Sahabat Ilmu

Ahad, 23 Februari 2014

NASIHAT: TIPS MENCARI TEMAN SEJATI

Syeikh Ali Zainal Abidin berkata kepada puteranya:

"Wahai anakku, berhati-hatilah terhadap lima kelompok. Jangan bersahabat dan jangan berbicara kepada mereka, serta jangan menjadikannya teman dalam perjalanan."

Lalu puteranya bertanya tentang lima kelompok itu.

Ayahnya pun menjawab:

Pertama: Berhati-hatilah dan jangan bergaul dengan orang yang berkata dusta. Dia bagaikan bayangan yang mendekatkan engkau dari sesuatu yang jauh dan menjauhkan engkau dari hal yang dekat

Kedua: Berhati-hatilah dan jangan bergaul dengan orang yang fasik, sebab dia akan menjualmu seharga butiran atau lebih rendah dari itu

Ketiga: Berhati-hatilah engkau dan jangan bergaul dengan orang yg kedekut, sebab dia akan menjauhkanmu dari hartanya ketika engkau memerlukannya

Keempat: Berhati-hatilah engkau dan jangan bergaul dengan orang yang bodoh, sebab dia ingin mendapat manfaat darimu, tetapi mencelakakanmu.

Kelima: Berhati-hatilah dan jangan bergaul dengan orang yang tidak memperdulikan kaum keluarganya, kerana aku mendapatinya dia sebagai orang yang dilaknat Al-Quran dalam tiga tempat (ayat)

♡ Nasihat ini menunjukkan bhwa persahabatan sejati dapat dijalin dengan kejujuran, ketaatan beragama, kedermawanan, kemahuan belajar, dan silaturahim♡

♥Slmt mmbaca dan beramal... smga bermanfaat

http://ustaznaim.blogspot.com

Selasa, 18 Februari 2014

~HAKIKAT KEHIDUPAN DAN TUJUAN HIDUP DIDUNIA~



Hidup ini sebuah pjlnan menuju ke suatu tujuan yg sgt pasti, iaitu perhitungan Allah swt di akhirat kelak.

Bagaimanapun, tujuan hidup itu diabaikan oleh kebanyakan manusia disbbkan kelalaian mereka dlm mengejar sesuatu yg tidak pasti iaitu kepuasan nafsu.

"Manusia terus letih mengejar apa yg akhirnya dia sendiri tidak akan hargai"

Contoh, hanya krn ingin menikmati makanan yg lazat, manusia sanggup membayarnya dgn harga yg mahal dan makan ditempat yg mewah. Akhirnya makanan itu dibuang olehnya ke dlm tandas.

Adakah sekadar itu makna kehidupan dunia ini??

Allah mengingatkan kita semua dgn firmannya dlm surah ali imran ayat 15:

قُلْ أَؤُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرٍ مِنْ ذَٰلِكُمْ ۚ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَأَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;

Allah mengajar kita betapa hakikat khdpan dunia ini hnya sementara sdgkn disisi Allah ada sebuah khdupan yg lbh berharga dan kekal selama- lamanya.

★Berusahalah di dunia ini utk mencari keredhaan Ilahi dgn bersungguh2 beribadah dan beramal soleh hanya krn Allah

Ust Naim
Selasa/18 Rabiul Akhir 1435H
Semenyih/9.10pg
http://ustaznaim.blogspot.com

Khamis, 13 Februari 2014

Siapa Bidadari??

♡Bidadari Syurga di gelar Hurun 'Ain.

♡Makhluk yg tsangat indah yg tlh diciptakan Allah sbg hadiah utk hamba2Nya yg soleh, beriman dan bertaqwa

♡Tinggal tetap di dlm syurga menunggu kehadiran calon suaminya yg beriman ketika didunia

♡Terdiri drpd para gadis yg tsangat cantik dan tlalu jelita

♡Kulitnya putih melepak, lagi luas cantik menawan matanya

♡Wajah cantik berseri seperti permata delima dan marjan

♡Sentiasa perawan dan cantik parasnya

♡Tidak ada persamaan dgn segala kecantikan yg ada didunia

♡Sentiasa duduk bhias dgn mengenakan perhiasan2 yg cantik dan indah2

♡Duduk diatas sofa emas yg ditaburi permata dan yaqut

♡Tiada disediakan bidadari utk org kafir, fajir, munafiq, penderhaka, pencinta dunia dan pelaku maksiat

Ust Naim
13 Rabiul Akhir 1435H
Bdr Sg Buaya/11.51mlm
http://ustaznaim.blogspot.com

♥Mengenali Menantu Rasulullah saw♥



★Uthman bin Affan bin Abu al-'As bin Umayyah bin Abdul Syams bin Abdul Manaf r.a.

★Mjadi khalifah Islam pd tahun 644 hingga 655 Masihi slama 12 thn

★Antara 10 org shbt yg dijamin syurga oleh Allah swt

★Satu- satunya manusia yg mengahwini dua org puteri Nabi Allah swt

★Digelar Zun Nurain (yg memiliki 2 cahaya) lantaran 2 puteri Rasulullah mjadi penyeri hidupnya.

★Pkahwinan pertamanya dgn Ruqaiyah binti Muhammad, namun tdk bpanjangan krn r.ha mninggal semasa perang Badar blaku

★Pkahwinan keduanya dgn Ummu Kalthum binti Muhammad

★Slps kematian Ummu Kalthum, Rasulullah saw pernah mmberitahu para sahabat yg lain bhwa Baginda akan mengahwinkan kpd sahabatnya ini puterinya seandainya masih memiliki lg anak perempuan

★Kebijaksanaannya dlm ilmu pniagaan tiada tolok bandingnya

★Kekayaannya melimpah ruah namun sdkitpun tdk mjadikannya leka dan lalai dlm perjuangan

★Keberaniannya demi Islam adlh lambang keteguhan imannya kpd Allah dan Rasul

♡Sekali bersahabat, syurga adalah muaranya♡

~Semoga bmanfaat~

Ust Naim
Khamis/13 Rabiul Akhir 1435H
Semenyih/11.50pg
http://ustaznaim.blogspot.com

Jumaat, 7 Februari 2014

TAZKIRAH JUMAAT

Assalamualaikum shbt2..

Muliakanlah kedatangan penghulu segala hari iaitu hari jumaat dgn beribadah kpd Allah swt sebanyak-banyaknya..

Sempena terdpt byk keistimewaan yg dijanjikan pd hari jumaat maka hendaklah kita mempertingkatkan amalan2 kebajikan dan amal soleh seperti membaca al- Quran khususnya surah al- Kahfi, berselawat kpd junjungan mulia, berzikir, berdoa, beristighfar, memperbanyakkan solat sunat, bersedekah, berbakti kpd yg memerlukan, semoga Allah swt memberi perlindungan dan kerahmatan kpd kita semua..

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu, dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat”. (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Pada hari itu (hari Jumaat) tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Selamat Beramal

Ust Naim
Jumaat/ 7 Rabiul Akhir 1435H
Semenyih/8.55pg
http://ustaznaim.blogspot.com

Selasa, 4 Februari 2014

Mulakan Harimu Dengan al-Quran

Assalamualaikum

Mulakan Harimu Dengan al-Quran

Mulakan hari ini dengan membaca Al-Quran... Sebelum mulakan tugas, elok di buka dan baca Al-Quran dahulu... Semua kita sepatutnya ada senaskah Al-Quran di meja kerja masing-masing...

Mulakan dengan membacanya 5 minit setiap hari. Dengan langkah pertama inilah, Insya Allah anda akan menjadikan 5 minit itu kepada 10 minit, kemudian setengah jam, sejam atau mungkin lebih…

Membaca Al-Quran dalam bahasa Arab adalah baik, tetapi lebih bermakna jika kita faham akan maksudnya. Pastikan kita mempunyai tafsir Quran dalam bahasa yang kita lebih fahami. Cuba untuk membaca tafsiran ayat untuk apa yang telah kita baca pada hari tersebut…

Tujuannya ialah agar dengan berkat Al-Qur'an itu apa jua tugas dan khidmat kita untuk kehidupan di dunia ini, akan sentiasa terpimpin atau dipandu oleh petunjuk dan hidayah Allah swt, sesuai dengan sifat Al-Quran itu sendiri sebagai 'Hudan Lilmuttaqin' yakni petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa ..."

Sabda Nabi saw:
"Seutama-utama ibadah umatku ialah membaca Al-Qur'an."[Hadith riwayat Al-Baihaqi]

♥Selamat Beramal...Jom baca, fahami dan amal suruhan al-Quran♥

Ust Naim
Selasa/4 Rabiul Akhir 1435H
Semenyih/7.30pg
http://ustaznaim.blogspot.com

Isnin, 3 Februari 2014

TAZKIRAH PAGI ISNIN

Assalamualaikum

Tazkirah Dhuha

Betapa ramai manusia menjadi lupa daratan. Betapa ramai manusia menjadi ingkar. Betapa ramai manusia tidak bersyukur. Betapa ramai manusia menjadi derhaka dan khianat.

Mereka melupakan tujuan hidupnya ketika di dunia dan hanya mengejar kenikmatan dunia .

Dunia yang dikejar akan berakhir. Tempat manusia hidup. Tempat manusia memuja kenikmatan. Semuanya menjadi sia-sia belaka. Kehidupan di dunia merupakan permainan dan senda gurau.

Firman Allah SWT maksudnya:

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'am ayat 32)

★Marilah sama-sama kita jadikan kehidupaan di dunia ini sebagai medan untuk kita beramal dan menyediakan persiapan kita menuju alam akhirat.

★Tidak mungkin kita akan tenang dan berbahagia apabila membawa bekalan yang sedikit dan tidak berkualiti pula apabila menuju perjalanan yang jauh iaitu ke alam barzakh dan alam akhirat

★Janganlah sia-siakan masa, umur, tenaga dan kekayaan  yang kita miliki tanpa kita membuat pelaburan untuk bekalan kita di sana, ketika itu apa yang akan menjadi pertukaran adalah amal-amal soleh, amal ibadah, amal kebajikan yang kita lakukan di dunia ini semata-mata kerana Allah SWT.

★Renungkanlah dan bertindak segera tanpa ditangguh-tangguhkan lagi

Ustaz Naim
Isnin/3 Rabiul Akhir 1435H
Semenyih/9.25pg
http://ustaznaim.blogspot.com

Sabtu, 1 Februari 2014

KULIAH SUBUH 2 FEB 2014

assalamualaikum. 
Insya Allah esok Ahad 2 February 2014 kuliah subuh di surau al ikhlas bandar sg buaya rawang Selangor akan disampaikan oleh ustaz Halizal Alias, dari Kedah.(Ustaz yang telah sampaikan takziah dan khutbah Jumaat berapi api  di surau al ikhlas Jumaat lalu)
Insya Allah ustaz akan buat jualan produk sunnah nabi pagi esok.
Pastikan bawa wang secukupnya. 
Harap maklum.

Jom Baca dan Bermuhasabah



Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 8A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

Kata mereka....

Tapi...

Pada suatu Subuh...

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat:

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....

Wa ummihi...wa Abih....

Selesai solat, semasa perjalanan pulang...

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan....

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...

Ayahnya....

Isterinya...

Anak-anaknya...

Saya katakan...

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya...

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai saudaraku...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?

*self-reminder*
Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....

Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...
 
Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya...
"pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"

JADUAL KULIAH FEB 2014

JADUAL KULIAH FEB 2014

1/2-Masjid Nurul Ehsan K.Ketil Baling Kedah
2/2-Rehat
3/2-al Ikhwan
4/2-as Syuro
5/2- Surau Al-Furqan Bunga Kertas B.S
6/2-al Ikhlas
7/2-Masjid Kg Sg Buaya
8/2- Subuh: al Ikhwan/Maghrib:al-Firdaus Tmn Garing Utama
9/2- Subuh: al Ikhlas/Maghrib:Surau asrama perodua
10/2-al Ikhwan
11/2- as Syuro
12/2- Surau Nuruliman Cemperai
13/2-Al Ikhlas
14/2-An Nadwah Ehsanibu
15/2- Subuh: al Ikhwan/Maghrib:al-Ikhlas
16/2- Subuh: al Ikhlas/Maghrib: Masjid Nuruliman Serendah
17/2-al Ikhwan
18/2- as Syuro
19/2- Rehat
20/2-al Ikhlas
21/2-Masjid Kg Sg Buaya
22/2- Subuh: al Ikhwan/Maghrib: al Ikhlas
23/2- Subuh: al Ikhlas
24/2-al Ikhwan
25/2- al Hidayah Melursari
26/2- Masjid Tasik Puteri
27/2-al Ikhlas
28/2-an Nadwah Ehsanibu

KEDUDUKAN MATA KETIKA SOLAT

Habib Muhammad bin Ahmad bin 'Umar asy-Syaathiri rahimahullah dalam "Syarah al-Yaqut an-Nafis" halaman 157 - 158 menyatakan bahawa menurut Syaikh Khatib asy-Syarbini rahimahullah pandangan mata seseorang mushalli ketika dalam sholat hendaklah diarahkan seperti berikut:

-ketika qiyam, memandang ke arahtempat sujud

-ketika rukuk, memandang ke arahtapak kaki;

-ketika duduk, memandang ke arah peha;

-ketika mengucap "illa Allah" pada tahiyyat, memandang jari telunjuk kanan;

-ketika shalat di depan Ka'bah, memandang kepadanya;

-ketika shalat atas tempat bercorak (seperti sejadah) yang boleh melekakan, memandang kehadapan;

-pada sholat jenazah, memandang kepada jenazah.

Sebagaimana dinyatakan terdahulu, antara hikmah perbuatan ini adalah agar mata kita dapat dikendali dan dijaga agar tidak merayau ke sana ke mari dalam sholat, di mana dengannya diharap akan hadir khusyuk.

BAHRUS SHOFA

Menarik Makmum

Sholat jemaah dengan berdiri sendirian anpa sebab dihukumkan  makruh dalam mazhab kita. Oleh itu bagi seseorang terlewat dan mendapati saf di hadapannya telah penuh, SUNNAT baginya untuk menarik atau menggamit seorang makmum saf hadapan sebagai isyarat agar si makmum tadi berundur ke belakang untuk bersama dengannya dalam satu saf yang baru di belakang saf yang pertama tadi. Begitulah juga jika hanya imam dan seorang makmun sahaja yang sholat bersebelahan, walaupun ketika itu ada beberapa cara untuk menjadikan makmum - makmum tersebut berada dalam saf yang satu di belakang imamnya.

Jika seseorang hendak menarik seorang makmum yang di hadapan agar berundur ke belakang untuk bersama dengannya di saf belakang, dia perlulah mengikut kaedah dan peraturan yang telah digariskan oleh para fuqaha kita.

Pernah kita lihat, seseorang terus menarik atau menggamit makmum yang di hadapannya supaya berundur sedangkan dia belum lagi memulakan sholatnya.

Menurut sebahagian ulama seperti Imam Ibnu Hajar rahimahullah, perbuatan ini bukan sahaja satu kesalahan tetapi dihukumkan haram dan berdosa kerana mengganggu orang yang sedang sholat tanpa keperluan dan mengeluarkannya dari saf kepada bukan saf (yakni saf yang di belakang belum lagi wujud kerana si penggamit belum lagi memulakan sholatnya).

Namun sebahagian ulama, antaranya Syaikh Ramli rahimahullah, memuktamadkan pendapat bahawa perbuatan menarik atau menggamit sebelum bertakbiratul ihram hanya sebagai makruh.

Ada 5 syarat yang perlu kita patuhi apabila kita hendak menarik atau menggamit atau menyentuh seseorang yang sedang bersembahyang di saf hadapan supaya undur untuk bersama kita di saf belakang.

5 syarat tersebut adalah sebagaimana dinyatakan bait syair berikut:-

Sunnat menggamit orang yang merdeka dari saf hadapan yang berbilang makmumnya; Yang pada pandangannya gamitan tersebut akan dituruti dan dilakukan saat qiyam setelah takbiratul ihram dirinya.

Maka syarat - syarat bagi menggamit itu adalah sebagai berikut:-

1.hendaklah orang yang digamit itu orang yang merdeka (yakni bukan hamba orang);

2. hendaklah saf orang yang digamit mengandungi lebih daripada 2 orang makmum.

3.hendaklah ada sangkaan  bahawa orang yang digamit akan berundur setelah digamit;

4.hendaklah gamitan itu dilakukan ketika berdiri (qiyam);

5.hendaklah gamitan dilakukan setelah penggamit bertakbiratul ihram.

Oleh itu, janganlah kita menyentuh atau menarik atau menggamit makmum yang di hadapan kita melainkan dengan mengikut syarat - syarat yang tersebut di atas. Mudah-mudahan makin kemas dan halus amal ibadah kita.

QADHA PEREMPUAN HAID

Mengapakah kalau haid berhenti pada waktu asar, diwajibkan qadha solat zohor. begitu juga kalau berhenti pada waktu isya', diwajibkan qadha solat maghrib?harap penjelasan. terima kasih

Jawapan:
Jika haidh terhenti sebelum terbenam matahari maka wanita itu wajib bersolat Zohor dan Asar. Dan jika haidh terhenti sebelum terbit fajar, maka hendaklah bersolat Maghrib dan Isyak.

Ini adalah pendapat jumhur fuqaha dan juga mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali. Ia diriwayatkan daripada beberapa sahabat, Abdul Rahman bin Auf dan Ibn Abbas r.a.

Pendapat ini juga diriwayatkan daripada Tawus, Mujahid, dan az-Zuhriy.

Imam Ahmad mengatakan, "Ia adalah pendapat keseluruhan tabieen kecuali Hasan seorang sahaja".

Hujah kepada pendapat ini ialah, waktu Asar juga adalah waktu bagi Zohor dalam keadaan uzur. Dan waktu Isyak juga adalah waktu bagi Maghrib dalam keadaan uzur.

Sebagaimana apabila kita bermusafir, kita boleh menjamakkan solat dengan bersembahyang Maghrib pada waktu Isyak, dan bersembahyang Zohor pada waktu Asar.

Wallahu A'lam.

rujukan:
- Syarh Kabir, Ibn Qudamah
- Fatawa Kubra Ibn Taimiyyah

POLITIK



Soalan : Assalamualaikum ustaz.Saya ada beberapa kemuskilan berkaitan politik.Saya harap penjelasan dari ustaz.
1. Apakah ada ajaran politik di dalam al-quran dan as-sunnah?
2. Apa hukum orang yang berkata; ”politik suku, agama suku”?
3. Kenapakah perlu kuasa politik untuk melaksanakan syariat allah?
4. Benarkah allah memerintahkan nabi muhammad s..a.w. supaya berdoa memohon kuasa politik?Sekian,terima kasih.

Jawapan :

1.APAKAH ADA AJARAN POLITIK DI DALAM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?

Ya. (Pertama) kerana kitab al-Quran adalah kitab yang syumul. Firman Allah; ”Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran sebagai penjelasan bagi segala perkara”. (Surah an-Nahl, ayat 89). Maksud syumul ialah lengkap, menyeluruh dan sempurna. Jika kita beriktiqad bahawa tidak ada politik di dalam al-Quran, maka kita telah menafikan kesyumulan al-Quran dan iktiqad ini bertentangan dengan ayat tersebut. (Kedua) Jika kita membuka al-Quran, kita akan berjumpa dengan ayat-ayat Allah yang mewajibkan kita melaksanakan Syari’at  Allah sepenuhnya, menjauhi kezaliman, menegakkan keadilan, melaksanakan hukum-hukum Jenayah Islam (hudud), membenteras riba, judi, arak dan maksiat, mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran di mana semua tuntutan ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik atau pemerintahan. (Ketiga) Berpolitik adalah sunnah Nabi s.a.w.. Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi Ketua Negara selama 11 tahun di Madinah. Sepanjang 11 tahun tersebut, baginda tidak memerintah rakyatnya melainkan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Selepas kewafatannya, kepimpinan baginda diganti pula oleh Khulafak Rasyidin. Mereka mengganti baginda sebagai Ketua Negara, bukan sebagai Ketua Agama. Jika politik bukan dari agama, sudah tentu Nabi Muhammad s.a.w. dan Khulafak Rasyidin tidak akan melibatkan diri dengan politik, sebaliknya menumpukan hal-hal agama dan kerohanian sahaja.

2.APA HUKUM ORANG YANG BERKATA; ”POLITIK SUKU, AGAMA SUKU”?

Ucapan tersebut bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Ucapan itu cuba menafikan kesyumulan ajaran Islam yang meliputi segenap aspek kehidupan manusia termasuklah aspek politik. Ia juga bercanggah dengan Sunnah Nabi s.a.w. yang berpolitik semasa hayatnya. Orang yang mengeluarkan ucapan tersebut adalah jelas berfahaman Sekular. Jika ia seorang pemimpin, wajib umat Islam menolak pemimpin sepertinya. Dalam pengundian, haram ke atas umat Islam mengundinya. Jika ucapan tersebut menjadi pegangan sebuah Parti Politik, haram umat Islam menyertai Parti tersebut dan menyokongnya. Fahaman Sekular (termasuklah dalam aspek politik) telah disepakati oleh sekelian ulamak Islam hari ini sebagai haram, sesat bertentangan dengan Aqidah Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah.

3.KENAPAKAH PERLU KUASA POLITIK UNTUK MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH?

Kerana Syari’at Islam bukan sahaja menyentuh hal-ehwal peribadi dan rohani (seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya), tetapi juga menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara seperti membenteras kezaliman dan penindasan terhadap rakyat, pengharaman riba, arak, judi, penzinaan, perlaksanaan hudud (hukuman bagi pencuri, penzina, perompak yang disebut di dalam al-Quran dan sebagainya) dan mencegah maksiat dan kemungkaran yang amat dititik-beratkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.Hukum-hakam yang menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara di atas mustahil dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik. Hari ini kita melihat dalam negara kita maksiat dan munkar berleluasa (ada di antaranya diluluskan oleh undang-undang), tv dan media masa tidak terkawal mengikut Syariat Islam, perlembagaan negara tidak mengikut prinsip al-Quran, undang-undang negara juga tidak berdasarkan Syari’at Islam (termasuk dalam hal jenayah) dan pemimpin-pemimpin juga tidak mengikut akhlak Islam (rasuah, pecah amanah, hidup bermewah-mewah, membazir). Kenapa hal ini berlaku?

Jawapannya kerana pemerintahan negara kita hari ini tidak tertegak atas dasar politik Islam, iaitu politik yang bermatlamatkan untuk menegakkan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam.

4.BENARKAH ALLAH MEMERINTAHKAN NABI MUHAMMAD S..A.W. SUPAYA BERDOA MEMOHON KUASA POLITIK?

Ya. Kerana pentingnya kuasa politik untuk melaksanakan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam, maka Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. agar berdoa memohon diberikan kuasa.

Allah berfirman;“Dan pohonkanlah (wahai Muhammad dengan berdoa): wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolongku”. (al-Isra’; 80)

Menurut ulamak-ulamak Tafsir (antaranya Imam Qatadah, Ibnu Jarir dan Ibnu Katsir), Allah menyuruh Nabi Muhammad memohon kekuasaan kerana hanya dengan kekuasaan baginda akan dapat melaksanakan Kitab Allah, hudud-hududNya, perkara-perkara yang difardhukanNya dan membantu menegakkan agama Allah. (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Isra’, ayat 80)

Hukum Solat Berjemaah.

Para ulamak sangat menekankan kepentingan solat berjemaah, sekalipun mereka berkhilaf tentang hukumnya. Ada yang berpendapat hukumnya fardu ain seperti Imam Auzaiey, Atoa', Ahmad, Dawuud az-Zohiri dan sebahagian ulamak muhaddisin dari mazhab Syafie seperti Ibnu Khuzaimah, Abu Thur dan Ibnu Hibban.Manakala setengahnya berpendapat fardhu kifayah sebagaimana yang masyhur dalam mazhab Syafie dan ada yang menganggapnya sebagai sunat muakkadah dan Imam Bukhari juga menganggap solat berjemaah itu wajib.

Kesimpulannya, hukum solat berjemaah adalah sunat muakkadah ataupun fardhu kifayah jika dilihat kepada hukumnya bagi setiap waktu sembahyang satu persatu, tetapi jika dilihat kepada hukumnya secara keseluruhan, maka hukum sembahyang berjemaah adalah fardhu ain. Ini bererti, seseorang muslim dilonggarkan untuk meninggalkan solat berjemaah sekali-sekala, tetapi tidak harus baginya untuk meninggalkannya secara berterusan, seolah-olah tidak ada sebarang ikatan antaranya dan antara solat berjemaah dan juga masjid. Kalaulah dia melakukan demikian, maka sebenarnya dia telah melakukan satu perkara yang dilarang oleh agama. Kerana inilah Rasulullah s.a.w. mengancam untuk membakar rumah-rumah orang yang tidak keluar untuk berjemaah.

SOLAT PEREMPUAN DI MASJID

Dr Yusof al-Qardawi berkata: "Solat seorang perempuan di rumahnya itu lebih baik jika dia ke masjid hanya untuk berjemaah, tanpa sebarang faedah lain, tetapi jikaada faedah yang lain sepertimendengar tazkirah keagamaan, mempelajari sesuatu ilmu atau mendengar bacaan al-Qur'an daripada qari yang khusyuk, maka pergi ke masjid itu adalah lebih baik". Ini kerana kewajiban belajar agama dan mendengar tazkirah bukan tertentu untuk golonganlelaki sahaja. Bahkan terdapat hadis yang khusus yangmenyatakan kelebihan belajar dimasjid. Sabda Nabi SAW yangmafhumnya.:

          “Sesiapa yang datang ke masjid dan tidak ada tujuan baginya melainkan mempelajari kebaikan atau mengajarnya, maka baginya pahala haji yang sempurna”. Hadis riwayat Tobarani dan al-Albani mengangapnya sohih. Lihat Sohih Targhib wat Tarhib, m/s 38.

          Walau bagaimana pun, wanita perlu mendapat keizinan suami atau wali untuk ke masjid. Dan tidak patut bagi seorang ayah atau seorang suami untuk menghalang kecuali ada sebab yang munasabah. Dan mereka juga hendaklah menjaga adab-adab untuk ke masjid.

SOLAT BERJEMA’AH YANG DIIMAMKAN OLEH WANITA

Apabila kaum wanita melaksanakan solat berjama’ah yang diimami oleh seorang wanita maka sebagian ulama memandang baik, hal ini berdasarkan beberapa riwayat di antaranya riwayat dari Raithah Al Hanafiyah :

أَنَّ عَائِشَةَ أَمـــَّتْهُنَّ وَقَامَتْ بــــَيْنـــَهُنَّ فِيْ صَلاَةٍ مَكْتُوْبــــَةٍ ( رواه الدارقطني(

“Bahawasanya Aisyah pernah mengimami wanita-wanita pada salah satu solat wajib, dan beliau berdiri di antara mereka” (HR.Daraquthni).

Diriwayatkan daripada Ummu Salamah رضي الله عنها:

أَنـــَّــهَا أَمَّتْهُنَّ فَقَامَتْ وَسَطًا( رواه عبد الرزاق و البيهقى(

“Bahwasanya beliau (Ummu Salamah, isteri Nabi SAW)mengimami para wanita; beliau berdiri di tengah (shaf)” (HR. Abdur Razzaq dan Al Baihaqi)

          Berkata Syeikh Jibrin hafizahullah: “Ada pun solat berjama’ah bagi wanita maka hal tersebut tidak mengapa dan bagi wanita yang memimpin solat tersebut berdiri di shaf ma’mum, namun mereka tidak mendapatkan keutamaan solat berjema’ah sebagaimana yang diperolehi oleh kaum lelaki yang melaksanakan dimasjid, dan tidak dibenarkan bagi seorang lelaki untuk meninggalkan solat berjema’ah di masjid dengan alasan akan melaksanakannya secara berjama’ah di rumahnya bersama-sama dengan keluarga atau kaum wanita kerana mendatangi masjid untuk melaksanakan solat fardhu adalah wajib bagi lelaki.” (Lihat Fatawa Islamiyah 1:363)

BERKAT??

Apakah itu berkat atau barakah dalam bahasa Arab?

Asal perkataan barakah ialah bertambah atau berkembang. Juga boleh bermaksud berkekalan.

Al-Asfahani (meninggal 425H) menyatakan ia bermaksud kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu. (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran m.s 119, Damsyik: Dar al-Qalam).

Maka barakah adalah penambahan atau kelangsung kebaikan atau kurniaan Allah kepada sesuatu. Jika Allah berkati masa kita bererti berlaku penambahan dan kebaikan. Maka sejam yang diberkati tentu berbeza dengan sejam yang tidak diberkati. Setahun yang diberkati tentu berbeza dengan setahun yang tidak diberkati.

Insan-insan yang berkhidmat untuk kemaslahatan manusia, Allah berkati umur mereka. Hasil yang dikeluarkan dan jasa ditaburkan kadang-kala tidak dapat dilakukan oleh orang lain walaupun jika berikan masa yang berganda.

Kita tidak boleh mengubah masa, tetapi kita boleh menjadi masa itu berkat dengan doa dan usaha-usaha yang ikhlas dan baik.

KALAM SAHABAH

"Duduk berseorangan lbh baik drpd bergaul dgn orang yg jahat dan berdamping dgn orang yg soleh lbh baik drpd duduk berseorangan"
[Abu Zar al-Ghifari]

CIRI SAHABAT

Imam al-Ghazali menyenaraikan ciri sahabat yg harus dicari:

1. Berakhlak baik
2. Tidak fasik
3. Tidak melakukan perkara bidaah
4. Tidak tamak dan mengejar kehidupan dunia semata2
Rasulullah saw mengingatkan:

"Janganlah kamu berkawan melainkan dgn orang yg beriman dan janganlah makanan kamu dimakan kecuali oleh org yg bertaqwa"

[ HR Ibnu Hibban]

SOLAT SATU KEREHATAN

Rasulullah saw pernah bkata pd Bilal:

"Wahai Bilal, rehatkan kami dgn solat"

[HR Imam Ahmad]

♥Ini bermakna, solat merupakan punca kerehatan diri seseorang.Jika anda penat dan letih bekerja, maka solatlah nescaya kita akan kembali segar♥

Penjelasan Fatwa Malaysia Mengenai Isu Kewafatan Rasulullah saw



Dakwaan Kisah Nabi S.A.W Menyebut ‘Ummati, Ummati..” Ketika Hampir Wafat

Submitted by FatwaMalaysia on 10 December 2013 - 11:44am

ISU: Benarkan dakwaan yang mengatakan bahawa kisah Nabi S.A.W menyebut ‘Ummati, ummati..” ketika hampir wafat adalah kisah yang tidak benar?

PENJELASAN:

Kisah kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah satu peristiwa yang sangat besar dan perincian peristiwa tersebut telah direkodkan secara bersanad oleh para ulama hadis. Justeru, sebarang perkataan atau perbuatan yang disandarkan kepada baginda termasuklah peristiwa kewafatan baginda, hendaklah dinilai kesahihan atau kedaifannya melalui kaedah ilmu hadis.

Berkenaan dengan perkataan “Ummati, ummati...” (Umatku, umatku...) yang dikatakan disebut oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ketika hampir wafat, kisah ini tidak didapati dalam sumber-sumber hadis yang muktabar di sisi Ahli Sunnah.

Namun, perkataan “Ummati, ummati..” disebut oleh baginda dalam beberapa hadis lain yang tidak ada kaitan dengan peristiwa kewafatan baginda.

Antaranya hadis tentang syafaat di akhirat yang menyebut bahawa baginda menyebut “Wahai Tuhanku, Ummati, ummati”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Begitu juga hadis bahawa Nabi membaca beberapa potong ayat Quran lalu menyebut “Ummati, ummati..” sambil menangis. (Riwayat Muslim).

Kedua-dua hadis sahih tersebut tidak ada kaitan dengan peristiwa kewafatan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Manakala kisah kewafatan baginda, tidak ada riwayat sahih yang merekodkan bahawa baginda menyebut, “Ummati, ummati” sebelum kewafatannya.

Adapun yang diriwayatkan oleh Al-Tabarani dalam Mukjam Awsat, dan juga Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya (4/73) bahawa baginda berkata sebelum wafat:

من لأمتي المصطفاة من بعدي

Hadis tersebut dinilai dhaif oleh ulama hadis. Antaranya Al-Hafiz al-Iraqi di dalam kitab al-Mughni ‘An Haml al-Asfar Fi al-Asfar (m/s 1849) mengatakan, “Sanadnya dhaif”.

Wallahu A’lam.

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/blog/dakwaan-kisah-nabi-saw-menyebut-ummati-ummati-ketika-hampir-wafat

Benarkah Nabi Yusof a.s Telah Berkahwin Dengan Zulaikha



Submitted by FatwaMalaysia on 6 January 2014 - 9:13am

ISU:Saya ingin kepastian benarkah Nabi Yusof a.s telah berkahwin dengan Zulaikha,sepertimana yang selalu disebut dalam doa majlis walimatul'urus.

PENJELASAN:

Di dalam al-Quran sememangnya tidak disebut tentang perkahwinan antara Nabi Yusuf dan Zulaikha.

Yang disebut dalam al-Qur’an ialah peristiwa Zulaikha yang cuba menggoda Nabi Yusuf sehingga akhirnya menyebabkan Nabi Yusuf dipenjara sepertimana yang dijelaskan dalam Surah Yusuf, ayat 25 hingga 34.

Perbincangan al-Qur’an berkaitan kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha (atau dalam riwayat lain namanya Ra’il) berakhir dengan pengakuan Zulaikha bahawa Nabi Yusuf tidak bersalah dan tidak melakukan apa-apa kecurangan terhadapnya (Surah Yusuf, ayat 51).

Terdapat juga beberapa riwayat yang menyebutkan tentang perkahwinan antara Yusuf dan Zulaikha.

Walau bagaimanapun tiada sumber yang sahih berkaitan kisah perkahwinan tersebut kerana kekhuatiran berpunca dari sumber-sumber Isra’iliyyat.

Wallahu A'lam

http://www.e-fatwa.gov.my/blog/benarkah-nabi-yusof-telah-berkahwin-dengan-zulaikha

Benarkah Riwayat Yang Mengatakan Bahawa Tsa'labah Enggan Membayar Zakat?


Submitted by FatwaMalaysia on 18 October 2013 - 5:38am

ISU:Benarkah riwayat yang mengatakan bahawa Tsa'labah enggan membayar zakat?

PENJELASAN:

Kisah Tsa’labah yang dikatakan enggan mengeluarkan zakat adalah satu kisah masyhur yang disebut oleh sebahagian ahli tafsir dalam menafsirkan ayat berikut

وَمِنْهُمْ مَنْ عَاهَدَ اللَّهَ لَئِنْ آتَانَا مِنْ فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنَ الصَّالِحِين

َMaksudnya:  “Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh”. (Al-Tawbah: ayat 75).

Antara yang meriwayatkan kisah ini ialah Al-Tabarani dalam Al-Mu’jam al-Kabir (8/218 hadis no: 7873).

Namun sekalipun kisah ini agak masyhur, tetapi sebenarnya ia adalah kisah yang tidak sahih dan tidak layak dinisbahkan kepada Tsa’labah r.a. yang merupakan seorang sahabat Nabi S.A.W.

Al-Iraqi mengatakan, “Diriwayatkan oleh Al-Tabarani dengan sanad yang dhaif”. (Takhrij Ahadith al-Ihya’, m/s 1179).

Al-Qurtubi mengatakan, “Tsa’labah adalah seorang Badri (orang yang menyertai peperangan Badar), seorang Ansari, dan dari kalangan mereka yang disaksikan keimanan mereka oleh Allah dan Rasul-Nya sebagaimana yang akan diterangkan dalam permulaan surah al-Mumtahinah. Apa yang diriwayatkan mengenainya (tentang keengganan mengeluarkan zakat) adalah tidak sahih”. (Tafsir al-Qurtubi, 8/210).

Dari sudut kandungan kisah itu juga dipertikaikan, di mana menurut riwayat tersebut, apabila Tsa’labah ingin bertaubat dan ingin mengeluarkan zakat, Nabi S.A.W tidak menerima zakat tersebut. Begitu juga pada zaman pemerintahan Abu Bakr r.a., Umar r.a. dan Uthman r.a., mereka tidak menerima zakat yang hendak dikeluarkan oleh Tsa’labah.

Kisah ini tidak selayaknya dinisbahkan kepada Nabi S.A.W. dan khalifah-khalifah selepas baginda dan tidak mungkin ia berlaku. Kerana ia menyalahi prinsip-prinsip Islam dan nas-nas al-Quran yang menerima taubat mereka yang bertaubat, sebagaimana firman Allah

فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ فَخَلُّوا سَبِيلَهُم

Maksudnnya :  “Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Al-Tawbah: ayat 5).

 وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُون

َMaksudnya:  Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Ali Imran: ayat 135).

Kesimpulannya, kisah Tsa’labah yang tidak membayar zakat adalah kisah yang tidak sahih dari sudut sanadnya dan dari sudut kandungan ceritanya.

Wallahu A’lam.

http://www.e-fatwa.gov.my/blog/benarkah-riwayat-yang-mengatakan-bahawa-tsalabah-enggan-membayar-zakat

Mahar Perkahwinan Nabi Adam dan Hawa

Submitted by Fatwa Malaysia on 19 October 2013 - 5:38am

ISU: Terdapat satu artikel tentang perkahwinan Nabi Adam dan Hawa yang menyebutkan bahawa maharnya ialah tiga kali selawat ke atas Rasulullah S.A.W. Mengapa selawat ke atas Rasulullah S.A.W.  sedangkan pada waktu itu Nabi Muhammad S.A.W. belum lagi lahir. Perkara ini dikaitkan dengan kejadian Nur Muhammad sebelum terciptanya Nabi Adam yang menyebut bahawa roh kekasih Allah sudah ada di Luh Mahfuz sebelum terciptanya Nabi Adam.

PENJELASAN:

Tersebut di dalam sesetengah kitab bahawa ketika Nabi Adam a.s. berkahwin dengan Hawa, mahar perkahwinan yang diminta oleh Allah Taala ialah Nabi Adam hendaklah berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Terdapat banyak versi tentang bilangan selawat yang dijadikan mahar. Ada riwayat menyebut sebanyak 10 kali, ada riwayat menyebut 100 kali dengan satu nafas, ada riwayat menyebut 1000 kali dengan satu nafas, dan lain-lain. (I’anah al-Tolibin, 3/396; Bariqah Mahmudiyyah, 1/59).

Namun riwayat-riwayat berkenaan dengan mahar perkahwinan mereka tidak didapati di dalam kitab-kitab hadis yang muktabar.

Justeru, status kesahihan kisah tersebut tidak dapat dipastikan, dan perkhabaran berkenaan dengannya tidak boleh dipercayai sehingga dibuktikan melalui periwayatan.

Wallahu A'lam

http://www.e-fatwa.gov.my/blog/mahar-perkahwinan-nabi-adam-dan-hawa

Apakah Had Aurat Seorang Muslimah Di Hadapan Wanita Bukan Islam?


Submitted by Fatwa Malaysia on 15 January 2014 - 8:33am

ISU:Apakah had aurat seorang Muslimah di hadapan wanita bukan Islam? Bolehkah seorang Muslimah mendedahkan rambutnya terhadap wanita bukan Islam seperti memasuki pusat dandanan rambut yang mana pekerjanya terdiri dari kalangan wanita bukan Islam?

PENJELASAN:Ayat 31 daripada surah Al-Nur melarang wanita-wanita beriman daripada mendedahkan ‘perhiasan' mereka kecuali di hadapan beberapa golongan.

Antara yang dikecualikan ayat tersebut ialah wanita-wanita Islam sebagaimana firman Allah: أَوْ نِسَائِهِنَّ

Maksudnya: “...atau perempuan-perempuan Islam”. (Surah Al-Nur, ayat: 31).

Difahami daripada ayat tersebut bahawa wanita-wanita bukan Islam tidak termasuk dalam golongan yang dikecualikan.

Justeru Muslimah tidak diharuskan mendedahkan tubuhnya di hadapan wanita bukan Islam, sebagaimana aurat mereka di hadapan lelaki ajnabi. Ini merupakan pandangan majoriti ulama termasuk mazhab Syafie.

Pendapat ini juga disokong oleh athar daripada Umar bin al-Khattab:

 كَتَبَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ إِلَى أَبِي عُبَيْدَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: " أَمَّا بَعْدُ، فَإِنَّهُ بَلَغَنِي أَنَّ نِسَاءً مِنْ نِسَاءِ الْمُسْلِمِينَ يَدْخُلْنَ الْحَمَّامَاتِ مَعَ نِسَاءِ أَهْلِ الشِّرْكِ، فَإِنَّهُ مِنْ قِبَلِكَ عَنْ ذَلِكَ، فَإِنَّهُ لَا يَحِلُّ لِامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى عَوْرَتِهَا إِلَّا أَهْلُ مِلَّتِهَا

Maksudnya:Umar bin al-Khattab r.a. menulis surat kepada Abu ‘Ubaidah r.a.,

“Sesungguhnya sampai khabar kepadaku bahawa ada wanita dari kalangan wanita Islam memasuki bilik-bilik air bersama-sama dengan wanita ahli syirik. Sesungguhnya daripada pihak kamu (hendaklah melarang) daripada perbuatan tersebut. Kerana sesungguhnya tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk dilihat auratnya kecuali oleh mereka yang seagama dengannya". (Riwayat Al-Baihaqi, 7/153, no: 13543)

Namun walaupun secara asasnya had aurat Muslimah di hadapan wanita bukan Islam adalah sebagaimana aurat Muslimah di hadapan lelaki ajnabi, hukum ini tidaklah terlalu ketat dan terdapat sedikit kelonggaran.

Antaranya, dibenarkan bagi wanita Muslimah mendedahkan kepada wanita bukan Islam sebahagian daripada anggota badan yang kebiasaannya terdedah ketika melakukan kerja-kerja harian(sekiranya dalam keadaan tidak dapat dielakkan). Antara anggota yang diberikan kelonggaran untuk didedahkan kepada wanita bukan Islam ialah kepala, tengkuk, tangan hingga ke siku dan kaki hingga ke lutut.

Kelonggaran ini adalah berdasarkan kepada pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie, sebagaimana dijelaskan di dalam kitab Mughni al-Muhtaj 4/213.

Berdasarkan kepada pendapat muktamad ini, maka adalah harus bagi wanita Muslimah mendedahkan rambutnya kepada wanita bukan Islam termasuk mendapatkan perkhidmatan dandanan rambut di salun-salun yang dikelolakan oleh wanita bukan Islam (sekiranya tidak ada pilihan dan tidak ada percampuran antara lelaki dan wanita) Walaubagaimanapun memandangkan pada hari ini terdapat banyak salun khusus untuk wanita yang diusahakan oleh wanita Islam,maka adalah lebih aula diberi keutamaan

Makhluk Terdahulu Sebelum Nabi Adam

Submitted by Fatwa Malaysia on 11 November 2013 - 8:56am

ISU: Kita umat Islam faham bahawa manusia pertama adalah Nabi Adam tetapi macamana dengan kajian menunjukkan bahawa manusia zaman terdahulu adalah sangat kuno dan sangat tidak bertamadun. Bagaimana dengan keujudan dinosour yang rangka-rangkanya cukup besar?

PENJELASAN: Dalam Islam adalah jelas bahawa manusia pertama yang dicipta oleh Allah ialah Nabi Adam a.s.

Ini berdasarkan apa yang disebut oleh al-Qur’an dalam Surah al-Baqarah, ayat 30 yang merujuk kepada penciptaan Nabi Adam sebagai khalifah.

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.”

Namun timbul persoalan adakah manusia lain yang hidup sebelum Nabi Adam berdasarkan penemuan ahli arkeologi dan antropologi rangka dan tengkorak manusia kuno yang dikaitkan dengan hidupan jutaan tahun dahulu?

Begitu juga wujud persoalan berdasarkan apa yang sebut oleh al-Qur’an dalam surah al-Baqarah (sambungan ayat di atas) bahawa malaikat mempertikaikan penciptaan manusia (Nabi Adam)  atas dasar mereka akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah.

Persoalannya adakah di sana manusia lain sebelum Adam sehingga menyebabkan malaikat mempersoalkan hakikat dan fitrah manusia yang suka menumpahkan darah?

Sebagai seorang Muslim kepercayaan kita terhadap asal usul manusia haruslah berteraskan apa yang disebut oleh al-Qur’an.

Justeru  kita harus meyakini bahawa manusia pertama dicipta Allah ialah Nabi Adam. Namun kewujudan makhluk lain boleh dijelaskan seperti berikut:

1. Makhluk lain seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan telah pun dicipta Allah sebelum kejadian Nabi Adam;

2. Selain itu, golongan jin, makhluk yang sebagaimana manusia menerima taklif dari tuhan juga telah diciptakan Allah sebelum ciptaan manusia.

Ini berdasarkan riwayat dari Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As “Jin diciptakan pada dua ribu tahun sebelum Adam.”

Juga dari Ibn Abbas sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Kathir dalam tafsirnya berkata bahawa “Jin telah melakukan kerosakan di muka bumi sebelum Adam”

Berdasarkan riwayat-riwayat ini, berkemungkinan kerosakan yang dilakukan seperti yang dipertikaikan oleh malaikat dilakukan oleh golongan jin;

3. Ada pandangan yang mengatakan bahawa sebelum Nabi Adam telah ada makhluk yang dicipta oleh Allah yang menyerupai manusia namun dari segi kejadiannya, mereka ini tidak sempurna berbanding manusia justeru  tidak dianggap sebagai manusia sebenar dan tidak diberikan taklif keagamaan. Mereka inilah yang melakukan kerosakan seperti yang dipertikaikan oleh para malaikat.  

4. Berdasarkan pandangan di atas juga, kewujudan binatang-binatang terdahulu seperti dinasour seperti yang kaji dan dianalisa oleh para ahli arkeologi adalah sesuatu yang tidak mustahil.

Wallahu A’lam.

CINTA ALLAH

♥♡Iman itu bukanlah angan2 , bukan pula ucapan tetapi sesuatu yg menetap dlm dada, lalu dibuktikan dgn perbuatan♡♥

Sahl bin Saad bkata:

"Tanda cintakan Allah adlh cintakan al-Quran. Tanda cintakan al-Quran adlh cintakan Rasulullah. Tanda cintakan Rasulullag adlh cintakan sunnah Baginda. Tanda cintaka sunnah Rasul adlh cintakan akhirat. Tanda cintakan akhirat adlh tidak mencintai diri sendiri. Tanda tidak mencintai diri sendiri adlh membenci dunia. Dan tanda benci dunia adlh tidak mengambil drp dunia melainkan kadar yg mencukupi utk sara hidup"

"Penghalang plg utama utk mcintai Allah ialah KEJAHILAN. Akibat jahil kita tdk kenal kebaikan, keindahan dan kesempurnaan Allah. Padahal, hukum cinta tlh tmaktub- tak kenal, maka tak cinta.

Dlm konteks ini Syeikh Abdul Qadir al-Jilani menegaskn bhwa tahap cinta seseorang manusia kpd Allah adlh sejauh mana ia mengenal-Nya"

LAZAT SANGAT KE MAKSIAT??

~Lazat sangatkah maksiat sehingga kbanyakan kita lbh sanggup memilih maksiat bbanding taat? Terlalu byk akibat maksiat yg akan menekan dan mensengsarakan kita setelah melakukan. Tika itu, masih lazatkah jiwa??~

TINGGALKAN MAKSIAT

~Imam al-Syafie pernah mngadu kpd gurunya Waki' mengenai hafalannya yg terjejas. Waki' lantas menasihatkannya, "TINGGALKAN MAKSIAT"~

★Sama ada kita kaya@ miskin, jika kita suka berlazat dgn maksiat, hidup akan terasa sempit dan gelisah.

BAHANA MAKSIAT

★Maksiat itu bukan shj menyempitkan jiwa malah menyempitkan harta★

Dlm Musnad Imam Ahmad diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bsabda yg bmaksud:

"Sesungguhnya seorang hamba tdk akan mdapat rezeki krn dosa yg dilakukannya"

~Penggemar maksiat akan menemui kesulitan dlm urusannya dan jln buntu dlm byk perkara~

BANYAKKAN KEBAIKAN

Abdullah bin Abbas bkata:

"Sesungguhnya pd kebaikan itu ada cahaya pd wajah, sinar pd hati, kelapangan pd rezeki dan kekuatan pd badan serta kecintaan di hati ramai org thadap dirinya"

★Inilah resipi kejayaan umat Islam terdahulu
★Juga resipi kjayaan kita umat akhir zaman

~Apabila hatinya kuat, maka anggotanya kuat dan tindakannya jg bermatlamat~

HAYATILAH

Firman Allah swt:

“Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapatkan bahagian.” (Adz-Dzariyat: 19)

Rasulullah s.a.w. Bersabda;

“Ada tiga hal yang aku bersumpah, maka hafalkanlah iaitu tidak akan berkurang harta mereka kerana bersedekah, tidak ada seorang hamba pun yang dizalimi kemudian ia bersabar, pasti Allah akan menambahkan kemuliaan dan tidak ada seorang hamba pun yang membuka pintu meminta-minta, kecuali Allah akan membukakan baginya pintu kefakiran.” (HR At-Tirmidzi)

Tazkirah Perjuangan

Pertembungan antara iman dan kufur terus berlangsung, pertentangan antara Islam dan jahiliah terus berlaku, percanggahan antara hak dan batil terus terjadi. Oleh itu kita umat Islam tidak mempunyai masa untuk berehat kerana tugas kita lebih banyak daripada masa yang ada.

Hadapan kita ada antara 2 pilihan samada berjuang atau hidup sebagai hamba kepada musuh Islam, kembali kepada sistem Islam atau menjadi penyembah kepada sistem musuh Islam.

Akhirat pula kita akan mendapat balasan Syurga jika berjuang untuk Islam sebaliknya menjadi bahan bakaran api neraka sekiranya menjadi petualang yang mengkhianati agama.

Ust Naim
1 Rabiul Akhir 1435H
Tmn Insaniah K.Ketil/9.15pg