan menunaikan zakat mengikut hukum-hukum agama yang ditetapkan Allah dan Rasulullah s.a.w.

http://presiden.pas.org.my

Jenayah menjadi-jadi, hukum Allah penyelamat manusia

Anak Melaka

DARI sehari ke sehari, kita amat-amati jenayah semakin menjadi-jadi. Kes-kes yang dilaporkan luar biasa termasuk yang membabitkan keganasan rumah tangga. Ada suami mencurah asid ke muka isteri, mengelar kemaluan dan membunuh pasangan sendiri.

Kes bunuh menjadi kebiasaan. Mangsa termasuklah bayi yang dibiar mati dalam tong sampah. Kita menjadi bimbang dan bingung, apa sebenarnya telah menimpa negara kita yang didakwa pemimpin sebagai paling pesat pembangunannya malah menjadi contoh terbaik di kalangan negara-negara Islam.

Apabila disebut negara contoh, sewajarnya jenayah dalam negara terkawal tetapi perkembangan semasa membuktikan sebaliknya. Dari sehari ke sehari keadaan menjadi semakin buruk, oleh itu kita berpendapat adalah penting untuk semua pihak termasuk pemimpin negara bermuhasabah, melakukan semakan agar negara tidak terjerumus ke lembah hina. Kita tidak ingin apa yang kita bina bersama selama ini hancur berkecai disebabkan kealpaan dan kesombongan kita sendiri.

Kenapa jenayah menjadi-jadi? Kenapa orang tidak takut melakukan jenayah? Kenapa suami tergamak mencurah asid atau mengelar kemaluan isteri? Kenapa anggota polis boleh menembak (atau tertembak) seorang pelajar berusia 15 tahun? Kenapa orang boleh membunuh dan membuang bayi sesuka hati?

Jawapannya kerana hukam-hakam Allah SWT yang menciptakan manusia tidak tertegak di negara ini. Dalam hukum-hakam Allah ada kehidupan, itu jaminan-Nya tetapi kita tidak mengendahkannya. Kita berlaku zalim, menggubal dan menuruti hukum-hakam berasaskan nafsu-nafsi manusia. Apabila manusia berani menolak hukum-hakam Allah, mereka sudah menempa kebinasaan diri.

Hukum jenayah Islam terbahagi kepada hukum hudud, qisas dan ta’zir. Hukum qisas yang dari segi bahasanya bermaksud memotong dan dan dari segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w. kerana kesalahan-kesalahan melibatkan hak individu.

Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mata, hidung dan telinga.

Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.

Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya.” (Surah al-Maidah ayat 45)

Dengan tidak tertegaknya hukum-hakam Allah ini, masyarakat tidak menjadi gerun; tidak ada ketakutan bagi mereka melakukan jenayah. Cuba bayangkan bagaimana gentarnya anggota masyarakat untuk membunuh jika mereka tahu pengakhiran mereka dibunuh juga, seorang suami yang mencurah asid ke muka isterinya akan menerima pembalasan yang sama manakala yang mengelar kemaluan mangsa, akan dikelar juga kemaluannya.

Masyarakat juga perlu disedarkan akan mahalnya diat (denda) yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas. Kadar diat dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai. Kadar penuh diat 100 ekor unta; jika seekor unta RM3,000, nilaian diat adalah RM300,000!

Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qisas dan diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qisas bunuh dikenakan. Pemerintah tidak ada kuasa dalam pengampunan.

Demikianlah hukum-hakam Islam adalah untuk menjaga keselamatan semua; Islam menjaga lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. Apabila itu terjaga, terselamatlah semua, bukankah kedatangan Rasulullah s.a.w membawa rahmat kepada seluruh alam. Jadi mengapa kita menolak hukum-hakam-Nya? Tidak sombong dan takaburkah kita?

www.harakahdaily.net

Selasa, 11 Mei 2010

HUKUM MEROKOK - OLEH UZAR

Soalan:
Apakah pandangan ustaz tentang merokok dan hukumnya menurut pandangan Islam, saya ada mendengar ada ustaz-ustaz yang mengatakan terdapatnya ulama silam yang hanya menghukumnya sebagai makruh dan tidak haram, adakah ia benar? - Klang -

Jawapan:
Sebelum saya memasuki jawapan, suka saya mengingatkan bahawa pemerintah kerajaan Islam silam, Sultan Murad ke-4 (memerintah 1623-1640 m) sangat kuat memusuhi rokok, sehinggakan beliau pernah melaksanakan undang-undang bunuh bagi penjual-penjual rokok dan perokok aktif di dalam Negara.

Adapun dari sudut hukumnya; sebagai asasnya, para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukumannya berdasarkan berbezanya tanggapan masing-masing terhadap keburukan (mudarat) yang terhasil dari rokok. Hakikatnya, dalam hal ini, sebarang fatwa mestilah dirujuk kepada "ahl az-zikr" dalam halnya, "ahli az-zikr" dalam hal rokok adalah doktor perubatan (selain ulama) yang mampu mengenalpasti impak buruk dari rokok kepada tubuh dan kehidupan. Maka sebarang fatwa ulama yang tidak dibuat berlandaskan maklumat lengkap dari para doktor perubatan atau pakar kimia adalah kurang tepat dan tidak sepatutnya dijadikan pegangan.

Secara ringkasnya ulama terbahagi kepada 2 kumpulan dalam hukum rokok. Ia seperti berikut :-

1) HARAM :

Ia adalah ijtihad oleh majoriti ulama kontemporari termasuk Dar Al-Ifta Mesir, Lajnah Fatwa Saudi, Lajnah Fatwa Azhar, seluruh ahli persidangan Mencegah rokok (persidangan di Madinah pada 2-5 Mac 1982) , Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Sayyed Sabiq, Syeikh Ahmad Syurbasi, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaat, Syeikh Atiyyar Saqar. (Akhbar al-Jumhuriyyah, 22 Mac 1979; Fatawa Muasiroh, 1/667; Al-Fatawa li Muhd Syaltut, Yasalunaka oleh Syurbasi dan Fiqh As-Sunnah)

Ulama silam yang mengatakan haram pula adalah Syeikh Muhd Alauddin Haskafi al-Hanafi, Syeikh Sulaiman al-Bujairimi as-Syafie, Syeikh Mustafa ar-Rihbani, Syeikh Ibrahim al-Laqqani al-Maliki dan ramai lagi. (Al-hukm as-Syar'ir fi at-Tadhin, Kumpulan Ulama, Kementerian Kesihatan Sedunia, 1988, halaman 25-26).

Kumpulan ini semakin kuat mengharamkan apabila terdapat maklumat yang menyebut terdapat unsur arak dan racun di dalam rokok, maka ia adalah seperti darah dan bangkai yang diharamkan kerana unsur kotor dan racun (seperti nikotin, tar, alcohol methnol, karbon monoksida, ammonia dan lain-lain) yang terkandung di dalamnya. (Abu Ubaidah al-Mashur, At-ta'liqat al-hisan dzayl tahqiq al-Burhan, halaman 28; Dr Abd Sabur as-Shahin, As-Sajayir Halalun am Haramun, halaman 34-35).

Pada tahun 1962, Fakulti Perubatan Diraja Britain mengesahkan kesan buruk rokok terhadap kesihatan, pada tahun 1964 Fakulti Kedoktoran Amerika mengeluarkan satu kajian setebal 387 halaman dan diterbitkan kandungannya di akhbar yang menyebut "Merokok memudaratkan kesihatan secara pasti, ia juga menyebut "rokok menjadi penyebab pelbagai penyakit membunuh". (Rujuk Mahmud Nazim, At-Tibbun An-Nabawi Wal ‘Ilmi al-Jadid, 1/346).

Maka dengan kenyataan-kenyataan ini Allah SWT menyuruh kita agar merujuk kepada ahli dalam sesuatu ilmu sebagaimana erti firman Allah SWT

"Maka hendaklah kamu bertanya kepada yang berpengalaman" (Al-Furqaan: 59).

Oleh kerana itu, pandangan pakar perubatan dalam hal ini tidak boleh diketepikan oleh para ulama dalam membuat sebarang fatwa.

Selain keburukan dari sudut kesihatan, ia juga boleh memudaratkan hubungan kemasyarakatan dengan sebab baunya yang kuat dan busuk. Hal ini tidak dibenarkan oleh Islam berdasarkan sabda Nabi SAW ertinya:

"Tiada boleh memberi mudarat dan membalas mudarat" (Riwayat Malik, 1/122; Ad-Dar Qutni, 4/228; Al-Hakim 2/66; Sohih kata Hakim, dan di atas syarat Muslim kata az-zahabi, Albani: Ia punyai banyak jalan yang menguatkan satu sama lain sehingga naik ke darjat Sohih)

Hadith lain pula menyebut :

"Sesiapa yang memakan dari pokok ini, berkata bawang merah, bawang putih maka janganlah mendekati masjid-masjid kami, sesungguhnya (bau yang busuk) itu menyakiti Malaikat sebagaimana ia menyakiti manusia" (Riwayat Al-Bukhari, KItab al-Azan, no 807; Muslim, Kitab Masajid wa Mawadi' as-Solat, no 876 )

2) HARUS MENGIKUT KEADAAN

Ulama yang dipihak ini adalah Syeikh Abd Ghani an-Nablusi, Syeikh Muhd Amin Ibn ‘Abidin, Syeikh Hasanain Makhluf (berpendapat hukumnya secara terperinci menurut keadaan ), Syeikh Hasan Makmun.

Antara dalil mereka adalah asal segala sesuatu yang tidak mudarat adalah halal dan beberapa dalil yang lain. Bagaimanapun, kesimpulan dalil mereka adalah lemah kerana ia bersandarkan pandangan mereka tanpa maklumat berkenaan keburukan dari sudut perubatan pada zaman itu. Hasilnya mereka memberikan fatwa hanya berdasarkan bau asap rokok yang busuk dan mengganggu, ketika itu, sudah tentu bau yang busuk sahaja tidak mampu menyebabkannya menjadi haram. Jelaslah pandangan mereka tidak mengambil kira maklumat baru perubatan.

Justeru, pada hemat dan kajian saya, hukum yang lebih tepat adalah HARAM merokok kerana mudarat yang pelbagai dari sudut kesihatan tubuh sendiri, orang lain, dan baunya yang mengganggu orang lain. Malah kaedah Islam menyebut :

"Ad-Darar Yudfa' Bi Qadaril Imkan" ;
Ertinya: "Kemudaratan hendaklah ditolak sedaya upaya dan kemampuan" (Al-Madkhal Al-Fiqhil ‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/992)

Cuma Syeikh Al-Qaradawi di dalam Fatawanya (Fatawa muasiroh, 1/667) menjelaskan hukumnya berkata (dengan sedikit ubahsuai olahan) :-

a- Sekiranya seorang perokok cuba sedaya upaya memberhentikan tabiat rokoknya, bagaimanapun ia gagal, maka ia patut terus mencuba dan diberikan uzur setakat yang ia gagal. Perlulah ia menghalang dari menyebarkan tabiatnya kepada orang lain.

b- Walaupun ianya haram, tapi tidaklah haramnya besar seperti zina, mencuri dan lain-lain dosa besar. Setiap perkara haram ada tahapnya di sisi Shariah, ada yang dikira dosa besar dan ada yang kecil.

Dosa hasil rokok bolehlah di katakan termasuk dalam dosa kecil. Bagaimanapun perlu diingat, Ibn Abbas r.a menegaskan bahawa dosa kecil pasti menjadi besar apabila berterusan atau kesannya benar-benar memudaratkan. Kesimpulan Al-Qaradawi, rokok adalah haram secara pasti bagi mereka yang belum merokok, dan makruh (dibenci Allah) bagi sesiapa yang telah terjebak sehingga sukar untuk keluar darinya dan masih berusaha. Apa yang pasti, segala jenis usaha bagi memberhentikan aktiviti buruk ini mesti dicari segera. Wallahu a'lam.

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Bentuk Gangguan Syaitan Yang Nyata Pada Manusia

Salam,
Saya ingin kongsi sedikit perihal Gangguan Syaitan yang nyata pada manusia:

Beberapa Bentuk Nyata Gangguan Syaitan pada Manusia

Syaitan mengganggu manusia tidak hanya dengan cara membisikkan suatu keburukan atau keraguan di hati manusia, namun Syaitan lebih jauh telah berani dengan secara terang-terang mengganggu manusia. Di antaranya: -

Gangguan Fisikal.
Syaitan berjalan pada aliran darah tubuh manusia, kadang ia berkerja dengan mempersempit atau menyumbat jalan darah. Ia mampu wujud nyata seperti menjadi daging atau lainnya. Tidak hairan bila sering kali seseorang yang sakit kepala bertahun-tahun sembuh setelah di-ruqyah, sampai barah ganas sembuh dengan izin Allah melalui ruqyah.Syaitan mennyepit syaraf atau menguasai syaraf tertentu, hingga seorang lumpuh pada sebahagian anggota tubuh, bahkan boleh lumpuh total. Banyak sudah yang meninggal dunia disebabkan gangguan jenis ini.

Gangguan Minda.
Syaitan membisikkan segala sesuatu ke telinga seseorang, hingga membuatnya bingung dan kacau, atau kadang membisikkan ke dalam hati. Bila dibiarkan atau ditangani dengan cara yang salah, biasanya orang tersebut akan terganggu syaraf otaknya, dan menjadikannya gila. Juga dengan mempengaruhi emosi seseorang, hingga terjadi kelainan emosional. Mudah lupa dan tidak fokus, sering disebabkan gangguan model ini.

Ganguan Dalam Mimpi.
Syaitan mampu masuk ke alam mimpi seseorang. Mengganggu manusia dengan menakut-nakuti, menampakkan kejadian keji, sadis dan mengerikan. Memperkosa atau mencekik atau sekedar menindihnya.

Gangguan Pada Kehidupan Sehari-hari
Mencuri wang atau benda lainnya, penampakan bentuk menakutkan, merosak peralatan, menculik anak manusia, menghalangi perjodohan, rezeki dan keturunan, menjelma menjadi binatang yang sering mengganggu seperti ular hitam, kucing hitam atau anjing hitam, kadang berwujud scorpion, lipan atau lainnya.

Gangguan Dalam Ibadah
Membuat lupa jumlah rakaat dalam shalat, susah nak khusyu’, mudah buang angin atau buang air, ragu-ragu ketika bersuci, menguap saat dzikir atau ibadah lainnya. Takut naik pesawat ketika hendak pergi haji, takut fakir bila hendak sedekah dsb.

Dari hal-hal tersebut di atas, masih wajarkah manusia berteman dengan Syaitan…?. Allah Maha Pengasih dan Maha Pemaaf, tapi makhluq yang jenis ini dikutuk-Nya, tentu karena teruk dan jahatnya sang makhluq tersebut. Na’uzubillahi min dzaalik.

Penjagaan Diri dari Gangguan Syaitan

Iman dan Tawakal.
“Sesungguhnya (terhadap) hamba-hamba-Ku, engkau (Iblis) tidaklah dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhanmu sebagai Penjaga”. (Al isra’:65). Ibnu Abbas berkata (tentang ayat ini):… mereka adalah orang-orang mukmin.

“Sungguh, Syaitan itu tidak akan berpengaruh terhadap orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhan”. (An Nahl: 99).

Menjahui Maksiat.
“ Sesungguhnya orang-orang yang berpaling di antara kamu ketika terjadi pertempuran antara dua pasukan itu, sesungguhnya mereka digelincirkan oleh Syaitan, disebabkan sebagian kesalaha (dosa) yang telah mereka perbuat (pada masa lalu)…”.(Ali Imran: 155).

Zuhud dan tidak terpedaya dunia.
“ Wahai manusia ! Sungguh, janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah (Syaitan) yang pandai menipu, memperdayakan kamu terhadap Allah”. (Fathir:5).

Mohon Perlindungan Allah.
“ Dan jika Syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah…”.(Al A’raf:200). Juga baca: QS. Al Mukminun: 96-98. Fussilat: 24-26.

Semoga kita minta perlindungan Allah s.w.t dan kita mengIKHLASkan diri kita kepada Allah s.w.t semata-mata.

Zahiruddin

Perjudian Bolasepak Akan Di'Halalkan'?

Perjudian adalah satu jenis permainan pertaruhan yang mana pihak yang menang akan meraih wang pertaruhan mereka yang kalah. Tidak dinamakan perjudian jika kedua-dua pihak mencapai kemenangan. Itulah sifat perjudian yang diharamkan di dalam undang-undang Islam. Malah juga dilarang oleh semua agama lain.

Oleh itu, secara peribadi saya terperanjat (malah ramai yang lain juga) membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien yang menyatakan pertimbangan sedang dibuat untuk meluluskan lessen perjudian bolasepak sempena kejohanan Bola sepak Piala Dunia yang akan datang ini.

HUJJAH BELIAU

Beliau dirakamkan oleh akhabar tempatan berkata :

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram)."

BANTAHAN & RASIONAL

Pegeluaran lesen atas alas an untuk mengawal dan mengethaui jumlah wang pertaruhan adalah tertolak di sisi Islam. Sesebuah kerajaan dan pemimpin mestilah lebih kreatif dan bertanggungjawab dalam mencari jalan mengawal perjudian gelap.

Kawalannya bukanlah dengan memberi lesen kerana itu hanya akan lebih memakmurkan gejala tersebut. Tetapi KAWALAN adalah dengan memperkenalkan teknik banteras, hukuman lebih keras dan tahap efisyen yang lebih kemas bagi memerangkap mereka yang terlibat.

Namun apabila lesen diberikan, ia jelas merupakan satu galakan kepada kaki judi dan seterusnya seolah-olah memberi mesej bahawa:

‘Kerajaan ingin tumpang sekaki dalam perjudian mereka"

"Kerajaan ingin turut merasa sedikit imbuhan hasil perjudian mereka yang berjudi, so jika lebih ramai berjudi, lebih baik kepada kerajaan akan mendapat sesuatu"

ANALOGI

Ia seolah-olah kerana kerajaan ingin menbenarkan benda yang tidak benar.

Bolehkah atas alasan mengetahui jumah sebenar & mengawal MAT REMPIT yang berempit di atas jalan raya secara haram, maka KERAJAAN MEMPERTIMBANGKAN PEMBERIAN LESEN MEREMPIT kepada mt rempit di atas JALAN RAYA AWAM. Semua mat rempit mestilah mendaftar dan membayar yuran untuk merempit di atas jalan raya. Bukan LESEN UNTUK merempit di trek lumba dan IA IBARAT memberi LESEN untuk terus merempit di JALAN RAYA.

Merempit di jalan raya awam banyak mudaratnya kepada mat rempit itu sendiri dan juga orang awam. Demikian juga kesnya membenarkan perjudian bola sepak ‘gelap' untuk dijadikan ‘terang' tetapi tetap di atas laluan yang memudaratkan orang awam.

JUSTERU

Kerajaan yang bertanggungjawab MESTILAH sentiasa mengurangkan aktiviti negatif di kalangan rakyat, bukannya meraikan dan meluluskannya.

Sedarilah, perjudian hanya akan menjerumuskan rakyat di dalam :-

a- Kancah hutang dan masalah kewangan lebih serius. Kita bimbang kecenderungan masyarakat Malaysia yang sukakan skim cepat kaya, yang sering diserbu, diharamkan DAN DISITA oleh kerajaan. Namun peliknya, kini kerajaan seolah ingin membenarkan skim tersebut, perjudian adalah salah satu jenis skim cepat kaya, yang sering membawa kayap.

b- Seterusnya membawa kepada masalah dan krisis rumahtangga. Pergaduahan suami isteri, anak mencuri duit ibu ayah untuk berjudi, suami curi duit isteri dan sebagainya,

c- Kita bimbang, hasil lesen yang diberi, kanak-kanak akan turut serta dalam perjudian khususnya secara online. Dan tiada sesiapa boleh menghalang kerana lesen telah diberi oleh kerajaan dan perbuatan itu tidak lagi dianggap satu kesalahan.

d- Masyarakat tidak progresif kerana menjadi lalai untuk meneka dan bertaruh serta menonton bolasepak secara berlebihan. Kalau dulu penonton hanya ‘exited' untuk melihat pasukan yang disokong, kini, bakal menjadi begitu obsess dan tertekan kerana keputusan perlawanan melibatkan wang yang ditaruh.

e- Mendorong rakyat memfokuskan kepada perolehan keuntungan secara cepat tanpa skill, namun akhirnya kerugian sahaja yang lebih kerap menjelma. Manakan tidak, dalam perjudian, peratusan pihak yang menang sentiasa lebih kecil berbanding yag kalah. Bermakna, jika seorang menang dan bergembira atas kemenangannya, yang kalah mungkin 1000 orang yang berduka cita. Dukacita tersebut mungkin tidak berhenti di situ malah berturutan kepada masalah lain, ibarat ‘domino effect'.

f- Kesan buruk kekalahan; kekalahan boleh yang menyebabkan kemarahan, memandu berbahaya di jalan raya, pergaduhan di dalam rumahtangga, kesan psikologi di tempat kerja menyebabkan kurang produktiviti, mungkin dikejar ‘ALONG' kerana berhutang dengan along untuk berjudi.

g- Pemberian lesen itu seolah menjolok sarang Syaitan, kerana kemungkinan ada indifidu yang tidak begitu terdorong untuk berjudi kerana merasa sukar dek kerana ia merupakan aktiviti gelap dan salah dis isi undang-iundang. Namun akibat lesen tersbeut, dorongannya semakin kuat dan dipermudah.

NASIHAT

Buat menteri dan pihak berkuasa yang beragama Islam khususnya, sedarilah tegahan Allah :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Justeru itu, saya amat berharap agar Menteri Agama dapat segera memberi panduan dalam hal ini. Jika Menteri Agama sependapat dengan Timbalan Menteri Kewangan, kami sekalu ahli akademik sangat ingin mendengar dan membaca justifikasi dan dalil serta hujjah keharusan tersebut JIKA tiba-tiba Menteri Agama atau mana-mana Mufti bersetuju dengan tindakan itu.

Perlu difahami, hujjah maslahat TIDAK BOLEH digunakan sama sekali dalam hal yang JELAS BERTENTANGAN dengan teks Al-Quran dan Hadis. Tiada maslahat dan tidak termasuk di dalam Maqasid al-Shariah dalam mengharuskan perjudian untuk masyarakat.

Oleh kerana isu perjudian adalah isu ‘Qat'ie di dalam Islam, saya AMAT BERHARAP pihak Salafi, Wahabi, Ahbash, Tradisional Pondok, Tarekat Sufi, Syiah, ahli akademik universiti, tabligh dan semua pihak agar tampil menyatakan pandangan dan bantahan mereka. Paling minima di blog dan website rasmi mereka. Jangan hanya berselisih dan berdebat bertahun-tahun dengan begitu kreatif, tetapi SENYAP SUNYI tanpa kenyataan umum dalam hal sebegini.

Disebutkan di dalam kaedah Fiqhiyyah yang dicatatkan oleh Al-Imam As-Sayuti Al-Shafi'i:-

لا يُنْكَرُ المختلِفُ فيه وإنما يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عليهِ
Ertinya : Tidak diingkari dalam hal yang diperselisihkan (ijtihad ulama), namun sesungguhnya keingkaran (bantahan) adalah pada perkara yang disepakati (haramnya)( Al-Asbah wa Al-Nazair, kaedah no 35, hlm 292 )

Tanpa syak lagi, perjudian adalah tergolong di dalam perkara yang disepakati secara ijma' berkenaan pengharamannya. Justeru, bantahan kita dan para ulama terhadapnya adalah SANGAT PERLU.

Jangan biarkan hanya orang politik berkata, kerana apabila orang politik berhujah dan berkata-kata, mereka akan sering dilihat sebagai bermotif politik. Kita perlu mereka yang lain juga agar bersuara, supaya Allah meredhai usaha kita.

BAGI MEREKA YANG INGIN MEMBERIKAN KOMEN TERHADAP ARTIKEL INI, SAYA HARAP TIDAK PERLULAH BERPOLITIK KEPARTIAN DALAM KOMEN ANDA (KERANA IA HANYA AKAN MENGERUHKAN KEADAAN SECARA KURANG SIHAT DAN MENYERET KEPADA ISU LAIN), CUKUPLAH BAWAKAN TAMBAHAN RASIONAL DAN JUSTIFIKASI SECARA ILMU DAN BUKAN EMOSI.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman

Jumaat, 7 Mei 2010

KHUTBAH JUMAAT 7 MEI 2010

Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya). (As-Shoff 10-11)

Sidang Jumaat Sekelian,

Semua manusia impikan kebahagiaan, ketenangan, kemakmuran dan kejayaan dalam diri, keluarga, pekerjaan, dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Namun persoalannya Mengapa usaha dan perjuangan kita selalu sahaja gagal? Kenapa usaha dan perjuangan kita tidak menghasilkan sesuatu yang memuaskan? Sebagai contoh, kita telah berjuang ke arah perpaduan. Namun bukan sahaja perpaduan tidak wujud, masyarakat Islam bertambah pecah. Di dalam sebuah parti atau organisasi pun berpecah belah. Di antara satu etnik pun bermusuh-musuhan, betapalah di antara parti dengan parti dan seterusnya. Penyakit masyarakat dan gejala tidak sihat telah diusahakan untuk dibaiki, namun penyakit dan gejala tidak sihat bertambah merebak dan menjadi-jadi.
Arak, judi, riba, zina telah lama diperangi, namun umat Islam masih ghairah melakukannya dan memperjuangkannya. Pergaulan bebas dan pendedahan aurat sudah lama diperkatakan namun masih ramai lagi umat Islam melanggarnya. Buang anak, vandalisme, dera kanak-kanak, sumbang mahram, rogol, cabul, rasuah, salah guna kuasa sudah lama dibanteras, namun kejadian-kejadian itu tetap berlaku dan terus berlaku. Kes juvana, ponteng sekolah, bohsia dan bohjan, budaya lepak, remaja lari dari rumah, seks bebas, dadah, mencuri, merompak, membunuh sudah lama difikir dan diusahakan agar dapat dibanteras namun belum lagi berjaya. Pendatang tanpa izin pula,semua pintu masuk telah disekat dan dikawal dengan rapi, yang dapat ditangkap telah dihukum, namun kedatangan mereka belum lagi reda, seolah-olah kedatangan mereka macam kelkatu di musim hujan.

Kegagalan ini di mana puncanya? Disebabkan apa? Mana salahnya? Apa yang tidak kena? Kalau kita katakan kita belum berusaha, kita telah berusaha dan berjuang. Kalau kita kata tidak cukup wang untuk membiayai usaha dan perjuangan, wang telah banyak dikorbankan. Kalau kita kata tidak ada ilmu, sekarang ada macam-macam kelulusan di dalam berbagai-bagai bidang. Jika dikatakan tidak ada penjelasan, masya-Allah, forum selalu dibuat, media massa sering membuat ulasan. Ceramah dan dakwah bertambah pesat yang dilaksanakan oleh berbagai-bagai golongan. Mesyuarat demi mesyuarat telah dilakukan. Para pemimpin sering sahaja bercakap. Adakah kerana tidak ada peraturan? Peraturan demi peraturan, akta demi akta telah dibuat. Yang bersalah telah dihukum. Cara dan berbagai-bagai teknik telah dilakukan menggunakan alat-alat yang canggih, mengguna psikologi, mengguna saintifik dan sistematik. Macam-macam pakar telah turun tangan. Semua golongan telah menangani, namun penyakit masyarakat bertambah parah. Apa yang tidak kena lagi? Di mana silapnya? Apa lagi yang belum dibuat?
Saudaraku Kaum Muslimin Sekelian!

Di sinilah perlunya kita mengetahui di mana rahsia kejayaan dan di mana pula rahsia kegagalan di dalam usaha dan perjuangan. Apakah usaha kita itu mendapat kemurkaan Allah atau mendapat keredhaan-Nya. Mimbar tidak perlu menyebut kegagalan usaha dan perjuangan itu disebabkan salah teknik dan strategi, kurang bijaksana, lemah di segi ilmu, kurang kerjasama, tidak cukup tenaga, tidak sungguh-sungguh berkerja. Hal-hal seumpama ini mudah dikesan, senang difaham. Lama-lama ada pengalaman untuk dapat mengesannya.
Tapi apa yang mimbar suka hendak sebutkan di sini, terhijabnya/terhalangnya bantuan dan pertolongan dari Allah hingga usaha dan perjuangan kita selalu sahaja gagal, bahkan adakalanya kerosakannya lebih banyak daripada kebaikan disebabkan oleh perkara-perkara yang jarang orang memperkatakannya. Orang selalu menyebut kegagalan dalam usaha itu di segi teknik, strategi, kurang ilmu, tidak cukup tenaga, kurang kerjasama, tidak serius dan sungguh-sungguh. Tapi jarang orang memperkatakan kegagalan disebabkan ada hijab kerana dosa kita, dikeranakan syariat Allah, undang2 Allah, peraturan2 Al-Quran, hokum-hakam syarak tidak berjalan di atas usaha dan perjuangan itu, disebabkan niat-niat dari awal usaha sudah tidak betul, niatnya bukan kerana Allah tapi kerana-kerana yang lain. Ada niat-niat yang terpesong di tengah-tengah perjalanan atau di dalam masa mengendalikan usaha dan perjuangan itu. Akibatnya kita selalu sahaja berhadapan dengan kegagalan di dalam usaha dan perjuangan kita.
Kebaikan yang hendak dicari, kejahatan yang didapati. Perpaduan yang dikehendaki, perpecahan yang terjadi. Kesenangan yang hendak dicari, kemiskinan yang tiba. Kasih sayang yang diusahakan, permusuhan yang berlaku. Jenayah yang hendak diperangi, ia bertambah menjadi-jadi. Keadilan yang diperjuangkan, penzaliman yang berlaku. Kejujuran yang dikehendaki, pengkhianatan yang terjadi. Cekap, bersih dan amanah yang dicanangkan tapi sebaliknya yang berlaku. Ketaatan yang dikehendaki, kederhakaan yang terjadi. Di sini saya mengajak sidang Jumaat sekelian melihat Al Quran. Apa kata Allah, Tuhan Pencipta alam dan manusia, yang memberi petunjuk kepada hamba-Nya bagaimana mendapat kejayaan, kemenangan, keselamatan, kebahagiaan, rahmat dan berkat serta mendapat pimpinan dan pembelaan dari-Nya.

Mari kita menghayati beberapa ayat Al Quran untuk kita renungi dan amalkan bersama.

Maksudnya: “Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah,Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan Dia akan memberi rezeki dari sumber yang tidak terduga.” (At Talak:2-3)
Maksudnya: “Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah,Dia akan permudahkan urusannya.” (At Talak: 4)
Maksudnya: “Jikalau penduduk kampung (negara/negeri),beriman atau bertaqwa, sesungguhnya Kami (Tuhan) bukakan ke atas mereka keberkatan dari langit dan bumi.” (Al A’raf: 97)
Maksudnya: “Allah menjadi pemimpin (pembela) bagi orang yang bertaqwa.” (Al Jasiyah: 19)
Maksudnya: “Hanya sanya Allah menerima daripada mereka yang bertaqwa.” (Al Maidah: 27)
Berdasarkan ayat-ayat di atas, dapatlah kita mengambil kesimpulannya bahawa orang yang bertaqwa seperti berikut:

1. dilepaskan daripada kesusahan. 2. Diberi rezeki yang tidak diduga. 3. Kerja atau urusan mereka dipermudahkan oleh Allah. 4. Diturunkan berkat dari langit dan bumi. 5. Diberi pembelaan. 6. Amalan diterima.

Jelas sekali, umat Islam kalau inginkan kemenangan, kejayaan yang bersih di dalam semua hal samada dalam keluarga, dalam masyarakat, ditempat kerja, dalam bernegara, hendaklah setiap usaha dan perjuangannya bersama sifat taqwa. Taqwa asas kemenangan dan kejayaan. Hal-hal yang lain diperlukan juga tapi sebagai tambahan dan kesempurnaan sahaja. Oleh itu, jika berlaku sebaliknya, iaitu di dalam berusaha dan berjuang, tidak disertakan dengan sifat taqwa, akan terjadilah sebaliknya iaitu kegagalan, kekalahan, kekecewaan. Rasulullah SAW pernah mengingatkan Sayidina Ali karamallahuwajhah: “Seorang yang bercakap bukan dari jiwa yang bertaqwa, kata-katanya itu atau percakapannya itu ibarat air yang dicurahkan di atas batu yang licin atau ke atas telur burung kasawari.” Ertinya cakapnya, pengajarannya, dakwahnya, ingatan dan nasihatnya tidak memberi kesan kepada hati orang. Sekadar sedap didengar. Orang puji namun hati tidak juga sedar dan insaf.

Hati tidak terisi juga dengan iman. Minat membuat baik tidak juga membuka hati.Apa yang saya katakan ini telah dibuktikan oleh sejarah. Padahal di zaman Rasulullah SAW dan zaman salafussoleh, bukan ada kemudahan. Media massa belum ada. Alat-alat perhubungan amat susah. Kitab-kitab bacaan untuk umum belum ada. Kemudahan dakwah tidak ada. Alat-alat berdakwah terlalu terbatas, tidak seperti yang wujud pada hari ini. Namun usaha dan perjuangan mereka mendapat hasil yang besar dan sangat memuaskan sama ada di dalam medan perjuangan, di gelanggang dakwah, di majlis-majlis pengajian dan lain-lain lagi. Di dalam medan peperangan, kemenangan demi kemenangan diperolehi. Kejayaan demi kejayaan diterima oleh tentera Islam. Dakwah mereka mudah sahaja diterima, hatta raja-raja, pembesar-pembesar, paderi-paderi menerima Islam. Mereka yang dididik pula di dalam majlis-majlis pengajian sama ada secara formal mahupun tidak formal mudah dilentur, cepat membangunkan kemuliaan diri dan peribadi masing-masing, sangat taat dengan guru. Hidup penuh disiplin, kuat beribadah, suka berkhidmat untuk orang lain.

Sidang Jumaat Sekelian,

Terhijabnya/Terhalangnya bantuan dan pertolongan dari Allah di dalam sebarang usaha dan pelbagai bidang perjuangan bila tidak ada sifat-sifat taqwa. Ternafinya sifat taqwa disebabkan oleh dosa-dosa sama ada disedari atau tidak, sama ada dosa lahir mahupun dosa batin. Bila terlibat dengan dosa-dosa, datanglah kemurkaan Allah. Bila Allah murka, Allah berlepas diri. Pertolongan tidak akan diberi lagi. Sekiranya Allah Taala tolong juga kerana gigih berusaha dan berjuang hingga mendapat kejayaan, bukan dengan keredhaan- Nya tapi dengan secara istidraj, dengan tipu daya dan kemurkaan-Nya. Bantuan seumpama ini berkatnya tiada. Kesusahan lebih banyak daripada kesenangan. Keburukan lebih banyak daripada kebaikan. Untung sekarung, rugi segunung. Risiko yang akan diterima terlalu banyak, hingga kejayaan itu tiada erti apa-apa bahkan dirasakan sebagai beban. Umpamanya, kalau menang di medan peperangan, menang setelah berhadapan dengan kerosakan dan kehancuran. Selepas itu akan berlaku krisis, mungkin berlaku peperangan yang berpanjangan sesama sendiri. Kalau membangun, negara maju, kelihatan lahirnya cantik dan indah tapi di aspek yang lain, banyaknya perompak, pencuri, judi, penjenayah, perzinaan, rogol, kemiskinan, budaya lepak, vandalisme, rasuah, seks bebas, hutang banyak. Akibatnya ketakutan menekan setiap jiwa warganegara. Hilang ketenangan dan keamanan.

Cemerlang pula di bidang pelajaran, ramai yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan, namun hormat dengan guru dan ibu bapa sudah tiada. Sombong dan angkuh memenuhi jiwa. Dengan Tuhan bertambah jauh. Hidup nafsi-nafsi jadi budaya. Memburu pangkat, nama, glamour, semakin menjadi-jadi. Hidup mementingkan diri sendiri.Maju di bidang sains dan teknologi, banyak pula kemungkaran. Maksiat menjadi-jadi. Pergaulan bebas tidak dapat disekat.
Manusia semakin lupa Akhirat, dilalaikan oleh sains dan teknologi. Jalan raya cantik, luas, super highway, tapi manusia pula tidak berdisiplin. Banyak accident. Setiap hari orang mati di jalan raya, yang cedera tidak usah dikira. Kenderaan remuk-redam. Banyak kerugian harta dan nyawa. Kehadiran ceramah-ceramah agama, majlis-majlis dakwah, ramai yang mendatangi. Kalau buat di padang, penuh sesak padang dengan manusia. Kehadiran amat menggembirakan. Tapi di dalam bertemu itu, sesetengah mereka mengambil peluang berpacaran, bergaul bebas. Mungkin menjelang pulang pula ada yang mengambil peluang melakukan zina, rogol dan sebagainya. Kesan kepada jiwa tiada. Hanya menjadi pakaian akal semata-mata atau sebagai mental exercise semata-mata. Balik ke rumah,mungkin ada yang bergaduh suami isteri. Sembahyang Subuh setelah matahari telah meninggi.

Berjaya mengkayakan manusia, namun menjadi sombong dan angkuh, tamak dan haloba, bakhil, berfoya-foya, membuang-buang harta, bergaduh sesame ahli keluarga, putus hubungan silaturrahim, lupa kepada Tuhan dan lupa Akhirat. Agama tidak dipedulikan dan sudah tidak diambil kira.

Saudaraku Sekelian,

Apakah erti kejayaan yang seumpama ini? Usaha berjaya, tapi side effectnya/kesan sampingannya terlalu banyak. Risikonya tinggi. Maju, namun keamanan tiada. Berjaya, tapi hidup dalam ketakutan. Duit banyak, tapi kebahagiaan tiada. Lahirnya nampak merdeka, tapi permusuhan tidak habis-habis. Negara sudah bebas, tapi perpecahan sesama sendiri menjadi-jadi. Kejayaan sebegini tidak menyelamatkan. Ini baru di dunia, di Akhirat sudah tentu lebih lagi.
Padahal Islam agama yang selamat dan menyelamatkan. Kemajuannya bersih, tidak ada kesan sampingan. Kejayaannya bersih, senang menyenangkan, bahagia membahagiakan. Kemerdekaannya bukan sahaja melahirkan kemajuan, tapi tercetus kasih sayang dan perpaduan. Maju, tidak ada ketakutan. Kaya, semua masyarakat merasa, kerana tiada tamak, tiada bakhil. Dengan kekayaan dia pemurah. Inilah dia kejayaan dan kemenangan yang Allah Taala redhai. Ia membawa rahmat dan berkat. Membawa kebaikan dan keampunan. Di sinilah perlunya usaha dan perjuangan kita itu biarlah diredhai oleh Allah, agar kalau mendapat kemenangan dan kejayaan, mendapat keredhaan pula. Maka kejayaan itu bersih dan murni. Tidak ada perkara yang negatif.
Kita jangan berbangga semata-mata kerana mendapat kejayaan di dalam usaha dan perjuangan. Keredhaan Allah kenalah kita ambil kira. Keredhaan Allah amat penting agar kejayaan kita itu tidak menyusahkan kita. Bahkan kemenangan itu membahagiakan. Tidak cukup dengan kejayaan, kalau Allah murka. Tidak boleh berbangga dengan kemenangan, kalau dengan kemenangan itu Allah melaknat kita. Apalah ertinya kejayaan, tapi di dalam dosa dan derhaka. Begitulah kalau kemenangan dan kejayaan itu diberi oleh Allah secara istidraj bukan secara keredhaan-Nya. Kerana itulah Allah Taala berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud: “Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.”
Sidang Jumaat Sekelian,
Oleh itu, diingat kepada kita semua, berusahalah, berikhtiarlah, berjuanglah dengan sebaik-baiknya tapi bersandarlah dengan Allah.Berharaplah kepada-Nya. Berserah dirilah kepada-Nya. Memohonlah bantuan kepada-Nya. Tawadhuklah kepada-Nya, berasa lemahlah di hadapan-Nya. Merendah dirilah di hadapan-Nya.Yakinlah dengan bantuan-Nya. Memohonlah selalu dengan-Nya. Kalau berjaya bersyukurlah kepada-Nya. Kalau gagal mengakulah bersalah kepada-Nya. Mungkin kerana dosa kita, menjadi terhijab bantuan dan pertolongan-Nya. Takutlah selalu kepada-Nya. Bimbanglah selalu kalau-kalau usaha itu bukan dapat pahala tapi mendapat dosa. Bukan dapat keredhaan tapi kemurkaan. Bukan dapat bantuan tapi mendapat kesusahan dan ujian.
(Insyaallah akan disampaikan oleh Ibnu Muslim di MAsjid Ar-Rahmah Kg Sg Buaya-Wasslam)

MUFLIS VS UNTUNG

Terkadang, sebagai manusia kita hanya akan merasakan alangkah ruginya diri andai kita tidak berjaya memperoleh sesuatu nikmat yang diidamkan oleh nafsu dan kemahuan sendiri.Merasa satu kerugian yang maha besar sekiranya perniagaan yang diusahakan dengan jerit-perih selama ini jatuh menjunam, merasa rugi andai terpaksa menghabiskan sebahagian harta yang dikumpul semata-mata untuk diinfaqkan kepada jalan Allah , malah tidak kurang juga yang merasakan kerugian yang teramat besar sekiranya tidak dapat memiliki lelaki atau wanita yang diminati selama ini.

Namun, berapa ramaikah di antara kita merasakan dirinya di dalam kerugian yang maha besar andai diri tidak berjaya menyempurnakan ibadah solat yang difardhukan dengan sebaiknya?Berapa kerat di kalangan kita yang merasa rugi andai anak-anak yang diamanahkan oleh Allah tidak mampu dididik supaya menjadi anak yang soleh dan solehah?Berapa ramai pula di kalangan kita yang merasa muflis jika diri jauh tersasar dari landasan agama yang sebenar bahana kerakusan diri mengejar kenikmatan dunia yang fana? Lupakah kita pada amaran Allah agar kita tidak terleka dengan kenikmatan dunia daripada mengingatiNya :

“Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). dan (ingatlah), sesiapa Yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang Yang rugi.”

(Surah Al-Munafiquun : ayat 9)

Amat mendukacitakan andai tidak sedikit pun terdetik rasa takut dan bimbang di dalam hati dengan kejahatan dan kemaksiatan yang dilakukan.Tiada langsung perasaan berdosa malah rasa malu terhadap Allah walhal Dia melihat segala apa yang kita kerjakan.Lebih menyedihkan sekiranya kita tidak sedikitpun merasa menyesal dan rugi dengan perbuatan menjual diri sendiri?Bagaimana?Perbuatan ini merupakan satu simbolik kepada keingkaran dan kekufuran kita sebagai hamba dalam mentaati perintah Allah yang diturunkan melalui wahyu Al-Quran dan juga melalui lidah RasulNya, Muhammad SAW iaitu hadis.Perbuatan keji ini dirakamkan oleh Allah sebagai peringatan kepada umat manusia di dalam Surah Al-Baqarah ayat 90 :

“Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri Dengan mengingkari Al-Quran Yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki Bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya (wahyu) kepada sesiapa Yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (iaitu Nabi Muhammad s.a.w). Dengan sebab itu sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah bertalu-talu, dan orang-orang Yang kafir itu akan beroleh azab sengsara Yang menghinakan.”

(Surah Al-Baqarah : ayat 90)

Terlalu banyak kekufuran yang dilakukan manusia di akhir zaman ini.Melakukan kekufuran dan kemaksiatan seolah-olah hidup ini sekadar ternoktah di atas dunia ini sahaja.Manusia seolah-olah terlupa bahawa apa sahaja perbuatan atau amal yang dikerjakan di atas dunia akan dihisab dan medan perhitungannya bukan di dunia ini, tetapi bertempat di alam baqa’ iaitu alam akhirat.Satu alam yang telah dijanjikan oleh Allah.Alam yang bakal menjadi destinasi terakhir kita setelah kita dimatikan dan dihidupkan kembali.

Kejahatan dan pemesongan daripada nilai-nilai agama makin bermaharajalela.Ke mana telah kita campakkan nilai tauhid dan rasa ubudiyyah (penghambaan) kita terhadap Allah?Mengapa kita sanggup dan tergamak menjual akhirat semata-mata untuk mendapatkan dunia sebagaimana yang dilakukan oleh sebilangan manusia seperti yang dirungkapkan oleh Allah di dalam Al-Quran yang tersebut :

“Mereka itulah orang-orang Yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) Dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah Yang membawa kebahagiaan Dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan”.

(Surah Al-Baqarah : ayat 86)

Walhal kita telah berikrar sejak di alam roh lagi bahawa kita akan menyembah Allah semata?Adakah nilai itu kita campakkan seperti kita membuang sesuatu barangan yang tidak bernilai dan berharga lagi di sisi kita?Adakah ianya kita nilaikan sebanding dengan nilaian RM?Hakikatnya, nilai tauhid adalah amat agung dan jauh lebih tinggi dari nilai wang ringgit.Ia tidak boleh dijual beli.

Kita seringkali melakukan kesilapan dan kekhilafan dalam melayari pentas dunia bernama kehidupan.Bukan sekali, malah mungkin berkali-kali kita terlalai dan alpa dalam melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan kita sebagai hamba Mukmin.Seringkali kita melebihkan urusan dunia mendahului akhirat yang baqa’.Terlalu obses dengan perhiasan dunia yang kerapkali menghijab dan mengaburi mata hati kita dari melihat cahaya Illahi walhal dunia sekadar perhiasan semata-mata , tidak lebih dari itu :

“Ketahuilah Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup Yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup Yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan Yang (menumbuhkan tanaman Yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu Engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab Yang berat (di sediakan bagi golongan Yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang Yang mengutamakan Akhirat). dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.”
(Surah Al-Hadid :ayat 20)

Adakalanya , kita terlalu biadab dengan Allah.Meminggirkan hak Allah semata-mata menjaga hati manusia.Melupakan Allah kerana mengingati manusia.Lebih mengutamakan panggilan manusia berbanding seruan Allah selaku pencipta.

Untuk istiqomah atau konsisten pada jalan-Nya dirasakan terlalu sukar.Terlalu banyak mehnah, tribulasi dan godaan yang mendepani kita.Kerapkali kita tertewas dengan dagangan dunia yang pada hakikatnya tidak berupaya menjadi saham dan pulangan kepada kita di akhirat kelak.

Sedarlah kita, hakikatnya dunia adalah sekadar persinggahan semata. Dunia adalah ladang untuk kita bercucuk-tanam dengan mengerjakan amal soleh dan hasilnya akan kita tuai di akhirat kelak.Dunia menjadi satu pentas ujian untuk Allah uji siapakah di antara kita yang berjaya menempuhinya atau sebaliknya :

“Sesungguhnya Kami telah jadikan apa Yang ada di muka bumi sebagai perhiasan bagiNya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya Yang lebih baik amalnya.”
(Surah Al-Kahfi :7)

Mengapa masih lagi cenderung memilih kenikmatan dunia sedangkan telah Allah janjikan di dalam kitab-Nya bahawa perniagaan yang paling memberikan keuntungan kepada manusia adalah dengan cara beriman kepada Allah dan hari akhirat.Itulah dagangan yang dapat menyelamatkan diri kita dari azab dan seksa neraka.Taqwa sahajalah yang akan menjadi bekalan kepada kita di hari perhitungan kelak.

10. Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?
11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).
(Surah As-Shoff : ayat 10 dan 11)

Mati Dalam Perbuatan Syirik

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara. Adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi

1. fakir yang melalaikan diri kamu semua, atau
2. kekayaan yang menjadikan diri kamu curang,atau
3. sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan,atau
4. tua yang menjadi nyanyuk,atau
5. mati dengan tiba-tiba,atau
6. kedatangan pengaruh dajjal yang ianya adalah seburuk buruk makhluk yang tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya,atau
7. datangnya hari kiamat pada hal hari kiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya".

Umat Islam dilarang menangguh-nangguh dan berlambat-lambatkan amal ibadat yang diamanahkan kepada mereka. Kekayaan dan kemiskinan tidak menghalang seseorang itu menambah amalan untuk beribadat kepada Allah s.w.t kerana kekayaan dan kemiskinanan merupakan satu dari ujian kehidupan. Terdapat setengah golongan yang menjadi sibuk dan leka dengan kekayaan dan ada pula menjadi kufur disebabkan hidup menjadi fakir.

Jalan Menuju Kesejahteraan

Surah at-tin ayat 4 : Manusia sebaik2 kejadian

"Sesungguhnya kami telah menjadikan manusia dengan sebaik2 kejadian".

Ayat ini menerangkan betapa istimewanya kejadian manusia yg allah gambar kan disini sebaik2 kejadian..tidak ada yg lebih baik dari kejadian manusia.. Lebih cantik ciptaannya dibandingkan dengan malaikat, lebih cantik dibandingkan apa yg ada disyurga, lebih cantik dari Kursi Allah, lebih cantik dari apa sahaja yg pernah allah ciptakan tidak ada yg secantik kejadian manusia.

Apa yang allah maksudkan cantik itu? Itulah kemampuan perasaan cinta kepada allah yg dilahirkan hati manusia yg akrab(sentiasa) mengingati allah berhubung dengan rohani sehingga memancar cahaya (nur musyahadah) iaitu nurani yang berhubung dengan nur rasullullah menyebabkan cahaya. Itu lah yg Allah gambarkan dengan perkataan cantik itu. (mencintai, mengingati, menyebut2, kusyuk kalimah allah s.w.t.)

“kenapa kamu melupakan allah (hati lalai) padahal dahulu kamu mati (alam roh), kemudian menghidupkan kamu(alam dunia) kemudian mematikan kamu (alam kubur) dan menghidupkan kamu kembali(alam akhirat) “al-baqarah : 28

Kita sendiri tak mampu nak hidupkan diri kita ni..betapa baiknya allah terhadap kita..dilahirkan kita dimatikan dan dihidupkan kembali kealam yg kekal abadi..masih lagie kita melebihkan kehidupan dunia yg telah dikaburkan mata dan hati kita oleh syaitan dan nafsu. Jangan kita dilalaikan dengan kekayaan, kekuatan, pangkat, ilmu, darjat kerana manusia tidak boleh lari dari 5 sifat : Fakir, Dhaif, hina, lemah dan miskin.

Itulah sifat lahiriah manusia yg kita selalu takut, yg kita jaga selama kita didunia sampai kita lupa pada diri kita yang satu lagi yg allah gambar kan “cantik” itu tidak pernah kita jaga, usaha, mengenali, padahal diri itu yg menghidupkan kita dan diri itulah kita yg sebenarnya. Allah jawab :

“iaitu orang2 yg mencabuli perjanjian allah (janji amanah ketika didalam perut ibu)..mumutuskan perkara yang disuruh diperhubungkan (musyahadah akrabiah – sentiasa mengingati Allah) mereka itu lah orang-orang yang rugi..(al-baqarah: 27)

Maka..bila manusia tidak bersyukur dengan kejadiannya sebaik2nya dgn mengingati janji amanah allah, maka tidak ada tempat yang lebih baik baginya melainkan satu tempat sahaja :

“kemudia kami kembalikan mereka ketemapt yg serendah-rendahnya(neraka) , kecuali orang yg beriman dan beramal saleh, mereka mendapat pahala yg tidak putus2.“ at-tin ayat 5-6.

Itulah tempat bagi golongan orang2 yg lalai kepada allah, cintaka dunia, cintakan kekayan, kecantikan, harta, anak2, siteri2, keluarga sehingga lalai dari mengingati allah..(hatinya kosong).. Dan kaum yg selamat hanyalah orang2 beriman dan beramal saleh (bukan orang islam yg beramal saleh) mereka mendapat pahala tidak putus2(zikrullah setiap saat sehingga akrab tidak lalai sesaat)..

http://mukminblog.blogspot.com

Khamis, 6 Mei 2010

Doa Minta Dibalakan Orang Zalim?

Soalan: al-Fadhil Dr Asri, saya menghadapi tekanan di tempat kerja saya. Ada seorang individu yang sering membuat berbagai tuduhan kepada saya. Macam-macam cerita yang bukan-bukan diada-adakan. Dia macam mahu orang lain membenci saya. Saya tahu diri saya. Demi Allah, semua yang dituduh itu tidak benar. Saya amat tertekan. Sehingga saya berfikir ingin berdoa agar Allah memberikan bala kepadanya. Tapi ada orang beritahu saya tidak boleh berdoa macam itu sesama muslim. Saya amat sakit dengan kezalimannya. Bolehkah saya doa supaya Allah beri balasan kepadanya? Azman, Klang.

Jawapan Dr MAZA:
Semoga Allah memberikan kesabaran dan pahala atas ujian yang menimpa saudara. Percayalah segala kesakitan hidup di dunia ini, jika kita redha dengan Allah maka ia akan menjadi kebaikan dan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Untuk soalan saudara di sini saya nyatakan beberapa perkara;

1. Sesiapa sahaja yang menzalimi orang lain, maka akan ada pembalasan Allah ke atasnya sekalipun insan yang dizalimi itu telah mati, atau gagal bertindak apa-apa. Allah tidak lupa perbuatan mereka yang zalim. Akan ada hari yang mendatang di mana si zalim akan tetap dibalas Allah dengan cara yang dikehendakiNya. Percayalah hal ini. Jika tidak pun di dunia, pembalasan akhirat tetap menanti. Dosa itu akan tetap ditanggung oleh si zalim. Akan tetap tiba hari yang maha adil untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:

“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).

2. Jika benar saudara dizalimi, saudara tidak akan disia-siakan pada Hari Akhirat kelak. Si zalim pula akan berhadapan dengan mahkamah Allah di Mahsyar nanti. Amalan baiknya akan saudara perolehi, jika tidak dia akan menanggung dosa saudara. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dos orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).

3. Berdasarkan hadis-hadis, baginda Nabi s.a.w pernah berdoa agar Allah mengambil tindakan ke atas musuh-musuh Islam. Banyak hadis-hadis mengenai hal tersebut. antaranya doa baginda s.a.w ke atas kumpulan Quraish yang menzalimi baginda:

“Ya Allah, ambillah tindakanMu ke atas Quraish” (Riwayat al-Bukhari).

4. Adapun sesama muslim, perkara yang patut didahulukan –jika mampu- adalah memaafkan atau memohon hidayah agar diberikan kepada si zalim. Sabda Nabi s.a.w:

“Sedekah tidak akan mengurangkan harta, Allah akan tambah kemuliaan untuk seseorang hamba disebabkan kemaafannya dan tiada seorang pun yang bertawaduk kerana Allah melainkan Allah akan mengangkatnya” (Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya).

5. Adapun jika saudara mahu juga berdoa agar Allah mengambil tindakan kepadanya, maka perkara tersebut tidaklah salah. Pastikan dahulu memang saudara dizalimi dan perbuatan individu berkenaan memang terbukti dan zalim. Dalam hadis riwayat al-Imam Muslim menyebut:

Umm Sulaim iaitu Umm Anas memiliki seorang anak yatim perempuan. Suatu hati Nabi s.a.w melihat kepada anak yatim tersebut. Baginda bersabda: “Oh awak, dah besar pun awak. Umur awak takkan membesar lagi”. Anak yatim tersebut kembali kepada Umm Sulaim dan menangis. Umm Sulaim bertanya: “Kenapa wahai anakku?”. Kata gadis itu: “Nabi Allah s.a.w telah mendoakan keburukan ke atasku agar umurku tidak membesar. Maka mulai sekarang umurku tidak akan membesar lagi selama-lamanya.

Maka Umm Sulaim pun keluar, tergesa-gesa mengenakan tudungnya sehingga berjumpa Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Kenapa wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Wahai Nabi Allah, adakah engkau telah mendoakan keburukan ke atas anak yatimku?”. Baginda bertanya: “Apadia wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Anak yatimku mendakwa engkau mendoakan agar umurnya tidak membesar”.

Rasulullah s.a.w pun ketawa kemudian bersabda: “Wahai Umm Sulaim! Tidakkah engkau tahu syaratku untuk tuhanku? Aku telah memberikan syarat untuk tuhanku, aku berkata: “Sesungguhnya aku manusia; aku redha seperti mana manusia redha, aku marah seperti mana manusia marah. Justeru, sesiapa sahaja di kalangan umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan sesuatu doa, sedangkan dia tidak layak maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara yang mendekatkannya dengan Allah pada Hari Kiamat nanti”.

Gurauan Nabi s.a.w telah merisaukan Umm Salamah. Nabi s.a.w menjelaskan bahawa doa itu tidak akan menimpa gadis itu kerana dia tidak layak. Ertinya, jika sesiapa yang layak maka doa itu akan menimpanya.

6. Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya serta mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.

Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Sa’d bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi s.a.w yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah ‘Umar mengambil tindakan menggantikan Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Ammar bin Yasir.

Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Sa’d, kecuali di Masjid Bani ‘Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut: “Sesungguhnya Sa’d tidak menyertai peperangan, tidak membahagi harta secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”.

Sa’d menjawab: “Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”. Maka lelaki tersebut hidup dalam kefakiran sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.

7. Doa-doa di atas jika kita lihat mereka tidaklah terus meminta bala kepada muslim yang dianggap zalim itu, sebaliknya diikat dengan ungkapan “Ya Allah, jika dia ini berdusta maka…” atau mungkin kita sebut “jika dia telah menzalimiku maka..”. Ini kerana kita mungkin tersalah anggap, atau silap tafsiran maka wajarlah berlapik kata dalam hal ini dan serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui.

8. Kita hendaklah sentiasa bimbangkan doa orang yang kita zalimi. Akan ada masanya Allah memustajabkan doa insan yang dizalimi lalu membalasnya kepada si zalim. Sabda Nabi:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Ertinya, walaupun insan yang dizalimi itu mungkin tidak baik agamanya, tetapi perbuatan orang lain menzaliminya tetap akan Allah balas. Dosa individunya itu urusan dirinya. Dosanya itu tidak memberi ‘lesen’ kepada orang lain untuk menzaliminya. Maka berhati-hatilah kita.

* Tersiar di akhbar Sinar Harian pada 30 April 2010.

http://drmaza.com/home/?p=1116#more-1116

Rabu, 5 Mei 2010

ADAKAH PARA PEMIMPIN YG KITA PILIH SEPERTINYA ?

Suatu hari ketika sedang menjalankan rutin hariannya Amirul Mukminin Umar al-Khattab r.a melihat seorang lelaki tua yang buta dan meminta sedeqah. Setelah dia mengetahui bahwa laki-laki itu adalah seorang Yahudi, dia berkata: “Apa yang membuatmu datang kesini?”.

Orang tua itu menjawab: “Aku ke sini untuk meminta derma, karena keperluanku dan usiaku yang tidak membolehkan aku untuk bekerja”.

Kemudian Umar memimpin tangannya dan mengajaknya masuk ke dalam rumahnya. Dia memberi apa yang dimintanya secukupnya. Setelah itu dia menghantarkannya ke baytul mal dan berkata: “Lihatlah laki-laki ini dan teman-teman yang senasib dengannya. Demi Tuhan, kita telah memenuhi haknya. Kita juga telah memberi makan anak-anak mereka. Akan tetapi dia telah tua.

Firman Allah “Sesungguhnya sadaqah itu untuk orang-orang fakir dan miskin”, dan yang dimaksud dengan orang-orang miskin disini adalah orang-orang miskin dari kaum muslim. Sedangkan laki-laki ini adalah orang miskin dari ahlul kitab”. Kemudian dia memberinya bantuan dari peruntukan untuk dari ahlil kitab. Disini empati dan rasa kasih sayang yang tinggi walaupun kepada bukan muslim. Dia tahu bagaimana mentaati ajaran agama. Dan tentu saja dalam hal seperti ini Islam tidak akan menunjukkan perbuatan yang tidak adil, karena Islam membawa rahmat dan penuh kasih sayang.

Khalifah Umar juga pernah menggubal undang-undang untuk memberikan hak untuk setiap anak jalanan sebanyak 100 dirham dari baitul mal. Hak ini juga berlaku-bagi anak-anak dari perkahwinan yang sah yang melarat. Ini adalah bentuk kasih sayang yang bertujuan untuk menghindari zina dan kesan buruk yang dikerjakannya dari orang-orang yang melanggar perintah agama dan tidak diterima oleh masyarakat. Beliau menyayangi seluruh makhluk hidup bahkan beliau memanggil orang-orang yang berada dalam kesulitan tetapi tidak menceritakan penderitaannya.

Diriwayatkan dari al-Musayyab bin Daram bahwasanya beliau pernah melihat Umar r.a memukul seseorang lalu mengusirnya karena dia telah menaiki untanya yang sakit dan uzur keadaannya. Dia mengusapkan tangannya pada luka yang terdapat pada tubuh unta itu untuk mengobatinya. Kemudian beliau berkata: “Sesungguhnya aku bimbang perkara ini yang akan dipersoalkan oleh Allah kerana apa yang telah menimpamu (unta)”. Yang beliau maksud dengan perkataan ini adalah: “Jika ada anak seekor kambing yang mati di tepi sungai Furat , maka aku takut Allah akan menghisab Umar”. Kalimat ini adalah ungkapan dari rasa tanggungjawabnya yang sangat besar.

Dan semua itu disebabkan karena rasa tanggung jawab seorang pemimpin yang sentiasa mendapat ilham daripadaNya kerana sifat keperihatinannya.

http://www.facebook.com/home.php?#!/notes/ustaz-zahazan-mohamed/adakah-para-pemimpin-yg-kita-pilih-sepertinya-/403790893456

MAJLIS ILMU BERSAMA ULAMA' TERSOHOR

Klik Untuk Besarkan.

Majlis Maulidul Rasul s.a.w & Haul Al Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a.

Tempat: Masjid Negara Kuala Lumpur.
Tarikh: 1 JamadilAkhir 1431H/15hb. May 2010 (Sabtu)
Jam: 5.00 pm - 9.00 pm.

Penceramah:

1) Prof. Dr. Ahmad Obaid Al-Kubaisi (Scholar of Iraq & UAE)
2) Maulana Al-Sheikh AfeefUddin Al-Jalaini, Chairman of Al-Wariseen Trust.
3) Habib Umar Hamid Al-Gailani, Mekah.
4) Habib Hassan Bin Mohamed Salim Al-Attas, Singapore.
5) Syed Abbas Bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani, Mekah.
6) Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady (ISTAC), Malaysia.
7) Prof. Dr.hmed Omar Hashim, Former President of Al-Azhar University, Egypt.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai.

Selasa, 4 Mei 2010

Setiap mukmin mesti perjuangkan Islam

Umat kurang ilmu, hidup bergelumang maksiat kemungkinan mudah ditewaskan musuh

JENAYAH kemanusiaan dilakukan Zionis Yahudi ke atas kaum Muslimin di Palestin membuka mata dunia Islam dan mendatangkan keinsafan bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan duduk diam sehingga umat ini mengikuti golongan mereka. Terjajah, menyerah, mengikut segala kehendak dan taat setia kepada mereka.

Tabiat dunia sentiasa bergolak oleh perebutan kuasa, pertumpahan darah, kezaliman dan penyelewengan manusia. Selagi mana yang berkuasa adalah orang yang tidak mengenal Allah dan beriman kepada-Nya selagi itu tidak akan aman dunia ini selama-lamanya.

Oleh itu, Allah memberi amanah kepada Rasul-Nya dan orang mukmin untuk menegakkan kalimah Allah sehingga tiada lagi fitnah di atas muka bumi ini menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (daripada kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan. Dan jika mereka berpaling (enggan beriman dan tidak berhenti daripada menceroboh), maka ketahuilah bahawa Allah pelindungmu. Dia adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong." (Surah an-Anfal, ayat 39)

Mengisytiharkan perang dengan kekuatan senjata umpama menjemput kematian ke kubu umat Islam kerana kekuatan orang kafir begitu jauh mengalahkan lawannya. Tetapi amatlah tidak wajar apabila generasi Islam menyerah bahkan langsung menghapus kalimah jihad dalam kehidupan mereka.

Kerana janji utama setiap mukmin kepada Allah adalah memperjuangkan Islam dan jangan sesekali mengkhianatinya, sebagai mana firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui." (Surah al-Anfal, ayat 27)

Perjuangan membela agama adalah tanggungjawab seluruh umat Islam, jika di Palestin kanak-kanak kecil begitu berani melempar batu, dikejar desingan peluru serta dihantui bom Zionis yang menceraikan tangan dan kaki daripada tubuh kanak-kanak tidak berdosa.

Di sini, anak kita sewajibnya belajar bersungguh-sungguh, membina sahsiah diri dan merancang masa depan seraya berjanji dengan ilmu dan kepakarannya nanti mereka akan menolong saudaranya di seluruh bumi Allah.

Anak adalah pemimpin masa depan, merekalah kekuatan umat yang mesti disediakan sebaik-baiknya, seperti mana suruhan Allah yang bermaksud: "Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)." (Surah al-Anfal, ayat 60)

Dalam merancang kekuatan umat, tidak dinafikan timbul kemelesetan dan penyelewengan dalam perancangan itu. Penyelewengan dalam perjuangan yang menjadi faktor kelemahan umat Islam sudah disenaraikan dalam al-Quran antaranya:

Umat bercerai berai. Mengapa terjadi fitnah ini sehingga melemahkan kekuatan umat?

Punca perselisihan dan bercakaran sesama sendiri adalah kerana tiada kesatuan matlamat dalam perjuangan. Dunia dan hawa nafsu sudah merosakkan keikhlasan umat, ada golongan yang berjuang kerana hendak mendapat habuan dunia, sementara golongan yang ikhlas terganggu tumpuan mereka yang seharusnya membuat perlawanan ke atas orang kafir, akhirnya mengalihkan serangan itu kepada saudaranya yang berlainan visi dan misi.

Fenomena sebegini sudah dirasai Rasulullah SAW dalam perjuangan Baginda menghadapi golongan munafik. Dengan kecekapan Baginda SAW gangguan kaum munafik dapat diatasi sebaiknya.

Rasulullah SAW menumpukan usaha pembentukan kesatuan dan perpaduan orang yang beriman. Kepentingan membentuk keimanan dalam barisan generasi pejuang ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang Muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi dan (terhadap) orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajipan sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah (akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang sudah ada perjanjian antara kamu dengan mereka dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. Adapun orang kafir, sebahagian mereka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain. jika kamu (hai Muslimin) tidak melaksanakan apa yang diperintahkan Allah itu nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar." (Surah al-Anfal, ayat 72-73)

Iman dan hijrah yang memberi semangat perubahan ke arah kecemerlangan serta jihad menjadi tiga elemen penting boleh menyatukan umat ke arah misi dan visi yang satu.


Punca kelemahan umat Islam yang kedua adalah maksiat dan kemungkaran yang menjadi penyakit dalam tubuh umat. Maksiat menyebabkan manusia lupa diri, berpaling dari sisi Allah dan menjadi sebahagian ahli keluarga syaitan yang suka melakukan kerosakan.

Maksiat akan terus hidup dengan subur jika tiada usaha mencegahnya daripada merebak ke dalam tubuh umat. Seperti kisah kaum terdahulu, bagaimana Allah menimpakan azab ke atas mereka kerana kemungkaran yang dibiarkan berleluasa.

Umat Islam menghadapi tentangan sebegini pada hari ini, namun maksiat yang dilakukan orang Islam kadang-kadang lebih teruk dibandingkan kejahatan orang kafir. Begitu cepatnya iman mereka berubah, seperti mana sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir. Atau seseorang yang beriman pada waktu petang kemudian esok harinya dia sudah menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Jika kemungkaran dan maksiat sudah menjangkiti tubuh umat Islam, mereka hidup seperti orang kafir yang tiada bezanya antara mereka maka sedikit demi sedikit nilai Islam itu hilang daripada keperibadian generasinya.

Perasaan, pandangan dan pemikiran mereka sama seperti orang kafir, tiada langsung roh Islam yang masih tinggal dalam hati mereka. Akhirnya mereka tidak mengenal apa erti membela agama, menghayati ajaran Islam, bahkan dicampakkan saja al-Quran dan hadis itu sebagai kitab peninggalan kuno yang disimpan dalam muzium sejarah mereka.

Alangkah mudahnya mengalahkan umat Islam tanpa melakukan serangan fizikal dan persenjataan yang berbilion harganya. Cukup dengan menyebarkan virus maksiat dalam generasi Islam pasti mereka akan menyembah berhala moden bernama hawa nafsu lantas dengan begitu senangnya jiwa mereka mati sebelum jasadnya.


Ketiga yang menyebabkan umat lemah adalah kebodohan. Bangsa maju di dunia ini sudah jauh berlari ke hadapan meneroka hingga ke angkasa lepas semata-mata mahu menakluk bumi di bawah kekuasaan mereka.

Sedangkan umat Islam masih di situ, mengharap kekayaan bangsanya yang terpendam di bawah tanah diambil sedikit demi sedikit untuk menghidupkan anak cucunya dan menjadi negara pengguna paling tinggi daya belinya kepada negara kafir.

Jika berduit pun tetapi tiada ilmu, apa akan jadi dengan generasi akan datang? Sudah pun begitu masih juga bersikap sombong tidak mahu belajar dan hanya berharap daripada kekuatan yang sedikit saja.

Pendidikan belum lagi menjadi agenda pertama dan utama di mana hal ini merangsang tumbuhnya benih kemiskinan di negara Islam. Apabila ketiga-tiga faktor tadi masih membelenggu tubuh umat Islam, tidak mustahil mereka masih terus terjajah dan terpecah menjadi bangsa yang mundur selama-lamanya.

Penulis ialah Mufti Perlis (Dr Juanda Jaya)

INGAT MATI ELAK BUAT MAKSIAT

Usah menunggu tua untuk bertaubat, beramal salih kerana maut datang tanpa diduga.

MANUSIA yang tenggelam dalam kemewahan dunia, dikuasai hawa nafsu dan hidup dibelenggu maksiat amat sikit bahkan mungkin juga tidak mengingati malaikat maut pasti datang membawa perintah Allah untuk meragut nyawanya.

Jika mengingati mati, pasti mereka ketakutan atau bersedih kerana mengingatkan apa yang bakal dihadapinya di alam akhirat, tetapi ia gusar mengenangkan harta bendanya serta segala kemewahan dunia yang bakal ditinggalkannya. Firman Allah:

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).

Ketahuilah kematian pasti tiba kepada seluruh umat tanpa mengenal erti bangsa, kedudukan, kekayaan atau gagah perkasa. Tiada sesiapa pun yang boleh melarikan diri daripada maut. Apabila ditetapkan waktu kematian seseorang, ia tidak akan tertunda atau dicepatkan walaupun sesaat. Firman Allah bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (Al-Jumu’ah: 8.)

Dengan mengingati kematian, kita lebih berwaspada dalam menghadapi liku kehidupan dan sentiasa berusaha menurut perintah Allah dan Rasul-Nya serta meninggalkan larangannya kerana kita tidak tahu bila ajal tiba.

Mengingati kematian menyebabkan kita teruja membuat persiapan rapi menghadapinya nanti. Oleh itu, Islam amat menganjurkan kita sentiasa mengingati kematian. Cara terbaik ialah mengenangkan keluarga, sahabat atau sesiapa saja yang boleh mempengaruhi hidup kita. Mereka mungkin memiliki kekayaan, jawatan besar serta disanjung tetapi kini jasadnya bersendirian di dalam kubur. Hartanya, kedudukannya serta sanjungan orang ramai kini terpisah daripadanya. Kita perlu serapkan di jiwa kematian juga pasti menjemput dan akan keseorangan di alam kubur.

Kita juga perlu menziarahi kubur kerana membantu mengingati kita juga akan menghadapi nasib sama dengan ahli kubur itu. Islam juga menganjurkan kita menziarahi orang sakit serta menghadiri majlis pengebumian kerana dapat mengingatkan kita mengenai kematian. Mengingati kematian membawa nilai positif terhadap insan, maka banyak dalil menganjurkan manusia selalu mengingati kehidupan hanya sementara.

Rasulullah juga mengkategorikan insan yang sentiasa mengingatkan kematian sebagai manusia paling bijaksana. Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik? “Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)

Mengingati kematian juga boleh mendatangkan ketenangan jiwa seseorang sedang menghadapi kesulitan hidup. Ia menimbulkan kesedaran dunia bukan segala-galanya dan selepas kematian ada alam yang kehidupan serta kenikmatannya abadi. Bagi mereka yang dianugerahkan kesenangan, maka mengingati kematian menjauhkannya daripada kerlipan serta godaan duniawi.

Kematian menyedarkannya kesenangan duniawi tidak kekal dan dia bakal berpisah dengannya. Hanya kehidupan di alam akhirat kekal abadi dan ini dapat menggerakkan jiwa untuk mempergunakan segala kesenangan di dunia ini demi mencapai kebahagiaan di akhirat.

Oleh itu, dengan menyedari setiap bernyawa pasti akan menghadapi maut yang hanya diketahui Allah, pasti ia menimbulkan semangat untuk segera melakukan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika seseorang menangguhkan untuk melakukan amalan salih dan ternyata ajalnya tiba ketika asyik melakukan maksiat, dia termasuk orang yang rugi dan bakal mendapat balasan buruk di akhirat.

Justeru, setiap umat Islam harus manfaatkan kehidupannya dengan cara terbaik iaitu mengerjakan amalan diperintah Allah dan Rasul-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Ketika tubuh sihat, kita manfaatkan semaksimum mungkin supaya menjadi insan beriman, bertakwa dan gemar mengerjakan amal salih. Mana tahu entah esok mahupun lusa kita ditimpa kecelakaan sehingga terlantar keuzuran dan tidak lagi mampu melakukan amalan yang salih.

Kita pergunakan hayat dengan menghindari perbuatan maksiat kerana mungkin entah esok mahupun lusa malaikat maut mencabut nyawa sedangkan kita masih bergelumang dengan dosa.

makchique.onsugar.com

Isnin, 3 Mei 2010

FORUM PERDANA DI SG. BULOH

PERHIMPUNAN PERDANA PALESTIN

PERHIMPUNAN PERDANA PALESTIN
Tarikh : 8 Mei 2010 / SABTU
Lokasi : Stadium Melawati, Shah Alam
Masa : 7.00 mlm hingga 11.30 mlm

Tetamu Jemputan
- Sheikh Hussein KH Awawidah, Penasihat Kanan Rabithah Ulama Palestin
- Kumpulan Nasyid & Artis-artis Tanah Air

Aktiviti Menarik
- Persembahan Nasyid, Parkour & Sketsa
- Tayangan Video Air Mata Palestin
- Ucapan Wakil-wakil NGO
- Ucapan Wakil dari Palestin
- Penyampaian Sumbangan

*Bawa bersama sepanduk & banner sebagai tanda sokongan anda
*Kutipan dana akan turut diadakan & sumbangan akan disalurkan ke Gaza secara langsung.
*Bawa sejadah untuk solat Maghrib berjemaah di Stadium.

Anjuran
* Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
* Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
* Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Palestinian Center of Excellence (PACE)
* Aqsa Syarif
* Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia (VPM)
* Perdana Global Peace Organisation
* Muslim Care

Dengan Kerjasama
* Majlis Bandaraya Shah Alam
* Nasyeed.com
* Mu'adz.com

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami

Office & Correspondence Address:
Lifeline 4 Gaza
c/o Biro HALUAN Palestin
16-1 Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3, Taman Subang Perdana
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

http://www.lifeline4gaza.org/

603 7846 4146
info@lifeline4gaza.org

Kepada anda yang tidak dapat hadir, harap dapat sebar luaskan maklumat ini kepada masyarakat sekitar dalam rangka membantu Palestin.

Anda juga boleh salurkan sumbangan ke
Tabung Palestin HALUAN
Maybank: 5644 9020 8528

Ahad, 2 Mei 2010

PENDAPAT TOKOH-TOKOH NON MUSLIM TERHADAP AL-QUR’AN

1. Harry Gaylord Dorman dalam buku “Towards Understanding lslam”, New York, 1948, p.3, berkata: “Kitab Qur’an ini adalah benar-benar sabda Tuhan yang didiktekan oleh Jibril, sempurna setiap hurufnya, dan merupakan suatu mukjizat yang tetap aktual hingga kini, untuk membuktikan kebenarannya dan kebenaran Muhammad.”

2. Prof. H. A. R. Gibb dalam buku “Mohammadanism”, London, 1953, p. 33, berkata sebagai berikut: “Nah, jika memang Qur’an itu hasil karyanya sendiri, maka orang lain dapat menandinginya. Cobalah mereka mengarang sebuah ungkapan seperti itu. Kalau sampai mereka tidak sanggup dan boleh dikatakan mereka pasti tidak mampu, maka sewajarnyalah mereka menerima Qur’an sebagai bukti yang kuat tentang mukjizat.”

3. Sir William Muir dalam buku “The Life of Mohamet”, London, 1907; p. VII berkata sebagai berikut: “Qur’an adalah karya dasar Agama Islam. Kekuasaannya mutlak dalam segala hal, etika dan ilmu pengetahuan…”

4. DR. John William Draper dalam buku “A History of the intelectual Development in Europe”, London, 1875, jilid 1 , p. 343-344, berkata: “Qur’an mengandung sugesti-sugesti dan proses moral yang cemerlang yang sangat berlimpah-limpah; susunannya demikian fragmenter, sehingga kita tidak dapat membuka satu lembaran tanpa menemukan ungkapan-ungkapan yang harus diterima olehsekalian orang. Susunan fragmenter ini, mengemukakan teks-teks, moto dan peraturan-peraturan yang sempurna sendirinya, sesuai bagi setiap orang untuk setiap peristiwa dalam hidup.”

5. DR. J. Shiddily dalam buku “The Lord Jesus in the Qur’an”, p. 111 , berkata: “Qur’an adalah Bible kaum Muslimin dan lebih dimuliakan dari kitab suci yang manapun, lebih dari kitab Perjanjian Lama dan kitab perjanjian Baru.”

6. Laura Vaccia Vaglieri dalam buku “Apologie de I’Islamism, p. 57 berkata: “Dalam keseluruhannya kita dapati dalam kitab ini, suatu koleksi tentang kebijaksanaan yang dapat diperoleh oleh orang-orang yang paling cerdas, filosof-filosof yang terbesar dan ahli-ahli politik yang paling cakap… Tetapi ada bukti lain tentang sifat Ilahi dalam Qur’an, adalah suatu kenyataan bahwa Qur’an itu tetap utuh melintasi masa-masa sejak turunnya wahyu itu hingga pada masa kini…Kitab ini dibaca berulang-ulang oleh orang yang beriman dengan tiada jemu-jemunya. Keistimewaannya pula, Qur’an senantiasa dipelajari/dibaca oleh anak-anak sejak sekolah tingkat dasar hingga tingkat Profesor. “

“Sebaliknya malah karena diulang-ulang ia makin dicintai sehari demi sehari. Qur’an membangkitkan timbulnya perasaan penghormatan dan respek yang mendalam, pada diri orang yang membaca dan mendengarkannya…. Oleh karena itu bukan dengan jalan paksaan atau dengan senjata, tidak pula dengan tekanan mubaligh-mubaligh yang menyebabkan penyiaran Isiam besar dan cepat, tetapi oleh kenyataan bahwa kitab ini, yang diperkenalkan kaum Muslimin kepada orang-orang yang ditaklukkan dengan kebebasan untuk menerima atau menolaknya adalah kitab Tuhan. Kata yang benar, mukjizat terbesar yang dapat diperlihatkan Muhammad kepada orang yang ragu dan kepada orang yang tetap berkeras kepala.”

7. Prof. A. J. Amberry, dalam buku “De Kracht van den Islam”, hlm. 38, berkata: “Qur’an ditulis dengan gaya tak menentu dan tidak teratur, yang menunjukkan bahwa penulisnya di atas segala hukum-hukum pengarang manusia.”

8. G. Margoliouth dalam buku “Introduction to the Koran” (kata pendahuluan untuk buku J. M. H. Rodwell), London, 1918, berkata: “Diakui bahwa Our’an itu mempunyai kedudukan yang penting diantara kitab-kitab Agama di dunia. Walau kitab ini merupakan yang terakhir dari kitab-kitab yang termasuk dalam kesusasteraan ini, ia tidak kalah dari yang mana pun dalam effeknya yang mengagumkan, yang telah ditimbulkannya terhadap sejumlah besar manusia yang telah menciptakan suatu phase kemajuan manusia dan satu tipe karakter yang segar.”

9. George Sale dalam buku “Joseph Charles Mardrus-Premilinary Discourse”, berkata: “Di seluruh dunia diakui bahwa Qur’an tertulis dalam bahasa Arab dengan gaya yang paling tinggi, paling murni….diakui sebagai stan dard bahasa Arab… dan tak dapat ditiru oleh pena manusia… Oleh karena itu diakui seba gai mukjizat yang besar, lebih besar daripada membangkitkan orang mati, dan itu saja sudah cukup untuk meyakinkan dunia bahwa kitab itu berasal dari Tuhan.”

10. E. Denisen Ross dari “Introduction to the Koran-George Sale”, p. 5, berkata: “Qur’an memegang peranan yang lebih besar terhadap kaum Muslimin daripada peranan Bible dalam agama Kristen. Ia bukan saja merupakan sebuah kitab suci dari kepercayaan mereka, tetapi juga merupakan text book dari upacara agamanya dan prinsip-prinsip hukum kemasyarakatan…..Sungguh sebuah kitab seperti ini patut dibaca secara meluas di Barat, terutama di masa-masa ini, di mana ruang dan waktu hampir telah dipunahkan oleh penemuan-penemuan modern.”

11. James A. Michener dalam “Islam the Misunderstood Religion Readers Digest”, Mei 1955, berkata sebagai berikut: “Berita Qur’an inilah yang mengusir patung-patung dewa, dan memberikan ilham kepada manusia untuk merevolusikan hidup dan bangsa mereka…. Kombinasi antara persembahan kepada Satu Tuhan ditambah dengan perintah prakteknya yang membuat Qur’an menjadi khas. Bangsa yang beragama di Timur yakin bahwa negara mereka hanya akan diperintah dengan baik apabila hukum-hukumnya sejalan dengan Qur’an.

12. W.E. Hocking dalam “Spirit of World Politics -New York 32″, p. 461 , berkata: “…saya merasa benar dalam penegasan saya, bahwa Qur’an berisi amat banyak prinsip-prinsip yang diperlukan untuk pertumbuhannya sendiri. Sesungguhnya dapat dikatakan bahwa hingga pertengahan abad ke-13, Islamlah pembawa segala apa yang tumbuh yang dapat dibanggakan oleh dunia Barat.”

13. Napoleon Bonaparte

a. Dari “Stanislas Cuyard-Ency des Sciences Religioses”, Paris, 1880, jilid IX, p. 501 berkata sebagai berikut: ” Selama abad-abad pertengahan, sejarah Islam peradaban sepenuhnya. Berkat keuletan kaum Musliminlah maka ilmu pengetahuan dan falsafah Yunani tertolong dari kebinasaan, dan kemudian datang membangunkan dunia Barat serta membangkitkan gerakan intelektual sampai pada pembaruan Bacon. Dalam abad ke-7 dunia lama itu sedang dalam sakaratulmauit. Muharnmad memberi kepada mereka sebuah Qur’an yang rnerupakan titik tolak ke arah dunia baru.”

b. Dari buku “Bonaparte et I’Islarn oleh Cherlifs, Paris, p. 105, berkata sebagai berikut: “I hope the time is not far off when I shall be able to unite all the wise and educated men of all the countries and establish a uniform regime based on the prinsiples of the Qur’an wich alone can lead men to happiness.

Artinya:

Saya meramalkan bahwa tidak lama lagi akan dapat dipersatukan semua manusia yang berakal dan berpendidikan tinggi untuk memajukan satu kesatuan kekuasaan yang berdasarkan prinsip-prinsip ajaran Islam, karena hanyalah Qur’an itu satu-satunya kebenaran yang mampu memimpin manusia kepada kebahagiaan.*

*)Sumber terutama dari M. Hashem, “Kekaguman Dunia terhadap Islam”, cetakan pertama, Bandung,

http://alfalah08.wordpress.com