Sholat jemaah dengan berdiri sendirian anpa sebab dihukumkan makruh dalam mazhab kita. Oleh itu bagi seseorang terlewat dan mendapati saf di hadapannya telah penuh, SUNNAT baginya untuk menarik atau menggamit seorang makmum saf hadapan sebagai isyarat agar si makmum tadi berundur ke belakang untuk bersama dengannya dalam satu saf yang baru di belakang saf yang pertama tadi. Begitulah juga jika hanya imam dan seorang makmun sahaja yang sholat bersebelahan, walaupun ketika itu ada beberapa cara untuk menjadikan makmum - makmum tersebut berada dalam saf yang satu di belakang imamnya.
Jika seseorang hendak menarik seorang makmum yang di hadapan agar berundur ke belakang untuk bersama dengannya di saf belakang, dia perlulah mengikut kaedah dan peraturan yang telah digariskan oleh para fuqaha kita.
Pernah kita lihat, seseorang terus menarik atau menggamit makmum yang di hadapannya supaya berundur sedangkan dia belum lagi memulakan sholatnya.
Menurut sebahagian ulama seperti Imam Ibnu Hajar rahimahullah, perbuatan ini bukan sahaja satu kesalahan tetapi dihukumkan haram dan berdosa kerana mengganggu orang yang sedang sholat tanpa keperluan dan mengeluarkannya dari saf kepada bukan saf (yakni saf yang di belakang belum lagi wujud kerana si penggamit belum lagi memulakan sholatnya).
Namun sebahagian ulama, antaranya Syaikh Ramli rahimahullah, memuktamadkan pendapat bahawa perbuatan menarik atau menggamit sebelum bertakbiratul ihram hanya sebagai makruh.
Ada 5 syarat yang perlu kita patuhi apabila kita hendak menarik atau menggamit atau menyentuh seseorang yang sedang bersembahyang di saf hadapan supaya undur untuk bersama kita di saf belakang.
5 syarat tersebut adalah sebagaimana dinyatakan bait syair berikut:-
Sunnat menggamit orang yang merdeka dari saf hadapan yang berbilang makmumnya; Yang pada pandangannya gamitan tersebut akan dituruti dan dilakukan saat qiyam setelah takbiratul ihram dirinya.
Maka syarat - syarat bagi menggamit itu adalah sebagai berikut:-
1.hendaklah orang yang digamit itu orang yang merdeka (yakni bukan hamba orang);
2. hendaklah saf orang yang digamit mengandungi lebih daripada 2 orang makmum.
3.hendaklah ada sangkaan bahawa orang yang digamit akan berundur setelah digamit;
4.hendaklah gamitan itu dilakukan ketika berdiri (qiyam);
5.hendaklah gamitan dilakukan setelah penggamit bertakbiratul ihram.
Oleh itu, janganlah kita menyentuh atau menarik atau menggamit makmum yang di hadapan kita melainkan dengan mengikut syarat - syarat yang tersebut di atas. Mudah-mudahan makin kemas dan halus amal ibadah kita.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan